Sunday 26 November 2017

Pinjaman ASB : Untung Atau Rugi

Pinjaman ASB ... menguntungkan atau merugikan?


Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya sama ada pinjaman ASB ini menguntungkan atau merugikan. Pelbagai pendapat telah  dikongsikan oleh pelbagai pihak.

Perkongsian ini bukan untuk menggalakan atau nak promote pinjaman ASB, tapi hanya sebagai perkongsian pendapat. Ada yang bertanya kepada saya, jadi saya cuba menulis sedikit.

Biasa juga kita terbaca bahawa membuat pinjaman untuk pelaburan adalah satu langkah yang salah. Betul ke???

Bagi saya, kalau ia sesuatu tindakan yang salah dan merugikan, kenapa pula  syarikat-syarikat selalu mebuat pinjaman sama ada dari bank atau dari pemegang saham sendiri untuk mengembangkan perniagaan atau menambah pelaburan mereka. 

Jadi kali ini kita lihat kepada skop yang lebih kecil iaitu Pinjaman ASB






Okey, kita berbalik kepada pinjaman ASB. 

Untuk menentukan sama ada pinjaman ASB ini menguntungkan atau tidak, mari kita lihat kepada perbezaan diantara dua pelabur
Pelabur A : membuat pinjaman ASB untuk melabur di dalam ASB 
Pelabur B melabur terus ke dalam ASB secara tetap setiap bulan.


Dalam membuat perbandingan itu, saya menggunakan andaian dan keadaan berikut :
1. Pinjaman bank : RM100,000 
2. Tempoh pinjaman : 25 tahun.
3. Kadar dividen ASB : 6% setahun (sepanjang tempoh).
4. Kaedah Pengiraan dividen ASB : Atas baki terendah tahunan (bukan atas baki bulanan).
5. Kedua dua pengiraan ialah simpanan / dividen hanya dikeluarkan selepas 25 tahun (tempoh matang).




Pelabur A : Melabur secara membuat pinjaman.

Jumlah Pembiayaan: RM 100,000
Kadar Keuntungan : 4.90 % ( KAi 3% + 1.90%)
Tempoh Pembiayaan : 25 Tahun
Bayaran Bulanan: RM 579
Dividen ASB
: 6% setahun

Dari jadual di atas, Pelabur A perlu membayar kepada bank RM579 sebulan selama 25 tahun. Jumlah yang akan dibayar kepada bank untuk tempoh itu adalah sebanyak RM 173,700. (Table 1)

Ini jumlah yang perlu Pelabur A bayar kepada bank untuk pokok dan  juga keuntungan (faedah pinjaman).

Kemudian kita lihat pula dengan membuat pembayaran pinjaman ini, berapa pula anggaran TUNAI yang ada di akaun ASB Pelabur A selepas 25 tahun. 

Dengan andaian kadar dividen sebanyak 6% setahun (kompoun), Pelabur A akan mempunyai Baki RM 429,187 di akaun ASBnya. (Table 2)



Pinjaman ASB : Untung Atau Rugi
Table 1 : Pengiraan Loan ASB
Loan 100,000 - KPA 4.9% - Term 25 years
Total Payment = RM 173,634


Pinjaman ASB : Untung Atau Rugi

Table 2 : Pengiraan Dividen 

Anggaran untuk  25 tahun
Jumlah Matuarity : RM 429,187



Pelabur B : Melabur secara bulanan selama 25 tahun

Kita andaikan pula Pelabur B tidak membuat pinjaman ASB tetapi dia menyimpan amaun yang sama iaitu RM 579 selama 25 tahun. 

Dengan andaian kadar dividen sebanyak 6% setahun (kompoun), Pelabur B akan mempunyai Baki RM 393,477 di akaun ASBnya. (Table 3)

Table 3 : Pengiraan kompoun interest
Maturity : RM 393,477


Perbezaan

Di akhir tempoh 25 tahun, kita akan lihat 
- Pelabur A : RM 429,187
- Pelabur B : RM 393,477

Terdapat perbezaan sebanyak RM 35,710.

Nampaknya besar juga lebihan yang diterima oleh Pelabur A berbanding Pelabur B.

Bagi saya selaku pelabur ASB yang turut membuat pinjaman ASB, selain faktor ini, faktor 'force saving' turut mempengaruhi saya. Jika tidak membuat pinjaman, rasanya untuk disiplinkan diri menyimpan setiap bulan dengan amaun yang sama agak susah.

Pelabur A

RM 429,187 ini dihujung 25 tahun akan menjadi milik Pelabur A sepenuhnya (dengan andaian seperti diatas) dimana tidak perlu lagi ditolak amaun RM 173,700 kepada bank. (bayaran bulanan)

Amaun bulanan sebanyak RM579 yang dibayar oleh Pelabur A setiap bulan TIDAK akan masuk ke akaun ASB Pelabur A, TETAPI akan ke akaun Pinjaman ASB. Amaun ini akan mengurangkan prinsipal dan keuntungan (faedah) pinjaman ASB yang dibuat.

Manakala amaun RM429,197 di akaun ASB itu pula digenerate dari baki permulaan RM100,000 yang dimasukkan ke akaun ASB pelabur A pada awal tahun pertama pinjaman dibuat. Kuasa kompoun memang besar! Lagi awal dan lagi lama, lagi besar ia berganda.

Selepas satu tahun, akaun ASB Pelabur A akan ada
- prinsipal RM 100,000
- dividen RM 6,000

Tahun pertama sahaja Pelabur A akan menerima dividen sebanyak RM 6,000

Pelabur B

Bagi pelabur B, amaun simpanannya RM579 sebulan akan masuk ke akaun ASBnya. 

Selepas satu tahun, Pelabur B hanya baru mempunyai RM 7,172, iaitu 
- RM 6,949 dari wang simpanan bulanan dan 
- RM 223 dari dividen yang diterima.


Ditahun pertama sahaja, Pelabur A telah menerima dividen lebih berbanding Pelabur B. Mengikut perbandingan ini, ditahun pertama perbezaan adalah sebanyak RM 5,777. 


Perbezaan tahunan semakin lama akan semakin mengecil kerana Pelabur A tidak membuat pelaburan tambahan, dia hanya bergantung kepada prinsipal RM100,000 dan juga kompoun dividen yang diterima. 

Jika pelabur Pelabur B terus menyimpan dan Pelabur A juga membiarkan amaun di dalam akaunnya, barulah satu tempoh nanti akan ada titik persilangan dan baki di akaun Pelabur B akan mula melebihi Pelabur A.

..................................................................

Baki Tunai : Perlukah Pelabur A perlu tolak amaun Pinjaman Bank??
Saya ada terbaca analisa yang dibuat oleh sesetengah pihak dan mengatakan Pelabur A perlu menolak amaun RM429,187 dengan amaun yang dibayar kepada bank sebanyak RM 173,700 (173,700 = Bayaran bulanan selama 25 tahun) di dalam membuat perbandingan. 

Untuk perbandingan ini kita tidak perlu tolak bayaran Pinjaman ASB Pelabur A kerana yang kita ingin lihat perbezaan BAKI di akaun ASB selepas 25 tahun.

RM 173,700 Itu adalah amaun yang di bayar oleh Pelabur A untuk mendapatkan amaun RM 429,187.  429,187 akan masuk ke poket Pelabur A.









SEBELUM MELABUR MELALUI PEMBIAYAAN PINJAMAN : KETAHUI RISIKO


1. Kadar Asas Pinjaman (KAi) / Base Lending Rate (BLR) TIDAK TETAP

Harus ingat ye, kadar pinjaman (BLR) ni boleh turun dan boleh naik ye. Kalau kadar KAi/ BLR naik, bayar pinjaman akan bertambah. Jika turun pula, bayaran balik pinjaman akan berkurang.

Pinjaman ASB saya juga pernah mengalami peningkatan KAi/BLR. Jadi bayaran bulanan pinjaman juga sedikit naik.

Dalam pengiraan di atas saya guna Kadar KAi (Kadar Asas Islamic) 4.90% adalah berdasarkan jadual bayaran ansuran pinjaman ASB yang saya perolehi pada Jun 2017. Pada waktu itu dan waktu artikel ini ditulis, KA adalah 3%. Manakala kadar pinjaman adalah 4.90% (KA+1.90%).

2. Pulangan ASB juga turun naik

Pulangan ASB (dividen dan bonus) juga boleh jadi tinggi dan boleh juga turun. Tidak tetap, kerana ia bukan simpanan tetap tetapi adalah instrumen pelaburan.

Apa yang tetap cuma harga jualan / belian ASB sahaja.

Kadar pulangan adalah bergantung kepada prestasi pelaburan ASB.

Dalam pengiraan di atas, saya gunakan kadar pulangan 6%. 

Saya hanya gunakan 6% kerana berpegang kepada prinsip 'konservatif'. Tidak boleh terlalu 'optimistik' di dalam membuat pengiraan. 

Kalau ikut rekod dividen ASB untuk 10 tahun terakhir, kadarnya adalah melebihi 6% setahun. (Tidak termasuk Bonus yang diumumkan). Untuk melihat rekod kadar dividen ASB, boleh klik link dibawah. 

Tapi harus ingat ye, di dalam melabur, rekod pulangan TIDAK MENJANJIKAN pulangan yang sama untuk masa hadapan.

👉👉  Rekod Dividen ASB  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ



Table Jadual Pinjaman ASB mAYBANK CIMB RHB Ambank
Contoh Jadual Pinjaman ASB


Table Jadual Pinjaman ASB mAYBANK CIMB RHB Ambank
Contoh Jadual Pinajman ASB


Kenapa melabur di ASB? Bukan ke Haram?
- Ini tajuk lain tetapi boleh baca di link berikut, saya ada menulis dan berkongsi sedikit mengenai perkara ini.
- Pelbagai pendapat dan fatwa dikeluarkan mengenai perkara ini.

👉👉  Hukum Melabur di ASB  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ



Pinjaman ASB mana yang paling bagus dan terbaik? 
- Ini akan saya kongsikan di artikel berikutnya. Akan saya bandingkan pinjaman ASB Maybank, Pinjaman ASB CIMB, Pinjaman ASB RHB. Dan tahun ini saya baru terjumpa  pamplete Pinjaman ASB Affin Bank dan juga Pinjaman ASB Ambank.


Teknik dan Tips Menguntungkan Pinjaman ASB ? 
- Ada sedikit tips yang saya rasa boleh membantu pembaca. Juga akan saya share di artikel berikutnya nanti.


Lain-lain artikel berkaitan ASB ini
👉👉  Urusniaga ASB tanpa buku
👉👉  Cara Daftar portal myASNB


Ops....jadikan amalan sebelum melabur perlu baca prospektus pelaburan dahulu. 

Dan sekali lagi, jangan lupa bahawa sejarah pulangan tidak menjamin pulangan akan datang.


~Mat-Drat @SayangWang ~

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇


No comments:

Post a Comment