Monday 23 March 2020

BANTUAN RM 600 PERKESO : CARA MEMOHON ERP (PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN)



PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN / EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)

Pihak kerajaan telah mengumumkan di dalam PRE 2020 (Plan Ransangan Ekonomi 2020) bantuan kepada mereka yang terjejas dengan pandemic Covid19 yang melanda negara dan dunia ini keseluruhannya.

Antara bantuan yang diumumkan dalam PRE 2020 tersebut adalah Employment Retention Program (ERP) / Program Pengekalan Pekerjaan. Melalui program ini, mereka yang terjejas akan diberi bantuan RM 600 sebulan (maksima 6 bulan).


APA ITU PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAAN (ERP)
Program Pengekalan Pekerjaan adalah satu program bantuan kewangan segera sebanyak RM 600 yang diberikan kepada pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji akibat Covid-19. Tempoh Bantuan adalah 1-6 bulan, berdasarkan notis cuti tanpa gaji yang diberikan oleh majikan.


SYARAT LAYAK MENERIMA BANTUAN  ERP
  1. Semua pekerja sektor swasta termasuk pekerja sambilan yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP (Sistem Insuran Pekerjaan).
  2. Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM 4,000 dan kebawah sahaja.
  3. Majikan telah mengeluarkan notis cuti tanpa gaji minima  antara 1 bulan hinga 6 bulan (minima 30 hari)
  4. Notis dikeluarkan selepas 1 Mac 2020



CARA MEMOHON ERP

  1. Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi  pihak pekerja melalui borang yang disediakan.
  2. Download Borang Permohonan ERPC-19
    • xlsxBORANG - PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 - PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)
    • pdfBORANG - ERPC-19
  3. Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui e-mel kepada erpc@perkeso.gov.my 


CARA PEMBAYARAN

Pembayaran akan dikreditkan kepada akaun majikan dan majikan bertanggungjawab untuk mengkreditkan terus ke akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran dari PERKESO.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat perkeso terdekat atau emel terus ke perkeso@perkeso.gov.my

Rujukan-rujukan lain:

1. pdfKENYATAAN MEDIA PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI
2. pdfSOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN – EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)


No comments:

Post a Comment