Saturday 26 June 2021

Dividen Bank Rakyat 2021 - Akaun Berakhir 31 Disember 2020

Dividen Bank Rakyat 2020 2021


Dividen Bank Rakyat (2020)

Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 13% bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020, berbanding 14% bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

Jumlah dividen yang diumumkan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM373.36 juta kepada 834,302 anggotanya.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata berkata "walaupun berdepan persekitaran yang mencabar dicetuskan COVID-19, Bank Rakyat masih berupaya memberikan dividen yang tinggi".

Mat Drat bersetuju dengan kenyataan ini memandangkan rata-rata perniagaan terkesan dengan pandemic Covid-19 ini. Kita boleh lihat pulangan yang diberikan oleh Tabung Haji dan ASB bagi tempoh yang sama.

Untuk rekod, berikut adalah dividen/ pulangan yang diumumkan bagi tempoh yang sama oleh :
Tabung Haji : 3.10%
ASB : 5.00% (4.25 + 0.75)

Beliau juga berkata "walaupun kadar pembayaran dividen mencatatkan pengurangan satu peratus berbanding 2019, namun Bank Rakyat masih mengekalkan pembayaran dividen dua angka sejak 22 tahun lalu," 

Betul, jika di lihat kepada rekod selama 22 tahun yang lalu, Bank Rakyat masih mampu membayar dividen melebihi 10% kepada ahlinya.

Rekod Dividen Bank Rakyat

Rekod dividen bank rakyat bagi 6 tahun adalah seperti berikut;
  • 2015 -13 % ( Diumumkan pada 2016)
  • 2016 - 15% ( Diumumkan pada 2017)
  • 2017 -16 % ( Diumumkan pada 2018)
  • 2018 - 13% ( Diumumkan pada 2019)
  • 2019 - 14% (Diumumkan pada 2020)
  • 2020 - 13% ( Diumumkan pada 2021)
Untuk rekod pembayaran dividen bagi 15 tahun terdahulu pula, boleh semak di 

👉👉  Rekod Dividen Bank Rakyat   

Saham Bank Rakyat vs Akaun Simpanan Bank Rakyat

Ada yang masih keliru, sama ada akaun simpanan dia di akaun bank rakyat layak atau tidak dengan dividen ini.

Untuk makluman Akaun simpanan tidak menerima dividen ini ye. Akaun simpanan di bank rakyat biaanya menerima kadar pulangan dalam 1%-3%, sama seperti akaun simpanan di bank lain. 

Pembayaran dividen ini hanya untuk ahli Bank Rakyat sahaja. 

Untuk menjadi ahli, seseorang itu perlu memiliki saham Bank Rakyat. Buat masa ini, semua unit saham Bank Rakyat telah penuh dilanggan. Dan kali terakhir ia ditawarkan semula (tambahan) pada 2011, telah habis seperti goreng pisang.

....

Ingin membeli atau menambah saham Bank Rakyat ?

Bagi mereka yang ingin menjadi ahli Bank Rakyat ( membeli saham) agak dukacita kerana sekarang kuota telah penuh. 

Buat masa ni, saya pun tidak mendengar apa-apa berita yang Bank Rakyat akan membuka peluang untuk Penambahan Saham nya dalam masa terdekat.

Pasti ramai yang sentiasa menunggu peluang untuk menambah saham di Bank Rakyat memandangkan dividen yang diumumkan setiap tahun tidak mengecewakan, seingat saya ia sentiasa melebihi 10%. 

Kali terakhir Bank Rakyat memberi peluang penambahan saham adalah sekitar tahun 2011 dahulu. 

Walau bagaimana pun, kita masih boleh membelinya dari pihak yang ingin menjualnya. 


Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Jual Beli Saham Bank Rakyat?
Boleh rujuk di sini 👇👇
https://www.sayangwang.com/2019/07/jual-beli-saham-bank-rakyat.html


-Sayangi Wang Anda-

Mat Drat @SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

No comments:

Post a Comment