Sunday, 22 March 2020

CCRIS Bank Negara Malaysia


CCRIS

CCRIS adalah singkatan kepada Central Credit Reference InformationSystem, atau dalam Bahasa Malaysia-nya "Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit".

Report kredit CCRIS ini disediakan dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM), di mana report CCRIS ini akan mengumpulkan semua maklumat kredit yang diperolehi dari institusi kewangan di Malaysia seperti bank dan syarikat insuran/takaful.



Dimana Nak Dapatkan Report CCRIS
Semasa proses permohonan pinjaman, pihak bank akan dapatkan report CCRIS itu.
Walau bagaimana pun, kita sendiri boleh dapakan report CCRIS ini melalui 2 saluran iaitu :
  1. Pergi ke kiosk CCRIS di Bank Negara Malaysia
  2. Daftar di e-CCRIS dan jana report secara online
Penulis telah gunakan kedua-dua kaedah di atas.

Kedua-dua report yang dijana adalah sama kerana ia dari sistem yang sama. Kelebihan online adalah kita boleh save di komputer/hp, boleh access bila-bila masa.

1. Kiosk di Bank Negara Malaysia

Baru-baru ni penulis dapatkan report CCRIS terus dari kiosk di BNM. Langkah mudah sahaja.


  1. Pergi ke BNM, Tower yang terdapat kaunter BNM Link & CCRIS (Boleh tanya Polis Bantuan jika tidak tahu)
  2. Tidak perlu daftar, terus sahaja ke mesin/kiosk yang disediakan.
  3. Ada beberapa mesin/kiosk
  4. Masukkan IC / Kad pengenalan dan ikut langkah mudah
  5. Report CCRIS sedia di ambil.
  6. Tak sampai 3 minit, selesai.

Nota:
Jika selesai print report CCRIS, ambil peluang untuk terus daftar eCCRIS di mesin/kiosk tersebut. Step-step untuk eCCRIS, penulis kongsikan di bawah

Report CCRIS Bank Negara Malaysia
Kiosk CCRIS di BNM
sumber : Google Map
Report CCRIS Bank Negara Malaysia
Proses dapatkan report CCRIS hanya beberapa minit
sumber : Google Map
Report CCRIS Bank Negara Malaysia
Masukkan I/C dan ikut step mudah.
JANGAN lupa collect laporan kredit kita

Dan JANGAN LUPA daftar eCCRIS

2. eCCRIS BNM Online

Jika ingin mendapatkan eCCRIS online, step ini perlu dilakukan
  1. 1. Daftar (One-time registration) di mana-mana pejabat BNM (Bank Negara Malaysia) atau cawangan AKPK (Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit).
  2. Pendaftaran boleh di buat di kiosk yang di sediakan;
    • Verify I/C
    • Register no hp untuk dapatkan no PIN
  3. Tunggu 6-digit PIN number di hantar ke hp
  4. Log in https://eccris.bnm.gov.my  dan ikut arahan"First-time Login"
  5. Set ;
    • preffered user ID dan password
    • pilih security image
    • set 3 security question dan jawapan
  6. Selesai daftar dan boleh print report CCRIS
Untuk maklumat lanjut, boleh BNM telelink di 1300 88 5465.

Boleh tontoni video dari BNM di bawah 👇👇👇




Report CCRIS Bank Negara Malaysia
Contoh laporan CCRIS. 

Mat Drat @ SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
.....................................................................................

No comments:

Post a Comment