Saturday 26 June 2021

Buat Duit Online - 11 Cara senang dengan handphone sahaja

 

Buit Duit Online Youtube TikTok Handphone SayangWang
Buat Duit Online

CARA BUAT DUIT ONLINE

Semua sedia maklum keadaan ekonomi sekarang memerlukan kita kreatif dan bijak dalam mencari duit, tak kira sebagai sumber pendapatan atau pun sebagai pendapatan sampingan.

BUAT DUIT ONLINE DARI RUMAH DENGAN HANDPHONE

Ada antara kita yang diberhentikan kerja, syarikat ditutup atau pun perniagaan yang dijalankan terpaksa dihentikan. Jadi antara cara nak cari duit adalah dengan ceburi bidang 'online'.

Sebelum pandemic covid-19 melanda dunia, dunia digital dan online sudah mula menjadi platform untuk mendapatkan income. Bukan sahaja income tambahan, malahan ada yang jadikan sebagai sumber pendapatan utama.

Dan sewaktu seluruh dunia mulai hidup dengan 'new-norm' dan banyak masa dihabiskan di rumah (di'lockdown'), makin rancaklah mereka yang terlibat dalam dunia online dan digital ni buat duit.

Pada artikel ini, Mat Drat akan senaraikan beberapa cara untuk buat duit online. Perkongsian di artikel ini secara ringkas sahaja.  Artikel-artikel berikutnya baru lebih terperinci.

Ingat
Dalam mencari cara-buat duit online, elakkan diri dari terjebak dalam skim ponzy skim cepat kaya, scammer atau seumpamanya. Dan ingat, apa jua pekerjaan yang dilakukakan, pastikan halal.

.......................................................

11 CARA BUAT DUIT ONLINE 

Jom kita lihat 11 cara buat duit online yang senang dan selalu digunakan ;

1. YouTube : Buat Video di YouTube

Antara yang paling digemari untuk buat duit online adalah menjadi YouTuber. 

Buat video dan upload di YouTube. Senang je kan.  

Semakin tinggi viewer, maka semakin banyaklah income masuk. Sekarang rata-rata YouTuber guna handphone sahaja untuk buat content video, tak perlu kamera mahal-mahal.

Duit boleh masuk melalui tiga cara iaitu ;
- iklan yang dibayar oleh google adsense.
- dibayar penaja barangan / perkhidmatan.
- penjualan barangan

Mesti semua perasan, setiap kali menonton video di YouTube pasti akan keluar iklan sama ada sebelum video bermula atau ditengah-tengah waktu melayan video tu. Google adsense adalah pengiklan yang keluarkan iklan sewaktu kita menonton video di YouTube.

Jadi kita tidak dapat duit dari YouTube dengan upload video, tetapi adalah dari google adsense bagi iklan yang keluar di video kita.

Tak tahu nak buat video apa??
Baca di link di bawah untuk dapatkan idea nak buat video apa serta cara jadi YouTuber.

Boleh baca artikel selanjutnya 
👉👉 Buat Duit Online Dengan Youtube

Antara kisah youtuber berjaya (berjaya buat duit)

1. Dato Alif Syukri . 
Setiap bulan beliau dapat duit iklan yang dibayar oleh Google Adsense berpuluh ribu. Vlog beliau banyak kepada perkongsian peribadi, maklumlah follower dan subsribber ramai.
Income dari iklan dan produk yang dijual serta paid review yang dibuat.

2. Adik Aryanna Alyssa Dezek
Baru berusia 12 tahun dah mampu beli Vellfire untuk kegunaan sendiri. Banyak buat review berkaitan dunia kanakk-kanak.
Income dari iklan dan paid review yang dibuat.

3. Sugu Pavithra
Antara youtube yang hangat sekarang, bukan sahaja 'hangat' dengan masakan, tapi juga dengan kisah terbaru mereka berdua. Dalam masa tak sampai 2 tahun, boleh beli rumah!!
Income dari iklan dan paid review yang dibuat.

4. Abang Gan / Abg Jaapar Mekanika
Ini  antara blog permotoran yang agak terkenal dan ramai peminat. Mat Drat salah seorang subscribber mereka.
Income dari iklan dan produk yang dijual serta paid review yang dibuat.

5. Youtuber Indonesia tak buat apa-apa 2 jam
Ini kisah paling best, buat video tanpa buat apa-apa selama 2 jam. Dalam masa sebulan, lebih sejuta tontonan.
Sejuta tontonan, dah berapa USD dari Adsense dapat tu !!!

Baca juga 

...........................................................

2. TikTok : Buat Duit dengan TikTok


TikTok...  Ramai yang buat duit dengan TikTok sekarang ni. Ada 2 pandangan, negatif dan positif. Kita ambil yang positif di mana kongsikan yang baik-baik di TikTok.

Kalau perasan kehangatan kejohanan bolasepak Euro 2020(2021) sekarang ni, kita turut disajikan dengan iklan-iklan 'TikTok' yang terpapar di tepi padang bola.

Jadi kita kena sedar yang TikTok menjadi platform sosial media (sosmed) terbaru yang semakain hangat dipasaran.

Bayangkan yang founder TikTok iaitu lelaki berumur 38 tahun rakyat China bernama Zhang Yiming dah jadi antara lelaki terkaya di dunia. Nilai kekayaan dia USD 60 Bil!! Belum lagi nilai keseluruhan syarikat dia. 

Mereka yang aktif di TikTok ni ('tik-tok-ers') boleh buat duit kalau kena cara dan  gayanya. Lagi ramai follower, lagi tinggi nilai, dan lagi senang buat duit.

Beza YouTube dan Tik Tok
- YouTube boleh kata tiada masa maksima video
- Tik Tok pula asalnya hanya berdurasi 15 saat, kini boleh sehingga 60 saat.


Duit boleh didapati dengan pelbagai cara di TikTok ni :
- kembangkan akaun TikTok dan jual akaun
- review berbayar
- derma atau payout 'coin'
- pengiklanan TikTok / marketing
- menjual barangan

Baca artikel berikutnya 
👉👉 Buat Duit Online Dengan TikTok

Untuk lihat senarai 'Tik-Tok-ers' yang berjaya, boleh la install app ni dan lihat-lihat akaun tik-tok yang bermanfaat dan ramai follower, dan tengok macam mana dia buat duit.


.......................................................

3. Blog : Buat Duit Melalui Blog

Mungkin ada yang rasa tak sesuai untuk buat video, jadi boleh mencuba buat duit dengan menulis di blog atau website. Ye la, tak semua mampu bercakap depan camera dan ditonton pula oleh ribuan atau jutaan penonton.

Mungkin minat atau bakat menulis yang ada boleh digunakan untuk buat blog dan dapatkan duit dari situ.

Cuma blog semakin kurang diminati sekarang ini kerana lebih ramai suka mencari info dan maklumat di YouTube. Orang kan semakin malas membaca, lebih suka kepada video. Tetapi blog tetap ada kelebihan tersendiri.

Jika buat video dan post di youtube, dapat duit bila video ditonton. Bagi blog pula, dapat duit bila blog dibaca.

Ada yang mahir bab kereta, buat blog kereta macam Paultan. Mahir bab kewangan, buat blog kewangan macam pakdi.

Kalau mahir bab gadget boleh buat laman web macam technave. Mat Drat pernah berbual dengan founder technave 6-7 tahun lepas dalam satu event affliate waktu laman web baru 1-2 tahun.

Tak tahu nak menulis apa?
Carilah dan tulislah apa-apa yang sesuai dengan kita dan kena dengan jiwa kita. Boleh buat blog memasak, blog jalan-jalan, blog parenting, blog kereta dan sebagainya.

Buat duit macam mana?
Boleh buat duit sama ada melalui
- pengiklanan (adsense, nuffnang, MGID, media.net dll)
- affliate (involve asia, shoppee, lazada, dll) 
- buat review berbayar/ penaja
- promo dan jual barang (kedai online)

Baca artikel berikutnya 
👉👉 Buat Duit Online Dengan Blog


Antara kisah blogger/website berjaya (berjaya buat duit)

Paultan... mesti ramai yang biasa dengar terutama bila mencari info mengenai kereta. Ini lah antara contoh mereka yang berjaya dengan blog keretanya.
Kini bukan sahaja berjaya dengan blog Paultan, tetapi juga dengan video channel youtube paultan juga.

2. Cik epal
Bogger ni viral setahun dua yang lepas apabila dia hadiahkan kereta kepada hsuband dia secara cash...ford mustang!!

4. Amanz

....

..............................................

4. Survey : Buat Duit Dengan Survey

Mungkin ramai yang jarang dengar mengenai buat duit dengan survey ni. 

Tak la boleh buat duit banyak-banyak macam di YouTube, tapi kalau rajin dan konsisten, boleh la dapat bayaran yang agak konsisten.

Tak susah buat duit dengan survey ni, hanya perlu 
1. Daftar
2. Isi survey-survey yang dijalankan atau pun review-review yang dibuka.
3. Tunggu payment/reward

Bayaran ada yang serendah RM5 dan ada yang mencecah ke RM50 satu survey. Siapa nak bagi kan duit dengan hanya isi survey.

Teringat sewaktu Mat Drat menuntut di universiti dulu, waktu era internet masih belum meluas penggunaannya. Antara part-time job yang Mat Drat buat waktu tu adalah edarkan borang 'survey'. Waktu tu pun bayaran anatar RM5-RM15 satu borang.

Cara buat duit dengan survey 
Antara platform yang sediakan survey  berbayar ;
👉 YouGov 
👉 Touluna

.......................................................

5. Appilikasi Handphone : Buat Duit Dengan Buat Applikasi Handphone

Buat app (applikasi) untuk handphone juga sebenarnya boleh buat duit. Hanya perlu sedikit ilmu dan kesungguhan.

Pertama sedikit ilmu teknikal. Pengetahuan basic je dah cukup. Sekarang orang biasa pun boleh buat app sebab sekarang banyak kelas dan laman web yang sediakan  kelas untuk buat app.

Dan kemudian, sedikit ilmu untuk buat marketing supaya app kita berjaya dilanggan dan seterusnya buat duit kepada kita.

Biasa kan bila kita 'search' sesuatu applikasi di Google Play Store, 'Huawei store' atau Iphone store, akan keluar applikasi yang seakan sama nama dan fungsi tetapi berlainan 'developer'.  Semakin tinggi langganan, semakin besar duit yang masuk.

Developer atau pembangun applikasi ini ada dari syarikat dan ada juga individu sahaja. Jadi individu pun boleh buat, tak de masalah.

Cara buat duit dengan applikasi handphone
1. Beli 'coin'
Handphone kita ada game kan. Ada game tu sekejap-sekejap suruh beli 'coin' atau seumpamanya kalau nak naik 'level' cepat. Ini sebenanya cara senang buat duit kepada pencipta applikasi itu. Dan biasa juga kita dengar kisah ada ibu ayah yang terpaksa bayar beratus-ratus ringgit sebab anak-anak main game di handphone mereka dan beli online tanpa ibu ayah tahu.

2. Iklan
Kita pun biasa terpaksa melayan iklan-iklan apabila gunakan sesuatu applikasi di handphone. Setiap kali iklan keluar, itu bermakna duit juga kepada pemilik aplikasi itu.

Cara buat applikasi
Banyak ilmu dan cara boleh kita pelajari. Hanya perlu search sahaja di internet dan kita boleh jumpa pelbagai kelas atau website yang tawarkan panduan dan kelas membuat applikasi ini.

Contoh mereka berjaya buat duit
Lihat sahaja founder Tik Tok, sekarang dah jadi antara orang terkaya di dunia dengan kekayaan hampir 60 billion. Itu applikasi yang berjaya dan jadi kegilaan seluruh dunia.

Kalau skala kecil. ingat kisah anak kecil berusia 10 tahun yang berjaya buat duit dengan app simple beberapa tahun lepas? Budak lagi, anak Malaysia. search sahaja di google, boleh jumpa kisah dia. Dapat beratus ribu ringgit waktu umur masih kanak-kanak, banyak tu!!

.......................................................

6. Jual online

Rugi la kalau kita guna gadget kita semata-mata untuk berhibur dan bersosial sahaja. Apa kata ambil ruang dan peluang sikit dengan gunakan gadget atau handphone tu dengan menjual barangan melaluinya.

Cara
Pelbagai cara kit aboleh guna, pilih mana yang sesuai dengan kita dan produk kita.

1. Buka kedai online - sendiri
Kalau ada barang banyak,  boleh buat blog atau lama web untuk promotekan barang-barang di situ. Pembeli boleh lihat barangan kita di situ sebelum beli.

Tapi kalau cara ini susah sikit sebab perlukan modal besar untuk promosi dan sebagainya. Ramai yang suka menjual terus di platfoem market place yang dah established 

2. Buka kedai online di Market place (ebay/amazon/lazada/shopee/PG Mall)
Banyak platform maket place yang boleh kita masuk untuk menjual barangan di situ. 

Antaranya Lazada, Shopee, PG Mall. Dan memang ramai seller-seller yang dah buat duit di sini.

Nanti Mat Drat kongsikan detail di link dibawah. Sementara tu boleh serach di google dengan keyword di bawah, dapatkan info dan ilmu.

👉 Cara buat duit di Shopee
👉 Cara buat duit di ebay
👉 Cara buat duit di Amazon

Masalah buka kedai online
Satu masalah buka kedai online ni, kita kena beli barang buat stok. Jadi apa kata buka kedai di Shopee atau Lazada secara dropshipping. Baca seterusnya ye di no 7!!


3. Buka kedai online dengan jadi dropship dan affliate
Ini pun satu cara buat duit. Mat Drat kongsikan di bawah (7 dan 8).

.......................................................

7. Dropship : Buat Duit Jadi Ejen Dropship

Perkataan mudah, buat duit dengan dropship ni adalah menjadi ejen kepada penjual.

Kita hanya perlu menjadi ejen (dropship) dan promote serta jual barangan mereka. Urusan seterusnya akan dikendalikan oleh tuan punya kedai atau barangan tu.

Banyak kita nampak kawan-kawan atau saudara mara kita menjadi ejen dropship ni, ada yang jual tudung, makanan, jual kuih, jual kurma, jual buku, jual kek dan macam-macam.

Sekarang ni ramai yang hanya duduk dirumah, biznes online memang agak kencang sekarang. Jadi carilah produk yang boleh dijual.

Ramai yang suka jadi ejen dropship sebab tak perlu modal besar. Cuma bila jadi ejen dropship ni, kita sebagai ejen perlu berurusan dengan pembeli sehingga pembelian selesai. Urusan penghantaran akan dikendalikan oleh penjual/pemilik produk.

Antara program dropship yang Mat Drat terkini dan hangat adalah adalah  mamasab dan sabella.

Atau pergi sahaja ke google search atau Facebook dan cari lah keyword-keyword di bawah
1. Ejen dropship
2. Dropship wanted
3. Dropsip Malaysia
4. Agent Dropship
5. Dropship diperlukan

Memang banyak owner, founder atau jenama yang tawarkan program dropship ni. Kita hanya pilih yang sesuai dengan kita. 

Tapi ada satu cara mudah, kita daftar dengan pihak ke tiga, dari situ kita boleh jadi dropship kepad apelbagai produk. contohnya daftar dengan CJDropshipping.

Ada juga yang menjadi ejen dropship terus di Shopee. Hanya perlu cari di Shopee, kedai-kedai (seller) yang tawarkan atau iklankan (dropship wanted). Cuma kena baca betul-betul syarat dan term dia kalau deal dengan sesuatu kedai tersebut.

Pilihlah program dan produk yang dirasakan sesuai.





Jadi ejen dropship ni kita kena jual barang, bagi yang agak malas dan kurang masa dengan gadget boleh sahaja menjadi affliate.

👉 Baca : Beza ejen dropship dan affliate

.......................................................

8. Affiliate : Buat Duit Dengan menjadi Affliate

Bagi yang tidak mahu atau tiada masa menjual, program affiliate mungkin lebih sesuai.

Affliate merupakan antara bentuk  digital marketing terawal dan memang terbukti telah memberi  pendapatan yang cukup menguntungkan kepada mereka yang betul-betul memanfaatannya.

Berbeza dengan dropship yang memerlukan kita menjual, melalui affliate kita hanya perlu mempromosikan produk/perkhidmatan melalui 'link' yang diberikan. 

Seterusnya pembeli dan penjual akan berurusan. Kita hanya menunggu sahaja komisen jika urusniaga berlaku. Lebih senang kerana tidak perlu pening melayan karenah pembeli dan seumpamanya.

Banyak jenama dan produk yang tawarkan perkhidmatan affliate ni dari produk makanan, kewangan, pelancongan, perkhidmatan, pakaian, kedai online dan macam-macam lagi.

Cara jadi ejen

1. Ejen affliate melalui pihak ketiga (3rd party)

Pihak ketiga bermaksud satu syarikat akan kumpulkan pelbagai produk dan jenama yang tawarkan program affliate dan kita hanya perlu mendaftar dengan mereka dan bukan dengan semua jenama tu. 

Ini lebih senang, hanya satu akaun sahaja tapi boleh jadi ejen untuk pelbagai produk/jenama.

Ada beberapa platform untuk jadi ejen affilaite tetapi yang paling terkenal di Malaysia adalah 

 ðŸ‘‰ Involve.Asia - banyak jenama Malaysia/Asia

x x

Bila jadi ejen affliate Involve.asia, kita boleh juga mempromosikan produk jenama-jenama lain macam Lazada, Shopee, Time, MAS, Qatar Airways, Nike, Decatlon, Uniqlo dan berpuluh jenama lain lagi.

Sesetengah jenama hanya menerima affliate melalui pihak ketiga seperti syarikat-syarikat penerbangan (MAS, AirASia, Qatar Airways), TIME internet, Unifi, Syarikat insuran dan kewangan. Mereka tak terima 'ejen' untuk promote direct product mereka, jadi mereka tawarkan melalui pihak ketiga.

Jadi bila daftar dengan Involve.Asia baru kita boleh promte barangan-barangan lain.

Tak daftar pun takpe, klik dan lihat lah dulu senarai syarikat/produk yang boleh kita jual dari involve asia. Terlalu banyak, rugi tak rebut.


2. Ejen affliate direct
Ada syarikat/brand yang tawarkan program affliate secara direct, maknanya kita jadi ejen afflaite mereka. 

Contohnya seperti di bawah : 

1. Lazada
2. Shopee
4. Sportdirect
5. Dan senarai bertambah seperti busonline, zalora, Uniqlo, boking.com, agoda, MR DIY.

Pergi sahaja kelaman web mereka, dan cari program affliate dan daftar.

Kalau jadi ejen 2-3 jenama, boleh la kita daftar dan masih senang pantau akaun kita. Tapi kalau banyak produk dan jenama yang ingin di promte, Mat Drat cadangkan kita menjadi affliate melalui pihak ketiga (Involve Asia) tadi contohnya.


Baca 
👉👉 Buat Duit Dengan Affliate Involve.asia

.......................................................

9. Instagram : Buat Duit Melalui instagram

Instagram juga merupakan satu platform sosial media untuk menjana pendapatan. Memang boleh buat duit melalui instagram.

Sebelum lahirnya Tik Tok, instagram merupakan sosmed yang paling digemari untuk mencari duit. Sebab tu ramai nak menjadi influencer/instafamous. Buat duit senang!!

Secara asasnya, buat duit melalui instagram ada beberapa cara ;
1. paid review (brand bayar untuk kita review produk mereka)
2. jual barang - gunakan IG untuk jual barang sendiri.
3. jual barang sebagai ejen dropsip / affliate - ini kena jadi ejen (follow nombor 7 dan 8 di atas), nanti jual melalui instagram.
 
👉 Baca :  Buat Duit Dengan Instagram

...

.......................................................

11. Facebook : Buat Duit Melalui Facebook

Ramai juga yang jadikan platform facebook sebagai sumber buat duit. Jika dahulu facebook digunakan untik menjuala barangan, tetapi ia semakin 'outdated' kerana penjual terpaksa membeli FBad (iklan) yang agak mahal.

Sekarang FB dah beri peluang untuk mereka yang ramai follower untuk buat duit melalui content yang dibuat. Janji ramai follower, upload video dan dapat duit dfari iklan yang keluar semasa video ditonton.

Secara asasnya, buat duit melalui instagram ada beberapa cara ;
1. Iklan di Facebook
1. Paid review (brand bayar untuk kita review produk mereka)
2. Jual barang - gunakan FB untuk jual barang sendiri.
4. Jual barang sebagai ejen dropsip / affliate - ini kena jadi ejen (follow nombor 7 dan 8 di atas), nanti jual melalui instagram.

Sekarang banyak buat duit melalui no 1 di atas.  No 2-4, kita memerlukan sedikit modal untuk iklankan di facebook, kalau tak posting kita tak sampai kepada pengguna/friend/follower.

Mat Drat suka follow Supercar Blondie. Wanita ni cukup terkenal dikalangan peminat kereta seluruh dunia, dia  selalu review kereta-kereta mewah seluruh dunia.
 
👉 Baca :  Buat Duit Melalui Facebook

.......................................................

12. Saham : Buat Duit Main Saham

Selalu dengar iklan
"Tak hensem tak apa, janji kaya".

Ada yang tak suka iklan ni, tapi percayalah ramai yang buat duit dengan main saham.

Tapi perlu ingat, sebelum menceburi bidang main saham ni, pastikan dapat ilmu yang sepatutnya.

Orang kata, penuhkan dulu ilmu di dada, dan join group-group yang berwibawa.

Bila dah ada ilmu, baru lah sedap main saham dengan handphone sahaja, dimana-mana.

Secara asasnya, kita perlu ada 
1. Akaun CDS : Untuk membolehkan kita berurusniaga jual beli saham (trading).
2. Jual beli melalui remiser : Sekarang tak perlu berjumla remiser, cukup buka akaun/ daftar dengan platform mereka dan kita boleh start trading.

Jadi lepas tu gunakan handphone untuk trading atau invest saham.

Mat Drat kenal beberapa rakan yang betul-betul buat duit dengan saham ni. Memang betul-betul dia buat duit. 

Sewaktu Covid-19 ni, saham Top Glove antara yang ramai buat untung, ada yang  untung berpuluh-puluh ribu untuk satu kaunter saham ni sahaja.

Tapi ingat, ilmu paling penting dalam pelaburan
" High Revenue, High Risk"

Boleh baca 
👉👉 Buat Duit Dengan Saham

....


Ingatan:
Perkongsian ini tidak menjamin mereka yang melakukannya boleh menghasilkan duit. Pelbagai faktor lain perlu diambil kira.

Jika sudah berjaya, sudah mendapat duit atau pendapatan dari dunia online ini, jangan lupa tanggung jawab membayar cukai sebab beberapa tahun kebelakangan ini LHDNM mulai memantau mereka mereka yang bergelar influencer ini terutama Instafamous dan YouTuber.


Mat Drat @ SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

15 comments:

  1. Interesting facts and good post. I learned something form reading this post. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. yes, mudah sebab kita tak perlu ke mana-mana. cari duit guna phone secara online.
    tapi, utk content yg menarik demi nak dpt duit tu, sukar.
    competition plak sekarang da byk. kan trending dah cari duit online.
    kena ada ilmu :)
    dan kerajinan dan minda yg kreatif. in shaa Allah boleh la meraih pendapatan tinggi.

    ReplyDelete
  3. Dalam banyak-banyak cara tu, yang isi survey tu first time Rawlins dengar. Nak kena cari nie - sapa nak bagi duit minyak kan

    ReplyDelete
  4. Wow, banyaknya cabang nak tambah income. Cuma terpulang nak pilih yang mana satu dan buat. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. Banyak betul info ni. Menarik jugak. Iza ada try yang jawab survey tu. through yougov and memang legit la. Dah pernah try keluarkan duit. Nanti nak try yg lain pulak.

    ReplyDelete
  6. Mudah semuanya di hujung jari aje, nak dengan taknak aje kan.. so far Sis buat duit guna blog aje laa.. dari blog baru ke FB dan IG..

    ReplyDelete
  7. macam macam cara buat duit online ni , nak tak nak je.malas rajin je..ada orang jenis nak benda datang bergolek tapi malas usaha haha

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya banyak je cara. Cuma kita yakin dengan tak je.
    Pastu rajin dengan tak rajin je kan..
    Kalau rajin, kita dapat ganjaran nya.

    ReplyDelete
  9. woow...love the ideas & information shared here on how to earn more with hp. thanks for this list. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya banyak cara untuk buat side income melalui social media platform yang kita ada kan! Thanks sharing this.. nak explore some of the options available here la.. (Y)

    ReplyDelete
  11. Bagusnya posting ni. Memang A to Z ada caranya yer. Tinggal pilih , praktikkan dan usaha. InsyaAllah makin hari pasti makin improve. Saya pun dah dapat hasil dari apa yang saya minat iaitu menulis blog. Senang cerita gunkana kelebihan dan hobi kita sebagai tempat menjana pendapatan.

    ReplyDelete
  12. Baru tahu bnyk cara rupanya nk buat side income. Tulah cuma kena rajin explore je. Dgn guna smartphone pun dh boleh buat income...

    ReplyDelete
  13. Wah thanks for the sharing and tips, memang banyak cara kita boleh buat duit kan.

    ReplyDelete
  14. Memang ada pelbagai peluang untuk buat duit. Cuma dari kita sahaja untuk bertindak.

    ReplyDelete