Monday, 16 August 2021

Beza Kad Kredit dan Kad Debit serta Kad Caj

Kad Debit Kad Kredit

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apa beza Kad Kredit dan Kad Debit. 

Mungkin ada yang ingin tahu juga apa itu Kad Caj. Jadi artikel kali ini saya ringkaskan serba sedikit mengenai 3 jenis kad ini.

KAD DEBIT / DEBIT CARD

Kad Debit
Contoh Kad Debit

Kad debit adalah sejenis kemudahan pembayaran menggunakan kad yang akan mengurangkan / mendebitkan akaun simpanan kita.

Secara mudahnya, baki akaun bank kita akan ditolak setiap kali kita menggunakan kad debit tu untuk pembayaran.

Kad debit yang ditawarkan kepada kita akan 'link' terus dengan akaun simpanan kita. 

Dulu bank-bank tempatan mengeluarkan kad ATM Bankcard tetapi kini digantikan dengan kad debit yang juga berfungsi sebagai kad ATM.

Dahulu, kad ATM hanya boleh digunakan untuk pengeluaran wang di mesin ATM tetapi dengan kad debit ini, kita boleh gunakannya untuk buat pembayaran.

Kelebihan kad debit ini juga boleh digunakan di luar negara.. Untuk pengaktifan penggunaan di luar negara, kit ahanya perlu aktifkan. Setiap kad tidak diaktifkan secara automatik untuk penggunaan di luar negara atas sebab keselamatan.

Kad debit yang dikeluarkan di Malaysia sama juga seperti kad kredit, iaitu sama ada Master Card atau pun Visa. Kad mana satu yang kita dapat, ia bergantung kepada pihak bank. 

 Peringatan dan pesanan:

1. Tetapkan had limit maksima transaksi beli jika tiada limit ditetapkan, pihak yang menjumpai atau mencuri kad debit kita tersebut, boleh menggunakannya sehingga 'kering' akaun bank kita.

Walau pun bank biasanya akan hantar sms peringatan bagi transaksi tertentu, tetapi harus di ingat yang sms tersebut dihantar selepas sesuatu transaksi dibuat.


KAD KREDIT / CARD CREDIT

Kad kredit adalah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh pihak institusi kewangan (bank biasanya) kepada anda untuk kita berbelanja mengikut limit yang diberikan tanpa kita menggunakan wang tunai sendiri.

Bahasa mudahnya, kita boleh berhutang dengan bank dahulu dan bayar kemudian.

Berbeza dengan kad debit tadi yang jumlah bayaran akan ditolak dari akaun simpanan, sebaliknya kad kredit mewujudkan hutang kita kepada bank. 

Penyata bulanan akan dikeluarkan dan biasanya kita diberikan tempoh 21 hari untuk membuat pembayaran bagi mengelakkan dikenakan caj faedah / caj keuuntungan.

Di Malaysia, kad kredit yang biasa ditawarkan oleh pihak bank adalah Master Card dan Visa kerana kedua-dua kad ini diterima secara meluas di seluruh dunia. Ada juga bank yang menawarkan kad kredit American Expess selain Master Card dan Visa.

Permohonan Kad Kredit

Permohonan kad kredit sekarang boleh dibuat secara online sahaja tanpa perlu pergi ke bank. Ia lebih memudahkan.

Apabila telah diluluskan, bank akan memberikan kemudahan kad kredit kepada kita dengan 'had limit' tertentu.  Jadi kita tidak boleh berbelanja melebihi limit yang telah ditetapkan.

Bagi pemohon kad kredit buat pertama kali, pihak bank akan memberikan kredit limit yang agak rendah - di bawah RM 5,000 terutama bagi mereka yang tiada rekod kredit (pinjaman) di CCRIS.

CCRIS adalah laporan kredit (pinjaman) yang dikeluarkan oleh Bank Negara bagi menunjukkan rekod pinjaman kita bagi tempoh setahun.

Kredit limit ini akan ditambah berdasarkan kemampuan kewangan, rekod perbelanjaan dan rekod pembayaran anda. Biasanya pihak bank akan tawarkan untuk meningkatkan had kredit limit anda selepas beberapa tahun.

Bagi permohonan kad kredit buat pertama kali, kadang kala pihak bank juga boleh memberikan kredit limit yang tinggi melebihi RM 10,000 jika rekod CCRIS yang baik.

Contoh Penggunaan Kad Kredit

  1. Katakan kita diberikan kemudahan kad kredit dengan limit RM 5,000. Maknanya kita boleh gunakan kad ini untuk berbelanja sehingga RM 5,000.
  2. Dan katakan, bulan pertama kita gunakan RM 500 di Aeon, RM 100 di Starbuck dan RM 400 untuk belian petrol. Jadi bulan tersebut kita telah berbelanja RM 1,000 secara hutang dengan pihak bank.
  3. Bank akan keluarkan penyata bulanan yang akan tunjukkan kita dah menggunakan RM 1,000.
  4. Kita perlu menjelaskan RM 1,000  dalam masa yang ditetapkan, biasanya 21 hari dari tarikh penyata. 
  5. Jika tidak dijelaskan,  ada kadar faedah/caj keuntungan akan dikenakan.
  6. Perlu ingat, kadar faedah/caj keuntungan kad kredit adalah tinggi. Kadar boleh mencecah sehingga 18% setahun.
  7. Walau pun, bank benarkan kita bayar serendah 5% sahaja dengan menyatakan 'bayaran minimum' dari baki tetapi ia sangat bahaya kerana kadar faedah adalah tinggi. Bagi contoh ini, kadar minimum yang perlu dibayar adalah RM 50 sahaja !!
  8. Jadi, gunakan kad kredit secara berhemah.
  9. Elakkan membuata bayaran minima sahaja kerana ia boleh memerangkap kita.
  10. Amalkan guna kad kredit, dan bayar sepenuhnyabulan berikut.

Boleh baca juga 
👉👉 Kebaikan dan keburukan Kad Kredit  

👉👉 Apa Kad Kredit Yang Bagus Untuk Saya  ?? 


KAD CAJ / CHARGE CARD

Kad caj sebenarnya hampir sama dengan kad kredit, dimana kita boleh belanja dahulu dan bayar kemudian.

Apa perbelanjaan yang kita buat menggunakan kad caj,kita perlu membayar sepenuhnya sebelum tarikh yang ditetapkan.

Pihak bank tidak memberikan kemudahan ini kepada semua orang, tetapi akan diberikan berdasarkan kriteria tertentu.... sudah pastinya rekod kewangan pinjaman menjadi kriteria utama.

Kad caj yang biasa adalah American Express dan Dinner Club. Apa yang saya perhatikan, kedua-dua kad ini tidak diterima secara meluas di Malaysia berbanding Master Card atau Visa.

Perbezaan Kad Caj Dan Kad Kredit

Perbezaan kad kredit dan kad caj adalah cara pembayaran. 

Bagi kad kredit, pengguna dibenarkan membayar sebahagian dari hutang dan baki akan dikenakan faedah/caj keuntungan yang telah ditetapkan.

Berbanding kad caj, pengguna perlu menjelaskan kesemua perbelanjaan yang dibuat dalam masa yang telah ditetapkan. Kegagalan membuat pembayaran penuh, kadar penalti akan dikenakan bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan.


Sebab itu, kad caj agak jarang dikeluarkan oleh bank kepada pengguna kecuali mereka yang mempunyai rekod yang baik dan kemampuan untuk menggunakannya.

Kad Caj Debit Credit
Contoh kad caj.

Sayangi Wang Anda. Berbelanja denga bijak dan Gandakan Wang Anda.

~ mat-drat @SayangWang~

No comments:

Post a Comment