Sunday, 10 February 2019

PENGAKUAN SUKARELA LHDN : SIAPA PERLU MENGAKU ....






3 Nov tahun lepas (sehari selepas pembentangan Belanjawan 2019), saya ada tulis sikit pasal Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) LHDN ni. 

Kali ni saya nak share pula Siapa Yang Perlu Mengaku.... Baik baca, mana tahu ada yang tergolong di dalam kategori yang saya share kan ni.


Sedikit info mengenai PKPS .....

Apa itu Program Khas Pengakuan Sekarela (PKPS  LHDNM ni?

Secara ringkasnya, ini program yang dijalankan oleh LHDNM untuk memberi peluang kepada pembayar cukai membuat pengakuan bagi pendapatan yang terkurang lapor dan pada masa yang sama dikenakan penalti yang rendah.

Setahu saya, sebelum ni LHDN akan kenakan penalti sekurang-kurangnya  45% bagi kes audit atau siasatan.

Dalam Program Khas Pengakuan Sukarela ini  pula, pembayar  cukai akan dikenakan penalti yang cukup rendah ke atas cukai yang dikenakan iaitu:
  • 10% - pengakuan dibuat sehingga 31 Mac 2019 (bayaran sblm 1 April 2019)
  • 15% - pengakuan dibuat sehingga 30 Jun 2019 (bayaran sblm 1 Julai 2019)



Lain-lain info, saya dah share sebelum ni. Boleh rujuk di 
👉👉  Pengakuan Sukarela LHDN   

Atau lebih tepat rujuk laman web atau FB Page LHDN

👉👉 http://www.hasil.gov.my/

👉👉 https://www.facebook.com/LHDNM




Siapa Perlu Mengaku ni?

Apa yang saya faham, semua orang perlu membuat pengakuan jika ada pendapatan yang terkurang lapor atau tidak dilapor kepada LHDNM sebelum ni.

"Orang' ni tak kira lah individu, perkongsian atau pun syarikat. 

Saya kata 'SEMUA' tu .... sebab baik mengaku dari kena audit atau di siasat oleh LHDNM. Kalau mengaku, kita dapat 10%-15% penalti sahaja. Kalau tak mengaku dan terpilih untuk diaudit atau disiasat, kita akan dikenakan penalti antara  80%-300% selepas tempoh PKPS ni tamat.



Terima Surat PKPS, kena mengaku ke ni?

Ramai kawan-kawan saya terima surat tawaran PKPS ni tertanya-tanya "nak buat apa dengan surat ni"?

Biasalah bila dalam group WhatsApp ada akauntan, ada auditor, ada ejen cukai dan orang LHDN sendiri, jadi senang kawan-kawan yang ada masalah berkaitan cukai boleh tanya kat kawan-kawan goupp je.

Dulu masa study pun, pernah ambik subject taxation, jadi tahulah serba sedikit pasal tax ni.

Dari jawapan yang diberi, dan carian saya mengenai info di laman web dan FB Page LHDNM, boleh la saya katakan semua kena lapor...., tak kira makan gaji atau buat biznes, mahupun yang ada syarikat.



Apa yang faham, mereka yang terima surat tawaran PKPS tu perlu laporkan pendapatan sekiranya sebelum ni ada pendapatan yang 

  • terkurang lapor atau 
  • tak dilapor langsung.



Kenapa kena lapor?.... 
Kena la lapor, sebab kalau tak lapor dan kita kena audit atau di siasat oleh LHDNM nanti, dan LHDNM dapat tahu (biasanya mereka akan tahu) kita tak lapor dengan betul, mereka akan kirakan cukai untuk kita dan penalti yang dikenakan memang memeritkan.

Bila terima surat audit dari LHDNM ni, saya jamin kita boleh sampai Tak Tidur Lena dan Tak Selera Makan. Ni pengalaman saya beberapa tahun dulu la, tu pun pihak LHDNM minta dokumen sikit je. Baru minta sikit, saya punya gelabah nak mencari dokumen pelepasan tu sampai dalam tidur pun teringat-ingat.

TAPI INGAT,
LHDN ada keluarkan kenyataan baru-baru ni  bagi mereka yang menerima surat tawaran PKPS tu dan pendapatan kurang RM4,000 sebulan, mereka tidak perlu buat apa-apa. Maknanya tak layak kena cukai la, jadi abaikan surat tu.

Jadi yang pendapatan kurang RM4,000 tak perlu buat apa-apa ye, yang terima lebih sebaliknya ye.

Tak kira pendapatan apa, janji lebih RM 4,000....baik lapor dan rebut peluang PKPS ni. Lagi-lagi kalau ada terima lebih RM40,000, apatah pula lagi kalau lebih RM 400,000.

JANGAN INGAT LHDN tak tahu ye... Percayalah, tunggu masa je.



The Star 4 Februari 2019.
Sumber FB Page LHDNM


Utusan  2 Februari 2019. Sumber FB Page LHDNM




Pendapatan Apa Yang Perlu Lapor ni

Ramai juga yang tertanya-tanya, pendapatan (income) apa yang nak kena mengaku kepada LHDNM ni.

Saya kategorikan beberapa-pendapatan (income) yang PERLU dilapor. Kalau ada lagi kategori income lain yang saya terlepas, nanti saya update.

Saya kategorikan pendapatan yang biasa diterima oleh individu je dahulu buat masa ni.


1.  TERIMA GAJI (PENGGAJIAN)

  • Yang terima gaji lebih RM 4,000 sebulan kenalah lapor kepada LHDNM. 
  • Kalau sebelum ni tak pernah lapor (tak pernah hantar borang atau isi e-filing), ini lah masa untuk buat pengakuan. Rebutlah peluang PKPS ni.
  • Yang terima gaji ni, biasanya tiap-tiap bulan kita akan kena potongan PCB (Potongan Cukai Berjadual).
  • Bila ada potongan PCB, maknanya kita dah ada file cukai dan duit potongan PCB tu akan dikreditkan ke akaun kita.
  • Bila kita tak hantar borang maka amaun kredit dalam akaun kita (potongan PCB) tu akan tergantung dalam akaun kita. LHDNM tak boleh nak offsetkan sebab kita tak hantar borang. Kita tak hantar borang, macam mana nak offset kan....sebab cukai  belum dikira dan dikenakan.
  • Bila TAK HANTAR borang ni, percayalah salah satu masalah ni boleh terjadi kat kita
    1. LHDN kirakan cukai anggaran untuk kita. Biasa anggaran ni mereka tak akan tolak banyak pelepasan cukai untuk kita, sebab mereka tak ada maklumat pelepasan yang kita layak tuntut. Jadi pengiraan cukai akan tinggi, kan kita yang rugi ...
    2. LHDN hantar surat audit atau minta kita hantar borang.  Kalau kita  dapat surat audit ni, ini pun akan beri masalah kepada kita. Selain penalti tinggi, kita perlu cari dokumen-dokumen lama. 
    3. Waktu nak pencen atau berhenti kerja. Ni pun masalah, bila kita nak pencen atau nak berhenti kerja, majikan akan minta 'clearence' dari LHDNM. Bila LHDNM semak yang kita tak hantar borang, waktu ni LHDNM akan minta dokumen-dokumen sokongan dan kita perlu hantar borang untuk tahun-tahun yang kita tak hantar borang. Masalah tu nanti bila nak cari dokumen-dokumen macam EA form dan resit-resit bayaran untuk tuntut pelepasan.
  • Maklumlah dah banyak tahun kebelakang, susah nak cari dokumen tu nanti. Kalau kita lapor masa PKPS ni, mereka akan terima je apa yang kita hantar dengan 'suci hati', maknanya mereka tak tanya lebih-lebih (minta dokumen sokongan dan sebagainya).
  • Mulai tahun Taksiran 2014 dahulu, LHDNM kenalkan 'PCB Sebagai Cukai Muktamad'. Ini bermaksud, mereka yang mempunyai pendapatan satu penggajian sahaja (1 majikan), boleh memilih untuk tidak menghantar borang cukai (BNCP). 


2. KOMISEN - Ejen Insuran, Ejen Hartanah dll

  • Yang terima komisen pun pelu lapor ye.
  • Komisen ni berbeza dengan gaji sebab komisen ni tak tetap dan berubah-rubah. 
  • Yang terima komisen ni tak ada PCB, tapi sepatutnya ada buat potongan cukai secara ansuran. Ansuran yang dibayar ni membantu kita sebenarnya, bila kita hantar borang (business sebelum 30 Jun) dan dikenakan cukai nanti tidaklah menyusahkan kita nak bayar cukai secara sekaligus sebab kita dah bayar ansuran in-advance.
  • Yang dapat komisen bulan-bulan beribu-ribu ringgit tu, laporlah kepada LHDNM.
  • LHDNM bukan tak tahu ada ejen insuran, ejen hartanah, ejen MLM dll terima komisen beribu-ribu ringgit sebulan, ada yang puluh ribu dan ratus ribu pun ada. Mereka tahu....
  • BETUL ke LHDNM tahu? LHDNM tahu, sebab  syarikat yang bayar kepada komisen kepada kita akan hantar laporan tahunan kepada LHDNM. Laporan tu siap ada nama, no k/p dan amaun. 
  • Lagi-lagi sekarang zaman digital, lagi senang simpan rekod dan mereka buat semakan.
  • Tak percaya, tanyalah kat kawan-kawan atau 'leader' kita yang pernah ada pengalaman diaudit atau disiasat oleh LHDNM. 
  • Selain LHDN tahu dari maklumat yang syarikat kita sampaikan, LHDN juga 'tahu' dari 'pemerhatian' mereka di laman sosial kita. Ye la, pergi bercuti luar negara, guna kereta mewah, update biznes kencang tapi borang cukai tak hantar. Mestilah LHDN tahu.
  • JADI, kalau terima pendapatan komisen ni dan tak lapor atau tak lapor dengan betul, eloklah ambil peluang buat pengakuan dalam tempoh PKPS ni.
  • Bagi yang buat secara sambilan pula, komisen yang diterima perlu dicampur dengan pendapatan sedia ada dan perlu dilapor kepada LHDNM.
  • Sediakan akaun  untung rugi (kalau belum ada), dan kira net income serta pendapatan bercukai. Dah ada amaun, boleh ke mana-mana cawangan LHDNM. Tak tahu nak kira, pergi sahaja ke auditor atau ejen cukai, mereka boleh bantu sediakan.


3. Management Fee / Consultant Fee / Referral fee dan seumpamanya

  • Sebut la apa nama 'fee' pun seperti managment fee, broker fee, introducer fee, referral fee dll, 'fee-fee' yang kita terima ni pun kita kena lapor juga kepada LHDN ye.
  • Ada orang makan gaji, pada masa sama terima 'fee-fee' ni. Mungkin atas sesuatu projek, atau 'secure'kan projek, lancarkan urusan projek atau seumpamanya, duit yang kita terima tu kena lapor ye.
  • Tak kira lah 'fee' yang kita terima tu RM10,000 ke...RM100,000 ke....dan apatah lagi RM juta-juta. Ini semua memang wajib lapor.
  • LHDNM boleh tahu ke? Boleh.... Senang sangat LHDN nak tahu sebenarnya. Katakan syarikat yang buat bayaran kepada kita tu diaudit atau disiasat oleh LHDNM, belanja-belanja ni pasti akan diminta maklumat terperinci oleh LHDNM.
  • Belanja-belanja 'management fee, consultant fee' dan seumpamnaya memang 'diminati' oleh LHDNM. Mereka akan semak detail belanja-belanja ni yang dituntut oleh syarikat atau perniagaan tu. 
  • Bila mereka semak detail, maknanya mereka akan tahu siapa penerima. Dan kalau ada penerima yang tak lapor, bersedialah terima surat dari LHDNM untuk beri penjelasan.
  • Nak tahu LHDNM suka atau tidak item-item belanja ni, boleh semak 'pengiraan cukai' yang disediakan oleh ejen cukai yang mereka submit kepada LHDNM. Dalam pengiraan cukai tu memang mereka perlu 'detailkan' mengenai belanja-belanja ni, detail maklumat yang akan dikemukakan kepada LHDN termasuklah nama, no k/p, tujuan bayaran dan sebab bayaran.
  • Jadi, sekali lagi saya pesan...kalau ada terima duit-duit seperti ni, lapor ye sebelum LHDNM kesan dan kita dipanggil untuk beri penjelasan.


4. Part Timer / Free lancer

  • Ni pun kena lapor jugak ye. 
  • Part-timer. Ada yang kerja part time je, tapi pada masa sama ada kerja tetap lain. Jadi income dari part time ni pun sepatutnya kena lapor.
  • Majikan part time kita memang akan hantar  maklumat pembayaran gaji kepada LHDNM, dan dalam rekod LHDNM memang ada maklumat penggajian yang kita terima. 
  • Jadi, kalau ada terima tu dan layak kena cukai, lapor ye.
  • Freelance. Ada orang tak suka kerja tetap, dan lebih suka kerja secara freelance, orang kata duit ikut job. Ada yang freelance tu memang sumber utama, dan ada juga yang sebagai tambahan income sahaja.
  • Maklumat pembayaran ni pun biasanya akan diminta oleh LHDNM daripada syarikat yang diaudit atau disiasat, sama seperti maklumat pembayaran 'fee' di atas.
  • Walau apa pun kategori kita, duit dari part-time job atau freelance ni, tetap kita kena lapor kepada LHDNM. 
  • Kira je la balik berapa amaun yang kita dah terima untuk tahun-tahun yang kita tak lapor, buat pengiraan dan lapor kepada LHDNM.

5. Direct Selling / MLM

  • Kategori ni pun ramai rasanya.
  • Kalau kita ada income dari perniagaan direct selling atau MLM dan kita tergolong dalam top-leader, bersedialah untuk menerima surat audit atau surat siasatan dari LHDNM.
  • Mereka ada rekod yang dikemukakan oleh syarikat dan memang ada unit memantau perniagaan ni. Ada beberapa kawan saya yang telah di audit. 
  • Bukan top-top leader sahaja,  yang 'biasa-biasa' pun kena lapor ye.
  • Pendapatan dari direct selling ni pun perlu dilapor selagi pendapatan melebihi RM 4,000 sebulan.
  • Ingat ye, kalau kurang dari RM4,000 tapi ada pendapatan lain seperti terima gaji dan sebagainya, pun kena lapor juga. Ye la, bila dah campur kedua-dua pendapatan, banyak tu pendapatan kita sebenarnya.

6. Sewa Rumah / Bangunan

  • Ramai antara kita yang memiliki rumah atau lot kedai dan turut menyewakan kepada oarang lain. 
  • Pendapatan sewa ni pun kalau ada, kita perlu lapor kepada LHDN.
  • Mana-mana yang tak lapor tu, ambil lah peluang ni untuk lapor kepada LHDN.
  • LHDN tak susah pun nak kesan aset kita dan nak kesan kita sewakan atau tidak.
  • Apabila kita buat transaksi jual beli rumah, transaksi tu ada dalam rekod LHDN. Kalau kita ada 5 rumah, dalam rekod LHDN nanti keluar la 5 rumah milik kita. Perjanjian jual beli rumah kan kita kena buat 'stampings' , dan stampingkan di LHDN (kadang-kadang lawyer yang uruskan), jadi memang semua rekod jual beli tu ada di LHDN.
  • Perjanjian sewa pun biasanya kita akan buat stamping (matikan setem), jadi rekod penyewaan pun LHDN ada.
  • Jadi elok sangat kita ambil peluang ni untuk lapor pendapatan sewa kepada LHDN jika sebelum ni kita tak lapor.
  • Satu lagi, INGAT ye.... perjanjian jual beli rumah tu masuk di rekod LHDN. Jadi kalau kita boleh beli rumah yang agak mahal beratus ribu atau berjuta harganya, tetapi tak lapor pendapatan (atau lapor kurang) kepada LHDN, ini pun akan menimbulkan persoalan kepada LHDN. 

7. Berniaga Online

  • Mereka yang berniaga online pun sama seperti mereka yang berniaga offline, juga tertakluk kepada cukai. Kena lapor pendapatan kepada LHDN.
  • Meniaga online ni luas, selagi ia dibuat secara online tak kira di laman sosial seperti FB, Instagram atau seumpamanya seperti menjual pakaian, menjual makanan, menjual peralatan elektronik ni semua di kira online. Tak semestinya kita perlu ada kedai, tak ada kedai pun kena lapor pendapatan.
  • Instafemes pun rasanya ramai yang terima ribu-ribu ringgit sebulan, malahan ada yang puluhan ribu ringgit. Kalau ada instafemes yang baca ni, elok la lapor jika sebelum ni tak lapor.
  • Ada juga yang menjual di kedai online, tak kira buka kedai sendiri (online) atau pun di portal shopping seperti Lazada, Shoppee, 11th Street, Ebay dll, pendapatan yang kita terima perlu kita lapor. Senarai penjual dan jumlah jualan ada di rekod syarikat kedai shopping online ni, jadi LHDN tiada masalah nak dapatkan maklumat.
  • Jadi kalau rasa-rasa pendapatan tu banyak dan layak kena cukai, elok ambil peluang PKPS ni untuk lapor kepada LHDNM.

8. E-hailing seperti Grab, Uber dll

  • Menjadi pemandu e-hailing seperti Grab, Uber, MyCar dll turut dikira sebagai profession, sama macam pemandu teksi.
  • Jadi pendapatan ni juga layak dikenakan cukai.
  • Ada kita yang jadi driver e-hailing ni secara full-time dan pendapatan yang diterima agak lumayan.
  • Ada juga yang buat e-hailing ni secara part-time je, sebagai menambah pendapatan sedia ada.
  • Tak kira lah pendapatan secara full-time atau part-time, pendapatan dari e-hailing ni perlu dilapor kepada LHDN sekiranya layak dikenakan cukai.

Rasanya ni dulu buat masa ni, nanti ada lagi yang saya rasa  perlu masukkan, saya tambah dalam list ni.

Bagi yang belum pernah lapor pendapatan tu, dan tak tahu cara nak lapor, boleh la tanya kepada ejen cukai. Atau pun pergi sahaja ke cawangan LHDN yang terdekat untuk dapatkan maklumat dan penerangan lanjut.


Mat Drat @SayangWang



Tuesday, 22 January 2019

REKOD HIBAH BONUS TABUNG HAJI 2018 DAN SEBELUM

REKOD HIBAH BONUS TABUNG HAJI 2018


Apa beza Hibah dan Bonus Tabung Haji?

Mulai tahun 2018 (akaun berakhir 31 Disember 2017), Tabung Haji mengumukan agihan sebagai agihan Hibah menggantikan 'nama' Bonus yang digunakan sebelum ini.

Hibah dan Bonus 3 tahun ke belakang 
Hibah TH 2017 (umum 2018)  :
- 4.50 % Hibah Tahunan
- 1.75%  Hibah Haji

Bonus TH 2016  (umum 2017)   :
- 4.25 % Bonus Tahunan
- 1.50%  Hibah Haji

Bonus TH 2015  (umum 2016)   :
- 5.00 % Bonus Tahunan
- 3.00%  Bonus Haji.


Apa beza Hibah Tahunan dan Hibah Haji?

Hibah Tahunan 
Adalah hibah yang akan diperolehi oleh semua pendeposit. Ia mengikut prestasi kewangan tahun semasa dan diberi sebagai menghargai para pendeposit.

Hibah Haji
Adalah hibah khas yang diberikan kepada pendeposit yang masih belum menunaikan haji bagi meningkatkan jumlah tabungan mereka. Lebih tinggi hibah... lebih besar tabungan... dan moga-moga ada rezeki cepat terpilih menunaikan fardu Haji.


Bagi yang telah menunaikan Haji dan rasa terkilan apabila tidak menerima Hibah Haji ini, saya rasa untuk mengurangkan rasa terkilan tu...
-  anggaplah bahagian 'hibah' kita disumbangkan kepada mereka yang masih belum menunaikan Fardu Haji ... moga tabungan mereka cepat melayakkan mereka menunaikan haji.

- jika masih rasa terkilan, boleh consider untuk menyimpan / melabur di institusi lain. Tapi ingat ye, tak banyak institusi yang 'menjanjikan' pulangan seperti TH ini bagi simpanan kita. Jika memilih untuk membuat Pelaburan, mungkin ada beberapa pilihan yang agak kompetetif. 










Cara Pengiraan Hibah Tahunan dan Hibah Haji


Berikut adalah contoh pengiraan hibah tahunan dan hibah haji.




1. Cara Pengiraan Hibah Tahunan : 

   Baki Purata Minima Bulanan Akaun TH   x   Kadar Hibah Tahunan (4.5%)  


2. Cara Pengiraan Hibah Haji : 

   Baki Minima Tahunan Akaun TH*   x   Kadar Hibah Haji (1.75%)  
* Tertakluk amaun maksima 





Rekod Agihan Hibah dan Bonus Tabung Haji?

Berikut rekod agihan bonus dan hibah yang diumumkan oleh Tabung Haji dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2000.



Tahun Kewangan Berakhir
31 Disember
 Hibah / Bonus 
Tahunan
 Hibah / Bonus 
Haji
2018- akan diumumkan - akan diumumkan 
20174.250.26
20164.500.50
20155.000.50
20146.251.00
20136.001.00
20126.501.15
20116.001.15
20105.501.25
20095.001.25
20085.001.75
20075.001.00
20064.751.25
20054.501.75
20044.302.00
20034.002.00
20023.502.00
20013.253.00
20005.502.00





Mat Drat @SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Saturday, 19 January 2019

HIBAH BONUS TABUNG HAJI 2019 (Akaun Berakhir 31 Disember 2018)

HIBAH BONUS TABUNG HAJI 2019 2018


Kadar Hibah atau Bonus Tabung Haji

Pengumuman Hibah atau Bonus Tabung Haji pada tahun 2019 bagi akaun berakhir 31 Disember 2019 sangat di nanti-nantikan.

Rasanya pasti ramai menantikan pengumuman kadar hibah atau bonus pada kali ini kerana:

  • adakah tahun ini lebih tinggi dari tahun sebelum
  • adakah pendedahan isu pembayaran Hibah tahun lalu yang dikatakan dibayar dalam keadaan kedudukan aset 'negative' Tabung Haji memberi kesan pembayaran tahun ini.
  • adakah penubuhan SPV dan pemindahan aset serta pelaburan tertentu TH ke SPV memberi kesan positif dan diterjemahkan kepada kadar pembayaran hibah yang diharapkan
Mulai tahun 2018 (akaun berakhir 31 Disember 2017), Tabung Haji mengumukan agihan sebagai agihan Hibah menggantikan 'nama' Bonus yang digunakan sebelum ini.


Bila akan di kreditkan?

Yang tertunggu-tunggu Hibah Tabung Haji, jika dilihat pada tahun-tahun sebelum, biasanya Tabung Haji akan membuat pengumuman pada minggu pertama bulan Februari.

Pada tahun lepas pengumuman dibuat pada minggu pertama bulan Februari dan pendeposit boleh membuat semakan mulai 12 Februari 2018.


Bagi yang sedikit marah apabila isu-isu berkaitan Tabung Haji keluar tempoh hari, dan telah mengeluarkan simpanan mereka, mungkin agihan yang akan diumumkan nanti tidak begitu mereka harapkan.

👉👉   Jangan Keluarkan Deposit Tabung Haji    










Hibah Tabung Haji vs Dividen KWSP vs Agihan ASB

Biasanya kadar Hibah Tabung Haji akan turut dibandingkan dengan Kadar Agihan ASB dan juga Dividen KWSP.

Dua instrument pelaburan / simpanan ini boleh dikatakan simpanan / pelaburan yang dijamin oleh kerajaan dan memberikan kadar pulangan yang tidak jauh diantara satu sama lain.

Untuk Hibah Tabung Haji pula untuk tahun ini, kita selaku pendeposit tidak boleh mengharap lebih jika berdasarkan Agihan ASB dan juga Dividen KWSP. 

ASB
Jika di lihat kepada pengumuman Dividen ASB untuk tahun berakhir 31 Disember 2018, agihan yang diumumkan sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya.




KWSP
Jika diambil kira pengumuman pihak KWSP baru-baru ini di mana berkemungkinan kadar dividen tahun ini lebih rendah berbanding tahun sebelum, jadi kita selaku pendeposit juga tidak boleh mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelum.



Adakah isu-isu Tabung Haji yang hangat diperkatakan sebelum ini sedikit sebanyak menambah kesan kepada kadar Hibah dan Bonus?  Sama sama kita tunggu.


Hibah atau Bonus Tabung Haji Tahun Sebelum 

Jika diihat kepada 3 tahun sebelumnya pula, Tabung Haji mengumumkan kadar Hibah (Bonus) seperti berikut :

Hibah TH 2017 (umum 2018)  :
- 4.50 % Hibah Tahunan
- 1.75%  Hibah Haji

Bonus TH 2016  (umum 2017)   :
- 4.25 % Bonus Tahunan
- 1.50%  Hibah Haji

Bonus TH 2015  (umum 2016)   :
- 5.00 % Bonus Tahunan
- 3.00%  Bonus Haji.


Untuk rekod agihan bonus / hibah Tabung Haji, boleh lihat di link di bawah




Apa beza Hibah Tahunan dan Hibah Haji?

Hibah Tahunan 
Adalah hibah yang akan diperolehi oleh semua pendeposit. Ia mengikut prestasi kewangan tahun semasa dan diberi sebagai menghargai para pendeposit.

Hibah Haji
Adalah hibah khas yang diberikan kepada pendeposit yang masih belum menunaikan haji bagi meningkatkan jumlah tabungan mereka. Lebih tinggi hibah... lebih besar tabungan... dan moga-moga ada rezeki cepat terpilih menunaikan fardu Haji.


Bagi yang telah menunaikan Haji dan rasa terkilan apabila tidak menerima Hibah Haji ini, saya rasa untuk mengurangkan rasa terkilan tu...
-  anggaplah bahagian 'hibah' kita disumbangkan kepada mereka yang masih belum menunaikan Fardu Haji ... moga tabungan mereka cepat melayakkan mereka menunaikan haji.

- jika masih rasa terkilan, boleh consider untuk menyimpan / melabur di institusi lain. Tapi ingat ye, tak banyak institusi yang 'menjanjikan' pulangan seperti TH ini bagi simpanan kita. Jika memilih untuk membuat Pelaburan, mungkin ada beberapa pilihan yang agak kompetetif. 


👉👉   Dividen ASB 2018     



Mat Drat @SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

REKOD DIVIDEN BANK RAKYAT



Rekod Dividen Bank Rakyat


Rekod Dividen Bank Rakyat

Dividen Bank Rakyat sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun kerana kadar yang diberikan agak menarik. Boleh kata dividen Bank Rakyat antara yang tertinggi di antara koperasi di Malaysia dan antara pulangan pelaburan dalam bentuk dividen yang agak konsisten dan tinggi.


Memandangkan kadar dividennya yang agak tinggi, pembukaan untuk menambah saham Bank Rakyat sentiasa dinanti oleh ahli yang sedia ada dan juga mereka yang belum menjadi ahli.



Ada yang masih keliru, pembayaran dividen ini hanya untuk ahli iaitu untuk mereka yang meiliki saham Bank Rakyat dan bukannya kepada akaun simpanan. Untuk menjadi ahli, seseorang itu perlu memiliki saham Bank Rakyat. Buat masa ini, semua unit saham Bank Rakyat telah penuh dilanggan. Dan kali terakhir ia ditawarkan semula (tambahan), telah habis seperti goreng pisang.




Rekod Pembayaran Dividen Bank Rakyat  sebelum ini :
  • 2005 - 15 %
  • 2006 - 15 %
  • 2007 - 20 %
  • 2008 - 20 %
  • 2009 - 15 %
  • 2010 - 15 %
  • 2011 - 20 %
  • 2012 - 18 %
  • 2013 - 15 %
  • 2014 - 15 %
  • 2015 - 13 %
  • 2016 - 15 %
  • 2017 - 16 %
  • 2018 - ??? 










Saham Bank Rakyat vs Akaun Simpanan Bank Rakyat

Ada yang masih keliru, sama ada simpanan dia di akaun bank rakyat layak atau tidak dengan dividen ini.

Pembayaran dividen ini hanya untuk ahli iaitu untuk mereka yang meiliki saham Bank Rakyat dan bukannya kepada akaun simpanan. 


Untuk menjadi ahli, seseorang itu perlu memiliki saham Bank Rakyat. Buat masa ini, semua unit saham Bank Rakyat telah penuh dilanggan. Dan kali terakhir ia ditawarkan semula (tambahan), telah habis seperti goreng pisang.

Beli saham Bank Rakyat dengan harga premium - berbaloi?

Jika ada pihak-pihak tertentu menawarkan untuk menjual saham Bank Rakyat mereka pada harga yang lebih tinggi, sebelum membeli saya sarankan buat sedikit pengiraan.

Satu unit saham Bank Rakyat berharga RM1. Ada pihak menjual sehingga RM1.50 sesaham.

Saya pernah ditawarkan sebanyak RM 100,000 unit pada harga RM1.50 tetapi saya tolak kerana harga yang ditawarkan agak tinggi dan saya ada pilihan pelaburan lain. Saya buat simple calcullation berikut :

a. Saham Bank Rakyat 
Katakan 
Kita beli 100,000 saham pada harga RM1.50 pada 30 Disember 20xx.

Harga belian = RM 150,000
Unit = 100,000

Dan katakan 
Dividen Bank Rakyat 15% setahun (anggaran).
Dividen akan dikira ke atas saham 100,000 unit.

Dividen Setahun = RM 15,000 
Dividen 3 tahun  = RM 45,000
Dividen 4 tahun  = RM 60,000

Dividen 10 tahun = RM 150,000

Jadi saya anggap selepas 4 tahun baru boleh 'cover' premium (lebihan harga) yang saya bayar.
Dan selepas 10 tahun, jumlah dividen saya perolehi adalah sebanyak RM 150,000

Harus diingat, kadar dividen Bank Rakyat hanya dikira ke atas saham. Dividen yang kita dapat akan dimasukkan ke akaun simpanan. Jika tidak dikeluarkan (ia hanya beri sekitar 2-3% sahaja, tidak ada 'kompound' keatas dividen yang diterima.

Jika harga belian RM 150,000 tu ditampung dengan pinjaman bank pada kadar 4-6% setahun, pulangan bersih kita lagi rendah. Jadi untuk 'cover' premium yang kita bayar akan lebih lama.


b. Saham ASB  
Memandangkan, saya tidak dapat 'kuasa kompound' bagi dividen yang diperolehi  jadi saya buat pengiraan jika RM 150,000 dilaburkan di ASB pada kadar pulangan 7% setahun (anggaran).

Unit ASB 150,000 unit = RM 150,000

Selepas 4 tahun = RM 196,619.40
Pulangan bersih = RM 46,619 ( 196,619 - 150,000)

Nampak rendah, jadi saya lihat pula jika selepas 10 tahun.

Selepas 10 tahun = RM 295,072.70
Pulangan bersih = RM 145,072 ( 295,072 - 150,000)

Saya nampak agak berbaloi beli saham Bank Rakyat ni pada harga pemium dengan syarat 
- tidak buat pinjaman (memang ada cash)
- tidak ada instrument pelaburan lain (terjamin dan pulangan tinggi)...


c. Saham KPF  
Saya cuba pula bandingkan jika RM 150,000 dilaburkan di KPF (Koperasi Permodalan Felda). Untuk yang tidak tahu, KPF juga menawarkan pulangan yang agak tinggi. Tetapi ia hanya di buka kepada keluarga Felda sahaja (kakitangan dan peneroka).


Katakan 
Kita beli 150,000 saham  KPF pada harga RM1.00 pada 30 Disember 20xx.

Harga belian = RM 150,000
Unit = 150,000

Dan katakan 
Dividen KPF 12% setahun (anggaran).
Dividen akan dikira ke atas saham 150,000 unit.

Dividen Setahun = RM 18,000 
Dividen 3 tahun  = RM 54,000
Dividen 4 tahun  = RM72,000

Dividen 10 tahun = RM 180,000

Jadi saya tolak pelawaan membeli saham Bank Rakyat tesebut. Kalau dia tawarkan pada harga lebih rendah, mungkin saya beli.


Sama ada ingin membeli / menerima tawaran saham Bank Rakyat pada harga yang lebih tinggi, sekali lagi saya sarankan buat pengiraan.





-Sayangi Wang Anda-
Mat Drat @SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇