Monday 20 April 2020

Harga Minyak Dunia Jatuh Bawah AS$0




Harga Minyak di Bawah AS $0??? 
APAKAH MAKSUD HARGA NEGATIF ni?


Pagi tadi,  harga setong minyak jatuh menjunam di bawah AS $ 0 setong (per barrel).  

Menjunam mcm terjun tiruk pulak, merosot 300% dari $17.85/barrel kepada -$37.63/barrel.


Ini pertama kalinya dalam sejarah!! Harga -ve.

Macam mana negatife?  
Dpt minyak percuma ke kita nanti??

Harga yang dimaksudkan ini sebenarnya adalah Harga Kontrak untuk minyak mentah 'West Texas Intermediate'  (WTI) di mana ia adalah penanda aras (benchmark) bagi harga minyak mentah AS.

Jadi kita boleh panduan harga ni juga utk lihat harga minyak dunia.

Kejatuhan mendadak harga minyak ni pastinya penyumbang utamanya adalah  pandemic Coronavirus disamping perang harga antara OPEC dan Rusia.

Pandemic Covid-19 ni bukan shj telah menghentikan perjalanan 'manusia' di seluruh dunia, malah aktiviti ekonomi juga terhenti seketika.

Semua trrhenti serentak. Tiada penggunaan minyak seperti biasa.

Kereta motor kurang bergerak,  lori pun tak bergerak. Rata rata dunia lockdown. 

Kilang2 dan industry pun banyak yang terhenti,  jadi minyak semakin kurang digunakan.


Sebelum ni, ketika wabak Covid-19 melanda China,  selaku pengguna terbesar minyak di dunia, ia telah menyebabkan harga minyak turun do bawah $50/barrel.   Kini seluruh dunia kurang guna minyak,  bayangkan!!!!

Kapal terbang pun, 70-80% kurang 'terbang' skrg berbanding dari sebelum ni. Lihat je kat app FlightRadar.

Okey,  harga setong (barrel) minyak ni berubah-ubah berdasarkan faktor seperti penawaran, permintaan dan kualiti. 

Pastinya faktor permintaan vs penawaran jadi penentu utama.

Bagi yg belajar subject Ekonomi Asas masa sekolah dulu,  kira dah faham sgt konsep Penawaran vs Permintaan.
Secara asasnya,  
- bila permintaan melebihi penawaran  : harga akan tinggi (mahal) 
- bila penawaran melebihi permintaan : harga akan rendah (murah)


Sebab tu kita biasa dengar,  kalau harga minyak turun,  negara-negara Opec akan kurangkan pengeluaran.  Kira nak kurangkan penawaran, jadi harga akan naik sikit. Itulah konsep asasnya.

Tapi skrg ni harga bawah $0, maknanya sekarang ni penawaran terlalu melebihi permintaan.  Bukan lebih sikit,  tapi terlebih  banyakkkk..

Macam mana jadi macam ni....
Bekalan (penawaran)  minyak telah jauh melebihi permintaan sejak koronavirus melanda dunia, bermula dari Januari hari tu sewaktu ia mula menyerang China.


Kita dah rasa sedikit keseronokan bila petrol ron 95 skrg di bwah RM1.30 / liter.
Kini berbilion manusia di 'lockdown", aktiviti ekonomi terhenti dan tiada perjalanan dilakukan.  Permintaam jatuh menjunam

Kerana sekarang terlalu banyak bekalan, tiada penggunaan maka tangki simpanan minyak semakin penuh sehingga sukar untuk mencari ruang nak tambah bekalan.  


Jadi ia tak memungkinkan untuk pembelian baru bagi bulan mendatang.
Macam di US, mereka mengatakan bahawa penyimpanan minyak di Cushing dah sekitar 72 peratus penuh pada 10 April. Dah 10 hari berlalu,  mungkin dah penuh dan dah tak ada ruang nak isi. Tempat simpanan yg ni boleh muat 72 juta tong minyak.

Jadi harga -ve ni bermakna tiada pembeli utk harga kontrak sewaktu dagangan dibuat. 

Takde yg nak beli. Tapi selepas beberapa jam,  harga kembali naik semula... Tapi naik sedikit.

Negara2 yang masih boleh menyimpan,  ada ruangan menyimpan,  waktu ni lah mereka akan beli bamyak2 dan kumpul stok banyak2.

Tapi 1-2 bulan lepas,  harga minyak dah mulai turun,  dah banyak yang beli waktu tu (dan masa sama juga minyak tak keluar dari simpanan sbb lockdown). Skrg tangki seCmua penuh.

China... 
Kapasiti mereka besar... Mereka dah double up stockpiling mereka.


Kita kat Malaysia... 
Kita dah rasa sedikit keseronokan bila petrol ron 95 skrg di bwah RM1.30 / liter. Kira hampir 50% murah dari tahun lepas.


Boleh la jangka utk bberapa minggu mendatang,  harga minyak akan turun lagi. Mana tahu boleh cecah RM0.99/liter 😁😁
Tapi ingat, keseronokan ni sementara.  Bila harga terus menjunam,  ada industri akan terjejas dan akan sebabkan terpaksa tutup. Terutama industry petroluem.

Dan ingat,  industri petroleum ni menyumbang besar untuk Hasil negara.!!

Hasil Negara kurang, perbelanjaan Pengurusan Dan Pembangunan akan terganggu.


Belanjawan yang dibentangkan setiap tahun biasanya turut disandarkan kepada harga minyak pada paras tertentu.  Bila harga jatuh mendadak ni,  MOF akan pening juga nak selaraskan belanjawan yang dah dibentangkan sebelum ni.

Singapore, jiran kita.. 
Salah sebuah giant company oil trader di Singapore, dah filekan bankruptcy sbb harga minya terus menjunam. Dah tak mmpu tanggung kerugian. 
Pastinya akan beribu hilang pekrjaan dari 1 syarikat ni... Dan ia akan berkait dan berkait...


BERSEDIALAH
Bersedialah jika keadaan ni berterusan,  sedikit sebanyak tempiasnya akan kena kepada kita.


Pesanan Ikhlas
Simpan Cash,  Lindungi Harta dan Belanja Yang Perlu. 


MatDrat
@SayangWang


No comments:

Post a Comment