Tuesday, 2 January 2018

DIVIDEN BANK RAKYAT 2018 - Diumumkan 16%


Dividen Bank Rakyat 2018 -  diumumkan





Update 28.03.2018

Bank Rakyat pada Selasa (27 Mac 2018) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 16 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017 berbanding 15 peratus pada 2016. Dengan pengumuman ini, sebanyak RM480 juta akan diagihkan kepada anggota yang menjadi ahli Bank Rakyat.

Pengerusinya, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, bank itu mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion iaitu peningkatan 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion pada 2016.

Dividen yang dibayar adalah bersandarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion yang dicatatkannya dalam tahun kewangan tersebut, di mana ia meningkat sebanyak 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya.




Keuntungan bersih bank koperasi ini bagi tahun kewangan dikaji (31.12.2017) juga mencatatkan peningkatan sebanyak 17.2 peratus kepada RM1.36 bilion, berbanding RM1.16 bilion sebelum ini

Rasanya semua ahli sangat gembira dan bersyukur dengan pengumuman ini.





Dividen Bank Rakyat Terkini (2018) - Bila Diumumkan

Hari ni, 2 Januari 2018 ramai pelabur ASB tersenyum apabila ke pejabat ASNB atau pun bank-bank yang menjadi ejen ASNB. Dan pastinya ada yang mula tertanya-tanya bila agaknya dividen Bank Rakyat akan diumumkan. 

Jika mengikut tahun-tahun sebelum ini, pengumuman akan dibuat pada bulan Mac atau April. 

Tahun 2016, ia diumumkan pada 21 Mac 2016.  Manakala tahun lepas (2017), pengumuman dividen Bank Rakyat agak lewat iaitu pada awal Mei. 

Jadi untuk tahun 2018 ini, mari kita berdoa pengumuman dan pembayaran di buat awal tidak seperti tahun lepas yang agak lewat.


Rekod Dividen Bank Rakyat

3 tahun kebelakangan ini, dividen bank rakyat adalah seperti berikut;

2014   - 15 % (Umum 2015 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014)
2015   - 13 % (Umum 2016 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015)
2016   - 15%  (Umum 2017 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016)
2017  - xx % (Umum 2018 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017)








Keseluruhan ahli Bank Rakyat yang berjumlah lebih kurang 950,000 dengan modal berbayar keseluruhannya sebanyak RM 3 billion, pasti mengharapkan dividen tahun ini lebih berbanding tahun lepas.
Walaupun keadaan persekitaran ekonomi yang agak tidak memberangsangkan, para pemegang saham tetap mengharapkan Bank Rakyat mampu memberikan dividen yang tinggi seperti tahun-tahun sebelum ini.

Apa-apa pun, kita tunggu sama-sama pengumuman dividen yang akan diumumkan nanti.



Saham Bank Rakyat vs Akaun Simpanan Bank Rakyat

Ada yang masih keliru, sama ada simpanan dia di akaun bank rakyat layak atau tidak dengan dividen ini.

Pembayaran dividen ini hanya untuk ahli iaitu untuk mereka yang meiliki saham Bank Rakyat dan bukannya kepada akaun simpanan. 

Untuk menjadi ahli, seseorang itu perlu memiliki saham Bank Rakyat. Buat masa ini, semua unit saham Bank Rakyat telah penuh dilanggan. Dan kali terakhir ia ditawarkan semula (tambahan), telah habis seperti goreng pisang.


Ingin membeli atau menambah saham Bank Rakyat ?

Bagi mereka yang ingin menjadi ahli Bank Rakyat dengan membeli saham nya, agak dukacita kerana sekarang kuota telah penuh. Buat masa ni, saya pun tidak mendengar apa-apa berita yang Bank Rakyat akan membuka peluang untuk Penambahan Saham nya dalam masa terdekat.

Pasti ramai yang sentiasa menunggu peluang untuk menambah saham di Bank Rakyat memandangkan dividen yang diumumkan setiap tahun tidak mengecewakan, seingat saya ia sentiasa melebihi 10%.

Kali terakhir Bank Rakyat memberi peluang penambahan saham adalah sekitar tahun 2011 dahulu. Pada waktu itu, saham yang ditawarkan seperti pisang panas. Terlalu ramai yang ingin menambah pegangan saham berbanding saham yang ditawarkan sebanyak RM500 juta.  Dan akhirnya Bank Rakyat menawarkan hanya limit 500 unit saham seorang kepada ahli baru. Manakala untuk ahli sedia ada, unit yang diagihkan lebih sedikit. Pada ketika itu saya dapat tambahan 2000 unit sahaja.

Walau bagai mana pun, terdapat beberapa pihak ingin menjual saham mereka. Cuma harga yang ditawarkan sedikit tinggi.



Beli saham Bank Rakyat dengan harga premium - berbaloi?

Jika ada pihak-pihak tertentu menawarkan untuk menjual saham Bank Rakyat mereka pada harga yang lebih tinggi, sebelum membeli saya sarankan buat sedikit pengiraan.

Satu unit saham Bank Rakyat berharga RM1. Ada pihak menjual sehingga RM1.50 sesaham.

Saya pernah ditawarkan sebanyak RM 100,000 unit pada harga RM1.50 tetapi saya tolak kerana harga yang ditawarkan agak tinggi dan saya ada pilihan pelaburan lain. Saya buat simple calcullation berikut :

a. Saham Bank Rakyat 

Katakan 
Kita beli 100,000 saham pada harga RM1.50 pada 30 Disember 20xx.

Harga belian = RM 150,000
Unit = 100,000

Dan katakan 
Dividen Bank Rakyat 15% setahun (anggaran).
Dividen akan dikira ke atas saham 100,000 unit.

Dividen Setahun = RM 15,000 
Dividen 3 tahun  = RM 45,000
Dividen 4 tahun  = RM 60,000

Dividen 10 tahun = RM 150,000

Jadi saya anggap selepas 4 tahun baru boleh 'cover' premium (lebihan harga) yang saya bayar.
Dan selepas 10 tahun, jumlah dividen saya perolehi adalah sebanyak RM 150,000

Harus diingat, kadar dividen Bank Rakyat hanya dikira ke atas saham. Dividen yang kita dapat akan dimasukkan ke akaun simpanan. Jika tidak dikeluarkan (ia hanya beri sekitar 2-3% sahaja, tidak ada 'kompound' keatas dividen yang diterima.

Jika harga belian RM 150,000 tu ditampung dengan pinjaman bank pada kadar 4-6% setahun, pulangan bersih kita lagi rendah. Jadi untuk 'cover' premium yang kita bayar akan lebih lama.


b. Saham ASB  
Memandangkan, saya tidak dapat 'kuasa kompound' bagi dividen yang diperolehi  jadi saya buat pengiraan jika RM 150,000 dilaburkan di ASB pada kadar pulangan 7% setahun (anggaran).

Unit ASB 150,000 unit = RM 150,000

Selepas 4 tahun = RM 196,619.40
Pulangan bersih = RM 46,619 ( 196,619 - 150,000)

Nampak rendah, jadi saya lihat pula jika selepas 10 tahun.

Selepas 10 tahun = RM 295,072.70
Pulangan bersih = RM 145,072 ( 295,072 - 150,000)

Saya nampak agak berbaloi beli saham Bank Rakyat ni pada harga pemium dengan syarat 
- tidak buat pinjaman (memang ada cash)
- tidak ada instrument pelaburan lain (terjamin dan pulangan tinggi)...


c. Saham KPF  
Saya cuba pula bandingkan jika RM 150,000 dilaburkan di KPF (Koperasi Permodalan Felda). Untuk yang tidak tahu, KPF juga menawarkan pulangan yang agak tinggi. Tetapi ia hanya di buka kepada keluarga Felda sahaja (kakitangan dan peneroka).


Katakan 
Kita beli 150,000 saham  KPF pada harga RM1.00 pada 30 Disember 20xx.

Harga belian = RM 150,000
Unit = 150,000

Dan katakan 
Dividen KPF 12% setahun (anggaran).
Dividen akan dikira ke atas saham 150,000 unit.

Dividen Setahun = RM 18,000 
Dividen 3 tahun  = RM 54,000
Dividen 4 tahun  = RM72,000

Dividen 10 tahun = RM 180,000

Jadi saya tolak pelawaan membeli saham Bank Rakyat tesebut. Kalau dia tawarkan pada harga lebih rendah, mungkin saya beli.


Sama ada ingin membeli / menerima tawaran saham Bank Rakyat pada harga yang lebih tinggi, sekali lagi saya sarankan buat pengiraan.







Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




41 comments:

  1. Macam mana nk register. Under unit trust bank rakyat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bank Rakyat akan buka untuk mereka yang ingin menjadi ahli dari masa ke semasa.... tapi dah beberapa tahun tak di buka rasanya

      Delete
    2. Deviden nie kne masuk bank rakyat kan... ke kene belabur... klau simpanan je xdpt ke dividen nie...

      Delete
    3. Deviden nie kne masuk bank rakyat kan... ke kene belabur... klau simpanan je xdpt ke dividen nie...

      Delete
  2. Perkongsian yang bagus.
    Teruskan usaha sdra!

    ReplyDelete
  3. Bang...abg ni dari dulu dh ade acc dgn bank rkyat ker...klu org baru nak masuk ni mmg xdpt la jwbnye kan huhu sedihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu dulu dulu....dapat jadi ahli, masa tu RM500 je. 5-6 tahun lepas, dapat tambah ssikit masa bank rakyat buka untuk tambahan kpd yang berminat.

      Delete
  4. Alhamdulillah...syukur sangat2...dapatlah rm1200++..jadilah...boleh belanja anak isteri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1200.....banyak tu...unt7ng dpt tambah shm

      Delete
  5. Brapa aribulan boleh
    amik bonus?������

    ReplyDelete
  6. Dividen ni sebenarnya untuk saham ke?Kalau simpanan tu kira lain pulak yer?Tak berapa faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu dividen utk saham

      Delete
    2. Simpanan lain pulak rasanya around 2% mcm bank2 lain

      Delete
  7. Setakat hari ni saya masih belum dpt dividen saham. Bila tarikh nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dividen bank rakyat skrg dikreditkan terus ke akaun saving bank rakyat... boleh try cek, rasanya dah masuk

      Delete
  8. Salam semua, wah tahun ni agak cepat sikit bonus saham bank rakyat ni diumumkan serta dimasukkan ke akaun pemegang saham iaitu pada 1.4.2018. Syukur dengan bonus saham ini dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang sentiasa meningkat,terutama harga petrol yang sentiasa naik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam... rezeki kita tahun ni, dividen awal dan agak tinggi. harap2 tahun mendatang juga tak mengecewakan

      Delete
  9. nak jual 1300 unit...0162189468...skull@priest.com

    ReplyDelete
  10. Salam..nak jual 1300 unit secara tranfer....0162189468..ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Excdellent blog һere! Alѕo your website lots up fast! What web host are you using?
    Can I get youг associatе link for yoᥙr hoѕt?
    Ι want my site loaded up as fast as yours lol

    ReplyDelete
  13. Apa salahnya kalau saham INI d buka semula.. Boleh bantu sahabat2 kita yang asyik dok percaya pada pelaburan yg selalu menipu.. Masuk rm300 dapat rm3000 kononnya.. Masuk lagi nanti dapat lagi banyak.. Last2 apa pun xdapat.. Duit simpanan habis.. Barang2 berharga tergadai.. Konon blh dapat duit dgn cepat.. Silap2 blh bercerai berai..

    ReplyDelete
  14. Salam. Kpd yang ingin menjual saham bank rakyat area negeri sembilan dan melaka boleh hubungi saya 019 226 5389. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk jual 500 unit dgn harga 550.. Area masjid tanah.

      Delete
    2. Nk jual 500 unit.. Harga 550.. Area masjid tanah..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Sy berminat, whatsapp 019 376 0592, tk

      Delete
  15. Kepada saudara saudari yg nak jual saham b.rakyat area seremban blh hubungi no 0192776124.tk

    ReplyDelete
  16. Saham ni syer rm500 keanggotaan bank rakyat ka..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.... Ada yg RM500 (minima kalau buat loan dulu), dan ada yang saham dgn amaun lebih besar

      Delete
  17. Sesiapa nak jual saham Bank Rakyat, boleh pm saya.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Assalam.. Area JB sesiapa nak jual boleh hubungi saya 016-6969604..

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. kalau nak jual saham bank rakyat macam mana caranya dan berapa lama proses ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembeli Dan penjual perlu hadir ke bank Rakyat Dan isi borang. Proses antara 1-3 Bulan biasanya

      Boleh email kepada says atau whatsapp 0172642689.

      Tq

      Delete