Friday 18 January 2019

Dividen ASB 2018

Dividen ASB 2018




PNB telah mengumumkan agihan pendapatan ASB termasuk bonus sebanyak 7.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Jumlah 7.00 sen ini terdiri daripada daripada 
  • 6.50 sen seunit - agihan pendapatan
  • 0.50 sen seunit - bonus 
Pemegang unit ASB boleh mula menyemak akaun masing-masing pada 2 Januari 2019 menerusi portal myASNB (www.myasnb.com.my); M2U; ATM Maybank atau di kaunter Cawangan/Ejen ASNB.

👉👉  Senarai Ejen ASB  



Agihan pendapatan ini bakal membabitkan pemberian sebanyak RM10.7 bilion kepada lebih 9.6 juta pemegang unit ASB. 

Ini menjadikan jumlah agihan pendapatan dan bonus terkumpul yang diberikan ASB kepada pelabur meningkat kepada RM143.1 bilion setakat ini sejak dilancarkan pada 1990. 











Sehingga 30 November 2018, ASB mencatatkan pendapatan bersih RM8.99 bilion, yang mana sebahagian besarnya diperoleh daripada dividen dan keuntungan modal daripada pelaburannya.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, 

“Tahun 2018 sememangnya merupakan tahun yang mencabar bagi pasaran kewangan global dan domestik yang menerima kesan daripada normalisasi dasar monetari Amerika Syarikat dan aliran keluar dana dari pasaran baharu. Selain itu, kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan antarabangsa juga semakin meningkat.


"Walaupun dengan cabaran ini, agihan pendapatan ASB kekal kompetitif mengatasi penanda aras yang ditetapkan, dan berada pada tahap sederhana jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.”


Dividen ASB 2017

Bagi tahun kewangan 2017, ASB memberi agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit terdiri daripada 
  • 7.00 sen seunit - agihan pendapatan
  • 0.25 sen seunit - bonus 
Di samping itu, bonus khas turut diberikan iaitu sebanyak 1.00 sen seunit untuk baki pelaburan sehingga 10,000 unit. 1 sen seunit untuk 10,000 unit saham adalah bersamaan RM100.

Pengiraan Dividen ASB

Pengiraan dividen agihan pendapatan dan bonus adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan pelabur bagi 12 bulan untuk sepanjang tahun kewangan ASB. 


Lain-lain artikel berkaitan ASB :

👉👉  Pinjaman ASB : Untung atau Rugi ?
👉👉  Pelaburan ASB melalui Pinjaman : kategori manakah anda? 

👉👉  Hukum Melabur di ASB  
👉👉  Rekod Dividen ASB  

👉👉  Urusniaga ASB tanpa buku
👉👉  Cara Daftar portal myASNB



Mat Drat @ Sayangwang
- Sayang Wang Anda -


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




No comments:

Post a Comment