Friday, 16 July 2021

4 Cara Buat Duit Dengan Blog

Buit Duit online dengan blog handphone afflaite shopee
Menulis blog boleh dilakukan di mana-mana


Kali ni Mat Drat kongsi mengenai cara buat duit dengan blog. Dalam perkongsian kali ni Mat Drat akan kongsikan :

  1. Kenapa Blog ? Masih relevenkan blog
  2. Cara buat duit dengan blog
  3. Panduan menulis blog

Masih Relevenkan Blog


Seiring dengan peredaran teknologi, semakin kurang mereka yang menceburi dunia blogging ini sekarang. Jika dahulu, blog merupakan antara medium utama.

Walau sekarang blog agak kurang digemari sebagai medium bagi influencer berbanding medium lain seperti youtube, tiktok, Instagram, Facebook dan lain-lain, blog masih tetap mempunyai kelebihannya tersendiri.

2 kelebihan blog yang Mat Drat rasa cukup untuk kita terus menulis blog;

1. Membina Jenama

Blog membantu membina jenama. 

'Jenama' terbina kepada sesuatu blog atau penulis blog itu sendiri apabila sesebuah blog semakin menarik pembaca dan semakin diyakini.

Lihat Paultan contohnya. Asalnya dahulu hanya blog menceritakan hal kereta. Semakin lama blog paultan semakin dikenali. Bukan sahaja dikenali, tetapi apa yg dikongsi juga disukai pembaca dan pemilik produk.

Akhirnya Paultan menjadi satu jenama dalam dunia 'review' kereta (kenderaan). Bukan sahaja di blog , malah kini Paultan turut melebarkan platform ke YouTube juga.

Masih ingat Mira Filzah dan Hanis Zulaikha. Asalnya mereka adalah seorang blogger yang dikenali dengan kecantikan serta perkongsian blog, akhirnya menjadi seorang selebriti.

2. Diminati Google Search

Ya betul. 
Sehingga artikel ini ditulis, Google masih 'memberi keutamaan' kepada blog bagi hasil/result sesuatu carian di 'google search'.

Cuba buat carian di 'Google search', dan kita akan lihat result di 1st page akan menyenaraikan beberapa blog.

Sebagai contoh, cubalah buat carian dengan kata kunci (keyword) ...... "percutian ke Langkawi" atau pun "Cara jual beli saham Bank Rakyat".

Kalau result keluar nanti turut menyenaraikan beberapa blog, maknanya blog blog masih relevan dan diminati.

Mungkin dlm result nanti tersenarai juga blog mat drat...  mat-drat.blogspot atau blog sayangwang.

Blog banyak keluar di 1st page kerana biasanya info yang dikongsi oleh blog lebih detail dan ia memang diminati oleh Google. 

Rasanya dua sebab ni dah cukup untuk kita terus memblogging...

4 Cara Buat Duit Dengan Blog

Mat Drat kongsikan 4 cara buat duit dengan blog ;
  1. Pengiklanan (adsense, MGID, media.net dll)
  2. Affliate (involve asia, shoppee, lazada, dll) 
  3. Buat review berbayar/ penaja
  4. Promo dan jual barang (kedai online)

1. Pengiklanan

Satu cara untuk buat duit dengan blog adalah melalui pengiklanan. 

Sepertimana iklan keluar di TV atau ketika menonton youtube, jadi kita boleh gunakan blog untuk letakkan iklan di blog kita. Dari iklan yang keluar diblog kita akan dapat duit dari pengiklanan (iklan yang keluar di blog kita).

Untuk membolehkan iklan keluar di blog kita, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum boleh memohon akaun dari syarikat pengiklanan. Antara syarikat pengiklanan yang boleh dicuba adalah Google Adsense, Nuffnang, MediaNet, RevenueHit dll..

Ia akan mengambil sedikit masa bagi sesuatu blog untuk melepasi kriteria permohonan' tetapi dengan teknik yang betul, pasti tiada masalah untuk mendapat akaun bagi meletakkan iklan di blog.

Boleh google sahaja keyword-keyword berkaitan untuk panduan menulis blog, Mat Drat juga belajar dari pembacaan blog-blog juga dahulu.

2. Affliate

Satu cara lagi buat duit dengan blog adalah dengan menjadi affliate.

Affliate ni kata mudahnya adalah menjadi ejen kepada sesuatu produk / service. 

Kita hanya perlu 'jual' dengan letakkan link untuk memudahkan pembaca membuat belian. Urusan seterusnya akan dihandle oleh pemilik jenama/barangan. 

Tidak seperti menjadi ejen dropship, yang mana kita perlu handle sampai jualan selesai.

Untuk permulaan, Mat Drat cadangkan daftar dahulu dengan Involve.Asia .

Tak daftar pun takpe, klik dan lihat lah dulu senarai syarikat/produk yang boleh kita jual dari involve asia. Terlalu banyak produk atau jenama yang boleh kita promote dan jual, rugi tak rebut peluang di sini.

x x


InvolveAsia ni merupakan pihak ketiga yang menghubungkan syarikat/jenama dan blog (publisher).

Ini bermaksud mereka merupakan satu syarikat yang akan kumpulkan pelbagai produk dan jenama yang tawarkan program affliate dan kita hanya perlu mendaftar dengan mereka (InvolveAsia) dan bukan dengan semua jenama / syarikat tersebut. 

Ini lebih senang, hanya satu akaun sahaja tapi boleh jadi ejen untuk pelbagai produk/jenama.

Bila jadi ejen affliate Involve.asia, kita boleh  mempromosikan pelbagai produk jenama-jenama terkenal seperti Lazada, Shopee, Timedotcom, MAS, Qatar Airways, Nike, Decatlon, Uniqlo dan berpuluh jenama lain lagi.

Sesetengah jenama seperti syarikat-syarikat penerbangan (MAS, AirASia, Qatar Airways), TIME internet, Unifi, Syarikat insuran dan kewangan (Maybank, Etiqa) hanya menawarkan program affliate melalui pihak ketiga (InvolveAsia).

Mereka tak terima 'ejen' untuk promote direct product mereka, jadi mereka tawarkan melalui pihak ketiga.

Apabila aa akaun InvolveAsia, kita bukan sahaja boleh promote di blog tapi juga di media sosial lain seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan Twitter
 

3. Review berbayar

Biasa blog-blog yang sudah ada jenama, akan ada syarikat-syarikat tertentu yang berminat untuk tawarkan paid review. Maknanya, review yang dibuat akan dibayar.

Bagi blog yang sudah ada nama yang besar macam Paultan, pastinya review yang dibuat akan dibayar dengan harga yang tinggi. 

Ada juga platform atau facebook page yang mengumpulkan blogger-blogger untuk mencari dan menawarkan paid review ni. 
 

4. Jual barangan (kedai online)

Gunakan blog untuk jual produk sendiri jika ada produk yang ingin dijual. Contohnya jika menjual penapis air atau produk kecantikan, apa kata buat blog dan kongsikan maklumat dan info berkaitan disitu.

Secara tak langsung, kita membina jenama kita sendiri di situ. Pembaca lebih yakin dan lebih mudah menjual apabila pembaca meyakini kita.

Jika tak ada barangan, boleh juga jual apa sahaja barangan dari Shopee atau Lazada (jadi ejen affliate InvolveAsia dulu ye).

Kalau buat blog parenting, boleh jual barangan keibubapaan, produk bayi seperti susu, permainan dan apa sahaja produk yang ada di lazada/shopee yang kita rasa sesuai.

Contoh... ini barangan dari shopee yang boleh dijual (yang sesuai dengan blog kita). Takkan buat blog parenting, nak jual produk kereta kan.

Buit duit online handphone blog affliate shopee lazada




Panduan Menulis Blog

Apa jua yang kita buat, dapatkan ilmu dahulu. Sekarang ilmu boleh didapati dihujung jari, hanya perlu rajin mencari dan baca.

Pelbagai tips yang dikongsi oleh ramai blogger yang lebih arif mengenai dunia blogging, pelbagai tips dan panduan mereka kongsikan.

Rugi jika tidak rebut ilmu yang percuma, yang boleh diambil di internet sahaja (blog).

Cari sahaja di 'Google Search' dengan carian seperti
  • Panduan menulis blog
  • Cara menaikkan rating blog
  • Cara memohon iklan adsense untuk blog
  • Blog : blogspot atau wordpress
Ini antara blog rujukan utama Mat Drat sewaktu mula-mula menulis blog dahul ... blog Hassrul Hassan.
 

Harap sedikit perongsian ini, beri manfaat.

Sayangi Wang Anda. Gandakan Wang Anda.

~Mat-Drat @ SayangWang~

No comments:

Post a Comment