Ramai yang tidak tahu, banyak Khairat Kematian yang boleh dituntut oleh waris. Adalah merugikan kepada waris jika bantuan khairat kematian ini tidak dituntut.
Penulis senaraikan 15 Khairat Kematian, yang penulis rasa agak biasa dituntut dan ramai layak membuat tuntutan.
Bantuan Khairat Kematian ini sangat membantu bagi waris sementara menunggu wang pusaka dapat diagihkan kepada waris yang layak.
Duit Khairat Kematian - Nak buat apa
Secara puratanya, setiap khairat kematian (bantuan kematian) bernilai RM1,000 - RM3,000, bergantung. Ada yang kurang, dan ada juga yang lebih.
Duit khairat kematian ni tidak termasuk dalam harta pusaka si mati, jadi waris boleh la gunakan atas pertimbangan waris.
Duit khairat kematian ni gunakanlah untuk paling penting iaitu urusan pengkebumian jenazah. Jika ada baki, boleh lah gunakan untuk bayar hutang si mati, kenduri tahlil (jika rasa perlu), sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik.
Jika dtuntut semua, nilainya mungkin besar dan boleh lah digunakan oleh waris sebagai duit perbelanjaan sementara selesai urusan pembagian harta si mati sama ada yang akan diagihkan melalui pemberian hibah, wasiat atau faraid.
Rugi kalau tak tuntut duit khairat kematian ni... Jadi ambillah tahu. Share lah link ni di group family atau group rakan-rakan, semoga bermanfaat.
..................................................................................
10 Khairat Kematian - Yang biasa dituntut
Boleh ke laman web rasmi untuk rujukan maklumat terkini dan terperinci bagi setiap jenis khairat kematian yang penulis sertakan (yang ada maklumat)
1. Khairat Kematian Masjid / Surau
▪ Nilai : RM 500 - RM 2,000
▪ Syarat : Si mati menjadi ahli/mencarum di khariat kematian masjid
▪ Tuntutan :
- Biasanya pihak masjid/khairat kematian akan tanggung kos pengurusan jenazah sehinggah ke proses pengkebumian.
- Boleh semak dengan AJK Khairat Kematian Masjid/ Surau tempat si mati tinggal atau wakil di taman perumahan / kampung.
- Setiap masjid berbeza manfaat dan amaun.
Nota :
Waris juga boleh membuat semakan di tempat simati bekerja. Ada sesetengah majikan sediakan skim khairat kematian.
Saranan :
Penulis sarankan, bagi yang belum jadi ahli khairat kematian mana-mana masjid/surau, jadilah ahli. Niat sahaja untuk membantu pihak lain dan juga memudahkan urusan keluarga apabila berlaku kematian.
Saranan :
Penulis sarankan, bagi yang belum jadi ahli khairat kematian mana-mana masjid/surau, jadilah ahli. Niat sahaja untuk membantu pihak lain dan juga memudahkan urusan keluarga apabila berlaku kematian.
..................................................................................
2. Bantuan Kematian KWSP / EPF
▪ Nilai : RM 2,500
▪ Syarat : Si mati menjadi ahli KWSP
Dari laman web KWSP
"Bantuan Kematian merupakan tanda simpati KWSP terhadap waris terdekat ahli (atas budi bicara KWSP). Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada "orang tanggungan ahli" yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli)."
*KWSP berhak mempertimbangkan keputusan akhir berkaitan dengan bayaran Bantuan Kematian.
▪ Tuntutan : boleh di buat di pejabat KWSP
..................................................................................
..................................................................................
3. Faedah Pengurusan Mayat Perkeso / Socso
▪ Nilai : RM 2,000
▪ Syarat : Si mati adalah pencarum/pernah mencarum kepada Perkeso
Dari laman web Perkeso
"Amaun sebanyak RM2,000 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala. Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.
▪ Tuntutan : boleh di buat di pejabat PerkesoJumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM2,000 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan"
..................................................................................
4. Khairat Kematian ASNB
▪ Nilai :
- RM 200 : Pelaburan RM 10- RM 4999
- RM 1,500 : Pelaburan RM 5,000 - RM 10,000
- RM 2,000 : Pelaburan RM 10,000 ke atas : RM 2,000
▪ Syarat : Si mati merupakan pelabur di dalam unit pelaburan ASNB tertentu
..................................................................................
5. Skim Khairat Kematian BSH (Dulunya BR1M)
▪ Nilai : RM 1,000 (bagi setiap yang layak)
▪ Syarat : Penerima BSH yang meninggal 1 Januari - 31 Disember 2020
▪ Tuntutan boleh di buat di BSN.
▪ Tuntutan boleh di buat di BSN.
▪ Kelayakan seperti berikut :
▪ Waris Yang Layak Menuntut :
Pasangan, Ibu, Bapa, Anak, Adik Beradik, Cucu
▪ Dokumen :
1. Sijil Kematian
2. Kad Pengenalan Asal Waris
3. Dokumen pembuktian pertalian
Pasangan, Ibu, Bapa, Anak, Adik Beradik, Cucu
▪ Dokumen :
1. Sijil Kematian
2. Kad Pengenalan Asal Waris
3. Dokumen pembuktian pertalian
▪ Rujukan laman web:👉 Khairat Kematian BSH
▪ Tuntutan boleh di buat di BSN
Nota :
1. Kini Br1m / BSH telah digantikan dengan BPR (Bantuan Prihatin Rakyat)
2. Walau bagaimana pun, kerajaan telah menamatkan skim bantuan khairat kematian bagi penerima BPR.
Nota
..................................................................................
2. Khairat Kematian Pemegang Kad Kredit Bank Rakyat
..................................................................................
6. Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pesara Kerajaan - Pencen
▪ Nilai : RM 3,000
▪ Syarat : Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.
Dari laman web KWAP
"Bayaran bantuan mengurus jenazah di buat kepada waris Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal dunia pada dan selepas 15 Oktober 2010 termasuk pesara yang memilih skim KWSP (Sebelum tarikh ini, tiada bayaran yang diberikan apabila pesara meninggal dunia). Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang JPA.BP.UMUM.BMJ (muat turun)
Sebagai makluman juga, pembayaran BMJ hanya dibuat apabila berlaku kematian kepada pesara sahaja dan tidak dibuat apabila penerima pencen terbitan meninggal dunia.pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.
Penerima Mengikut Keutamaan
- Balu/Duda;
- Anak;
- Ibu/Bapa
- Ahli keluarga yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).
- Pihak yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).
..................................................................................
Pusat Zakat Wilayah Perseketuan
- Skim Kafallah Mazakki
- Berjumlah RM 3,000
- Semua pembayar zakat PPZ-MAIWP
- Membuat bayaran zakat mulai/pada 2019
- Bayar Zakat Minimum RM 50 setahun (zakat harta sahaja)
- Untuk maklumat lanjut rujuk https://www.zakat.com.my/sl/kafalah/
7. Khairat Kematian Pusat Zakat - Pembayar Zakat
Bagi pembayar zakat, terdapa Pusat Pungutan Zakat telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian
Pusat Zakat Wilayah Perseketuan
- Skim Kafallah Mazakki
- Berjumlah RM 3,000
- Semua pembayar zakat PPZ-MAIWP
- Membuat bayaran zakat mulai/pada 2019
- Bayar Zakat Minimum RM 50 setahun (zakat harta sahaja)
- Untuk maklumat lanjut rujuk https://www.zakat.com.my/sl/kafalah/
..................................................................................
8. Khairat Kematian Bank Rakyat
▪ Nilai : RM 1,000
▪ Syarat : 2 kategori boleh tuntut
- Ahli Bank Rakyat (Ada saham Bank Rakyat)
- Pemegang Kad Kredit Platinium Bank Rakyat .(sewaktu artikel ini ditulis, hanya kad ini sahaja yang layak)
1. Khairat Kematian Ahli Bank Rakyat
Kelayakan
- Merupakan anggota Bank Rakyat.
- Tuntutan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.
- Waris yang berhak memohon
- Tuntutan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.
- Waris yang berhak memohon
- Jika anggota berkahwin : suami / isteri / anak
- Jika anggota tidak berkahwin : ibu / bapa / adik beradik kandung
Prosedure Tuntutan
- Tuntutan dan pembayaran dibuat di Cawangan Bank Rakyat.
- Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan waris.
- Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan waris.
Untuk maklumat lanjut dan terkini sila ke laman web rasmi Bank Rakyat
2. Khairat Kematian Pemegang Kad Kredit Bank Rakyat
Kelayakan : Pemegang kad kredit Bank Rakyat yang layak
..................................................................................
9. Khairat Kematian TAKAFUL
▪ Nilai : RM 1,000 - RM3,000
▪ Syarat : Memiliki sijil takaful / mencarum ke dalam takaful
Nota :
Nota :
Kebanyakan pengendali takaful ada menyediakan dan menawarkan kemudahan/benefir khairat kematian kepada peserta takaful dan bergantung kepada plan yang diambil. Jika si mati ada takaful, boleh rujuk kepada syarikat takaful untuk membuat semakan kelayakan.
Rujukan (antaranya):
👉 Khairat Kematian Etiqa Takaful
👉 Khairat Kematian Great Eastern Malaysia
Untuk lain-lain plan Takaful yang sediakan khairat kematian, boleh buat carian di internet
..................................................................................
10. Khairat Kematian PTPTN (SSPNi / SSPNi-Plus)
▪ Nilai : RM 500 - RM2,000
- Pampasan/Khairat Kematian Pendeposit : RM 2,000
- Pampasan/Khairat Kematian Penerima Manfaat : RM 500
▪ Syarat :
Pendeposit : berumur 18 hingga 65 tahun.
Penerima manfaat : berumur 1 hari hingga 28 tahun
Nota :
Pendeposit : berumur 18 hingga 65 tahun.
Penerima manfaat : berumur 1 hari hingga 28 tahun
Selain itu, PTPTN juga memberi perlindungan takaful kepada pendeposit. Perlindungan takaful secara percuma turut diberi berupa manfaat kematian/ ilat kekal (RM ke RM)
Rujukan: 👉 Khairat Kematian PTPTN (SSPN)
..................................................................................
..................................................................................
11. Khairat Kematian TAWAS (Selangor)
▪ Nilai : RM 1,500
▪ Syarat : Ahli TAWAS berumur di bawah 18 tahun.
▪ Cara : Ibubapa/penjaga boleh menuntut di pejabat YAWAS dengan membawa bersama dokumen seperti berikut:
- Sijil kematian.
- Kad SiManja
- Salinan muka buku hadapan akaun bank / salinan penyata akaun (bahagian yang tertera no akaun).
- Penyata Simpanan TAWAS (sekiranya ada)
![]() |
Ruj : Laman Web TAWAS |
..................................................................................
12. Khairat Kematian KPF (Koperasi Permodalan Felda)
KPF turut menawarkan Skim Bantuan Khairat kematian kepada anggota dan ahli keluarga anggota mengikut kelayakan yang ditetapkan.
▪ Nilai :
- Kematian anggota. :RM1,000.00
- Kematian Isteri/suami :RM 500.00
- Kematian anak (bawah 23 tahun) :RM 250.00
▪ Syarat : Anggota KPF (Koperasi Permodalan Felda)
▪ Cara : Kemukakan dokumen berikut ke pejabat Felda / KPF :
- Borang Permohonan Bantuan Khairat Kematian
- Salinan Sijil Kematian
- Salinan Kad Pengenalan Waris
- Permit Perkuburan (Jika Ada)
- Salinan Kad Pengenalan Si Mati
..................................................................................
13. Khairat Kematian Peneroka Felda
Skim ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010 sebagai salah satu aktiviti kebajikan yang disumbangkan oleh FELDA kepada peneroka di tanah rancangan.
▪ Nilai :
- Belanja Pengurusan Jenazah :RM3,000.00
- Khairat Kematian :RM 7,000.00
▪ Syarat : Si mati merupakan Peneroka Felda
▪ Cara :
- Belanja Pengurusan Jenazah : Dituntut dari Pengurus Rancangan
- Khairat Kematian : Borang dan tuntutan dihantar dalam tempoh 1 minggu ke Pengurus Rancangan untuk dihantar ke Pejabat Felda.
14. Khairat Kematian RISDA - Pekebun Kecil
▪ Nilai :
▪ Syarat :
Berumur dari 18 – 70 tahun (Pekebun Kecil yang melebihi had umur dalam tempoh polisi akan terus dilindungi hingga tempoh polisi tamat).
Peserta baru boleh didaftarkan dan dibanci bagi melayakkan penyertaan skim ini.
Nota :
Tempoh perlindungan adalah setahun bermula dari 01 Januari hingga 31 Disember 2015 dan akan berterusan sehingga notis penamatan diberitahu.
Boleh hubungi pejabat RISDA untuk maklumat lanjut
..................................................................................
15. Khairat Kematian GURU - NUTP
▪ Nilai : RM 300 - RM 2,500 (Mengikut tempoh keahlian)
▪ Syarat : Menjadi ahli Tabung Khairat Kematian
Keahlian dibuka kepada semua ahli KPPK dalam tempoh 6 bulan mulai tarikh menjadi ahli KPPK dengan bayaran RM10.00 (sekali sahaja).
Kemudahan TKK dengan sendirinya terhenti sekiranya ahli berkenaan berhenti dari keahlian KPPK atau bertunggakan yuran melebihi 4 bulan.
Rujukan: 👉
Untuk cara permohonan, syarat dan kadar bantuan terkini, sila layari laman web rasmi NUTP di http://www.nutp.org/new/ms/Tabung
..................................................................................
16. Khairat Kematian GURU - YGMB (Yayasan Guru Malaysia Berhad
▪ Syarat : Menjadi ahli
..................................................................................
Lain -lain Khairat Kematian
Waris juga boleh membuat semakan di tempat si mati bekerja atau mana-mana persatuan, kesatuan, NGO, Koperasi di mana si mati turut menjadi ahli.
Dan sekali lagi penulis nyatakan Wang Khairat Kematian adalah tidak termasuk di dalam harta pusaka yang perlu diagihkan melalui faraid.
Lain -lain Maklumat
Sewaktu membuat tuntutan harta pusaka si mati (institusi kewangan dll), cuba bertanya kepada biasa pegawai sama ada mereka juga sediakan khairat kematian.Dan sekali lagi penulis nyatakan Wang Khairat Kematian adalah tidak termasuk di dalam harta pusaka yang perlu diagihkan melalui faraid.
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
byk juga jenis2 khairat kematian yg bole dituntut utk yg layak, tq for sharing
ReplyDeleteTerbaik info nih. I pun tak tau pun pasal khairat kematian. Mohon share ye ke FB utk kongsian bersama.
ReplyDelete👌
DeleteSangat lengkap info tentan khairat kematian ni boss. Terima kasih atas perkongsianni. saya pun baru tahu ni.
ReplyDelete😊👌
DeleteInfo nie bagus. Rawlins pun baru tahu pasal jenis khairat nie and kebanyakannya Rawlins tak tau pun. Terima kasih ye
ReplyDelete👌
Deletethanks info ni. baru tau ada banyak jenis khairat kematian yang boleh dituntut.
ReplyDelete👌
DeleteAlhamdulilah, bab akhirat kematian ni semua kami sekeluarga dah susun rapi untuk bekalan setelah mati...ramai juga yang tak amik kesah, tapi sebab Sis dah ada pengalaman bab harta ni, jadi kenalah ingat selalu...
ReplyDelete👌
DeleteOwh, banyak rupanya badan yang menawarkan khairat kematian demi kita ahlinya... bolehlah kita manfaatkannya demi kelangsungan hidup waris yang tinggal supaya tidak terkesan dan terbeban sangat sekiranya berlakunya kematian ahli keluarga... yelah kan, kasut kita berbeza-beza, nilai wang yang perlu dikeluarkan mungkin kecil bagi sesetengah keluarga namun besar bagi keluarga yang lain tak gitu...
ReplyDelete👌
DeleteBAru tahu banyak cabang boleh dapatkan duit khairat kematian ni. Sekurang-kurangnya dapat juga membantu waris untuk perbelanjaan semenatara menunggu urusan harta si mati selesai kan.
ReplyDelete👌
Deletewahh banyaknya manfaat. Baru tahu ni. terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete😊👌
DeleteBanyak juga khairat kematian yang ada. Selalu tahu yang masjid dan surau tu je. Bila tiba masa tu sampai terlupa nak mohon khairat kematian ni. Bila dah tahu ni boleh take note sekiranya ada ahli keluarga yang meninggal.
ReplyDeletebanyak rupanya khairat kematian ni. tak pernah tau pun yg lain-lain tu. tau yg masjid punya je. thank you share.
ReplyDeleteSatu perkongsian yg bagus dan perlu dibava srmua. Saya pun baru tau.
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian macam ni memang berguna. Mungkin sekarang ni rasa macam tak penting. tapi harus ambil tahu
ReplyDeleteThanks for sharing this detail information, now i know more about khiarat kematian for Muslim juga.
ReplyDelete