Tuesday 25 July 2017

Cara Daftar Portal Online myASNB




 

myASNB Portal Online

Mulai 26 Jun 2017 lalu, ASNB telah melaksanakan urusniaga TANPA BUKU bagi semua unit amanahnya ( ASB, ASB2, ASN, ASM, ASW2020, ASG dll).

Selain memperkenalkan urusniaga TANPA BUKU, ASNB juga telah memperkenalkan portal online ASNB yang dikenali sebagai myASNB.  

Sebenarnya dengan pengenalan myASNB Portal Online ini, ia mampu memudahkan para pelabur dan pemegang unit amanahnya untuk 

  • menyemak baki terkini
  • membuat penambahan pelaburan 
  • mendapatkan penyata tahunan.  


Cara mendaftar ke portal online myASNB.


👉 1. Daftar Nombor Telefon Bimbit dan Dapatkan Nombor Ahli 12 digit
✔  Boleh dilakukan di mana-mana  cawangan atau ejen ASNB
Nombor telefon bimbit diperlukan untuk pengesahan TAC (seperti internet banking)
✔  Nombor ahli diperlukan untuk pendaftaran portal (kali pertama)

👉 2. Layari portal myASNB
Layari www.myasnb.com.my dan Klik "Mari Daftar Portal MyASNB Sekarang"

👉 3. Isi butiran peribadi
Isi maklumat peribadi dan pastikan maklumat betul dan tepat.

👉 4. Simpan kata laluan
✔  Selesai!! Dan anda akan diberikan satu kata laluan sementara. 
✔  Salin atau ingat kata laluan ini. 
Log Masuk Kali Pertama dan boleh tukar kata laluan serta boleh mula menyemak baki akaun atau menambah pelaburan.



Jadi yang berkelapangan tu bolehlah ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB ( Maybank, CIMB dan RHB Bank) untuk mendapatkan Nombor Ahli dan mendaftarkan nombor telefon bimbit.

Walau bagai mana pun, saya dimaklumakn portal tersebut masih didalam percubaan buat masa ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya mulai 1 Ogos 2017.


Mat Drat @SayangWang



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




No comments:

Post a Comment