Showing posts with label BNM. Show all posts
Showing posts with label BNM. Show all posts

Tuesday, 7 July 2020

5 Kesan Penurunan OPR kepada Peminjam, Pendeposit dan Kita Pengguna



Kesan Penuruna OPR BNM



BNM turunkan lagi OPR

7 Julai 2020, Bank Negara Malaysia (BNM) telah umumkan penurunan Kadar Dasar Semalaman, Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 25 basic points kepada 1.75%.

Ini adalah penurunan kali ke-4 tahun ini. 
    - 22 Jan    : turun 25 points kepada 2.75%    
    - 03 Mac   : turun 25 points kepada 2.50%
    - 05 Mei    : turun 50 points kepada 2.00%

Penurunan kali ini menjadikan rekod kadar OPR terendah.

Apa itu OPR - Overnight Policy Rate (Kadar Dasar Semalaman)

OPR, Overnight Policy Rate atau Kadar Dasar Semalaman ini adalah penanda aras ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia yang akan turut digunakan  oleh bank-bank perdagangan dalam menentukan rate/kadar pinjaman antara bank.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bank juga sebenarnya membuat pinjaman diantara mereka.

Produk utama bank adalah mengambil (mengumpul) deposit pelanggannya dan pada masa sama menggunakan akan wang tersebut untuk diberikan sebagai pinjaman. 

Adakalanya berlaku keadaan pendeposit mengeluarkan wang pada jumlah yang banyak dan bank mengalami kekurangan tunai. Bagi menampung kekurangan tunai itu, bank akan membuat pinjaman dari bank-bank lain.

Dan kadar faedah pinjaman antara bank itu akan berlandaskan kadar OPR ini.

APA KESAN PENURUNAN OPR KEPADA KITA? 

Penurunan OPR akan memberikan kesan lansung dan tidak langsung kepada kita.  

Kita lihat kesan-kesannya.

1. Penurunan BR - Ansuran Bulanan Jadi Kurang

Apabila OPR diturunkan, maka pihak bank juga akan menyesuaikan (menurunkan) Kadar Asas Pinjaman atau disebut juga BR (dulu dikenali BLR).

BR : Base Rate
BFR : Base Financing Rate

Beza BR dan BLR
Sebelum 2015, bank mengunakan term BLR (Base Lending Rate).  BLR ditetapkan oleh BNM dan bank akan kenakan faedah pinjaman berdasarkan BLR.

Selepas 2015, BNM kenalkan OPR dan bank akan tentukan BR. Faedah pinjaman akan ditentukan dari BR. (Berapa % tambahan bergantung kepada bank masing-masing).


Apabila OPR turun, kos pinjaman antara bank akan berkurangann. Maka pihak bank akan kurangkan kos pinjaman kepada peminjam dengan menurunkan kadar pinjaman BR.

Secara mudahnya, penurunan OPR akan sebabkan bayaran bulanan pinjaman akan berkurang.

Tapi perlu ingat, hanya pinjaman dengan 'floating rate' sahaja akan alami penurunan. Pihak bank biasanya akan umumkan kadar BR mereka apabila BNM umumkan penurunan OPR.

Contoh pinjaman dengan floating rate adalah pinjaman rumah.

Walaubagai mana pun, kini sudah ada bank yang 

Pinjaman sedia ada.
  • Pinjaman sedia ada dengan floating rate akan alami penurunan ansuran bulanan.
  • Pihak bank biasanya akan maklumkan ansuran baru untuk bulan berikutnya.
  • Jika bayaran pinjaman dipotong secara automatik dari akaun bank, kita akan lihat pemotongan adalah berdasarkan amaun baru.

Pinjaman Baru.
  • Pinjaman baru akan mengikut kadar BR yang baru. 

Berapa banyak turun?
  • Bergantung kepada jumlah principle pinjaman kita.
  • Tetapi untuk 'congak', biasa Mat Drat kira buat anggaran sahaja (andaiana OPR turun 25 mata
    • Pinjaman dengan ansuran bulanan RM2,000 akan berkurangan sebanyak RM 50-RM60 sebulan. Anggaran sahaja ye. 
    • Contoh Dec, potongan pinjaman adalah RM 2,220. Selepas penurunan OPR pada Januari 2020, bayaran pinjaman bulanan jadi RM 2,160
Secara mudahnya, penurunan OPR akan kurangkan ansuran pinjaman (loan dengan floating rate)

Baca Juga
πŸ‘‰πŸ‘‰Jenis-jenis pinjaman di Malaysia . Fixed Rate, Floating Rate dan Flate Rate.




2. Peningkatan Jumlah Pinjaman Lain (Selain Pinjaman Rumah)

Pinjaman lain seperti Pinjaman Kereta / Personal Loan / Loan ASB
    Loan-loan ini biasanya adalah pinjaman dengan flate rate dan bukanlah pinjaman dengan kadar terapung (floating rate) seperti pinjaman rumah. 

    Ansuran pinjaman sedia ada  ke atas pinjaman flate rate ini (pinjaman kereta, personal loan dan ASB) tidak akan berkurang apabila OPR turun.

    Walau bagai mana pun, pinjaman yang dibuat (diluluskan) selepas kadar baru diumumkan, akan perlu bayar mengikut kadar baru. 

    Kira pinjaman baru akan dikira berdasarkan kadar baru.

    Contoh: Pinjaman Kereta
    Amaun pinjaman    : RM 80,000
    Tempoh                 : 7 tahun (84 bulan)

    i. Kadar 4.25% (sebelum penurunan OPR)
    Faedah setahun        : RM 3,400
    Faedah 7 tahun        : RM 23,800
    Ansuran bulanan      : RM 1,236

    ii. Kadar 4.05% (selepas penurunan OPR)
    Faedah setahun        : RM 3,240
    Faedah 5 tahun        : RM 22,680
    Ansuran bulanan      : RM 1,222

    Ingat : Hanya bagi pinjaman baru sahaja.

    Mat Drat pernah membuat pinjaman pada kadar tertentu. Selepas apply dan menunggu kelulusan, BNM umumkan penurunan OPR. Rezeki sebab pihak bank tersebut luluskan dengan kadar baru. 

    Secara mudahnya, penurunan OPR akan kurangkan ansuran pinjaman baru bagi (loan dengan flate rate)





    Baca Juga
    πŸ‘‰πŸ‘‰Jenis-jenis pinjaman di Malaysia . Fixed Rate, Floating Rate dan Flate Rate.

    3. Penurunan Income dari Fixed Deposit / Saving Account

    Apabila OPR, bank juga akan umumkan penurunan BR. Ini juga bermakna kadar faedah saving dan fixed deposit juga akan berkurangan.

    Ini pasti akan dirasai oleh mereka yang mempunya simpanan yang tinggi di bank, mereka yang mempunyai fixed deposit atau pun mereka yang sering meletakkan duit (main) REPO.

    Dalam kata mudah, penurunan OPR akan kurangkan income faedah/keuntungan yang diperolehi dari akaun simpanan/fixed deposit.

    4. Kurangkan Inflasi

    Secara teorinya, dengan pengurangan OPR ia sedikit sebanyak akan membantu kerajaan dalam mengawal kadar inflasi.

    OPR turun, kadar pinjaman turun, bermakna kos operasi akan menurun dan ini akan menyebabkan harga barangan akan alami sedikit penurunan.

    5. Peningkatan Perbelanjaan

    Secara dasarnya, tujuan kerajaan menurunkan OPR ini adalah sebagai langkah meransang ekonomi.

    Apaabila OPR turun, semua sedia maklum kos pinjaman (ansuran bulanan) akan berkurangan.

    Lebihan tunai dari penjimatan bayaran bulanan ni akan dapat digunakan untuk perbelanjaan dan mampu merancakkan sektor ekonomi.

    Dengan penurunan kos pinjaman juga, ia akan menarik minat rakyat untuk membuat pembelian rumah dan kenderaan kerana kos pinjaman (ansuran bulanan) yang lebih rendah.


    ~Mat Drat @SayangWang~

    Kalau rasa bermanfaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



    BNM Turunkan Lagi OPR, Penurunan kali ke-4 tahun 2020.

    BNM OPR



    OPR Turun Lagi 

    Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari / Monetary Policy Committee (MPC) telah membuat keputusan untuk menurunkan lagi Kadar Dasar Semalaman, Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 25 basic points kepada 1.75%.

    Kadar lantai dan siling koridor (ceiling and floor rate) OPR juga diturunkan kepada 2.00% dan 1.50%.

    Termasuk penurunan OPR hari ini, BNM telah membuat penurunan sebanyak 4 kali sebanyak 125 points. Pada 22 Jan 2020, BNM turunkan OPR 25 points kepada 2.75% dan diikuti dengan penurunan sebanyak 25 points lagi kepada 2.50% pada 3 Mac 2020.

    Dan pada 5 Mei lalu, OPR diturunkan lagi sebanyak 50 points kepada 2.00%

    Penurunan kali ini menjadikan rekod kadar OPR terendah.

    Apa itu OPR - Overnight Policy Rate (Kadar Dasar Semalaman)

    OPR, Overnight Policy Rate atau Kadar Dasar Semalaman adalah satu penanda aras rujukan kadar pinjaman tempatan.

    Mudah fahamnya...
    Untuk mudah fahamnya, OPR ini adalah penanda aras ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia yang akan turut digunakan  oleh bank-bank perdagangan dalam menentukan rate/kadar pinjaman antara bank.

    Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bank juga sebenarnya membuat pinjaman diantara mereka.

    Produk utama bank adalah mengambil (mengumpul) deposit pelanggannya dan pada masa sama menggunakan akan wang tersebut untuk diberikan sebagai pinjaman. Adakalanya berlaku keadaan pendeposit mengeluarkan wang pada jumlah yang banyak dan bank mengalami kekurangan tunai. Bagi menampung kekurangan tunai itu, bank akan membuat pinjaman dari bank-bank lain.

    Dan sudah pasti, setiap pinjaman akan dikenakan kadar faedah dan OPR inilah akan dijadikan aras untuk menentukan kadar pinjaman.


    Kenapa BNM turunkan OPR ?

    Semua sedia maklum, pandemic Covid-19 ini memberikan impact kepada ekonomi Malaysia dan juga dunia amnya. 

    Kadar pengganguran meningkat dan ekenomi juga dijangka menguncup.

    Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Ketidaktentuan dan keadaan ekonomi sekarang memerlukan ransangan dari pihak kerajaan untuk merancakkan ekonomi kita.

    Lihat sahaja di sekeliling kita sewaktu PKP, saban hari kita mendengar pelbagai syarikat menghentikan pekerja, orang ramai mengeluh pendapatan berkurangan (gaji dipotong, tiada OT dan sebagainya) dan perniagaan pula mengeluh urusniaga jauh berkurang berbanding sebelum ini.

    Pengumuman OPR ini adalah sebagai satu langkah ransangan dasar untuk mempercepatkan langkah pemulihan ekonomi.

    Kelonggaran kawalan Covid-19 dengan pengenalan PKPP, ia juga bermakna sektor ekonomi mulai bergerak kembali secara berlahan-lahan dan mulai aktif. Ransangan diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara kita.

    Walau bagaimana pun, pemulihan ini juga turut bergantung kepada faktor ekonomi luar dan juga turut mungkin kembali menguncup sekiranya penularan covid-19 kembali berlaku.

    Kurang kadar OPR, maka biasanya bank juga akan kurangkan kadar BR/BFR kepada peminjam dan akan memberikan lebihan tunai kepada peminjam (rakyat). Ini akan menggalakkan perbelanjaan dan akan menggerakkan ekonomi.

    Langkah ransangan ini juga seiring dengan bantuan-bantuan kerajaan sebelum ini seperti moratorium, BPN (Bantuan Prihatin Nasional)dan GPN (Geran Prihatin Nasional).

    Baca di entry seterusnya....
    Apa kesan penurunan OPR ini kepada kita selaku seorang peminjam dan pendeposit dan juga sebagai rakyat.
    πŸ‘‰πŸ‘‰ Kesan Penurunan OPR


    ~Mat Drat @SayangWang~

    Kalau rasa bermanfaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡