Dividen Bank Rakyat (2019)
Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 14% bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019, berbanding 13% bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.
Pembayaran dividen akan mula di bayar mulai esok (29 Mac 2020).
Jumlah dividen yang diumumkan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM406 juta kepada 840,590 anggota individu dan RM24 juta kepada 2,257 anggota koperasi.
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata meskipun trend pembayaran dalam industri secara keseluruhannya adalah rendah, Bank Rakyat masih mengekalkan pembayaran dividen pada kadar yang kompetitif serta peningkatan sebanyak satu peratus berbanding 2018.
Untuk rekod, berikut adalah dividen/ pulangan yang diumumkan bagi tempoh yang sama oleh :
- Tabung Haji : 3.05%
- ASB : 5.00 + 0.50
Rekod Dividen Bank Rakyat
Rekod dividen bank rakyat bagi 5 tahun adalah seperti berikut;
- 2015 -13 % ( Diumumkan pada 2016)
- 2016 -15 % ( Diumumkan pada 2017)
- 2017 -16 % ( Diumumkan pada 2018)
- 2018 - 13% ( Diumumkan pada 2019)
- 2019 - 14% (Diumumkan pada 2020 )
Untuk rekod pembayaran dividen bagi 15 tahun terdahulu pula, boleh semak di
👉👉 Rekod Dividen Bank Rakyat
👉👉 Rekod Dividen Bank Rakyat
Saham Bank Rakyat vs Akaun Simpanan Bank Rakyat
Ada yang masih keliru, sama ada akaun simpanan dia di akaun bank rakyat layak atau tidak dengan dividen ini. Akaun simpanan tidak menerima dividen ini ye.Pembayaran dividen ini hanya untuk ahli Bank Rakyat sahaja.
Untuk menjadi ahli, seseorang itu perlu memiliki saham Bank Rakyat. Buat masa ini, semua unit saham Bank Rakyat telah penuh dilanggan. Dan kali terakhir ia ditawarkan semula (tambahan) pada 2011, telah habis seperti goreng pisang.
Ingin membeli atau menambah saham Bank Rakyat ?
Bagi mereka yang ingin menjadi ahli Bank Rakyat ( membeli saham) agak dukacita kerana sekarang kuota telah penuh.
Buat masa ni, saya pun tidak mendengar apa-apa berita yang Bank Rakyat akan membuka peluang untuk Penambahan Saham nya dalam masa terdekat.
Buat masa ni, saya pun tidak mendengar apa-apa berita yang Bank Rakyat akan membuka peluang untuk Penambahan Saham nya dalam masa terdekat.
Pasti ramai yang sentiasa menunggu peluang untuk menambah saham di Bank Rakyat memandangkan dividen yang diumumkan setiap tahun tidak mengecewakan, seingat saya ia sentiasa melebihi 10%.
Kali terakhir Bank Rakyat memberi peluang penambahan saham adalah sekitar tahun 2011 dahulu.
Kali terakhir Bank Rakyat memberi peluang penambahan saham adalah sekitar tahun 2011 dahulu.
Walau bagaimana pun, kita masih boleh membelinya dari pihak yang ingi menjualnya.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Jual Beli Saham Bank Rakyat?
Boleh rujuk di sini 👇👇
https://www.sayangwang.com/2019/07/jual-beli-saham-bank-rakyat.html
-Sayangi Wang Anda-
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
Mat Drat @SayangWang
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
No comments:
Post a Comment