Wednesday 28 February 2018

Cara Isi e-Filing LHDN 2017 - Panduan 2018



Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018


Seperti biasa, 1 Mac setiap tahun akan bermulalah 'musim' mengisi borang cukai e-filing LHDNM.

Jangan tunggu saat-saat akhir baru nak submit borang cukai melalui efiling ini ye, lagi awal lagi bagus. Saya sendiri, bila di buka sahaja pada hari ini 1 Mac, saya terus hantar borang cukai saya melalui e-filing.

Dokumen dan draft pengiraan saya dah buat awal, bila di buka sahaja terus saya isi borang dan submit. Dengan harapan dapat refund awal.😊☺️

Cukup ringkas dan senang dengan e-filing ni, kita cuma perlu masukkan amaun dan pengiraan akan dikira oleh system. Tak sampai beberapa minit, siap lengkapkan e-BE dan dah berjaya hantar.

Ingat!!
Untuk mereka yang tiada punca pendapatan dari perniagaan;
- Tarikh Akhir hantar borang cukai manual adalah pada 30 April 2018 ye. Tapi untuk efiling dilanjutkan kepada 15 Mei 2018.
- isi Borang Cukai BE 

Submit borang cukai awal ni 'untung' sebenarnya, lagi-lagi kalau kita ada lebihan cukai (PCB -  Potongan Cukai Berjadual). Bagi saya, hantar awal ni harap-harap dapat refund dalam masa 2 minggu macam tahun lepas. 

Bila hantar lewat dihujung-hujung tempoh nanti, mesti ramai yang hantar dan mungkin proses refund (jika ada) akan sedikit lambat... maklumlah pegawai LHDN mesti nak buat semakan dahulu sebelum membayar refund.


Okey ... di sini saya kongsikan panduan dan tips  ringkas serta cara mengisi borang e-filing untuk borang e-BE LHDN untuk Tahun Taksiran 2017 ini. 

Jenis Borang
e-BE ni untuk mereka yang Tiada Punca Pendapatan Perniagaan (kira yang terima pendapatan Penggajian)
e-B pula untuk mereka yang ada punca Pendapatan Perniagaan. Yang ni rasanya belum buka lagi untuk e-filing bagi Tahun Taksiran 2017. Borang e-B  ni pun tarikh akhir untuk dihantar adalah 30 Jun. 


Untuk yang belum tahu,  Tahun Taksiran 2017 tu maknanya kita isi borang cukai di tahun 2018 ni bagi mentaksir cukai atas pendapatan yang kita terima pada tahun 2017.  Jadi bila pendapatan diterima pada 2017 yang kita laporkan, maka tuntutan pelepasan yang di tuntut juga mesti dibuat/dibelanjakan pada 2017. 

Untuk Tahun Taksiran 2018 punya, tahun depan baru kita lapor dan isi e-filing ye.

Untuk tahun ni, ada sedikit perubahan ye berbanding tahun lepas dan tahun ini juga LHDN telah mula memperkenalkan sistem request 'TAC' macam kita buat transaksi online banking. Tapi tak semua perlu memasukkan TAC, ada kriteria-kriteria pembayar cukai tertentu sahaja baru TAC diperlukan. 

Untuk rujukan, boleh layari 
- laman web rasmi LHDN di www.hasil.gov.my  atau 
- laman pautan  Nota Penerangan BE 2017


Pertama Kali e-Filing / Log-in Kali Pertama

  • Bagi yang pertama kali ingin mengisi borang cukai, tidak boleh terus mengisi borang e-filing tetapi perlu dapatkan Nombor PIN dahulu.
  • Nombor PIN boleh didapati di cawangan LHDN terdekat. Jangan lupa bawa MyKad untuk mendapatkan nombor PIN tersebut.
  • Sebelum mendapatkan atau mendaftar Nombor PIN, pastikan kita adalah Pembayar Cukai yang berdaftar.

Siapa yang perlu daftar ?
  • Mereka yang berpendapatan melebihi RM 34,000 atau lebih (selepas potongan KWSP) atau mereka yang telah dipotong PCB oleh majikan.
Cara Isi e-Filing LHDN 2017 - Panduan 2018
Credit : iMoney

Nombor PIN
  • Nombor PIN yang akan diberikan adalah kombinasi nombor 16 digit dan hanya boleh digunakan dengan Nombor MyKad yang didaftarkan.
  • Apabila telah dapat Nombor PIN, KLIK pautan https://ez.hasil.gov.my/CI/ ini dan KLIK ke Log-In Kali Pertama.
  • Masukkan nombor PIN dan Nombor Kad Pengenalan.
  • Kita akan di bawa ke page pendaftaran dan ikut step-step yang diarahkan untuk pendaftaran sijil digital, lengkapkan sehingga selesai..


Ingat !! sewaktu pendaftaran
  • Letakkan nombor telefon dan email yang yang biasa kita gunakan.
  • Nombor telefon akan digunakan untuk reset password dan juga untuk penerimaan Nombor TAC sewaktu penghantaran borang cukai - untuk kes-kes tertentu
  • Masukkan maklumat email yang biasa dan yang kita mempunyai akses, kerana untuk reset password akan lebih memudahkan nanti. Boleh kata setiap tahun saya akan reset password (e-filing setahun sekali, jadi selalu terlupa password). 
  • Bagi saya, kalau boleh elakkan guna email 'pejabat', sebab kita tak tahu tahun depan kita masih bekerja di syarikat sama atau tidak. Kalau tukar tempat bekerja ke majikan lain, pasti tiada access ke email syarikat lagi dah sedikit sukar nak reset password apabila email 'tukar password' di hantar ke email lama (peringatan untuk tahun-tahun mendatang - bila lupa password).
  • Gunakan password yang mudah diingat TETAPI sukar diagak oleh orang lain.
  • Nombor PIN 16 digit yang kita perolehi tadi tidak diperlukan lagi setelah 'pendaftaran sijil digital' selesai, sebaliknya kita hanya perlukan 'password' yang telah kita create sewaktu pendaftaran sijil digital tadi untuk log-in ke e-filing selepasnya.


Log-in e-filing (untuk e-BE)

Bagi yang sudah isi e-filing tahun sebelum ni (atau bagi kali pertama log-in dan telah lakukan step di atas) bolehlah log-in e-filing dan ikut step-step mudah berikut untuk submit e-filing.

Saya harap perkongsian saya ini sedikit membantu...


Langkah 1 : Layari  https://ez.hasil.gov.my/CI/

Langkah 2 : Log-in dengan masukkan No Kad Pengenalan dan Password

Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 1 & 2


Terlupa Kata Laluan / Password
Jika kata laluan/password telah disekat KLIK kepada "Terlupa Kata Laluan" dan ada 3 pilihan untuk reset semula kata laluan :
  • Jika mempunyai email berdaftar dengan LHDNM, boleh ikut step yang diberikan dengan memasukkan nombor MyKad dan email yang didaftarkan. Reset semula password boleh dilakukan dari link yang dihantar ke email berdaftar.
  • Jika mempunyai nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM, boleh cuba panduan permohonan Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS seperti berikut ;
    • Hantar "HASILEF <jarak> IND<jarak<No Kad Pengenalan> ke 38888
    • Setiap SMS maklum balas daripada LHDNM akan dikenakan caj RM 0.50
    • Sehingga artikel ini ditulis, perkhidmatan reset semula password ini hanya dibuka untuk pengguna Celcom, Maxis, Digi dan Umobile
  • Datang sendiri ke pejabat LHDNM yang terdekat
Untuk maklumatlanjut, boleh hubungi  HASiL Care Line di talian 1-800-88-5436 (LHDN)


 

Langkah 3 : Pergi ke bahagian e-Filing dan Klik e-borang
Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 3 : Bahagian e-Filing


Langkah 4 : Klik (Pilih) e-BE ( Borang bagi mereka yang tiada Punca Pendapatan Perniagaan) dan Pilih Tahun Taksiran ( 2017 )

 

Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 4 : e-BE dan Tahun Taksiran 2017

Selepas berjaya log-in borang e-BE... kita akan mengisi 4 bahagian di bawah ini:
1 - Maklumat Individu
2 - Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan
3 - Pelepasan Cukai / Rebet / Tolakan Cukai
4 -  Rumusan Cukai

Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018



Langkah 5 : Bahagian Maklumat Individu
- Di bahagian ini pastikan kita isi maklumat yang betul dan tepat
- Nombor akaun bank jangan lupa masukkan untuk pengkreditan cukai terlebih bayar (refund) jika ada.
- Nombor telefon bimbit : Untuk memudahkan urusan reset password dan juga penerimaan TAC (kes tertentu)
- Email Address : Untuk  urusan reset password dan makluman dari pihak LHDNM mengenai percukaian kita.
- Bagi jenis taksiran : Jika pasangan tiada punca pendapatan, pilih pilihan ke-4 (pasangan tiada punca pendapatan).
- Kalau ada pasangan, masukkan maklumat pasangan di ruangan yang disediakan. 

- Insentif di bawah Seksyen 127 : Pilih Tidak Berkenaan jika tidak dapat atau permohonan tidak diluluskan. Tak ramai yang layak untuk Insentif ni, TAPI mereka yang layak akan sedia maklum sebab akan dapat surat kelulusan dari Menteri atau melalui Warta Kerajaan.. 

- Melupuskan Aset di Bawah Akta Keuntungan Hartanah :, Yang jika ada jual/lupus hartanah dalam tahun 2017, kena pilih YA la. Kalau tak ada, pilih Tidak. -

Melaporkan Pelupusan Tersebut kepada LHDN?  Ini kena jawab kalau ada lupuskan hartanah di tahun 2017... Kalau ada lapor, jawab YA. Kalau tak laporkan, jawablah TIDAK. 

TAPI rasanya kalau kita jual rumah/tanah dengan melantik peguam, peguam akan laporkan. Ni boleh cek dgn peguam yang uruskan penjualan rumah/tanah kita. 



Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 5 : Maklumat Individu

 

Langkah 6 : Pendapatan Berkanun / Jumlah Pendapatan
- Isi maklumat pendapatan yang diterima di ruang yg disediakan. Maklumat boleh didapati dari EA / EC yang diperolehi dari pihak majikan (HR Dept biasanya) 



Derma - Jika ada menyumbang atau menderma kepada organisasi yang diluluskan, tuntutan tolakan boleh dimasukkan di bahagian ini juga. 

- Tapi ingat, tidak semua derma boleh dituntut di sini ye, hanya derma yang mendapat pengecualian cukai dari LHDN sahaja ye. 


- Contoh derma kepada pihak sekolah, masjid dan surat atau wakaf kita boleh tahu ia layak atau tidak untuk tolakan apabila mereka (penerima derma) mengeluarkan resit. Jika resit tu ada  nombor kelulusan LHDNM, bolehlah kita ambil amaun itu sebagai tolakan. 




PCB

- JANGAN lupa masukkan amaun potongan PCB yang telah dibuat di ruangan yang saya tunjukkan dengan anak panah seperti di bawah. 
- PCB yang kita bayar bulan-bulan bukanlah cukai yang dikenakan tetapi adalah ansuran cukai sebenarnya. Selepas pengiraan cukai, jika PCB tak CUKUP,  maka kita perlu buat bayaran tambahan. Manakala jika selepas pengiraan cukai ada PCB terlebih potong, LHDN akan bayar semula lebihan cukai itu. 
- Sebenarnya PCB ni membantu kia terutama kepada mereka yang perlu membayar cukai selepas membuat pengiraan (hantar e-filing). Dengan ada PCB ni, tidaklah kita rasa perit membayar cukai sebab sebahagiannya telah kita bayar melalui potongan gaji bulan-bulan.
- Masukkan amaun PCB sahaja ye, yang ada potongan CP38 Jangan masukkan pula amaun CP38 tu. 
- PCB untuk bayaran ansuran cukai semasa manakala CP38 untuk bayaran ansuran cukai tertunggak. 


Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 6 : Maklumat Pendapatan , Derma dan PCB


Langkah 7 Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai
- Di bahagian ini, kita masukkan pula amaun-amaun tuntutan Pelepasan dan juga tuntutan Rebat. 

Pelepasan Cukai
- Pelepasan yang diberikan, jangan lupa tuntut jika layak. Rugi sangat jika tak tuntut kerana pelepasan ini membantu kita mengurangkan 'Pendapatan Bercukai' dan seterusnya meminimakan cukai yang perlu dibayar. 
- Antara pelepasan yang boleh dituntut adalah pelepasan diri, pelepasan anak, pelepasan kwsp, pelepasan insuran dan pelepasan rawatan perubatan penyakit kritikal. Dan jangan lupa juga akan pelepasan baru seperti pelepasan Gaya Hidup dan pelepasan 'Tadika'. 

- Untuk penerangan lanjut dan lebih terperinci mengenai pelepasan cukai ini, boleh rujuk kepada Buku Panduan BE. Tapi sewaktu saya menulis ni, BUKU PANDUAN BE 2017 belum ada, jadi boleh rujuk BUKU PANDUAN BE 2016 untuk sebahagian penerangan mengenai Pelepasan Cukai. Maklumat tidak banyak berbeza cuma penerangan untuk pelepsan yang baru masih tiada di Buku Panduan 2016 ini. ( Untuk pelepasan, terus pergi ke BAHAGIAN F = Pelepasan)


Nota : 
  • Simpan resit-resit atau bukti tuntutan pelepasan ye, sebab LHDN boleh bila-bila masa minta dokumen tersebut untuk semakan mereka. Kalau diminta tu, kira terpilih untuk diaudit la. Biasa kalau jadi insan terpilih ni, untung.... tapi kalau jadi insan terpilih oleh LHDN, bersedialah untuk berikan dokumen.
  • Kalau buat tuntutan tidak tepat atau tiada dokumen sokongan, nanti pegawai akan buat pelarasan cukai semula dan penalti akan dikenakan atas cukai yang terkurang bayar. 
  • Rasanya penalti untuk audit sekarang ni 45%, tak tahu dinaikkan atau tidak tahun 2018 ni. Tak salah tahun lepas ada dengar LHDN nak naikkan kadar penalti, tapi sehingga sekarang tak ada dengar lagi.



- Saya ada menulis berkaitan 'Pelepasan Cukai 2017' sebelum ini. Boleh klik link ini untuk sedikit panduan.
👉👉 Pelepasan Cukai LHDN 2017 


Rebat Cukai
Di bahagian ini juga jangan buat tuntutan rebat seperti 
- rebat diri RM400  (Auto jika pendapatan bercukai kurang dari RM35,000.
- rebat jika pasangan tiada pendapatanp= RM400
- rebat zakat dan fitrah. 
Zakat mesti di bayar pada tahun 2017, tak kisah ia untuk zakat tahun mana. Selagi dibayar dlm tahun 2017, kita boleh tuntut rebat zakat. Zakat yang dibayar kepada pihak berkuasa agama yang berkenaan seperti Pusat Pungutan Zakat Negeri-negeri sahaja yang layak menurut rebat zakat ini.  Jika ada yang buat bayaran zakat terus kpd penerima, ia TAK BOLEH tuntut rebat di sini. 

Ehem..... Kalau kita layak kena cukai, tapi zakat tak bayar.... itu kena renung-renungkan. Sebab Kadar zakat hanya 2.5% sahaja, manakala kadar cukai lebih tinggi. Bagi saya, kalau kita dah layak kena cukai, maknanya kita juga sebenarnya WAJIB bayar zakat. 

Satu lagi..... Katakan cukai kita kena adalah RM1,000 tapi kita ada bayar zakat RM1,500, jadi kita hanya boleh tuntut rebat sehingga RM1, 000 sahaja. Dan cukai kena bayar jadi kosong la. JANGAN pula terberangan dapat baki zakat RM500 tu. Dan bila cukai kena bayar 'kosong', dan pada masa sama kita ada potongan PCB,  maka PCB tu adalah lebihan cukai dan akan di pulangkan kepada kita. 

Pesanan ikhlas Penaja 🗣️: Bayarlah zakat untuk tunaikan kewajipan kita, moga moga ia dpt menyucikan harta kita. 

Ada beza pelepasan dan rebat ni, untuk detail boleh baca di perkongsian saya sebelum ini.

 ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Beza Pelepsan dan Rebat Cukai 2017 


Langkah 7 : Pelepasan dan Rebat



Langkah 8 Rumusan Cukai
- Di akhir bahagian Rumusan Cukai ini, akan dinyatakan sama ada kita perlu bayar atau kita akan dibayar lebihan (refund). 

- Selesai masukkan maklumat pendapatan dan tuntutan pelepasan serta rebat cukai di 2 bahagian sebelum ini,  di bahagian ini kita akan lihat summary pengiraan cukai kita.  

- Secara ringkasnya in merangkumi pengiraan ;
'Pendapatan Bercukai' = Pendapatan ditolak pelepasan. 
'Cukai Pendapatan' pula adalah Pendapatan Bercukai kita didarabkan dengan kadar cukai yang telah ditetapkan. Lagi tinggi pendapatan, lagi tinggi kadar cukai.
'Jumlah Cukai Yang Dikenakan' adalah Cukai Pendapatan selepas ditolak tuntutan rebat. 

Dan akhir sekali, lihat selepas tolakan Amaun PCB sama ada kita perlu bayar atau kita akan dibayar lebihan (refund)

Jika dapat refund boleh senyum... ☺️😊
Tapi jika kena bayar, PASTIKAN bayar sebelum 30 April 2018 ye

 

Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 8 : Rumusan Cukai

 
Langkah 9 : Akuan

- Bahagian Akuan ini adalah bahagian akhir sebelum hantar / submit borang e-filing kita. 
- Baca dan semak semula sebelum tekan Batang 'HANTAR' .
- Semak betul-betul sebelum hantar terutamanya bagi yang pertama kali. Kalau dah terHANTAR dan perasan ada kesilapan, itu kena buat ePindaan. Saya dah pernah buat pindaan, leceh sikit sebab masa tu tak boleh buat ePindaan dan kena bawa dokumen sokongan.... dah mcm kena audit pulak. 😬

- Yang tersilap isi borang, boleh baca perkongsian saya di blog ini tahun lepas mengenai ePindaan secara online. 

Nota 1. Pastikan kita isytiharkan pendapatan dengan betul dan buat tuntutan yang layak dan benar sahaja. Ingat ye, kalau kena audit oleh LHDNM dan didapati ada maklumat tidak betul, kita boleh dikenakan penalti. Tahun lepas ada ura-ura kadar penalty akan dinaikkan kepada 100%, tak pasti tahun ni akan dinaikkan atau tidak.  

Nota 2. Tarikh akhir hantar borang adalah 30 April ye. Seperti tahun-tahun sebelum ni, untuk e-filing ia dilanjutkan sehingga 15 Men.  Jangan tunggu hari-hari akhir untuk hantar ye. 

Bayaran (jika ada cukai kena bayar), perlu dijelaskan sebelum 30 April. Jika baki yang perlu dibayar agak tinggi, cuba hubungi cawangan di mana file/akaun  cukai kita diuruskan untuk permohonan bayaran secara ansuran. Permohonan elok buat sebelum 30 April ye. 

Nota 3. TAC.... sekarang LHDN menambah baik ciri keselamatan dengan menghendaki pembayar cukai memasukkan nombor TAC sebelum borang boleh dihantar. Tapi tak semua akan dikehendaki memasukkan TAC ini, ada kriteria pembayar cukai yang baru perlu memasukkan TAC ini. Kalau tak ada keluar 'button' Mohon TAC, maknanya kita tak perlu masukkan TAC. 

Nota 4. Kalau semua dah Okey.... Click button 'TANDATANGAN dan HANTAR'. Bukan tandatangan manual ye, tapi secara digital sahaja iaitu dengan memasukkan password lagi sekali seperti gambar di bawah.

 
Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 9 : Akuan
Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 9 : Tandatangan

Langkah 10  Terima Pengesahan
- Bila dah klik butang 'Tandatangan' seperti di atas tadi, itu belum bermakna kita dah selesai e-filing ye. 
- PASTIkan kita terima PENGESAHAN dari LHDN yang borang kita telah diterima. Dapat pengesahan ni, kira dah selesai.
Dan jangan lupa untuk:
  • save dan print PENGESAHAN ini untuk rujukan. 
  • cetak e-BE untuk rekod dan rujukan kita di masa hadapan. 

- Selesai e-filing.... Boleh senyum dah. 

- Dan satu lagi, biasakan juga untuk buat semakan e-Lejar (item 3) macam saya.

Langkah 10 : Penerimaan Pengesahan



Semakan e-Lejar

- Saya suka klik e-Lejar ni untuk lihat kedudukan cukai saya
- Di e-lejar juga kita boleh lihat detail potongan PCB yang dibuat majikan kita, mana tahu gaji dipotong tapi tak diremitkan ke LHDN.

- Kalau lihat di lejar ada amaun yg tak masuk, jangan terus melatah. Mungkin kerana perbezaan bulan, di mana  majikan bayar lewat. Ye la, gaji Februari hujung bulan dan awal Mac baru majikan kita bayar kepada LHDN. Kira ada gap masa sedikit. Tapi kalau dah beberapa bulan masih tak masuk dalam lejar tu, elok call LHDN untuk mereka buat semakan.




e-Lejar


Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
 e-Lejar - Summary Kedudukan Cukai 




 e-Lejar - Summary Kedudukan Cukai setiap tahun 




Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 10  : e-Lejar - Summary Kedudukan Cukai tahun semasa.
Boleh semak bayaran PCB yang dibuat




Akhir sekali.... Jadilah pembayar cukai yang bijak dengan memaksimumkan tuntutan pelepasan yang dibenarkan.



Tapi Ingat : Buat tuntutan yang benar dan tepat sahaja. LHDN boleh bila-bila masa minta dokumen sokongan untuk pengiraan cukai tahun-tahun kebelakang.



Dan teringat iklan di TV baru-baru ni bagaimana seorang pesakit yang sangat bersyukur kerana bil hospital yang dia perlu bayar hanya sebahagian kecil, tak sampai 10% dari total bil. Selebihnya diberi subsidi oleh kerajaan... dan duit subsidi itu adalah duit kita sebagai pembayar cukai. Kita harus berbangga dan bersyukur kerana kita dapat membantu ramai orang....




Sayangi WangAnda

~Mat Drat~


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇





33 comments:

  1. Assalam. Insentif di bawah seksyen 127 tu apa ye? Sebelum ni takde. Pilih "tak berkenaan" je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..pilih tak berkenaan jika tidak dapat. Penjelasan saya kongsikan di atas

      Delete
  2. e filing dilanjutkan sampai 15 Mei. Kalau ada beza cukai dikenakan - pcb, ada cukai kena bayar...macam mana nak bayar sebelum 30 april ? kalau efil selepas 30 April. Ini kerana saya tinggal di luar negeri, ada resit and info yang belum dikemaskini, tertinggal di Malaysia. Sayab balik Malaysia lepas 30 April..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap... Tarikh Byr akhir 30 April utk yg submit borang manual,
      utk efiling, tarikh akhir byrn sama tarikh akhir hantar (15 mei}

      Delete
  3. Salam, jikalau saya tersalah isi dan sudah submit, bagaimana saya nak betul kan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat e-pindaan. Tapi baru ni ada yang kata epindaane masih belum dibuja (mungkin lepas tarikh akhir hantar borang)

      Tahun lepas saya ada kongsi did blog cara pindaan online

      Delete
  4. Boleh saya tahu saudara guna browser apa/version apa? Saya guna IE8 dan Chorme, malangnya ada sesetengah pelepasan tak appear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Puan, saya guna IE dan Chrome... Rasa saya, dua dua okey masa saya log in.

      Delete
  5. Kalau lepas efilling, kena pergi lhdn untuk hantar apa2 dokumen lagi tak? Ke dah kira settle terus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg tak payah hantar apa apa document dulu, cuma perlu simpan shj. Kalau diminta kena hantar (di pilih untuk di audit), baru kena hantar. Walaupun dah dpt refund (kalau ada lebihanl), document masih kena simpan

      Delete
  6. Assalam, terima kasih kerana kongsi. saya ada pertanyaan, pendapatan berkanun tu jumlah kasar atau bersih (setelah ditolak potongan KWSP n socso)? Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Wasallam. Ambil amaun kasar sebelum tolak KWSP/SOCSO. KWSP dan SOCSO ada pelepasan yg kita boleh tuntut nanti (ikut had pelepasan)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. terima kasih atas perkongian yg bermanfaat ini. cuma saya nak tanya sekiranya tahu.. kalau tempat kerja lama saya dulu..saya memang suruh HR tukar kepada ZAKAT bg jumlah yang sepatutnya kena bayar PCB. tapi tempat kerja baru ni.. majikan saya tak tolak pcb dari gaji saya setiap bulan.. contohnya untuk sepanjang tahun 2017 tiada penolakan dari gaji saya utk PCB. Tapi, saya perasan dia ada buat penolakan melalui gaji January 2018 dgn jumlah yang agak besar. Saya fikir dia buat penolakan terus setahun untuk tahun taksiran 2017 dalam bulan Jan2018 sebab kawan saya pernah tanya HR.. dia kata HR tolak utk setahun terus.

    Masalahnya ialah. saya dah letak jumlah yg ditolak dari Gaji Jan'18 dalam ruangan ansuran PCB untuk 2017. Rumusannya..Saya tak perlu bayar sebab ada lebihan bayaran. Tetapi Bila dah submit dan tandatangan . saya baru perasan di e-Ledger jumlah yg ditolak dari Gaji Jan'18 saya berada dalam column baki belum boleh guna dan bila cek rekod transaksi pada 14/2/18 dan dalam Column TAKSIRAN, tahun nya ialah 2018.

    Soalan nya:
    Dari situasi saya ni.. adakah saya tersalah letak amount PCB yg sudah dibayar tu dalam 2017. Kalau dah tersalah..maknanya sebenarnya saya perlu bayar kekurangan cukai. adakah saya perlu buat pindaan. Mohon pendapat. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WaalaiWaalaikumu... Panjang masalah ni, rasanya kena call hotline LHDN utk jawapan.

      Delete
  9. Assalammualaikum tuan, sy ada pertanyaan . Sy tsalah isi tak efilling utk thn taksiran 2016, bagaimana pun sy xsdr akn kesalahn tersebut.. Sehingga lah saya medapat tggakan berjumlah 40k.. Sdgkan jumlah pndptn tahunan sy cuma 24k..dan pendpatan bersih syrkt dlm 40k.. Br pertama kali, tiada spe guide... Pegi lhdn pn derg suro isi je.. Tp smpi mase kne cmni..ats nama suami pula tu..ape perlu sy lakukan ye.. Sy bebetl buntu . Tq

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam Puan. Byk tu 40K. Rasanya puan kena ke cawangan lhdn utk dptkan penjelasan dan nasihat apa yg pwrlu dibuat

    ReplyDelete
  11. apa maksud pd pelepasan cukai: suami/isteri/bayaran alimoni kepada bekas isteri yang terhad kepada RM 4000... boleh ke suami dlm cukai suami letakkan RM 4000 tu sebagai pelepasan cukai

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4000 tu untuk pelepasan jika pasangan (suami/isteri) tak ada pendapatan

      Delete
  12. ibu dah berumur 70 tahun dan ingin pindahmilik rumahnya kpd anak-anak. Adakah ibu dikehendaki daftar untuk dapat nombor cukai pendapatan tujuan ckht? terima kasih

    ReplyDelete
  13. Hello! Would you mind if I share your blog with my twitter group?
    There's a lot of folks that I think would really appreciate your content.
    Please let me know. Thanks

    ReplyDelete
  14. Hi there, You've done a great job. I'll certainly digg it and personally recommend
    to my friends. I am sure they'll be benefited from this web site.

    ReplyDelete
  15. Salam nk tanya sbb konfius.
    Company dah start potong PCB since 2 tahun lepas lagi tapi saya xpernah hantar borang cukai.

    Saya ada check, Nombor Cukai Pendapatan Bagi No. IC Telah Didaftarkan Di LHDN. Untuk Tujuan Keselamatan, Nombor Cukai Pendapatan Tersebut Tidak Dipaparkan.

    Next step lepas tu, apa yg perlu buat ye?
    Mana nak dpt no cukai?

    Tq admin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena hantar borang tu... Rasanya tuan/puan kena ke cawangan LHDN utk dptkan NOMBOR PIN. Kemudian boleh submit borang secara online (e-filing).

      Delete
    2. OK. Terima kasih admin.

      Delete
  16. Hi there to every body, it's my first go to see of this
    webpage; this webpage consists of amazing
    and actually excellent stuff designed for visitors.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf... Saya pun tak sure. Tapi saya rasa tak ada masalah, cuma borang e-B lebih panjang dan agak detail.

      Kalau ada pembaca yg ada pengalaman, atau tahu.. . Mungkin boleh tolong jawabkan.

      Delete
  18. saya nak tanya.sekiranya tersalh isi amaun gaji tapi borang dah hantar adakh sy boleh buat pindaan on9.sebb bila saya bukak e pindaan die tak kluar utk taksiran tahun semasa.cuma ada utk tahun sebelum ini.sy termasukkan gaji tahun 2017 bkn 2018.tersalh tgok ea form.bolehx tlg guide utk mslh ini.stress sbb kalau nk p ke lhdn yg urus file sy jauh kerana sy dah berpindh tmpt bertugas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bagi pandangan shj ye, tapi tak sure betul atau tak. Utk kepastian, kena call lhdn atau ke kaunter mereka.

      Saya semak 3-4 hari lepas utk e-pindaan, masih belum ada utk pindaan 2018. Saya bertanya kpd org lhdn, dia kata kena tunggu sehingga dibuka utk pindaan online atau boleh buat pindaan di kaunter.

      Utk kes puan, saya rasa gaji 2018 mesti lagi tinggi dari 2017. Dan puan lapor tahun 2017 punya, maknanya terkurang laporkan. Jadi saya rasa puan kena buat pindaan sebelum 30.04.2019 utk elak kena penalti.

      Dan kalau merekandah process refund (kalau kes puan = refund), kalau dpt refund sebelum puan buat pindaan/pembwtulan, nanti kena buat pindaaan juga ye (sebelum 30.04.2019.

      Delete
  19. salam
    macam mana nak tahu kita kne bayar atau tidak cukai ni yea..sbb first time isi//
    (LEBIHAN BAYARAN TAHUN TAKSIRAN 2018 ,,,,,,,,RM194.40)

    ReplyDelete
  20. This post presents clear idea for the new visitors of blogging, that really how to do running
    a blog.

    ReplyDelete
  21. fantastic post, very informative. I wonder why the other
    experts of this sector don't notice this. You must continue your writing.
    I am confident, you've a huge readers' base already!

    ReplyDelete
  22. Macam mana nak atasi no kata laluan di sekat. email yang didaftar tak masuk sistem. sijil digital pun katanya belum ada. tetapi saya dah buat semuanya.

    ReplyDelete