Friday, 16 July 2021

5 Cara Buat Duit Dengan TikTok

 

Buat Duit Onlin TikTok
Buat Duit Dengan TikTok

Kali ni Mat Drat kongsi mengenai cara buat duit dengan TikTok. Dalam perkongsian kali ni Mat Drat akan kongsikan :

  1. TikTok ?? Apa itu TikTok?
  2. Cara buat duit dengan TikTok
  3. Panduan naikkan rating TikTok


TikTok ?? Apa itu TikTok ??


Mungkin ada yang tak berapa tahu apa itu TikTok. 

TikTok merupakan 'fastest growing' platform sosial media di dunia sekarang ini. App TikTok membolehkan penggunanya untuk 'create' dan edit video pendek 15-60 saat dengan memasukkan music, filter animation dan lain-lain fungsi. App TikTok tersedia di seluruh dunia melalui App Store atau Google Play Store.

Sejarahnya... ia pada mulanya di 'launch' sebagai app Douyin pada Sept 2016 di China. Tahun 2017 pula, ByteDance lancar app ni dengan nama TikTok bagi market luar China. Sebenarnya ia 2 applikasi yang sama cuma ia berbeza kekangan censorship di China.


Statistik TikTok Yang Perlu Diketahui

Sedikit statistik yang menarik mengenai TikTok ;
  1. Mempunyai 689 juta pengguna aktif (user) bulanan - Januari 2021
  2. Telah di download melebihi 2 billion kali sehingga April 2020
  3. Telah di download melebihi 33 juta di Apple App Store
  4. 69% pengguna adalah remaja (10-29 tahun) bersarkan statistik di Amerika.
  5. Puratanya setiap pengguna TikTok menghabiskan masa 52 minit sehari di TikTok.
Jadi tak hairan apabila founder TikTok, Zhang Yiming dari China yang berumur 38 tahun telah menjadi antara lelaki terkaya di dunia. Nilai kekayaan dia USD 60 Bil!! Belum lagi nilai keseluruhan syarikat dia. 

Beza YouTube dan TikTok

Sedikit perbezaan antara YouTube dan TikTok ;
  1. Masa Video : YouTube boleh kata tiada masa maksima video yang di upload, tetapi TikTok hanya maksima 60 saat.
  2. Iklan : Boleh dapat duit pengiklanan di YouTube tetapi tidak di TikTok

Kebaikan dan Keburukan Tiktok

Ada dua pendapat mengenai akaun TikTok ni. Ada yang mengatakan banyak keburukan kerana didalamnya terlalu banyak video-video yang agak menjolok mata. 

Ada pula yang berpendapat, ia tidak mengapa selagi kita tidak ikut trend sebegitu dan kita konsgkikan video-video yang bermanfaat. Pelbagai akaun yang kongsikan perkara yang berfaedah seperti tips kesihatan, tips kereta, tips kecantikan, ceramah dan sebagainya. 

Ada 'ustaz' yang berkata, haram kerana di dalam TikTok banyak perkara yang haram (video). Ada pula 'ustaz' yang berkata tidak mengapa kerana kita cuba berdakwah di dalam tu. Kalau tiada ustaz yang berdakwah di dalm tu, siapa lagi nak berdakwah.

Masing-masing punya pendapat masing-masing.  Wallualam..

Yang penting, kita buat akaun dan kongsikan perkara yang baik dan bermanfaat tanpa melanggar normal kita sebagai orang timur dan beragama Islam.  

Cara Buat Duit Dengan TikTok 

Memandangkan ramai yang terkesan dari segi ekonomi dengan pandemic Covid-19, medium online menjadi satu platform baru untuk menjana pendapatan.

Memang ada yang betul-betul boleh duit dengan TikTok ni. Berdasarkan satu laporan Forbes - 7 Highest Earn, mereka senaraikan 7 TikTokers yang mendapat melebihi USD 1 juta (RM 20 juta) ahun lepas.

Di Malaysia, antara yang paling top boleh dilihat di sini 👉👉 Senarai TikTok Malaysia - Top 20.


Berikut adalah cara untuk buat duit dengan TikTok:
  1. Kembangkan akaun TikTok dan jual akaun
  2. Review berbayar
  3. Derma atau payout 'coin'
  4. Pengiklanan TikTok / marketing
  5. Menjual barangan

1. Kembangkan akaun TikTok dan Jual Akaun

Ini antara cara yang digunakan bagi mereka yang nak buat secara cepat. Mereka create akaun TikTok dan kembangkan akaun dengan meningkatkan bilangan follower.

Akaun boleh dijual kepada mereka yang nak 'short-cut' juga membina follower. Kira pembeli akaun, akan dapat akaun dengan follower yang dah ada. 

Semakin tinggi bilangan follower, secara automatik nilai akaun itu akan meningkat.

Sekarang kita boleh check nilai akaun TikTok di beberapa laman web. Yang biasa digunakan untuk check nilai akaun TikTok adalah di TikTok Money Calculator.

2. Review Berbayar

Apabila akaun dah semakin tinggi bilangan follower, pasti akan ada syarikat atau jenama yang berminat untuk bekerja sama.

Job-job review akan diperolehi dan bayaran akan bergantung kepada nilai akaun kita atau jenama kita itu sendiri. Konsep sama seperti medium sosial lain seperti YouTube dan Instergram dimana pemilik akaun dibayar bagi review-review yang dibuat.

3. Derma atau Payout Coin

Untuk membuat duit dengan cara ini, biasanya bagi akaun yang telah mempunyai folower yang agak ramai.

Pemilik akaun boleh meminta 'derma' dari follower melalui 'payout coin'. Coin atau sticker gift yang diterima oleh pemilik akaun dari follower/fan, boleh ditukar kepada duit.

4. Pengiklanan / marketing

Bagi akaun yang telah tinggi bilangan follower, akaun akan berpeluang untuk mendapat duit melalui iklan yang dikeluarkan oleh pihak TikTok.

Untuk pengiklanan, memang memerlukan bilangan follower yang ramai dan iklan tertentu dikeluarkan oleh TikTok melalui algorithma yang mereka buat.

5. Menjual Barangan

Seperti perkongsian sebelum ni 'Buat Duit Melalui Blog', oleh gunakan Tik Tok untuk jual produk sendiri jika ada produk yang ingin dijual. Contohnya boleh jual produk kecantikan, gadget dan sebagainya.

Jika tak ada barangan, boleh juga jual apa sahaja barangan dari Shopee atau Lazada (jadi ejen affliate InvolveAsia dan jual barangan Lazada/Shopee).

Ramai yang mendaftar di Involve.Asia dan menjual pelbagai barangan di platform sosial masing-masing.

Tak daftar pun takpe, klik dan lihat lah dulu senarai syarikat/produk yang boleh kita jual dari InvolveAsia. Terlalu banyak produk atau jenama yang boleh kita promote dan jual, rugi tak rebut peluang di sini.

 x


Cara Naikkan Rating TikTok 

Untuk betul-betul buat duit dengan TikTok, kena pastikan akaun TikTok kta ramai follower.

Cara dan panduan untuk menaikkan rating akaun TikTok kita boleh dicari di Google Search. Banyak blog dan laman web yang berkonsgikan perkara ini.

Cari sahaja dengan keyword seperti
  • cara menaikkan rating TikTok
  • cara buka akaun TikTok
  • cara tambah follower TikTok

Harap sedikit perongsian ini, beri manfaat.

Sayangi Wang Anda. Gandakan Wang Anda.

~Mat-Drat @ SayangWang~

No comments:

Post a Comment