HIBAH AMANAH
Hibah Amanah adalah satu bentuk penggabungan Hibah dan Amanah, pemberi hibah memberi hibah kepada penerima hibah tetapi melantik suatu pihak sebagai pemegang amanah bagi menguruskan harta amanah tersebut sementara dia masih hidup.
Untuk membuat hibah amanah, boleh menghubungi mana-mana pihak yang mnyediakan perkhidmatan ini seperti As Salihin Trusttee, Wasoiyiah atau pun Amanah Raya Berhad.
Tabung Haji dan ASNB (Saham amanah ASB, ASN dll) pula antara institusi yang menggunakan konsep Hibah dan Amanah bagi pilihan kepada penamaaan. Ini bermakna pemberian hibah berlaku dan perlantikan pemegang amanah juga berlaku.
Untuk membuat hibah amanah, boleh menghubungi mana-mana pihak yang mnyediakan perkhidmatan ini seperti As Salihin Trusttee, Wasoiyiah atau pun Amanah Raya Berhad.
Tabung Haji dan ASNB (Saham amanah ASB, ASN dll) pula antara institusi yang menggunakan konsep Hibah dan Amanah bagi pilihan kepada penamaaan. Ini bermakna pemberian hibah berlaku dan perlantikan pemegang amanah juga berlaku.
Hibah Amanah Tabung Haji
Pada dasarnya, semua pendeposit Tabung Haji berumur 18 tahun ke atas hendaklah membuat penamaan. Penama yang dilantik bukanlah penerima mutlak harta pusaka (wang simpanan Tabung Haji) tetapi perlu bertindak sebagai wasi atau pentadbir harta si mati.
Walau bagaimana pun, Tabung Haji ada menyediakan Hibah Amanah kepada pendepositnya.
Dari laman web Tabung Haji, dinyatakan
"Hibah Amanah TH merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah."
"Harta Hibah Amanah ini akan dipegang oleh Pemberi Hibah Amanah yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserah milik kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah dan / atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu."
Difahami dari produk ini
- Hibah Amanah ini menggabungkan konsep hibah dan amanah
- Pemberian Harta Hibah Amanah (simpanan) oleh Pemberi Hibah Amanah (Pendeposit) dilakukan semasa hidup pemberi hibah melalui Surat Ikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil.
- Pemberi Hibah Amanah (pendeposit) adalah / menjadi Pemegang Amanah kepada Penerima Hibah Amanah.
- Tabung Haji pula akan bertindak sebagai Pemegang Amanah Gantian untuk mengurus dan mentadbir Harta Hibah Amanah tersebut (simpanan).
Apabila berlaku kematian
1. Pemberi Hibah Amanah Meninggal Dunia :
Harta Hibah Amanah (baki simpanan sewaktu kematian) akan diserahkan kepada Penerima Hibah Amanah selepas tuntutan dibuat.
2. Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia terlebih dahulu :
Harta Hibah Amanah (baki simpanan sewaktu kematian) akan diserahkan kepada waris Penerima Hibah Amanah selepas tuntutan dibuat.
Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah Tabung Haji
Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa persetujuan Penerima Hibah Amanah, kecuali penerima adalah dari kalangan anak kandung/cucu kandung pemberi hibah yang masih hidup.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hibah Amanah Tabung Haji, boleh rujuk ke laman web rasmi Tabung Haji.
👉👉 Hibah Amanah Tabung Haji - TH
Hibah Amanah ASNB
Pada dasarnya, semua pelabur ASNB juga perlu membuat penamaan. Dan harus ingat, penama bukan penerima mutlak simpanan ASNB (ASB, ASN dll unit amanah lain) apabila berlaku kematian ahli, sebaliknya penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pentadbir harta.
Sebagai mana sedia maklum, sering berlaku penama tidak bertindak sebagai wasi atau pentadbir harta di mana wang tidak diaghihkan mengikut faraid.
Jadi ASNB memberikan pilihan kepada ahli untuk menggunakan kaedah Hibah Amanah ASNB.
Konsep lebih kurang sama dengan Hibah Amanah Tabung Haji, dimana pihak pemegang amanah akan dilantik.
Dalam Hibah Amanah ASNB ini ;
1. Pemberi hibah melaksanakan akad hibah, menghibahkan harta kepada penerima hibah.
2. Pemberi hibah dan penerima hibah bersetuju melantik ASNB sebagai pemegang amanah untuk mengurus dan mentadbir harta hibah (pelaburan pemberi hibah).
3. Minima perlu ada RM1,000 untuk menggunakan kaedah Hibah Amanah ini.
4. Pemberi menentukan penerima hibah dan peratus setiap mereka dapat.
5. Pemberi masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfat pelaburan tersebut semasa hidup.
6. Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa persetujuan Penerima Hibah Amanah, kecuali penerima adalah dari kalangan anak kandung/cucu kandung pemberi hibah yang masih hidup.
7. Penerima hibah tidak memerlukan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet untuk membuat tuntutan
8. Yuran perkhidmatan dikenakan bagi memilih kaedah ini.
Yuran Hibah Amanah ASNB
Sewaktu artikel ini ditulis, yuran perkhidmatan yang dikenakan adalah seperti berikut
- Pendaftaran Kontrak RM 180
- Pentadbiran RM 10
- Pindaan RM 20
- Pembatalan RM 70
- Tuntutan
RM 25,000 pertama : 1.50% RM 375
RM 225,000 berikutnya : 1.00% RM 2,250
RM 250,000 berikutnya : 0.50% RM 1,250
RM 500,000 berikutnya : 0.25% RM 1,250
Baki selebihnya : 0.1% ……..
Untuk maklumat lanjut mengenai Hibah Amanah ASNB, boleh rujuk ke laman web rasmi ASNB
👉👉 Hibah Amanah ASNB (ASB ASN ASW dll)
Bersambung di artikel berikutnya.
Mat Drat @ SayangWang
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
No comments:
Post a Comment