Tuesday 5 May 2020

10 Sebab Kenapa Perlu Pilih Ar Rahnu - Pajak Gadai Islam


Ar Rahnu Pajak Gadai Islam


Assalamaualaikum. Semoga semua dalam lindungan Allah SWT. 

Kali ni Mat Drat nak kongsi sikit kenapa kita perlu pilih Ar-Rahnu : Pajak Gadai Islam.

Hari ni 4 May 2020, bermula PKPB  (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan rakyat Malaysia dah boleh bergerak sedikit dan banyak premis perniagaan mula dibuka.

Banyak dikongsi netizen hari ni yang orang ramai juga ambil kesempatan untuk ke pajak gadai. Banyak gambar tersebar di alam maya menunjukkan orang ramai beratur di luar premis ( bagus, amalkan sosial distancing) untuk menunggu giliran masuk berurusan di kaunter.

Jelas kepada kita yang PKP yang PKP ni memang berikan kesan kepada rakyat, di mana ramai yang terjejas pendapatan mereka terutama peniag-peniaga kecil dan mereka yang bekerja dengan upah harian.

Cuma alangkah lebih baik dan lebih menguntungkan jika mereka yang ke premis pajak gadai ini memilih Skim Pajak Gadai Islam (Ar Rahnu) berbanding kedai pajak gadai biasa.  


KENAPA PERLU PILIH PAJAK GADAI ISLAM

Pilihlah bermuamalat secara Islam dengan Ar Rahnu (Skim Pajak Gadai Islam), selain patuh syariah ia juga lebih memberi kebaikan kepada kita.

1. HALAL - Patuh Syariah (Tiada Riba)
Ini paling utama, apabila kita menggunakan perkhidmatan Ar Rahnu ini, kita bermuamalat secara Islam dan kita bebas dari elemen riba. InsyaAllah hidup lebih berkat dengan jauhi riba yang diharamkan.

2. Urusniaga lebih telus.
Urus niaga di pajak gadai konvensional kebiasaannya dilakukan dikaunter sahaja dengan dipisahkan dengan palang besi dan cermin kaca. 

Berbeza pula dengan kebanyakkan Ar Rahnu, kita akan berurusniaga di dalam bilik khas di mana urusan dan transaksi urusniaga juga lebih telus kerana dilakukan betul-betul dihadapan kita (timbangan dan dokumentasi).

Barangan kita akan ditimbang dan diuji kepadatannya. Jadi kita tahulah emas kita miliki tu emas 999, 912 atau sebagainya.

3. Urusniaga lebih privasi.
Di pajak gadai konvensional, urusniaga agak terbuka dan pelanggan lain juga akan dapat melihat urusniaga kita.
Berbeza di kebanyakkan Ar Rahnu, urusniaga di dalam bilik khas lebih privasi.

4. Upah simpan yang rendah
Kos (upah) simpan lebih rendah di Ar Rahnu. Mengapa perlu ke tempat yang kenakan kos lebih tinggi, jika kita boleh ke tempat yang lebihj menjimatkan (Ar Rahnu).

Katakan tempoh gadaian asal adalah 6 bulan, tetapi selepas 4 bulan sahaja kita ingin menebus kembali, maka kita hanya akan dikenakan caj (upah) simpanan untuk tempoh 4 bulan sahaja.

5. Nilai Pinjaman Lebih Tinggi
Melalui Ar Rahnu, kita boleh mendapat nilai pinjaman yang tinggi.  Kebiasannya Ar Rahnu, pinjaman (tunai) akan diberi sekitar 65-70% dari nilai marhum emas.

Ada sesetengah keadaan, pelanggan boleh mendapat pinjaman pada kadar yang lebih tinggi.

6. Barang Kemas Disimpan Dengan Selamat
Melalui Ar Rahnu, barangan kemas yang disimpan adalah lebih selamat. 

Penerima gadaian akan menjamin keselamatan dan bertanggung jawab keatas barang kemas yang digadai. Ada beberapa Ar Rahnu memberikan perlindungan takaful keatas barangan kemas tersebut di mana apabila berlaku kecurian contohnya, nilai barangan itu akan dilindungi.

Berbeza dengan pajak gadai konvensional, ada sesetangah kedai pajak hanya memberikan gantian sekitar 50% sahaja dari nilai barangan itu.

7. Tempoh Gadaian Yang Lama
Melalui Ar Rahnu, kita diberi peluang untuk melanjutkan tempoh gadaian atau memperbaharui gadaian sekiranya kita tidak dapat menebusnya.

Ada kala, kita tidak dapat membayar pinjaman (menebus kembali) dalam waktu ditetapkan. Kita diberi pilihan untuk membayar upah simpan gadaian dan mohon lanjutan tempoh gadaian. Ini dapat beri peluang lebih lama kepada kita untuk menebus kembali barang yang digadai.

Ada Ar Rahnu yang memberikan lanjutan beberapa kali.

8. Nilai Gadaian (Barang Kemas Tidak Susut)
Melalui Ar Rahnu, nilai barang gadaian yang ingin di tebus semula tidak mengalami rusut/susut nilainya. 

Di Ar Rahnu, kita akan berada dihadapan mesin/alat penimbang sewaktu mula menggadai dan ketika menebus kembali untuk menunjukkan ketelusan proses timbangan. Berat timbangan barang gadaian juga direkodkan dengan jelas . Dan alat/mesin penimbang pula diyakini kerana sering diperiksa oleh pihak instutusi kewangan terbabit.

Ada sesetengah keadaan di pajak gadai konvensional, barang kemas  (gelang, rantai, dll) yang di tebus mungkin mengalami susut/hilang beratnya. 

9. Lelongan - Pemberian Notis kepada pelanggan
Pihak Ar Rahnu akan memberikan notis makluman kepada pelanggan (penggadai) mengenai lelongan barangan kemas sekiranya tempoh gadaian telah tamat dan penggadai gagal menjelaskan upah dan menebusnya kembali.


Emas Lelong Ar Rahnu
👇👇
Beli Emas Lelong



10. Pemulangan Wang Lebihan - Lelongan
Bagi kes pemberi gadaian (penggadai) tidak dapat membayar balik pinjaman untuk menebus kembali barang kemasnya sebelum tempoh gadaian tamat, maka dia akan dimaklumkan bahawa barang gadaiannya akan dilelong.

Sekiranya harga jualan sewaktu lelongan melebihi baki hutangnya, maka lebihan harga jualan akan dipulangkan kepadanya. Ini boleh berlaku mungkin disebabkan harga emas naik.

Harga lelongan barangan Ar Rahnu adalah berdasarkan harga semasa.

Perlu ingat juga, biasanya nilai pinjaman adalah lebih rendah dari nilai barang gadaian iaitu sekitar 70% dari nilai marhum. 


Rasanya 10 faktor ni sudah cukup untuk kita utamakan produk kewangan / muamalat Islam. Biarlah wang kita berlegar di dalam sistem ekonomi Islam untuk pembangunan dan kemajuan ummah. 

Ini juga salah satu jihad ekonomi kita dalam memperkasakan ekonomi Islam.


Jempu baca link seterusnya, Mat Drat kongsi senarai Ar Rahnu Islam dan link ke Facebook Page / website mereka.

Kebanyakkan yang Mat Drat kongsikan adalah Ar Rahnu milikan Institusi Kewangan Islam. Jika pembaca tahu Ar Rahnu milik perniagaan individu, koperasi kecil atau syarikat kecil di tempat tertentu , bolehlah kongsi di ruangan komen untuk rujukan pembaca lain. Nanti Mat Drat masukkan (update) dalam list.


Bersambung di artikel berikutnya.

Mat Drat @ SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



No comments:

Post a Comment