Saturday 21 March 2020

CCRIS vs CTOS : Apa perbezaannya ?

CCRIS vs CTOS : Apa yang beza

Penulis nak kongsi sikit mengenai CCRIS dan CTOS.  Beberapa bulan kebelakangan ni, penulis ada berurusan beberapa kali dengan pihak untuk tujuan pinjaman, jadi dapatlah report CCRIS dan CTOS ni.

CCRIS vs CTOS : Apa beza antara keduanya

Okey, secara amnya, kedua-dua ini mengeluarkan report mengenai kewangan kita dan sangat penting dalam proses permohonan pinjaman. Walau bagaimana pun, terdapat sedikit perbezaan dia antara kedua-dua report ini .


....................................................................................................

CCRIS

CCRIS adalah singkatan kepada Central Credit Reference InformationSystem, atau dalam Bahasa Malaysia-nya "Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit".

Report kredit CCRIS ini disediakan dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM), di mana report CCRIS ini akan mengumpulkan semua maklumat kredit yang diperolehi dari institusi kewangan di Malaysia seperti bank dan syarikat insuran/takaful.

Maklumat Dalam CCRIS
Antara maklumat yang dipamirkan di dalam report CCRIS ini adalah
  • Jenis Pinjaman / kredit yang masih ada dengan isntitusi kewangan, seperti pinjaman perumahan, pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi dan kad kredit.
  • Nama institusi pemberi pinjaman dan baki pinjaman beserta bayaran ansuran bulanan.
  • Rekod bayaran bulanan tertunggak untuk tempoh 1 tahun kebelakang.
  • Report ini juga akan menyatakan jika ada apa-apa tindakan undang-undang yang sedang dikenakan kepada kita berkaitan pinjaman di atas.
  • Selain itu, rekod permohonan pinjaman / kad kredit untuk tempoh setahun juga akan dipaparkan sama ada telah diluluskan atau dalam proses kelulusan.


Jadi, report dari CCRIS ini adalah sangat penting bagi institusi kewangan dalam membuat penilaian bagi permohonan pinjaman kita.

Jika report yang dikeluarkan adalah 'cantik', di mana tiada rekod bayaran tertunggak atau tiada tindakan undang-undang yang sedang diambil, maka peratus permohonan untuk lulus adalah lebih tinggi berbanding jika rekod buruk.

Jika tiada rekod kredit/pinjaman langsung pula, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang baik kerana bank tidak tahu profile kredit kita. Jadi, jika ada rekod pinjaman adalah lebih baik berbanding mereka yang tiada rekod langsung. Yang penting, rekod kena cantik.

Nota
Report CCRIS hanyalah report status pinjaman dengan institusi kewangan dan bukanlah report blacklist. 


Contoh Report CCRIS BNM



Dimana Nak Dapatkan Report CCRIS
Semasa proses permohonan pinjaman, pihak bank akan dapatkan report CCRIS itu.
Walau bagaimana pun, kita sendiri boleh dapakan report CCRIS ini melalui 2 saluran iaitu :
  1. Pergi ke kiosk CCRIS di Bank Negara Malaysia
  2. Daftar di e-CCRIS dan jana report secara online
Penulis telah gunakan kedua-dua kaedah di atas.

Untuk dapatkan report di kios di Bank Negara Malaysia, boleh ke link ini. Penulis kongsikan pengalaman penulis.

Jika ingin mendapatkan eCCRIS online, step ini perlu dilakukan
1. Daftar di kiosk BNM / Kaunter BNM.
2.Log in https://eccris.bnm.gov.my  dan ikut arahan step by step.

Boleh tontoni video dari BNM di bawah 👇👇👇





Penting ke Report CCRIS
Sangat penting kepada pihak institusi kewangan dalam menilai risiko dan keupayaan kita membuat bayaran pinjaman .
Sangat penting kepada kita sendiri untuk melihat rekod pinjaman kita. Di sini juga kita dapat mengesan sekiranya ada sebarang pinjaman yang kita tidak sedari, yang mungkin dipohon tanpa pengetahuan kita.



..................................................................................

CTOS

CTOS pula adalah singkatan kepada Credit Tip-Off Services.

Report CTOS ini disediakan oleh pihak swasta dimana report ini turut digunakan oleh institusi kewangan terutamanya bank di dalam memproses permohonan kredit seseorang atau syarikat.

Report CTOS ini pula akan mengumpulkan maklumat dari pelbagai pihak. Bagi maklumat MyCTOS, ia mungkin mendapatkan maklumat dari institusi-institusi kewangan, syarikat multinasional, agensi kerajaan, perniagaan, firma undang-undang dan penjamin kredit.

Bagi maklumat kredit pula, ia akan dikumpulkan oleh CTOS dari sumber-sumber seperti
1. Surahanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2. Report CCRIS dari BNM
3. Cek dikembalikan dari BNM
4. Surat Khabar
5. Penerbitan Warta
5. Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM)

Maklumat Dalam CTOS
Report CTOS ini akan turut menunjukkan maklumat detail kita, seperti alamat-alamat yang pernah kita gunakan..
Report CTOS Score pula akan menunjukkan keboleh upayaan kita menjelaskan pinjaman
Ia turut menunjukkan jumlah pinjaman (total liabiliti), rekod tidak patuh bayaran, rekod bankrupsi., rekod tindakan undang-undang dan juga rekod permohonan pinjaman.

Penting ke Report CTOS
Sangat penting kepada pihak institusi kewangan dalam menilai keboleh upayaan kita terhadap komitmen pinjaman.
Sangat penting kepada kita sendiri untuk melihat score kredit kita. Jika agak kurang memuaskan, kita boleh baiki sebelum membuat permohonan pinjaman bagi meningkatkan peratus untuk lulus.

Dimana Nak Dapatkan Report CTOS
Boleh diperolehi secara online dengan mendaftar di https://ctosid.ctos.com.my

Contoh Report CTOS


Mat Drat @ SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇


No comments:

Post a Comment