TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DI MAHKAMAH
Bagi kes kematian, tuntutan harta sepencarian hendaklah dibuat sebelum pembahagian harta pusaka melalui faraid.
Kebiasaannya, tuntutan harta sepencarian akan dibuat oleh pasangan yang hidup, sama ada suami atau isteri.
Wujud juga kes di mana, bekas pasangan (telah bercerai) membuat tuntutan ke atas harta sepencarian. Semua keputusan akan ditentukan oleh pihak mahkamah.
Bagi Negeri Selangor misalnya, tuntutan harta sepencarian hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah.
Apabila berlaku tuntutan harta sepencarian di mahkamah, biasanya pembahagian harta mengikut faraid akan tertangguh kerana pembahagian hanya akan dibuat selepas bahagian harta sepencarian ditentukan.
Perbicaraan mungkin akan memakan sedikit masa sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dengan amaun tuntutan, ibu bapa si mati contohnya atau pun adik beradik si mati. Mungkin mereka tidak bersetuju kerana jika tuntutan dibenarkan, bahagian yang mereka bakal perolehi akan berkurangan.
Perlu ingat, untuk membuat tuntutan di mahkamah juga memerlukan kos iaitu kos guaman.
Pastinya, masa dan kos guaman sedikit sebanyak akan membebankan pihak yang menuntut.
...............................................
ELAK TUNTUTAN DI MAHKAMAH - Dengan Perjanjian Harta Sepencarian
Contoh senario di atas, jika tuntutan berlanjutan pastinya si isteri dan anak-anak akan terbeban dalam meneruskan hidup seharian. Maklumlah isteri tidak bekerja, dan harta pusaka masih belum diperolehi. Kos guaman tuntutan juga perlu di bayar. Akhirnya mungkin si isteri menarik balik tuntutan harta sepencarian.
PERJANJIAN HARTA SEPENCARIAN
Perjanjian Harta Sepencarian atau dikenali juga sebagai deklarasi harta sepencarian ialah perjanjian di antara suami isteri bagi menyerahkan sebahagian harta kepada pasangannya.
Sebenarnya Perjanjian Harta Sepencarian ini sangat penting kepada pasangan yang tiada anak, atau pasanagan (isteri tidak bekerja), atau tiada anak lelaki, atau pun anak-anak masih kecil, terutama kepada pasangan yang hanya memiliki sebuah rumah.
Saya nyatakan penting kerana untuk mengelakkan perlaku pertelingkahan di antara waris di dalam pembahagian harta pusaka dan juga untuk memberikan 'ketenangan' kewangan kepada si isteri dalam membesarkan anak-anak (terutama jika anak masih kecil).
Perjanjian ini akan berkuatkuasa pada tarikh ia ditandatangani.
Jadi perlu ingat, ia bukan berkuat kuasa selepas berlaku kematian tetapi selepas perjanjian itu dibuat. Andaikan berlaku perceraian selepas perjanjian dibuat, makan pasangan terus berhak membuat tuntutan.
...............................................
DIMANA BUAT PERJANJIAN HARTA SEPENCARIAN
Saya pernah menghadiri bengkel Harta Pusaka dimana penceramah pernah memberitahu deklarasi boleh dibuat secara lisan atau secara bertulis.
Secara Lisan
Mungkin boleh/ada dinyatakan didepan ahli keluarga bahawa harta sekian-sekian adalah harta sepencarian mereka suami isteri.
Walau bagaimana pun, pengisytiharan secara ini tidak kuat kerana untuk membuat tuntutan di mahkamah adalah sukar untuk dibuktikan.
Secara Bertulis
Cara terbaik adalah membuat pengisytiharan secara bertulis iaitu dengan membuat Perjanjian Harta Sepencarian atau Deklarasi Harta Sepencarian.
Untuk membuat Perjanjian / Deklarasi harta sepencarian ini, bolehlah menghubungi mana-mana syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka / perancang harta islam seperti As-Salihin.
Boleh juga dibuat perjanjian sendiri diantara kedua pihak (suami isteri)
...............................................
DOKUMEN PERJANJIAN HARTA SEPENCARIAN
Dalam membuat Perjanjian / Deklarasi Harta Sepencarian, perkara berikut perlu disediakan :
1. Kenalpasti harta milikan bersama.
2. Kenalpasti harta milikan suami yang ingin dijadikan harta sepencarian.
3. Suami isteri menentukan peratus bahagian harta sepencarian yang hendak diserahkan kepada isteri
4. Dokumen berkaitan milikan harta tersebut disertakan.
- Salinan perjanjian jualbeli
2. Kenalpasti harta milikan suami yang ingin dijadikan harta sepencarian.
3. Suami isteri menentukan peratus bahagian harta sepencarian yang hendak diserahkan kepada isteri
4. Dokumen berkaitan milikan harta tersebut disertakan.
- Salinan perjanjian jualbeli
- Salinan perjanjian pinjaman
- Salinan sijil perkahwinan
5. Penyediaan perjanjian yang dipersetujui kedua pihak.
6. Tandatangai Perjanjian kedua pihak beserta saksi.
7. Stamping
6. Tandatangai Perjanjian kedua pihak beserta saksi.
7. Stamping
Perjanjian ini akan :
1. Perjanjian akan berkuat kuasa pada tarikh ia ditandatangani
2. Perjanjian tidak boleh dibatalkan tanpa persetujuan kedua pihak suami isteri.
3. Perjanjian ini juga akan mengikat wasi dan waris.
4. Perjanjian ini akan memudahkan tuntutan harta sepencarian di mahkamah.
5. Memudahkan urusan pembahagian harta pusaka.
...............................................
HARTA MANA PERLU DILETAKKAN DI BAWAH HARTA SEPENCARIAN ?
Kedua-dua harta alih atau pun harta tidak alih boleh dimasukkan di bawah perjanjian harta sepencarian.
Bengkel yang pernah saya hadiri, dicadangkan harta seperti rumah kediaman yang perlu dimasukkan kerana untuk memastikan rumah tersebut dapat terus didiami oleh isteri dan anak-anak.
Tapi harta mana yang perlu dimasukkan, bergantung kepada setiap individu, mungkin setiap orang mempunyai perancangan yang berbeza.
PANDANGAN SAYA MENGENAI HARTA SEPENCARIAN
Perjanjian/Deklarasi Harta Pusaka merupakan satu isntrument yang sangat bagus terutama bagi pasangan yang ingin memastikan pasangan (isteri) dapat membesarkan anak-anak dirumah sama tanpa perlu bersusah payaah turun naik ke mahkamah membuat tuntutan.
Ia juga mungkin sangat berguna bagi pasangan yang tiada anak, atau tiada anak lelaki bagi menjamin si isteri dapat memiliki bahagian yang lebih besar dari harta pusaka.
Saya tetap berkeyakinan, meninggalkan isteri dan anak-anak dalam keadaan tidak meminta-minta adalah lebih baik dari pada mereka perlu kesan kesini membuat tuntutan.
Bersambung di artikel berikutnya.
Mat Drat @ SayangWang
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
No comments:
Post a Comment