Monday 23 March 2020

PENGELUARAN i-LESTARI KWSP RM 500


PENGELUARAN i-LESTARI KWSP RM500 - PAKEJ RANSANGAN EKONOMI


Sidang Media pada 23 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan antara langkah meringankan bebanan mereka yang terkesan dengan wabak Coronavirus (Covid-19) ini adalah dengan membenarkan pengeluaran wang dari akaun KWSP mulai 1 April 2020.



"Kerajaan menjangkakan 12 juta ahli KWSP akan memanfaatkannya dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 bilion," katanya beliau lagi.

Beliau berkata, dengan pengumuman inisiatif tersebut, ia akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket untuk membeli barang-barang keperluan harian.

Susulan pengumuman tersebut, Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenar mengeluarkan wang simpanan di Akaun 2 melalui pengeluaran i-Lestari bagi menampung keperluan keluarga berikutan wabak koronavirus (Covid-19) melanda negara.

Bagi yang ingin mengeluarkan wang melalui i-Lestari ini, ingatlah bahawa tujuan i-Lestari ini adalah untuk membantu kelangsungan hidup ketika berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini. 

Gunakanlah duit tersebut sebaik mungkin sebagai mana dinasihatkan oleh Perdana Menteri kita.

"Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang- barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga selain sebahagiannya mungkin digunakan untuk membayar bil," katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata, walaupun jumlahnya tak seberapa, wang hasil titik peluh yang sepatutnya digunakan hari tua telah dibenarkan pengeluarannya pada masa ini.

"Insya-ALLAH, jika wang ini digunakan secara berhemah akan ada keberkatannya untuk saudara dan saudari seisi keluarga," katanya.


Pengeluaran i-Lestari KWSP

  1. Boleh dikeluarkan mulai 1 April 2020
  2. Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun) (Tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat)
  3. Pengeluaran hanya boleh dibuat dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021.
  4. Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021
  5. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

Siapa Layak Buat Pengeluaran i-Lestari


  1. Warganegara Malaysia* dan Pemastautin Tetap
  2. Berumur bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2**

* Bagi Bukan Warganegara mungkin akan dibuka kemudian
**Tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat


....................................................................................................


Cara Pengeluaran i-Lestari

Lengkapkan borang permohonan dan kemukakan melalui 3 saluran berikut ;
  1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
  2. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang boleh dimuat turun dari dilaman web KWSP apabila telah dimuat naik); ATAU
  3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)
Memandangkan sekarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, penulis cadangkan bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran i-Lestari tidak perlulah ke pejabat KWSP dahulu. 

Untuk makluman, Pejabat KWSP hanya akan dibuka semula pada 01 April 2020.

Minimakan pergerakan dan cuba guna 3 saluran di atas.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian KWSP di 03-8922 600 
atau rujuk Q&A i-Lestari



Mat Drat @ SayangWang



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

No comments:

Post a Comment