Tuesday 24 March 2020

MORATORIUM - 6 bulan Tiada Bayaran Ansuran

Moratorium 6 bulan tangguh ansuran pinjaman

MORATORIUM

Bank Negara Malaysia (BNM) pada 24 Mac 2020 telah mengarahkan moratorium enam bulan secara automatik ke atas semua pinjaman bank,  (kecuali baki kad kredit) bagi semua Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan individu - ianya sebagai satu langkah tambahan oleh BNM bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh PKS dan individu di dalam menghadapi pandemic wabak Coronavirus (Covid-19) ini.

Langkah ini sebagai satu usaha untuk meringankan aliran tunai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan individu yang berkemungkinan akan terjejas oleh pandemic Covid-19.

Dokumen yang dapat dilihat di media sosial mulai malam tadi,  menunjukkan BNM telah menulis kepada bank-bank komersial mengenai langkah terbaru ini - Moratorium.  Walaubagaimana pun,  pinjaman dan faedah yang terakru dalam tempoh ini akan masih diambil kira. 

"Institusi perbankan akan memberikan moratorium automatik ke atas semua pinjaman/pembayaran pembiayaan, prinsipal dan faedah (kecuali bagi baki kad kredit) oleh individu dan peminjam/pelanggan PKS untuk tempoh enam bulan dari April 1, 2020," penyata itu dibaca.


Moratorium - Apa yang perlu kita tahu

Secara ringkasnya, moratorium automatik ini  :
  • Peminjam tidak perlu bayar pinjaman selama 6 bulan bermula 1 April 2020. Maksudnya mulai pembayaran ansuran bagi April sehingga September adalah ditangguhkan. 
  • Semua jenis pinjaman adalah layak kecuali baki kad kredit. Pinjaman yang layak mestilah ;
    • tiada tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020
    • pinjaman dalam matawang Ringgit Malaysia
  • Semua bank terlibat.
  • Tidak perlu sebarang permohonan kerana ia adalah automatik bagi pinjaman yang layak. 
  • Bagi yang ingin mengekalkan aturan pembayaran seperti biasa dan tidak perlu penangguhan moratorium ini, perlu menghubungi bank.
  • Walau bagaimana pun,  ia tidak bermaksud pinjaman itu dimaafkan (waived) dalam tempoh 6 bulan tersebut.  Contohnya, katakan sebelum ni pinjaman tamat bulan Jun 2023, dengan monotorium ini pinjaman tersebut akan tamat pada bulan Disember 2023.
  • Pengenaan faedah / kadar keuntungan
    • Bagi pinjaman konvensional - faedah akan dikenakan ke atas baki pinjaman  (prinsiple dan interest portion)
    • Bagi pinjaman Islamic - kadar keuntungan akan dikenakan ke atas baki pokok. Kadar keuntungan tidak akan dicompound selari dengan prinsip syariah.
  • Bayaran melalui potongan gaji. Bagi mereka yang pinjamannya dibayar  melalui potongan gaji, perlu memaklumkan kepada majikan untuk hentikan  potongan 6 bulan. Pada masa yang sama juga hendaklah memaklumkan bank akan perkara ini.
  • Baki kad kredit masih pelu bayar. 
  • 'Conversion' baki kad kredit kepada pinjaman. Bagi mereka yang rasa memerlukan 'bantuan' di mana tidak mampu membayar baki minimum 5%,  baki kad kredit tersebut boleh ditukar kepada pinjaman bertempoh 3 tahun dengan kadar faedah tak melebihi13% setahun. Kadar 13%  lebih rendah dari kadar semasa kad kredit 18%.



Memandangkan ini adalah perkara baru, mungkin akan ada pelbagai persoalan dan penjelasan yang diperlukan oleh peminjam.

Oleh itu, untuk maklumat lanjut akan dibekalkan oleh pihak bank kepada para pelanggan mereka dalam sedikit masa lagi di dalam perlaksanaan moratorium ini. Dari masa ke semasa bolehlah merujuk ke laman web bank yang berkenaan.

Boleh juga hubungi pihak bank terus untuk dapatkan maklumat lanjut. Penulis cadangkan hubungi lah selepas beberapa ketika, sehingga garis panduan atau term n condition dikeluarkan oleh setiap bank.


tangguh bayar ansuran pinjaman bank BNM Bank Islam Maybank
Contoh maklumat disampai kan
oleh Bank Islam di FB Rasmi BIMB









Langkah yang diperkenalkan oleh BNM ini adalah sebahagian langkah di dalam meringankan bebanan dan kesempitan yang dihadapi orang ramai waktu ni.

Pelbagai langkah diperkenalkan kerajaan didalam menghadapi masa sukar ini,  jadi rancanglah kewangan sebaik boleh.

Semoga dimudahkan urusan kita semua dan diberi kekuatan dalam menghadapu saat saat sukar ini.

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
......................................................................................

No comments:

Post a Comment