Jika perkongsian Mat Drat sebelum ini untuk membandingkan Melabur di ASB Dengan Pinjaman vs Melabur di ASB Tanpa Pinjaman, kali ni Mat Drat kongsikan pula 3 kategori pelabur melalui pinjaman.
Perkongsian sebelum ini
👉👉 Pinjaman ASB : Untung Atau Rugi 👈👈
Bagi yang ingin melabur di ASB/ASB2 melalui pinjaman, perkara berikut perlu diambil tahu
- Pembiayaan ditawarkan oleh ejen ASNB.
- Pembiayaan ASB/ASB2 adalah satu kemudahan pembiayaan istimewa untuk membantu Bumiputera melabur di dalam ASB/ASB2.
- Antara ejen ASNB yang menawarkan pembiayaan adalah Maybank, CIMB, RHB dan Ambank. Terma dan syarat serta kadar pinjaman mungkin berbeza mengikut bank.
- Para pelabur melalui pembiayaan mempunyai pilihan untuk melindungi pembiayaan melalui insuran/takaful.
- Jumlah dan tempoh pembiayaan bergantung kepada kelayakan pelabur.
Tips Optimumkan Pelaburan melalui Pembiayaan
- Sediakan bajet ansuran bulanan ikut kemampuan bayaran dan JANGAN bergantung kepada dividen tahunan.
- Disiplinkan diri membayar ansuran bulanan dan anggap ia seperti ansuran pinjaman kereta atau pinjaman rumah.
- Beri peluang kepada pelaburan dan dividen berkembang dengan kuasa kompoun TANPA keluarkan dividen.
Okey....Mat Drat BANDINGKAN 3 situasi yang biasa diamalkan oleh pelabur melalui pinjaman ini. Cuba lihat anda di kategori mana...
KATEGORI 1 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran pinjaman dan
- Dividen tahunan TIDAK dikeluarkan
KATEGORI 2 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran pinjaman dan
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk perbelanjaan.
KATEGORI 3 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran tahun pertama dan
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk bayar ansuran tahun berikutnya
Bagi membezakan kesan dan pulangan bagi ketiga-tiga kategori ini, Mat Drat membuat pengiraan berdasarkan perkara/andaian berikut :
- Jumlah Pembiayaan | : RM 50,000 |
- Kadar Keuntungan | : 5.20% |
- Tempoh Pembiayaan | : 25 Tahun |
- Bayaran Bulanan | : RM 300 (dibundarkan dari RM298) |
- Kadar Keuntungan (Dividen) | : 6% |
Sekarang mari kita lihat pulangan kepada setiap kategori pelabur tadi.
KATEGORI 1 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran pinjaman dan
Pelabur Kategori ini akan menikmati pulangan pelaburan yang optimum dan manfaat pelaburan jangka panjang melalui kuasa kompoun.
Jumlah Pembiayaan | - RM 100,000 |
Kadar Keuntungan | - 5.20% |
Tempoh Pembiayaan | - 25 Tahun |
Bayaran Bulanan | - RM 300 |
DIVIDEN TERKUMPUL | - RM164,594 |
JUMLAH PELABURAN PADA TARIKH MATANG (POKOK + DIVIDEN TERKUMPUL) | - RM214,594 |
KATEGORI 2 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran pinjaman dan
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk perbelanjaan.
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk perbelanjaan.
Jumlah pinjaman
Pelabur Kategori ini menggunakan pengagihan pendapatan (dividen) bagi menampung kos sara hidup dan perbelanjaannya
TETAPI pada masa sama juga telah
MELEPASKAN peluang mendapat manfaat kuasa kompoun pelaburannya.
Jumlah Pembiayaan | - RM100,000 |
Kadar Keuntungan | - 5.20% |
Tempoh Pembiayaan | - 25 Tahun |
Bayaran Bulanan | - RM 300 |
DIVIDEN TERKUMPUL | - 0 |
JUMLAH PELABURAN PADA TARIKH MATANG (POKOK + DIVIDEN TERKUMPUL) | - RM50,000 |
KATEGORI 3 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran tahun pertama dan
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk bayar ansuran tahun berikutnya
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk bayar ansuran tahun berikutnya
Pelabur Kategori ini sebenarnya bekerja
keras membayar ansuran pinjaman
DAN BUKANNYA
untuk pelaburannya
SERTA TIDAK
mendapat manfaat kuasa kompoun pelaburannya.
Jumlah Pembiayaan | - RM100,000 |
Kadar Keuntungan | - 5.20% |
Tempoh Pembiayaan | - 25 Tahun |
Bayaran Bulanan | - RM 300 |
DIVIDEN TERKUMPUL | - 0 |
JUMLAH PELABURAN PADA TARIKH MATANG (POKOK + DIVIDEN TERKUMPUL) | - RM50,000 |
Jadi boleh renung-renungkan dan lihat anda dikategori mana (jika ada membuat pelaburan ASB/ASB2 melalui pinjaman).
Sepatutnya mereka yang melabur melalui pinjaman/pembiayaan ini perlu mengambil peluang akan 'kuasa kompoun'. Dengan pelaburan melalui pinjaman, kompoun dividen akan bermula dengan amaun yang agak besar bergantung kepada amaun pinjaman seseorang tu. Jadi sangat rugi jika tidak mengambil kuasa kompoun itu.
Tetapi kadang kala, ada pelabur di ASB/ASB2 yang melabur melalui pinjaman ini tersilap langkah kerana tidak memahami tujuan dia melabur ataupun terlupa akan 'kuasa kompoun' itu. Atau mungkin juga dia mengambil pembiayaan pelaburan ASB/ASB2 kerana terpengaruh atau termakan pujukan ejen pinjaman. Maka termasuklah dia dalam kategori 2 atau 3.
Bila melabur, selain perlu membaca prospektus pelaburan, tetapi perlu juga menjadi Jadilah Pelabur Bijak.
Jika melabur melalui pinjaman, jadilah juga Pelabur Bijak dengan pembiayaan.
Dan akhir sekali... Pesanan Mat Drat "SAYANGILAH WANG ANDA "
~Mat Drat @ SayangWang~
~Mat Drat @ SayangWang~
Lain-lain artikel berkaitan ASB ini
👉👉 Rekod Dividen ASB
👉👉 Hukum Melabur di ASB
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
👉👉 Hukum Melabur di ASB
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
No comments:
Post a Comment