PEMEGANG AMANAH
Melantik pemegang amanah adalah salah satu perancangan harta pusaka.
Mungkin term 'pemegang amanah' agak kurang diperkatakan oleh kita, tetapi ia semakin mendapat tempat di dalam perancangan kewangan dan perancangan harta pusaka Islam sekarang ini.
Apa Itu Pemegang Amanah
Pemegang Amanah adalah "seseorang atau satu pihak yang dilantik oleh pemilik harta semasa hidupnya untuk menjalankan amanah ke atas harta yang diamanahkan mengikut Surat Ikatan Amanah".
Ia akan berkuat kuasa sebaik sahaja amanah dibuat atau Surat Ikatan Amanah ditandatangani.
Ia akan berkuat kuasa sebaik sahaja amanah dibuat atau Surat Ikatan Amanah ditandatangani.
Siapa Boleh Melantik Pemegang Amanah
Kebiasaannya Pemegang Amanah akan dilantik oleh pemilik harta yang akan diamanahkan atau oleh pihak yang mempunyai kepentingan ke atas harta tersebut.
Contoh 1 :
Pemegang akaun pelaburan unit amanah di ASNB melantik ASNB sebagai pemegang amanah pelaburannya. Selepas dia meninggal, ASNB perlu memberikan hartanya kepada orang yang dihibahkan. (Dalam Hibah Amanah)
Contoh 2 :
Ahli KWSP melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai Penama dan Pemegang Amanah ke atas simpanan KWSP-nya.
Contoh 3 :
Syarikat atau koperasi melantik pemegang amanah untuk menguruskan sesuatu hartanya seperti tanah atau bangunan.

Contoh 4 :
Individu melantik pemegang amanah (membuka akaun amanah) untuk diberi manfaatnya kepada anak-anak baw.
Siapa Boleh Dilantik Sebagai Pemegang Amanah
Ada beberapa syarikat pemegang amanah yang boleh dilantik sebagai Pemegang Amanah bagi menguruskan harta pusaka antaranya
- Amanah Raya Berhad
- As-Salihin Trustee Berhad
- Wasiyyah Shoppe Berhad.
Apa Kuasa Pemegang Amanah
Pemegang Amanah tiada hak atau kuasa mutlak ke atas harta yang diamanahkan. Pemegang Amanah perlu bertindak mengikut kuasa yang dinyatakan di dalam Surat Ikatan Amanah yang ditandatangani.
Bersambung artikel berikutnya,
Wasiat, Penama, Pentadbir Harta dan PemegangAmanah : Amanah Raya Berhad .
Mat Drat @ SayangWang
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
No comments:
Post a Comment