Tuesday 24 October 2017

Pelepasan Cukai 2017




Pelepasan Cukai 2017 LHDNM



Tahun 2017 semakin menghampiri penghujungnya. Jadi apa kata kita intai-intai pelepasan cukai 2017 sebelum tirai 2017 melabuhkan tirainya. Waktu ni la kita nak rancang percukaian kita dengan bijak.

Perancangan percukaian adalah salah satu bentuk perancangan kewangan yang bijak. Antara cara perancangan percukaian adalah memaksimumkan tuntutan pelepasan cukai yang dibenarkan. 






Peringatan
Membuat tuntutan pelepasan cukai yang layak dan betul tidak mejadi satu kesalahan. Jadi saya ingatkan awal-awal, buat tuntutan dengan betul dan layak sahaja ye. Jika buat tuntutan yang tidak betul, takut-takut nanti terpilih untuk di audit. Bila dah kena audit, selain kena bayar cukai yang terkurang bayar, kita juga terpaksa membayar penalti. Dengar kawan-kawan kata, penalti audit LHDN boleh tahan juga!!


Untuk tahun 2017 ni ada PELEPASAN BARU seperti 
Pelepasan Gaya Hidup (Terhad RM2,500),
Pelepasan Pembelian Peralatan Penyusuan (Terhad RM1,000) dan 
Pelepasan Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah (Terhad RM1,000). 




Cepat-cepat cari resit-resit pembelian/pembayaran dahulu (bertarikh 01.01.2017-31.12.2017) dan kumpul. Kalau belum ada perbelanjaan di atas ni, boleh la fikir-fikir sama ada ingin buat perbelanjaan atau tidak untuk tahun ni. 
Jangan sampai pelepasan ni terlepas pula untuk dituntut.

Ada kawan saya baru ni kongsi pengalaman dia, yang dia terlupa (mungkin tak perasan atau tak tahu) untuk tuntut pelepasan KWSP sebanyak RM 6000 untuk 3 tahun. Suami isteri terlupa tuntut (sebab suami yang isikan borang isteri). Tak tahu sama ada rayuan mereka dibenarkan atau tidak untuk buat tuntutan semula kerana setahu saya rayuan pindaan dibenarkan untuk tempoh tertentu sahaja.

Banyak penjimatan jika mereka tuntut pelepasan tu. Katakan kadar cukai yang dikenakan kepada mereka 10%.

RM6,000  X 10% = RM 600. Itu baru seorang. Jika untuk suami isteri dan 3 tahun, banyak penjimatan mereka tu. Dan itu pun andaian kadar cukai mereka hanya 10%. Kalau  lebih, lagi banyak penjimatanynag mereka layak sebenarnya.




Jika diperhatikan untuk Tahun Taksiran 2017 ini, terdapat beberapa pelepasan yang HILANG dari tahun sebelum ini seperti pelepasan buku (RM1,000), komputer (RM3,000 - 3 tahun sekali) dan pelepasan peralatan sukan (RM 300). Pelepasan-pelepasan ini telah sekalikan di dalam Pelepasan Gaya Hidup (terhad RM2,500). Termasuk juga di dalam kategori pelepasan Gaya Hidup ini adalah untuk perbelanjaan langganan jalur lebar (dibenarkan kembali) dan juga perbelanjaan keahlian gym.

Diingatkan sekali lagi, perbelanjaan yang dibuat pada tahun 2017 sahaja yang boleh diambil kira untuk pengiraan cukai 2017 nanti. Kita kumpul resit siap-siap, nanti bila e-filing dibuka sahaja tahun hadapan untuk Tahun Taksiran 2017 kita terus submit. Mana tahu ada lebihan cukai (tax refund), nanti cepatlah kita dapat refund. Pengalaman saya 2-3 tahun ni, refund memang cepat. Biasa dalam tempoh 3-4 minggu saya dah dapat refund, tapi saya memang submit e-filing awal la dan bukan tunggu saat-saat akhir. 







Berikut saya senaraikan pelepasan cukai pendapatan bagi tahun 2017 yang saya perolehi dari laman web rasmi LHDNM.

Tuan puan juga boleh rujuk terus ke laman web LHDNM, mana tahu ada sebarang perubahan . KLIK DI SINI - Pelepasan 2017.

Jika ingin maklumat terperinci mengenai setiap pelepasan serta nota penerangan mengenainya , boleh juga lihat di laman web LHDNM dengan KLIK DI SINI - Nota Penerangan. 


Nanti pilih Kategori Individu dan Tahun Taksiran 2016 dan cari serta  download Buku Panduan BE 2016 atau Nota Penerangan BE 2016. Sehingga artikel ini ditulis, Nota Penerangan atau Buku Panduan BE 2017 masih belum ada di lama web LHDNM.



Pelepasan Cukai 2017


Bil  

Jenis Potongan Individu

Amaun   

RM


1


Individu dan saudara tanggungan


9,000


2


Individu Kurang Upaya ( Tambahan )


6,000 

3
Peralatan Sokongan Asas

6,000
Terhad
4

Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa 
(keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

ATAU
Ibu dan Bapa 
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu 
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

5,000
Terhad




3,000
Terhad 
5
Yuran Pendidikan (Sendiri)

7,000 
Terhad 
6
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati
(individu atau suami/isteri atau anak-anak)

6,000 
Terhad 
7
Pemeriksaan perubatan penuh

500 
Terhad
8

Gaya Hidup
- Sedikit penerangan saya tulis di bawah

2,500 
Terhad
9
Pembelian peralatan penyusuan

1,000 
Terhad

10
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak 
atau Pra-sekolah

1,000 
Terhad

11
Tabungan bersih dalam skim SSPN 
(jumlah simpanan tolak pengeluaran dalam tahun 2017)

6,000 
Terhad
12

Faedah pembelian rumah
(Perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh

 10/03/2009 - 31/12/2010 ) 
- Sedikit penerangan saya tulis di bawah
- Rujuk Laman Web LHDN untuk maklumat terperinci

10,000
Terhad

13
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
4,000
Terhad
14
Suami/Isteri kurang upaya
3,500


15


Anak di bawah umur 18 tahun



2,000

16

Anak berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan
menerima pendidikan penuh.
 (A-level, matrikulasi / pra-ijazah)


2,000

17


Anak berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan 
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:


(i) diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam
 Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah.
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas 
di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf 
oleh pihak berkuasa Kerajaan
8,000 
18

Anak Kurang upaya

6,000



Pelepasan tambahan RM 8,000Anak Kurang Upaya 
yang berumur 18 tahun ke atas,
belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas 
di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas 
di luar Malaysia dalam kursus  dan di IPT yang diiktiraf 
oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
19
Insuran nyawa dan KWSP
6,000
Terhad
20Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda3,000
Terhad
21Insurans pendidikan dan perubatan3,000
Terhad
22Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO)
250 
Terhad














Sedikit tambahan info

Pelepasan Gaya Hidup (RM 2,500)

Pelepasan ini merangkumi:
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(iv) Bayaran langganan internet


Pembelian Komputer termasuk komputer, telefon pintar atau tablet. 



Pelepasan SSPN (Terhad RM 6,000)

Pelepasan ini hanya boleh di tuntut tertakluk kepada simpanan bersih untuk tahun 2017. 

Katakan sepanjang tahun 2017 kita membuat simpanan tambahan di akaun SSPN berjumlah RM3,000 dan tiada sebarang pengeluaran dibuat, maka kita layak menuntut pelepasan sebanyak RM5,000.

Tetapi jika pada tahun yang sama kita juga ada membuat pengeluaran dari akaun SSPN, katakan pengeluaran sebanyak RM 2,000. Makan tuntutan pelepasan SSPN hanya dibenarkan sebanyak RM1,000 sahaja. 

(Jumlah simpanan - jumlah pengeluaran = simpanan bersih) 

Tahun lepas saya ada menulis sedikit mengenai pelepsan SSPN-i. Boleh baca di sini 👉👉 PELEPASAN SSPN-i  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ
Jika yang ada anak di Tahun Satu pada tahun 2017 ni, jangan lupa tuntut RM 5 insentif yang kerajaan beri. 
 ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Insentif RM 50 kepada pelajar Tahun Satu ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ


ingin membuka akaun SSPN-i plus pula, boleh klik di link di bawah
👉👉 BUKA AKAUN SSPN-i Plus ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ





Pelepasan Faedah Pinjaman Pembelian Rumah (RM 10,000)

Ingat : pelepasan ini hanya diberikan kepada mereka yang membeli rumah dan perjanjian jual beli bertarik di antara 10/03/2009 - 31/12/2010. Perjanjian selain dari tarikh ini tidak layak ye untuk tuntutan pelepasan ini.


Tuntutan boleh dibuat setiap tahun selama 3 tahun berturut-turut bagi faedah/caj keuntungan yang dikenakan. Faedah dan caj keuntungan sahaja ye, bukan bayaran prinsipal.


REBAT CUKAI

Bagi pemastautin di Malaysia, mereka juga layak untuk menuntut rebat seperti berikut :

 Jenis Rebat Amaun Rebat Nota
Diri

 RM 400

Pendapatan bercukai tidak melebihi 
RM 35,000
Suami / Isteri

 RM 400


Pendapatan bercukai tidak melebihi 
RM 35,000 dan suami/isteri tiada 
pendapatan 
Zakat / Fitrah

 Terhad sehingga jumlah 
 cukai dikenakan
Zakat dibayar dalam tahun kalendar






Beza Pelepasan dan Rebat Cukai 


Pelepasan Cukai dan Rebat Cukai adalah perkara yang berbeza. Mungkin ada yang masih keliru di antara kedua-duanya, terutama bagi yang pertama kali menghantar borang cukai / e filing.





Contoh Pengiraan Tolakan Pelepasan (Pelepasan Anak)



Katakan pendapatan penggajian kita berjumlah RM 60,000 dan kita mempunyai 3 orang anak di bawah 18 tahun. Jadi kita layak menuntut pelepasan anak sebanyak RM 6,000 ( RM2,000 x 3).



Amaun pelepasan anak tadi (RM6,000) akan ditolak dari amaun penggajian RM60,000. Jadi pendapatan yang akan dikenakan cukai hanyalah RM 54,000.



Jadi hanya RM54,000 akan dikenakan cukai. 



Ini hanyalah contoh pengiraan tuntutan pelepasan dan tidak termasuk lain-lain pelepasan lagi seperti pelepasan untuk diri sendiri, KWSP dan sebagainya.





Contoh pengiraan tolakan Zakat



Zakat seperti dinyatakan di jadual di atas, ia tidak dikategorikan sebagai pelepasan tetapi sebagai rebat. Bagi muslim yang membayar zakat, amaun zakat yang dibayar dibenarkan untuk potongan sehingga 100% dari amaun cukai. Pastikan resit bayaran zakat di simpan untuk tujuan rekod dan semakan oleh pihak LHDNM. 





Contoh : 
Mat membayar zakat sebanyak RM2,000

Pendapatan Bercukai RM54,000
Cukai pendapatan dikenakan sebanyak RM3,140 (sebelum tolakan zakat)

Amaun zakat yang dibayar (RM2,000) boleh ditolak sepenuhnya.


Cukai dikenakan RM 3,140
Tolak : Rebet Zakat RM 2,000
Cukai kena bayar RM 1,140


Boleh baca juga 
 ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Pindaan E-Filing  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ



Seperti biasa...pesanan saya...."Sayangilah Wang Anda"

~Mat-Drat @SayangWang~

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇





2 comments:

  1. as salam, saya nak tanya, pelepasan untuk suami/isteri/bayaran alimoni bekas isteri diberikan secara automatiok maksudnya tidak perlu sertakan bukti resit transaction ke? saya isteri yang tidak bekerja.terima kasih.

    ReplyDelete
  2. as salam, pembelian online untuk tablet atau telefon pintar boleh diambil kira ke? contohnya dari web lazada atau shopee? Terima kasih.

    ReplyDelete