Monday 1 January 2018

Ejen ASNB

Senarai Ejen ASNB ASB ASN
Senarai Ejen ASNB







Hari ini 2hb Jan 2018, pastinya ramai pemegang unit amanah ASB/ASN atau pelabur akan ke kaunter ASNB atau ejen-ejen ASNB untuk membuat semakan dividen dan seterusnya mengeluarkan dividen. Dividen yang diperolehi mungkin ssedikit sebanyak dapat meringankan bebanan sesetengah pelabur terutamanya yang perlu berbelanja lebih untuk persedian sessi persekolahan 2018 yang baru dibuka.

Dan seperti biasa, selain kaunter ASNB, kaunter-kaunter ejen ASNB seperti Pejabat Pos, Maybank dan CIMB akan menjadi tumpuan pelabur dan pastinya pelabur perlu menunggu agak lama untuk mendapatkan giliran untuk melakukan urus niaga di kaunter.

Sebenarnya, selain Pejabat Pos, Maybank dan CIMB , beberapa bank lain turut telah menjadi ejen ASNB. Ada bank yang telah beberapa tahun menjadi ejen ASNB tetapi masih kurang diketahui oleh sesetengah pelabur dan ada juga bank yang baru menjdi ejen ASNB mulai 2017 yang lalu.

Yang berhajat untuk membuat semakan dan melakukan urus niaga ASB / ASN di awal tahun ini dan ingin mengelak menunggu terlalu lama, bolehlah lihat senarai ejen ASNB di bawah dan rancang mana yang 'rasanya' agak kurang pelabur yang ke situ.


Senarai Ejen ASNB


  1. Pos Malaysia
  2. Maybank / Maybank Islamic
  3. CIMB Bank / CIMB Islamic
  4. RHB / RHB Islamic Bank
  5. AmBank / Ambank Islamic*
  6. Alliance Bank*
  7. Affin Bank8
  8. BSN*

* Mengikut portal ASNB, perkhidmatan yang disediakan oleh BSN, Alliance Bank, Affin Bank dan Ambank adalah terhad. Boleh buat semakan di portal ASNB untuk maklumat lanjut.











Jika untuk membuat semakan baki akaun  sahaja, saya sarankan daftar di portal myASNB. 

Untuk membuat pendaftaran Portal myASNB, kena ikut langkah ini terlebih dahulu :
1. Kemaskini maklumat peribadi (nombor telefon) di cawangan atau ejen ASNB
2. Log in myASNB di link https://www.myasnb.com.my/
3. Ikut langkah mudah dan aktifkan akaun myASNB anda.

Saya baru ni kemaskini maklumat di BSN, senang sebab pelanggan agak kurang berbanding ke Maybank atau CIMB.



Jemput juga baca artikel saya yang lain berkaitan ASB :


Lain-lain artikel berkaitan ASB :

👉👉 Pinjaman ASB : Untung atau Rugi ?
👉👉 3 Kategori pelaburan ASB melalui Pinjaman : Anda yang mana? 

👉👉  Hukum Melabur di ASB  
👉👉  Rekod Dividen ASB  

👉👉  Urusniaga ASB tanpa buku
👉👉  Cara Daftar portal myASNB



Mat Drat @ Sayangwang
- Sayang Wang Anda -




Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇





57 comments:

  1. Macam mana nak keluarkan duit asb 2018 di pejabat pos? kena isi borang atau bagi IC sja???

    ReplyDelete
  2. Nak keluar duit asb boleh pergi pejabat pos? Pastu isi borang ke?

    ReplyDelete
  3. Salam, nk transfer full dari asb ke bsn blh ke? Ke kene tggl baki jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau full.... Kira tutup akaun. Tapi tinggalah minima, rasanya minima RM10

      Delete
  4. salam..nk tnya bulan 12 blleh wat kluar duit asb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam... Hujung bulan Dec, biasanya urusan ASB akan dibekukan sementara utk pengiraan dividen.

      Jadi kalau nak keluarkan, keluarkan sebelum notis semua urusan dibekukan keluar. Biasa dlm 20hb ke atas. Boleb cek laman web ASNB

      Delete
  5. Macam mana nak cashkan sijil asb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ke cawangan asnb.
      kalau sijil diperoleh melalui pinjaman bank (asb loan), boleh rujuk bank terbabit.

      Delete
  6. Macam mana nak cashkan sijil asb?

    ReplyDelete
  7. Hi, boleh ke transfer dari asb ke acc bank contoh maybank secara on9 tanpa perlu pergi ke cawangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, setahu saya masih belum boleh pindahkan duit dari ASB ke akaun bank

      Delete
  8. macam mane nak ambik duit dari asb pkai transfer online..dan mase bile boleh buat tu.

    ReplyDelete
  9. hai..nak tanya saya baru je buat akaun asnb beberapa bulan yg lepas bulan 3 2018 rm20 buka akaun..then saya Blum simpan lagi..awal tahun 2019 ni nak simpan melalui di pejabat pos..kalau nak simpan duit melalui pejabat pos kena isi borang apa ye?tq😇

    ReplyDelete
  10. Salam , Mcm mne care mengeluarkan Wang asnb Tnpa perlu ke bank? Bole ker Dari portal asnb transfer tros ke Akaun cimb sy .. Bole bgtaw langkah2 nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalllam, setahu saya buat masa ni kita masih perlu ke caw asnb atau ejen asnb (bank).
      Saya tak jumpa menu yg membolehkan kiya buat pindahan dari portal ke akaun bank.

      Delete
  11. hi klu pinjaman asb ( ambank) boleh keluarkn dividen melalui pejabat pos tak?

    ReplyDelete
  12. Macam mana nak pilih utk keluarkan baki dari dividen portion atau kapital portion

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pelaburan melalui cash, tak perlu asing (balance tak asing dlm akaun)

      Kalau pelaburan melalui pinjaman, part prinsiple melalui pinjaman tak boleh, biasa pelaburan melalui sijil. Boleh keluarkan tunai yg ada dlm akaun shj

      Delete
  13. Bagaimana mahu pindahkan duit dlm asb di pejabat pos ke akaun bank cimb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena keluarkan tunai... Kenapa tak keluarkan shj di cimb, kan lagi mudah dan selamat

      Delete
  14. Bila masa last untuk pengeluaran ASB di pejabat pos.

    ReplyDelete
  15. ada cas yang dikenankan x untuk pengeluaran asnb melalui egen asnb?

    ReplyDelete
  16. Salam.. lau buat pinjaman untuk simpinan asb.. Duit simpinan tu leh kuatkan tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat pinjaman, baki bersih je boleh keluarkan selepas tolak pinjaman

      Delete
  17. Salam . Tumpang tye ..sye dlu penah buat Asnb di mybank .tahun bila tak ingat .Byr permulaan saje. Rm10 klu tk silap . Dh tk penah lgsg masukan duit dlm to . Bila smpai penyata 2018 . Ade rm8++. Dkt mybank2u pun ade kelua akaun asnb .. ad rm8++. Itu duit dividen atau ape ye .. blh ke dikeluarkan duit tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin duit dividen + bonus... Saya pun x pasti

      Delete
  18. Replies
    1. Bawa IC shj sbb skrg tak guna buku dah...

      Delete
  19. salam nak tya apa beza asb dan asnb. dlm acc asb saya ada 17rgit dan asnb saya ada 546.00so blh kah keluarkan duit dari asnb itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASNB = Amanah Saham Nasional Berhad.

      ASNB ni syarikat yang menguruskan dana amanah (unit trust) seperti ASB, ASB2, ASN, ASW2020 dll.

      546 dlm ASNB Tu boleh dikeluarkan.

      Delete
  20. Boleh buat pebgeluaran asb x pada hari ahad di kedah?

    ReplyDelete
  21. Boleh x pengeluaran asb dilakukan pada hari ahad di kedah

    ReplyDelete
  22. Macam mane nak Tranfer publick bank ke asnb atau asnb ke publick

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf...saya tak pasti, saya hanya guna maybank ke asb

      Delete
  23. Berapakah minimum untuk keluarkan duit dlm buku bank?

    ReplyDelete
  24. Kalau saya nak transfer dr akauan asnb ke ac maybank berapa lama tempoh masa amaun transfer tersebut akan available kat ac maybank? Adakah akan float 24jam?

    ReplyDelete
  25. berapa hari pengurusan untuk keluarkan duit yang da habis tempoh 6 tahun..mula melabur januari 2014 dan berakhir bulan 12 hujung tahun 2019 ni..berapa hari proses nak dapatkan duit saya

    ReplyDelete
  26. Saya nak tutup akaun ASB .. Berapa lama proses untuk dapatkan duit ASB sekali dengan duit sijil .. Nak total semua.
    Berapa lama akan dapat ??

    ReplyDelete
  27. Keluarkan duit dividen asb di pejabat pos guna ic sementara boleh ka?

    ReplyDelete
  28. Hai,lebih kurang 17 tahun lalu(tak ingat tahun berapa),sy ada buka acc ASB d maybank pulau pinang, tapi beberapa bulan lepas bila sy nak tmbh duit kat acc ASB tu, sy diberitahu acc sy dibekukan. Apakah acc ASB sy itu sudah tiada atau dibatalkan? Macamana sy nak tahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh check di Akaun Tak Dituntut. Rasanya duit tuan dah di sana. Boleh check online skrg

      Delete
  29. Hai,lebih kurang 17 tahun lalu(tak ingat tahun berapa),sy ada buka acc ASB d maybank pulau pinang, tapi beberapa bulan lepas bila sy nak tmbh duit kat acc ASB tu, sy diberitahu acc sy dibekukan. Apakah acc ASB sy itu sudah tiada atau dibatalkan? Macamana sy nak tahu?

    ReplyDelete
  30. Ada tak akuan ASB yang tak boleh keluarkan duit sehingga ia mencapai tempoh tertentu?

    ReplyDelete
  31. hai,tadi saya cuba login akaun. Keluar statement akaun saya telah dibekukan disebabkan polisi dorman. Maksudnya apa ya? Akaun sy masih boleh digunakan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasannya selagi duit dlm akaun belum di trfr ke Akaun Wang Tidak diTuntut, boleh aktifkan kembali.

      hanya ke pej ASNB utk aktifkan. Kalau ke bank (ejen asnb, kena tanya dulu)

      Delete
  32. Salam.saya pernah buka acct.ASB di pejabat pos papar sabah. Tahun 2010. Cuma bayar Rm10.dan tak pernah menyimpan dan aktifkan sampai sekarang tahun 2020.bagaimana saya mau tau adakah acct saya masih boleh digunakan lagi? & saya ingin tahu berapa sudh dividen + bonus yang saya sudh ada.Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi shj ke pej Pos dan semak status. Skrg bawa IC sahaja.

      Delete
  33. salam. brapa pengeluaran maximum di cimb, maybank atau di kaunter ASNB? sy plan nk keluarkan simpanan dlm jumlah yg agak banyak

    ReplyDelete
  34. maybank atau cimb atau asnb tak ada limit setahu saya.
    Just transfer balance terus ke bank account

    ReplyDelete
  35. hari apa asb dpt dikeluarkan

    ReplyDelete
  36. Hai. Saya nak tanya, ibu saya ada buatkn akaun asb utk saya beberapa tahun lepas dan saya dapat surat dari asnb yg akaun tersebut automatik jadi milik saya. Saya mahu keluarkan duit dari ekaun itu tetapi tidak tahu baki yg ada dlm akaun tersebut apa yg perlu saya lakukan?

    ReplyDelete