Monday 30 March 2020

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL - BPN : SIAPA LAYAK ? BERAPA DAPAT ? CARA MOHON ?


BANTUAN PRIHATIN NASIONAL - BPN : NAK TAHU SIAPA LAYAK ? BERAPA DAPAT ? CARA MOHON ?

APA BANTUAN BPN YANG ADA - DAPAT BERAPA?

Bantuan BPN (Bantuan Prihatin Nasional) ini diberi mengikut 2 kategori iaitu - berdasarkan pendapatan isi rumah dan 
- berdasarkan pendapatan individu  bagi yang bujang.

Semak dahulu anda kategori mana, layak atau tidak.


 Kategori   Pendapatan   BPN  
 1. Isi Rumah - B40    
 < RM 4,000 
   RM 1,600   
 2. Isi Rumah - M40   
 RM 4,000 - RM 8,000  
  RM 1,000  
 3. Individu Bujang  
 < RM 2,000
 RM 800 
 4. Individu Bujang  
  RM 2,000 - RM 4,000  
 RM 500 


CARA MOHON BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
Sumber : FACEBOOK LHDNM

CARA NAK MOHON BPN (BANTUAN PRIHATIN NASIONAL)

Permohonan dan semakan adalah melalui LHDN di laman web https://bpn.hasil.gov.my

1. Jika anda jatuh dalam kategori 1 & 3 iaitu ;

- ISI RUMAH (B40) Berpendapatan Kurang RM 4,000 atau 
- INDIVIDU BUJANG Berpendapatan Kurang RM 2,000
dan juga merupakan penerima BSH, anda TIDAK PERLU MEMOHON kerana data akan diambil oleh LHDN dari data penerima BSH.


2. Jika anda jatuh dalam kategori 2 & 4 iaitu ;

- ISI RUMAH (M40) Berpendapatan RM 4,000 - RM 8,000 atau 
- INDIVIDU BUJANG Berpendapatan RM 2,000 - RM 4,000
anda TIDAK PERLU MEMOHON kerana data akan diambil oleh LHDN dari data percukaian LHDNM. Mereka yang menghantar borang cukai (lapor pendapatan) sebelum ini.

3. Jika anda tidak jatuh dalam mana-mana kategori di atas, bermakna anda
- Isi rumah berpendapatan melebihi RM 8,000 atau 
- Individu bujang berpendapatan melebihi RM 4,000
anda TIDAK LAYAK MENERIMA BANTUAN BPN. Kemungkinan besar anda adalah tergolong di dalam kategori T20,

4. Tetapi jika anda RASA anda layak menerima BPN, di mana anda merupakan;
- isi rumah berpendapatan dibawah RM8,000 atau
- individu bujang bawah RM4,000, tetapi 
bukan penerima BSH dan tidak menghantar borang cukai (lapor pendapatan) sebelum ini, anda boleh membuat permohonan mulai 1 April 2020. 

Permohonan boleh dibuat https://bsh.hasil.gov.my 

Permohonan dan semakan data akan dibuat oleh pihak LHDNM untuk menentukan kelayakan.


Nota :
1. Permohonan hanya melalui dalam talian (tiada borang). Awas, jangan terpedaya dengan pihak tak bertanggung jawab.
2. Laman wen https://bsh.hasil.gov.my mungkin menerima pelawat yang tinggi dalam beberapa hari terawal April ini. Jadi banyak bersabar.
3. Hasil Care Line LHDNM juga sudah mula beroperasi semula mulai 30 Mac 2020 untuk memudahkan orang awam untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai BPN ini.
4. Tidak perlu ke UTC atau Pejabat LHDNM buat masa ini, kerana mereka pejabat dan kaunter juga ditutup buat masa ini. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan.



BAYARAN BPN (BANTUAN PRIHATIN NASIONAL)

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa pendaftaran/permohonan BSH dan pengemukaan borang LHDNM.

Bayaran akan dibuat mulai hujung April dan Mei.


 Kategori     BPN     Bayaran 
 1. Isi Rumah - B40    
 RM 1,600 
 April - RM 1,000 
 May - RM 600  
 2. Isi Rumah - M40   
 RM 1,000  
 April - RM 500
 May - RM 500  
 3. Individu Bujang  
 RM 800
 April - RM 500
 May - RM 300  
 4. Individu Bujang  
 RM 500  
 April - RM 250
 May - RM 250  


Mat Drat @ SayangWang
Sayangi Wang Anda

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇


......................................................................................

No comments:

Post a Comment