Buat Duit Dengan YouTube |
Buat Duit Di YouTube
Ramai sekarang teringin buat duit di YouTube dengan upload video di situ. Jika dahulu, YouTube ditonton di handphone dan komputer, kini dengan semakin meluas penggunaan smart tv dan android tv, maka kadar tontotan YouTube juga semakin meningkat.
Tambahan pula dalam suasana pandemic Covid-19 yang hampir satu dunia banyak habiskan masa di rumah, jadi saluran YouTube juga antara yang paling digemari dan ditonton. Dan pastinya semakin buat duitlah YouTuber-YouTuber semua.
Tapi kita perlu tahu bahawa kita tidak dibayar oleh YouTube apabila kita upload video di situ. Sebaliknya duit datang dalam cara berbeza.
Cara Buat Duit Di YouTube
Secara asasnya, ini 3 cara untuk kita buat duit di YouTube. Ada lagi 2-3 cara yang boleh datangkan duit, tapi agak jarang digunakan oleh YouTuber.
- Duit dari pengiklanan dengan YouTube Partner.
- Jual barangan melalui YouTube.
- Buat review berbayar dari jenama tertentu.
Sebelum Mat Drat kongsi lanjut cara buat duit ni, statistik berikut sedikit sebanyak pasti menerujakan kita.
Statistik Di Youtube
Statistik berikut sedikit sebanyak pasti menerujakan kita
- 2 billion pengguna log-in setiap bulan.
- Lebih 70% dewasa menggunakan YouTube
- Hampir 80% remaja 15-35 tahun menggunakan YouTube
- 80% ibu bapa mengatakan anak-anak mereka bawah 11 tahun menonton YouTube
- YouTube merupakan platform sosial media ke-dua paling digunakan.
Langkah Buat Duit Dengan Pengiklanan - YouTube Partner
Program YouTube Partner adalah satu cara utama untuk YouTuber dapatkan duit melalui pengiklanan di YouTube.
Sebenarnya, tanpa menjadi YouTube Partner pun kita boleh dapat duit kalau telah mempunyai akaun Adsense. Tapi dengan menjadi YouTuber Partner ia lebih mudah dan lebih banyak kesitimewaan.
Dengan jadi YouTube Partner, kita bukan sahaja berpeluang dapatkan duit melalui pengiklanan tetapi juga melalui 'fan wallet Super Chat' dan 'Chanel membership'
1. Mula dengan buat (create) Chanel Youtube
- Create Google account.
- Create YouTube account - (automatic)
- Customize YouTube chanel
- Upload video pertama - kira dah jadi YouTuber !!
- Pastikan YouTube Chanel kita Discoverable - boleh dilihat dan dijumpai oleh public
Bila dah upload video, kena pastikan video kita ditonton. Ramai subscribber dan tinggi bilangan yang menonton, baru duit iklan akan masuk.
Banyak tips yang dkongsi untuk perkara ni di internet, hanya perlu search sahaja dan bacalah dari pelbagai sumber untuk ilmu dan tips yang berbeza.
2. Daftar sebagai YouTube Partner
Ingat, nak dapat duit dari pengiklanan kita perlu mendaftar sebagai YouTube Partner.
2 syarat utama untuk mendaftar
- Mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1000 subscribber.
- Video-video telah ditonton melebihi 4,000 jam.
Jadi, untuk dapatkan duit melalui YouTube ni bukanlah kerja satu hari atau seminggu. Yang penting kena hasilkan video-video yang menarik seterusnya dapat ramai subscribber dan ramai yang menonton. kemudian baru kita boleh apply sebagai YouTube Partner.
Sama juga, untuk perkara ni, banyak tips yang dkongsi di internet, hanya perlu search sahaja dan bacalah dari pelbagai sumber untuk ilmu dan tips yang berbeza. di YouTube sendiri pun ramai YouTuber yang kongsikan perkara ni.
Luangkan masa untuk belajar dan usaha cara yang betul.
3. Apply Google Adsense
Untuk mula mendapat duit dari pengiklanan, kita perlu daftar akaun Google Adsense. Ada akaun ni baru kita boleh dapat duit iklan.
Boleh baca link dari Google Adsense ni untuk cara-cara daftar akaun.
Baca juga di sumber-sumber lain cara-cara dan tips untuk apply google adsense ni, untuk elak permohonan kita di reject. Kalau di reject, akan rugikan masa kita untuk buat rayuan atau re-submission.
Bila akaun Google Adsense dah diluluskan, boleh la kita start 'buat' duit dengan video-video kita. Setiap kali video ditonton, ada iklan keluar dan maknanya adalah duit iklan untuk kita.
4. Monetization akaun Chanel Youtube
"Monetization' ni lebih kurang maknanya 'nak panggil duit(money)'.
Ini juga penting untuk pastikan video-video kita dapat menarik iklan-iklan yang sesuai dengan video kita. Tdak semua iklan membayar harga yang sama, bergantung kepada pelbagai faktor.
Untuk detail pun boleh dapatkan di internet ataiu YouTube sendiri, banyak tips dikongsikan. Mat Drat tak pakar atau tahu sangat cara nak terangakan. Jadi rujuk kepada yang lebih arif adalah lebih baik.
5. Tingkatkan bilangan subscribber dan viewer.
Biasa kita tonton video di YouTube, chanel-chanel tersebut minta kita subscribe, share atau komen. ini semua antara cara nak tingkatkan bilangan subscriber dan viewer.
Dan perkara asas jangan dilupa iaitu
1. Hasilkan video berkualiti kontennya (content)
2. hasilkan video yang menarik
3. Hasilkan video dan hasilkan dan hasilkan lagi dan lagi.
Ingat, setakat 4-5 video, tak boleh buat duit. Lagi banyak video, lagi tinggi viewer.
Beapa boleh dapat duit di YouTube??
Ini yang ramai nak tahu sebenarnya.
Secara kasarnya, Google Adsense akan bayar dalam USD 1 untuk 1,000 viewer. Lebih kurang RM4 untuk 1,000 tontotan. Ini secara kasar sahaja.
Jadi berapa banyak boleh dapat, bergantung kepada bilangan viewer kita.
YouTuber paling berjaya kalau ikut seluruh dunia, ada beberapa YouTuber yang mendapat dalam USD 20 juta lebih setahun.
Kalau di Malaysia, ramai YouTuber yang boleh buat duit puluh-puluh ribu sebulan. Lihat sahaja chanel-chanel dibawah, dan lihat bilanagn viewer video mereka .
1. Alief Irfan
2. Syazmi Sazli
3. Deherb (Dato Alif syukri)
Kalau rasa suara sedap, hasilkan lagu-lagu sedap dan upload di video.
Lihat nama-nama besar macam Alan Walker, Ed Sheeran, Maroon 5, JUstin Bieber dan raai lagi. Satu video ditonton melebihi 1 billion. ada yang melebihi 2 billion tontonan. Jika ada 5 video dengan tontonan begini, bayangkan duit iklan yang boleh dapat.
Apa pun kit anak buat, cari ilmu, usaha bersungguh-sungguh dan tunggu hasilnya.
Semoga Berjaya
Mat Drat @ SayangWang
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
No comments:
Post a Comment