Tuesday 5 May 2020

BELI EMAS LELONG AR-RAHNU BANK RAKYAT



Emas Lelong Ar Rahnu
Emas Lelong


Proses Lelongan - Apa Perlu kita tahu

Emas yang di gadai, akan dilelong sekiranya peminjam (pengadai) tidak dapat membayar pinjaman atau menebus kembali emasnya.  

Bank akan maklumkan penggadai (peminjam) yang barang gadaiaannya (emas) akan dilelong.

Berikut proses lelongan dan bidaan secara ringkas untuk panduan mereka yang ingin membeli emas lelong secara lelongan.

  1. Institusi ArRahnu (Bank Rakyat atau lain-lain institusi)  akan mempamerkan barangan (emas) yang akan dilelong.
  2. Tempoh dipamerkan adalah singkat, jadi elok kalau kita bina repo dengan pegawai Ar Rahnu. Mohon dia maklumkan kita jika ada lelongan atau kita hubungi dia
  3. Biasanya lelongan tidak diadakan pada tarikh tetap setiap bulan. Ia bergantung kepada bilangan barang (emas) yang akan di lelong.
  4. Emas yang akan dilelong akan diletakkan dalam peti pameran. Kita hanya boleh lihat tanpa sentuh.
  5. Maklumat berat emas akan dinyatakan beserta nilai 'reserve' bagi emas tersebut.
  6. Minta borang bidaan. Satu borang bagi setiap item barang lelongan. Kalau nak bida 3 barang, perlu isi 3 borang.
  7. Setiap bidaan, perlu disertakan bayaran bidaan. Biasanya serendah RM5 bagi setiap bidaan.
  8. Letak harga bidaan keatas emas tersebut. Pikir elok-elok dan tujuan kita buat bidaan. Nak pakai emas tersebut (hadiahkan) atau sebagai pelaburan atau pun untuk digadai semula.
  9. Hantar borang bidaan sebelum tarikh akhir.
  10. Tunggu panggilan dari Institusi ArRahnu sekiranya kita berjaya.
  11. Jika berjaya, kita perlu datang dalam waktu ditetapkan untuk membuat bayaran mengikut harga bidaan kita. Bayar dan emas akan jadi milik kita.
  12. Simpan rekod sebagai rujukan.

Tips Lelongan dan Bidaan - apa perlu kita tahu

Sedkit tips boleh dijadikan panduan dalam proses bidaan.

1. Harga Reserve
Bank biasanya meletakkan harga reserve  10% kurang dari harga semasa  dan ditambah sedikit caj bank. 
- Kalau nak menang bid, jangan la bid harga reserve… kena lah naikkan sikit harga bidaan seperti RM1 – RM5 per gram. Bergantung kepada keadaan emas tersebut, kalau kita rasa ramai berminat kita up la RM2-3  per gram.

2. Berapa Harga Perlu Bida
Berapa harga kita sanggup bida, bergantung kepada tujuan kita beli. Kalau beli nak pakai atau bagi kepada insan terdekat, mungkin boleh naikkan sehingga RM 5 per gram. Ini pun kalau barang tersebut berkeadaan baik dan cantik, .

3. Pastikan jenis emas
Susah nak pastikan sebenarnya dengan hanya melihat sahaja tetapi kita boleh buat perkiraan dengan lihat berat,harga reserve emas tersebut dan harga semasa emas.

Mungkin emas 916 lebih sesuai untuk dipakai, manakala emas 999 agak jarang sebenarnya dijadikan barang perhiasan diri kerana strukturya tidak seteguh emas 916.

Emas 750 agak sukar untuk dijual semula. Jadi terpulang jika ingin membida emas 750.




Bersambung di artikel berikutnya.


Mat Drat @ SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

No comments:

Post a Comment