Showing posts with label ASNB. Show all posts
Showing posts with label ASNB. Show all posts

Sunday, 11 October 2020

8 HIBAH AMANAH TABUNG HAJI DAN ASNB (ASB) : Pengurusan Harta Pusaka



HIBAH AMANAH
Hibah Amanah adalah satu bentuk penggabungan Hibah dan Amanah, pemberi hibah memberi hibah kepada penerima hibah tetapi melantik suatu pihak sebagai pemegang amanah bagi menguruskan harta amanah tersebut sementara dia masih hidup.

Untuk membuat hibah amanah, boleh menghubungi mana-mana pihak yang mnyediakan perkhidmatan ini seperti As Salihin Trusttee, Wasoiyiah atau pun Amanah Raya Berhad.


Tabung Haji dan ASNB (Saham amanah ASB, ASN dll) pula antara institusi yang menggunakan konsep Hibah dan Amanah bagi pilihan kepada penamaaan. Ini bermakna pemberian hibah berlaku dan perlantikan pemegang amanah juga berlaku.



Hibah Amanah Tabung Haji  
Pada dasarnya, semua pendeposit Tabung Haji berumur 18 tahun ke atas hendaklah membuat penamaan. Penama yang dilantik bukanlah penerima mutlak harta pusaka (wang simpanan Tabung Haji) tetapi perlu bertindak sebagai wasi atau pentadbir harta si mati.

Walau bagaimana pun, Tabung Haji ada menyediakan Hibah Amanah kepada pendepositnya.

Dari laman web Tabung Haji, dinyatakan


"Hibah Amanah TH merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah."
"Harta Hibah Amanah ini akan dipegang oleh Pemberi Hibah Amanah yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserah milik kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah dan / atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu."

Difahami dari produk ini 
  1. Hibah Amanah ini menggabungkan konsep hibah dan amanah
  2. Pemberian Harta Hibah Amanah (simpanan) oleh Pemberi Hibah Amanah (Pendeposit) dilakukan semasa hidup pemberi hibah melalui Surat Ikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil.
  3. Pemberi Hibah Amanah (pendeposit) adalah / menjadi  Pemegang Amanah kepada Penerima Hibah Amanah.
  4. Tabung Haji pula akan bertindak sebagai Pemegang Amanah Gantian untuk mengurus dan mentadbir Harta Hibah Amanah tersebut (simpanan).
Apabila berlaku kematian
1. Pemberi Hibah Amanah Meninggal Dunia : 
Harta Hibah Amanah (baki simpanan sewaktu kematian) akan diserahkan kepada Penerima Hibah Amanah selepas tuntutan dibuat.

2. Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia terlebih dahulu :
Harta Hibah Amanah (baki simpanan sewaktu kematian) akan diserahkan kepada waris Penerima Hibah Amanah selepas tuntutan dibuat. 

Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah Tabung Haji
Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa persetujuan Penerima Hibah Amanah, kecuali penerima adalah dari kalangan anak kandung/cucu kandung pemberi hibah yang masih hidup.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hibah Amanah Tabung Haji, boleh rujuk ke laman web rasmi Tabung Haji.
👉👉 Hibah Amanah Tabung Haji - TH 


Hibah Amanah ASNB 
Pada dasarnya, semua pelabur ASNB juga perlu membuat penamaan.  Dan harus ingat, penama bukan penerima mutlak simpanan ASNB (ASB, ASN dll unit amanah lain) apabila berlaku kematian ahli, sebaliknya penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pentadbir harta.

Sebagai mana sedia maklum, sering berlaku penama tidak bertindak sebagai wasi atau pentadbir harta di mana wang tidak diaghihkan mengikut faraid. 

Jadi ASNB memberikan pilihan kepada ahli untuk menggunakan kaedah Hibah Amanah ASNB.

Konsep lebih kurang sama dengan Hibah Amanah Tabung Haji, dimana pihak pemegang amanah akan dilantik.

Dalam Hibah Amanah ASNB ini ;
1. Pemberi hibah melaksanakan akad hibah, menghibahkan harta kepada penerima hibah.
2. Pemberi hibah dan penerima hibah bersetuju melantik ASNB sebagai pemegang amanah untuk mengurus dan mentadbir harta hibah (pelaburan pemberi hibah).
3. Minima perlu ada RM1,000 untuk menggunakan kaedah Hibah Amanah ini.
4. Pemberi menentukan penerima hibah dan peratus setiap mereka dapat.
5. Pemberi masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfat pelaburan tersebut semasa hidup.
6. Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa persetujuan Penerima Hibah Amanah, kecuali penerima adalah dari kalangan anak kandung/cucu kandung pemberi hibah yang masih hidup.
7. Penerima hibah tidak memerlukan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet untuk membuat tuntutan
8. Yuran perkhidmatan dikenakan bagi memilih kaedah ini.

Yuran Hibah Amanah ASNB
Sewaktu artikel ini ditulis, yuran perkhidmatan yang dikenakan adalah seperti berikut
- Pendaftaran Kontrak RM 180
- Pentadbiran RM 10
- Pindaan RM 20
- Pembatalan RM 70
- Tuntutan
RM 25,000 pertama         : 1.50%  RM    375 
RM 225,000 berikutnya   : 1.00%  RM 2,250 
RM 250,000 berikutnya   : 0.50%  RM 1,250 
RM 500,000 berikutnya   :  0.25% RM 1,250 
Baki selebihnya                :  0.1% ……..

Untuk maklumat lanjut mengenai Hibah Amanah ASNB, boleh rujuk ke laman web rasmi ASNB

Bersambung di artikel berikutnya.

Mat Drat @ SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

Saturday, 19 January 2019

Rekod Dividen Bonus ASB

Rekod Dividen Bonus ASB



Rekod Pulangan ASB Dividen dan Bonus

Ramai sedia maklum yang ASB mampu memberikan pulangan yang agak kompetetif. Rekod pulangan yang diberikan (dividen dan bonus) bolehlah dikatakan jarang mengecewakan. Tambahan pula pelaburan di unit amanah ASB ini agak kurang risikonya kerana harga unit tidak berubah.









Berikut adalah rekod pengagihan pendapatan dan bonus bagi (sen/unit) bagi Amanah Saham Bumiputera.


Tahun Kewangan Berakhir
31 Disember
DividenBonusJumlah
20186.500.507.00
20177.000.267.25
20166.750.507.25
20157.250.507.75
20147.501.008.50
20137.701.008.70
20127.751.158.90
20117.651.158.80
20107.501.258.75
20097.301.258.55
20087.001.758.75
20078.001.009.00
20067.301.258.55
20057.251.759.00
20047.252.009.25
20037.252.009.25
20027.002.009.00
20017.003.0010.00
20009.252.0011.25


Harus diingat. Prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.


Mat Drat @SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

Thursday, 21 December 2017

Dividen ASB 2017

Dividen ASB 2017

Dividen ASB 2017

Permodalan Nasional Berhad (PNB)  telah mengumumkan Kadar Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 sebentar tadi.

Agihan pendapatan yang diumumkan adalah 
- 7 sen seunit dan 
- bonus 0.25 sen seunit.

Bukan itu sahaja ASNB turut mengumumkan pemberian bonus istimewa sempena 40 tahun PNB sebanyak 1.0 sen seunit bagi baki setakat 10,000 unit pertama.






Dividen dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2018, manakala Bonus Ulang Tahun Khas akan dikreditkan pada 1 Mac 2018. Pembayaran dividen dibuat daripada pendapatan bersih ASB manakala bonus dan Bonus Ulang Tahun Khas dibayar daripada dana proprietari PNB. 

Agihan
Agihan Se Unit
- Dividen
7 sen
- Bonus
0.25 sen
- Bonus Istimewa     
1.0 sen


Jumlah agihan keseluruhan adalah berjumlah RM10.7 bilion akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pemegang unit yang memiliki lebih daripada 145.6 bilion unit dalam ASB.

Kenyataan akhbar PNB menyatakan pengagihan pendapatan ini mewakili premium 4.85 mata peratusan berbanding penanda aras ASB, iaitu purata KLIBOR 3-bulan sebanyak 3.40% memandangkan ASB mencatatkan pendapatan bersih RM8.91 bilion pada 30 November 2017. Ini ekoran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh dan berada pada landasan yang tepat untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tahun penuh sebanyak 5.8% serta kejayaan pelaksanaan pelan strategik STRIVE-15 PNB setakat ini.

Pembayaran Dividend Dan Bonus

Pemegang unit akan dapat menyemak dan mengemaskini akaun mereka melalui portal baru ASNB myasnb.com.my atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga diteruskan semula pada 2 Januari 2018.
Pastinya pelabur-pelabur ASB tidak sabar menunggu dividen dikreditkan ke akaun ASB masing-masing pada 2 Januari 2018 nanti.



Rekod Dividen ASB

Rekod agihan Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB bagi tahun tahun sebelum ini adalah seperti berikut :

Tahun    Dividen    Bonus     Total
2010        7.50         1.25        8.75
2011        7.65         1.15        8.80
2012        7.75         1.15        8.90
2013        7.70         1.00        8.70
2014        7.50         1.00        8.50
2015        7.25         0.50        7.75
2016        6.75         0.50        7.25 
2017        7.00         0.25        7.25  ( Tidak termasuk bonus istimewa 1 sen)



Penangguhan Urus Niaga ASB

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), telah memaklumkan bahawa urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) ditangguhkan sementara waktu bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus. Semua urusniaga boleh dilakukan semula mulai 2 Januari 2018.



Lain-lain artikel berkaitan ASB :

👉👉  Pinjaman ASB : Untung atau Rugi ?
👉👉  Pelaburan ASB melalui Pinjaman : kategori manakah anda? 

👉👉  Hukum Melabur di ASB  
👉👉  Rekod Dividen ASB  

👉👉  Urusniaga ASB tanpa buku
👉👉  Cara Daftar portal myASNB


Mat Drat @ Sayangwang
- Sayang Wang Anda -




Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Sunday, 26 November 2017

Pelaburan ASB Melalui Pinjaman : Anda Kategori Mana




Jika perkongsian Mat Drat sebelum ini untuk membandingkan Melabur di ASB Dengan Pinjaman vs Melabur di ASB Tanpa Pinjaman, kali ni Mat Drat kongsikan pula 3 kategori pelabur melalui pinjaman. 

Perkongsian sebelum ini
👉👉  Pinjaman ASB : Untung Atau Rugi  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ



Bagi yang ingin melabur di ASB/ASB2 melalui pinjaman, perkara berikut perlu diambil tahu 
  • Pembiayaan ditawarkan oleh ejen ASNB.
  • Pembiayaan ASB/ASB2 adalah satu kemudahan pembiayaan istimewa untuk membantu Bumiputera melabur di dalam ASB/ASB2.
  • Antara ejen ASNB yang menawarkan pembiayaan adalah Maybank, CIMB, RHB dan Ambank. Terma dan syarat serta kadar pinjaman mungkin berbeza mengikut bank.
  • Para pelabur melalui pembiayaan mempunyai pilihan untuk melindungi pembiayaan melalui insuran/takaful.
  • Jumlah dan tempoh pembiayaan bergantung kepada kelayakan pelabur.

Tips Optimumkan Pelaburan melalui Pembiayaan
  • Sediakan bajet ansuran bulanan ikut kemampuan bayaran dan JANGAN bergantung kepada dividen tahunan.
  • Disiplinkan diri membayar ansuran bulanan dan anggap ia seperti ansuran pinjaman kereta atau pinjaman rumah.
  • Beri peluang kepada pelaburan dan dividen berkembang dengan kuasa kompoun TANPA keluarkan dividen.


Okey....Mat Drat BANDINGKAN 3 situasi yang biasa diamalkan oleh pelabur melalui pinjaman ini.  Cuba lihat anda di kategori mana...


KATEGORI 1 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran pinjaman dan 
- Dividen tahunan TIDAK dikeluarkan

KATEGORI 2 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran pinjaman dan 
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk perbelanjaan.

KATEGORI 3 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran tahun pertama dan 
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk bayar ansuran tahun berikutnya



Bagi membezakan kesan dan pulangan bagi ketiga-tiga kategori ini, Mat Drat membuat pengiraan berdasarkan perkara/andaian berikut :

- Jumlah Pembiayaan  : RM 50,000 
- Kadar Keuntungan   : 5.20%
- Tempoh Pembiayaan  : 25 Tahun
- Bayaran Bulanan  : RM 300 (dibundarkan dari RM298)       
- Kadar Keuntungan (Dividen)      : 6%







Sekarang mari kita lihat pulangan kepada setiap kategori pelabur tadi.


KATEGORI 1 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran pinjaman dan 
- Dividen tahunan TIDAK dikeluarkan

Pelabur Kategori ini akan menikmati pulangan pelaburan yang optimum dan manfaat pelaburan jangka panjang melalui kuasa kompoun.


Jumlah Pembiayaan  - RM 100,000      
Kadar Keuntungan  - 5.20%
Tempoh Pembiayaan - 25 Tahun
Bayaran Bulanan - RM 300
DIVIDEN TERKUMPUL   - RM164,594
JUMLAH PELABURAN PADA TARIKH MATANG 
(POKOK + DIVIDEN TERKUMPUL)
- RM214,594





KATEGORI 2 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran pinjaman dan
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk perbelanjaan.
 Jumlah pinjaman





Pelabur Kategori ini menggunakan pengagihan pendapatan (dividen) bagi menampung kos sara hidup dan perbelanjaannya
TETAPI pada masa sama juga telah 
MELEPASKAN peluang mendapat manfaat kuasa kompoun pelaburannya.


Jumlah Pembiayaan  - RM100,000        
Kadar Keuntungan  - 5.20% 
Tempoh Pembiayaan - 25 Tahun 
Bayaran Bulanan - RM 300
DIVIDEN TERKUMPUL   - 0
JUMLAH PELABURAN PADA TARIKH MATANG 
(POKOK + DIVIDEN TERKUMPUL)
- RM50,000



KATEGORI 3 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran tahun pertama dan
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk bayar ansuran tahun berikutnya



Pelabur Kategori ini sebenarnya bekerja 
keras membayar ansuran pinjaman 
DAN BUKANNYA 
untuk pelaburannya
SERTA  TIDAK 
mendapat manfaat kuasa kompoun pelaburannya.


Jumlah Pembiayaan  - RM100,000        
Kadar Keuntungan  - 5.20% 
Tempoh Pembiayaan - 25 Tahun 
Bayaran Bulanan - RM 300
DIVIDEN TERKUMPUL   - 0
JUMLAH PELABURAN PADA TARIKH MATANG 
(POKOK + DIVIDEN TERKUMPUL)
- RM50,000





Jadi boleh renung-renungkan dan lihat anda dikategori mana (jika ada membuat pelaburan ASB/ASB2 melalui pinjaman).

Sepatutnya mereka yang melabur melalui pinjaman/pembiayaan ini perlu mengambil peluang akan 'kuasa kompoun'. Dengan pelaburan melalui pinjaman, kompoun dividen akan bermula dengan amaun yang agak besar bergantung kepada amaun pinjaman seseorang tu. Jadi sangat rugi jika tidak mengambil kuasa kompoun itu.

Tetapi kadang kala, ada pelabur di ASB/ASB2 yang melabur melalui pinjaman ini tersilap langkah kerana tidak memahami tujuan dia melabur ataupun terlupa akan 'kuasa kompoun' itu. Atau mungkin juga dia mengambil pembiayaan pelaburan ASB/ASB2 kerana terpengaruh atau termakan pujukan ejen pinjaman. Maka termasuklah dia dalam kategori 2 atau 3.


Bila melabur, selain perlu membaca prospektus pelaburan, tetapi perlu juga  menjadi  Jadilah Pelabur Bijak.

Jika melabur melalui pinjaman, jadilah juga Pelabur Bijak dengan pembiayaan.

Dan akhir sekali...  Pesanan Mat Drat  "SAYANGILAH WANG ANDA "


~Mat Drat @ SayangWang~



Lain-lain artikel berkaitan ASB ini
👉👉  Urusniaga ASB tanpa buku

👉👉  Cara Daftar portal myASNB
👉👉  Rekod Dividen ASB  
👉👉  Hukum Melabur di ASB  



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




Thursday, 27 July 2017

Hukum Pelaburan ASB & ASN



Hukum Pelaburan ASB ASN









Di sini saya berkongsi sedikit mengenai hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional (ASB/ASN) yang dikeluarkan oleh badan-badan tertentu di Malaysia. 

Kita sebagai orang awam kadang-kadang rasa terkeliru apabila sekejap hukumnya dikatakan harus, dan sekejap dikatakan tidak halal. Dan kita juga menjadi keliru apabila wujud perbezaan pandangan diantara Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,  Fatwa Negeri dan Suruhanjaya Sekuriti.



Perkara penting yang perlu kita ambil maklum dalam isu ini ialah perbezaan peranan antara Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan pihak manakah yang diberi autoriti dalam mengeluarkan hukum di Malaysia. 



Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja merupakan badan pengeluar dan penyelaras hukum-hakam dalam apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang bersifat nasional yang melibatkan kepentingan seluruh umat Islam.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan / Fatwa Negeri


Sebelum pergi jauh, kita sebagai orang awam perlu maklum yang kita harus sentiasa hormat kepada pihak yang diamanahkan kerajaan, terutama Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab melantik mufti untuk merungkaikan permasalahan umat mengenai hukum hakam agama. 



Kegagalan menghormati dan mengiktiraf kedudukan pihak lebih berautoriti atau berkelayakan mengeluarkan fatwalah yang menyebabkan umat menjadi celaru kerana terlalu banyak ‘ustaz’ yang sewenang-wenang mengeluarkan hukum halal-haram. 


Keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dengan melihat ruang lingkup yang lebih luas bagi menjaga kepentingan serta maslahah ummah dan juga mengambil kira aspek-aspek lain yang muktabar seperti kepentingan umum, keperluan serta maqasid syar'riyah dan siasah syar'riah. 

Disinilah peranan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berpereranan menyatukan ummah.


Suruhanjaya Sekuriti


Dan kita juga perlu faham akan tugas Suruhanjaya Sekuriti.  

Antara peranan Suruhanjaya Sekuriti adalah untuk membuat keputusan sama ada sesuatu sekuriti itu (kes ini ASN & ASB) diklasifikasikan sebagai patuh syariah atau tidak patuh syariah.

Suruhanjaya Sekuriti antara lainnya menggunakan pendekatan kuantitatif yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan juga tanda aras nisbah kewangan di dalam menentukan sesuatu sekuriti itu status patuh syariah atau tidak. 

Jadi secara ringkasnya,  keputusan yang dibuat adalah berdasarkan garis panduan yang telah mereka tetapkan. 



Berbalik kepada polemik hukum pelaburan di ASB dan ASN ini, seingat saya ia mula dibincangkan dan diperkatakan dalam 10 tahun kebelakangan ini. Saya cuba senaraikan beberapa fatwa atau 'pandangan' yang dikeluarkan oleh pihak atau badan tertentu dalam beberapa tahun lalu. 


Fatwa Majlis Kebangsaan (2008) - Harus

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 2008 telah memutuskan skim pelaburan ASB & ASN serta dividen atau bonus yang diterima pelabur adalah harus.

Dalam muzakarah yang dihadiri Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang turut diwakili mufti-mufti seluruh Malaysia dan individu-individu berkepakaran dalam bidang fekah dan muamalah telah memberikan pandangan "HARUS" atas hujah menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudaratan yang lebih besar.




Suruhanjaya Sekuriti (2009) - Tidak Patuh

Suruhanjaya Sekuriti menerusi surat bertarikh 12 Februari 2009 kepada sebuah bank tempatan, memaklumkan bahawa Majlis Penasihat Syariahnya sudah membuat keputusan bahawa ASN & ASB tidak mematuhi Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti Berkaiatan Pelaburan Unit Amanah Islam. Atau bahasa mudahnya, pelaburan yang tidak patuh syariah.



Menurut fatwa itu lagi skim ASN dan ASB juga tidak diklasifikasikan sebagai dana unit amanah yang patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan yang haram terutamanya dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan riba.

Untuk pengetahuan, di bawah Suruhanjaya Sekuriti terdapat resolusi syariah yang jelas mengenai pelaburan saham syarikat yang terdapat percampuran dalam aktiviti dan operasinya.

Sebagai contoh, sekiranya sebuah konsortium atau syarikat yang perniagaan utamanya patuh syariah seperti konsortium hartanah tetapi anak syarikatnya terlibat dengan aktiviti perjudian, maka pihak Suruhanjaya Sekuriti akan menilai status kewangannya terlebih dahulu.

Sekiranya, pendapatan daripada syarikat judi tersebut kurang daripada 5% berbanding pendapatan keseluruhan syarikat utama, maka kaunter saham syarikat tersebut masih dianggap patuh syariah.

Walau bagaimanapun, dalam kes pelaburan ASB/ASN, dana-dana ini dilaburkan dalam syarikat kewangan konvensional berasaskan riba iaitu Maybank melebihi paras 5% yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.


Fatwa Negeri Selangor (2011)- Tidak Halal

Polemik berkenaan dengan ASB dan ASN timbul dan diperkatakan semula apabila Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan fatwa pada 2011, memutuskan skim pelaburan ASN dan ASB tidak halal kerana bertentangan dengan hukum syarak.

Antara alasan mereka ialah dana-dana ASN dan ASB secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah dan sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.



Fatwa Negeri Selangor (2017)- Harus

Jabatan Mufti Negeri Selangor memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus.

Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3 yang bersidang pada 27 April lalu, menurut satu kenyataan yang dimuat naik jabatan itu di laman webnya pada 15 Mei 2017.

Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata hukum pelaburan itu adalah harus kerana peratusan pelaburan dalam syarikat patuh syaraknya telah melepasi 66% mengikut piawaian Suruhanjaya Sekuriti.

"Pengharusan ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah yang bermaksud 'Hukum Berubah Menurut Perubahan 'Illah (sebab)'," katanya dalam satu surat kepada Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar bertarikh 11 Mei.






~Mat-Drat @SayangWang~


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇







Sumber rujukan:
👉 FAQ Hukum Pelaburan ASN & ASB
👉 Petikan Astro Awani






Tuesday, 25 July 2017

Cara Daftar Portal Online myASNB




 

myASNB Portal Online

Mulai 26 Jun 2017 lalu, ASNB telah melaksanakan urusniaga TANPA BUKU bagi semua unit amanahnya ( ASB, ASB2, ASN, ASM, ASW2020, ASG dll).

Selain memperkenalkan urusniaga TANPA BUKU, ASNB juga telah memperkenalkan portal online ASNB yang dikenali sebagai myASNB.  

Sebenarnya dengan pengenalan myASNB Portal Online ini, ia mampu memudahkan para pelabur dan pemegang unit amanahnya untuk 

  • ✔ menyemak baki terkini
  • ✔ membuat penambahan pelaburan 
  • ✔ mendapatkan penyata tahunan.  


Cara mendaftar ke portal online myASNB.


👉 1. Daftar Nombor Telefon Bimbit dan Dapatkan Nombor Ahli 12 digit
✔  Boleh dilakukan di mana-mana  cawangan atau ejen ASNB
✔ Nombor telefon bimbit diperlukan untuk pengesahan TAC (seperti internet banking)
✔  Nombor ahli diperlukan untuk pendaftaran portal (kali pertama)

👉 2. Layari portal myASNB
Layari www.myasnb.com.my dan Klik "Mari Daftar Portal MyASNB Sekarang"

👉 3. Isi butiran peribadi
Isi maklumat peribadi dan pastikan maklumat betul dan tepat.

👉 4. Simpan kata laluan
✔  Selesai!! Dan anda akan diberikan satu kata laluan sementara. 
✔  Salin atau ingat kata laluan ini. 
✔ Log Masuk Kali Pertama dan boleh tukar kata laluan serta boleh mula menyemak baki akaun atau menambah pelaburan.



Jadi yang berkelapangan tu bolehlah ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB ( Maybank, CIMB dan RHB Bank) untuk mendapatkan Nombor Ahli dan mendaftarkan nombor telefon bimbit.

Walau bagai mana pun, saya dimaklumakn portal tersebut masih didalam percubaan buat masa ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya mulai 1 Ogos 2017.


Mat Drat @SayangWang



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




Monday, 24 July 2017

Urus Niaga Unit Amanah ASNB TANPA Buku Pelaburan










Kepada para pelabur dan pemegang saham unit amanah ASNB perlu ambil maklum bahawa ASNB akan melaksanakan urusniaga tanpa buku bagi semua unit amanahnya. Ini termasuklan pelabur ASB, ASB2, ASN, ASM, ASW dan unit-unit amanah saham ASNB yang lain.

Mulai 28 Jun 2017, pemegang unit amanah hanya perlu membawa MyKad untuk semua urus niaga termasuk pelaburan tambahan dan juga jualan balik di semua cawangan ASNB dan ejen ASNB. Resit cetakan borang urusniaga akan diberikan bagi setiap transaksi bagi rujukan pemegang unit / pelabur.

Pasti ada yang bertanya.... 
"lepas ni macam mana nak tahu baki akaun dalam Unit Amanah ASNB". 
"apa lah ASNB ni, elok-elok ada buku...taknak pakai buku pula!"

Untuk makluman, sebenarnya jika anda melabur di unit-unit amanah lain selain ASNB anda juga tidak akan mendapat buku pelaburan. Sekadar slip dan resit. Jadi amat penting untuk menyimpan rekod-rekod yang berkaitan untuk rujukan masa hadapan.


myASNB Portal Online
Bagi yang ingin menyemak baki akaun di akaun unit amanah di ASNB, kini ASNB telah memperkenalkan portal my ASNB untuk kemudahan para pelabur.

Sila baca entry berikutnya mengenai cara mendaftar di myASNB Portal online.


~Mat Drat @SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Rekod Pulangan ASB2 Dividen dan Bonus

Rekod Pulangan ASB2 Dividen dan Bonus



Rekod Pulangan ASB2 Dividen dan Bonus


ASB2 merupakan salah satu dana yang menjadi tumpuan pelabur-pelabur bumiputera. Rekod pengagihan ASB yang agak menarik sebelum ini membuatkan para pelabur juga mengharapkan ASB2 mampu memberikan pulangan sama atau sekompetetif ASB.
.
Sedikit info mengenai ASB2 
- unit saham adalah tetap pada RM1 ( sama seperti ASB)
- Pelaburan tambahan minimum adalah 10 unit (RM10)
- Tahun kewangannya berakhir pada 31 Mac, manakala bagi ASB pula adalah pada 31 Disember
- pelaburan boleh dibuat secara tunai atau melalui pengeluaran Skim Pengeluaran KWSP


Rekod Dividen dan Bonus ASB2
Berikut adalah rekod pengagihan pendapatan dan bonus bagi (sen/unit) bagi Amanah Saham Bumiputera 2.


Tahun Kewangan Berakhir
31 Disember
DividenBonusJumlah
20176.50-6.50
20167.05-7.05
20157.500.257.75
2014---


Harus diingat. Prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.


Mat Drat @SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇