Tuesday, 7 July 2020

BNM Turunkan Lagi OPR, Penurunan kali ke-4 tahun 2020.

BNM OPR



OPR Turun Lagi 

Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari / Monetary Policy Committee (MPC) telah membuat keputusan untuk menurunkan lagi Kadar Dasar Semalaman, Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 25 basic points kepada 1.75%.

Kadar lantai dan siling koridor (ceiling and floor rate) OPR juga diturunkan kepada 2.00% dan 1.50%.

Termasuk penurunan OPR hari ini, BNM telah membuat penurunan sebanyak 4 kali sebanyak 125 points. Pada 22 Jan 2020, BNM turunkan OPR 25 points kepada 2.75% dan diikuti dengan penurunan sebanyak 25 points lagi kepada 2.50% pada 3 Mac 2020.

Dan pada 5 Mei lalu, OPR diturunkan lagi sebanyak 50 points kepada 2.00%

Penurunan kali ini menjadikan rekod kadar OPR terendah.

Apa itu OPR - Overnight Policy Rate (Kadar Dasar Semalaman)

OPR, Overnight Policy Rate atau Kadar Dasar Semalaman adalah satu penanda aras rujukan kadar pinjaman tempatan.

Mudah fahamnya...
Untuk mudah fahamnya, OPR ini adalah penanda aras ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia yang akan turut digunakan  oleh bank-bank perdagangan dalam menentukan rate/kadar pinjaman antara bank.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bank juga sebenarnya membuat pinjaman diantara mereka.

Produk utama bank adalah mengambil (mengumpul) deposit pelanggannya dan pada masa sama menggunakan akan wang tersebut untuk diberikan sebagai pinjaman. Adakalanya berlaku keadaan pendeposit mengeluarkan wang pada jumlah yang banyak dan bank mengalami kekurangan tunai. Bagi menampung kekurangan tunai itu, bank akan membuat pinjaman dari bank-bank lain.

Dan sudah pasti, setiap pinjaman akan dikenakan kadar faedah dan OPR inilah akan dijadikan aras untuk menentukan kadar pinjaman.


Kenapa BNM turunkan OPR ?

Semua sedia maklum, pandemic Covid-19 ini memberikan impact kepada ekonomi Malaysia dan juga dunia amnya. 

Kadar pengganguran meningkat dan ekenomi juga dijangka menguncup.

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Ketidaktentuan dan keadaan ekonomi sekarang memerlukan ransangan dari pihak kerajaan untuk merancakkan ekonomi kita.

Lihat sahaja di sekeliling kita sewaktu PKP, saban hari kita mendengar pelbagai syarikat menghentikan pekerja, orang ramai mengeluh pendapatan berkurangan (gaji dipotong, tiada OT dan sebagainya) dan perniagaan pula mengeluh urusniaga jauh berkurang berbanding sebelum ini.

Pengumuman OPR ini adalah sebagai satu langkah ransangan dasar untuk mempercepatkan langkah pemulihan ekonomi.

Kelonggaran kawalan Covid-19 dengan pengenalan PKPP, ia juga bermakna sektor ekonomi mulai bergerak kembali secara berlahan-lahan dan mulai aktif. Ransangan diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara kita.

Walau bagaimana pun, pemulihan ini juga turut bergantung kepada faktor ekonomi luar dan juga turut mungkin kembali menguncup sekiranya penularan covid-19 kembali berlaku.

Kurang kadar OPR, maka biasanya bank juga akan kurangkan kadar BR/BFR kepada peminjam dan akan memberikan lebihan tunai kepada peminjam (rakyat). Ini akan menggalakkan perbelanjaan dan akan menggerakkan ekonomi.

Langkah ransangan ini juga seiring dengan bantuan-bantuan kerajaan sebelum ini seperti moratorium, BPN (Bantuan Prihatin Nasional)dan GPN (Geran Prihatin Nasional).

Baca di entry seterusnya....
Apa kesan penurunan OPR ini kepada kita selaku seorang peminjam dan pendeposit dan juga sebagai rakyat.
👉👉 Kesan Penurunan OPR


~Mat Drat @SayangWang~

Kalau rasa bermanfaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

No comments:

Post a Comment