Friday 27 March 2020

GUNA MORATORIUM LANGSAIKAN HUTANG KERETA, PERSONAL LOAN DAN KAD KREDIT

LANGSAIKAN HUTANG KERETA, PERSONAL LOAN DAN KAD KREDIT dengan cepat


KAEDAH LANGSAIKAN HUTANG CEPAT - GUNA MORATORIUM


Apa yang saya ingin kongsikan ni bukanlah perkara baru, tetapi sudah lama dipraktikkan sebagai satu kaedah untuk melangsaikan hutang dengan cepat. Cuma sekarang kita boleh ambil kesempatan apabila BNM umumkan Moratorium ini.

Rebutlah peluang ni untuk selesaikan hutang.



MORATORIUM

3 hari lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengarahkan moratorium enam bulan secara automatik ke atas semua pinjaman bank,  (kecuali baki kad kredit) bagi semua Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan individu. 


Dan pelbagai pendapat dan pandangan dilontarkan oleh orang ramai mengenai langkah kerajaan (BNM) meringankan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemic Covid-19 ini.

Saya cadangkan, bacalah setiap pandangan kerana setiap pandangan itu dilontarkan dari perspektif yang berbeza, dalam kapasiti berbeza. Jika bermanfaat kepada kita, kita guna pandangan tersebut.



....................................................................................................

BAGUS KE MORATORIUM NI (TANGGUH BAYAR ANSURAN 6 BULAN)

Bagi pandangan saya pula, ia bergantung kepada individu dan ia mengikut kepentingan dan keperluan masing-masing.

Ia mungkin akan sangat berguna kepada mereka yang terkesan dengan pandemic ini kerana ada antara kita yang pendapatannya semakin berkurang di waktu ini.

Ada yg diberhentikan kerja, ada yang diberi notis tanpa gaji, ada yang tidak dapat berniaga sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan, dan ada juga yang tidak dapat membuat 'sales' sewaktu PKP ini seperti ejen insuran, ejen unit trust, ejen jualan langsuung, pemandu teksi dan e-hailing dan pelbagai pihak lain lagi.

Ada yang income biznesnya dah start berkurangan 2-3 bulan awal sebelum bermula Perintah Kawalan Pergerakan, terutama yang terlibat dengan industri pelancongan. 

Jadi sebahagian mereka yang terjejas pendapatan dengan pandemic Covid-19 ini, sangat memerlukan langkah seperti ini (morotarium).

Bagi yang tidak terkesan sangat, maksud saya bagi mereka yang gaji berjalan seperti biasa, boleh juga ambil peluang ni untuk langsaikan hutang-hutang yang sedia ada.

Satu lagi, selain morotarium, kita bolej juga kemudahan yang diberikan atau langkah yang diperkenalkan kerajaan untuk melangsaikan hutang kita. Antara langkah yang turut boleh membantu adalah penurunan caruman KWSP (pekerja) dan pengeluaran i-Lestrari KWSP.

Perlu ke ambik? 
Bagi saya,  ambillah dan guna untuk langsaikan hutang yg sedia ada. Plan properly 


....................................................................................................

KAEDAH LANGSAIKAN HUTANG CEPAT - GUNA MORATORIUM

Apa yang saya ingin kongsikan ni bukanlah perkara baru, tetapi sudah lama dipraktikkan sebagai satu kaedah untuk melangsaikan hutang dengan cepat. Cuma sekarang kita boleh ambil kesempatan apabila BNM umumkan Moratorium ini.

Kebanyakkan kita mempunyai pelbagai loan
1. Loan rumah (portion terbesar biasanya)
2. Loan kereta ( mungkin ada sehingga 2 atau 3 kereta)
3. Personal loan (pun mungkin ada sehingga 2 akaun)
4. Credit Card (mungkin ada kad yang mempunyai baki)
5. Study loan


Ada 2 kaedah yang kita boleh gunakan untuk melangsaikan hutang diatas terutamanya hutang kad kredit dan personal loan kerana biasanya amaun loan agak kecil dan interestnya yang tinggi. 

2 kaedah :
  1. Kaedah Snowball (Bebola Salji)
  2. Kaedah Avalanche ( Runtuhan Salji)
Kedua-dua kaedah ini prinsipnya hampir sama, iaitu gunakan lebihan wang untuk langsaikan hutang sedia ada. Yang membezakan adalah hutang mana yang perlu dilangsaikan dahulu.

Mana satu yang lebih bagus, ia bergantung kepada individu dan porfolio masing-masing. Yang penting, HUTANG MESTI DILANGSAIKAN. Paling tidak, hutang atau pinjaman mesti berlaku penurunan besar.

Kita lihat penjelasan lanjut.....

1. KAEDAH SNOWBALL (BEBOLA SALJI)

Melalui kaedah ini, kita perlu susun dan senaraikan hutang/pinjaman dari yang paling kecil jumlahnya kepada yang paling besar, kemudian menambah momentum untuk melangsaikan hutang dari yang kecil hingga hutang yang besar.

Tonton video ni 👇👇👇


Dari video ni, kita nampak bagaimana dari snowball (bebola salji) kecil ia bergolek kebawah sehingga menjadi besar. 

Dalam konsep hutang, kita langsaikan hutang dari yang paling kecil hingga yang paling besar.

Kaedah dalam keadaan biasa 
1. Senaraikan hutang (kecil ke besar) mengikut baki pinjaman.
2. Kurangkan belanja yang tidak perlu untuk tingkatkan aliran tunai.
3. Bayar minimum semua hutang kecuali yang paling kecil.
4. Bayar lebih (sebanyak boleh) hutang paling kecil sehingga hutang selesai.
5. Ulang langkah sehingga hutang-hutang berikutnya selesai

Kaedah dalam keadaan morotarium
Dalam tempoh moratorium ni, seakan langkah 3 kita 'adjust' sedikit!!

1. Senaraikan hutang (kecil ke besar) mengikut baki pinjaman.
2. Kurangkan belanja yang tidak perlu untuk tingkatkan aliran tunai.
3. Tangguh bayar semua hutang (moratorium) kecuali hutang kad kredit atau yang paling kecil.
4. Bayar lebih (sebanyak boleh) hutang paling kecil sehingga hutang selesai.
5. Ulang langkah sehingga hutang-hutang berikutnya selesai.


CONTOH
Saya bagikan contoh untuk mudah difahami. Katakan baki hutang  kita
Jenis 
 Pinjaman 
  Pokok 
(RM)
 Baki Pinjaman 
(RM)
 Ansuran 
Bulanan
Kad Kredit  - 3,800 200*
 Pinjaman Peribadi 1 # 30,00010,000 300
Pinjaman Kereta # 70,00015,000700
Pinjaman Peribadi 2 #50,00035,000 500
Pinjaman Rumah #  400,000 350,000 2,000
* Bayaran Minima 5% bulan April
# Andaikan semua layak moratorium

Apabila BNM mengarahkan moratorium, secara automatik 4 pinjaman di atas kita tidak perlu bayar mulai April 2020 (kecuali kredit kad), dengan syarat tiada pinjaman tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April.

Syarat-syarat lain, boleh baca artikel sebelum ni (link di atas)

Maknanya April nanti kita ada lebihan tunai di tangan sebanyak RM3,500 dari penangguhan bayaran pinjaman peribadi 1 (RM 300), pinjaman kereta (RM700), pinjaman peribadi 2 (RM 500) dan pinjaman rumah (RM 2,000).

Setiap bulan kita ada lebihan RM 3,500 sehingga September nanti.

Mungkin ada yang gaji telah diterima, tetapi bayaran ke bank belum dibuat. Jadi dah boleh terus guna untuk selesaikan hutang paling kecil.

a. Langsaikan hutang/pinjaman pertama
Dalam kaedah ini, kita akan selesaikan dahulu hutang kad kredit kerana ia paling kecil iaitu RM3,800.

Bulan April, kita sudah mampu selesaikan baki hutang kad kredit.

Baki awal                    RM 3,800
Tolak :
Bayaran minima 5%  - RM    200
Lebihan tunai            - RM 3,500
Baki                           RM   100

b. Langsaikan hutang/pinjaman kedua
Dalam contoh ni pinjaman berikutnya adalah pinjaman peribadi 1 berjumlah RM10,000. 

Kita akan selesaikan hutang kad kredit, yang berbaki RM100 dan  kemudian langsaikan hutang kedua terkecil (pinjaman peribadi 1). 

Bulan May, kita ada lebihan tunai RM 3,600
- RM 3,500 seperti bulan sebelum ni dan 
- RM100 portion kad kredit yang dah diselesaikan.

Jun : lebihan tunai = RM 3,700 ( RM 3,500 = RM200).
Julai : lebihan tunai RM 3,700 ( RM 3,500 = RM200).
Jumlah terkumpul = RM 11,000

Pada bulan ni kita dah boleh selasaikan pinjaman kedua iaitu pinjaman peribadi 1 yang berjumlah RM10,000. Dan kita masih ada baki RM 1,000

Nota:
Ingat : cukup duit, terus langsaikan/settlekan pinjaman sebab walaupun bank bagi moratorium, kadar faedah tetap berjalan.

c. Langsaikan hutang/pinjaman berikutnya
Proses di atas kita teruskan lagi .

Dalam contoh ini, lebihan tunai dari Julai ada lagi baki RM 1,000. Ogos dan September tambah lagi RM3,700 setiap bulan. 

Jumlah lebihan dah ada  RM8,300.

Ingat Apabila October nanti, bayaran ansuran bulanan pinjaman akan berjalan seperti biasa. TAPI yang bestnya, kita hanya tinggal 4 pinjaman sahaja yang perlu diselesaikan berbanding sebelum ni 6 pinjaman.

Mulai October, kita ada lebihan tunai sebanyak RM 500 setiap bulan. Ini lebihan tunai dari 
- byran kad kredit (RM200) : Baki dah kosong.
- ansuran pinjaman peribadi 1 (RM300) : Dah selesai.

Dalam masa 10 bulan, kita ada RM 13,300 
- RM8,300
- RM 5,000 (RM 500 X 10 bulan).  
Waktu ni kita dah boleh selesaikan pinjaman ke 3 kita iaitu pinjaman kereta yang asalnya berbaki RM20,000.

Asalnya memang baki RM20,000, tetapi 10 bulan selepas tamat moratorium ni kita juga buat bayaran ansuran seperti biasa berjumlah RM700/bulan.  10 bulan dah bayar sebanyak RM 7,000. 

Jadi baki mungkin sekitar RM 13,000. Rajin-rajin buat semakan dengan bank untuk tahu baki pinjaman kita. 

Semak baki pinjaman, tidak dikenakan apa-apa bayaran!! 

Maknanya dalam tempoh 16 bulan (dalam kes ni), kita dah berjaya selesaikan 3 pinjaman.
- baki kad kredit
- pinjaman peribadi 1
- pinjaman kereta

d. Langsaikan hutang/pinjaman berikutnya lagi.
Proses di atas kita teruskan lagi. Lebihan tunai semakin besar, lagi cepat kumpul tunai untuk selesaikan pinjaman.

Pinjaman Rumah - nasihat
Dalam kes ni, lepas selesai pinjaman peribadi 2, boleh terus kumpul tunai dari lebihan tunai. Nak selesaikan pinjaman rumah sekaligus, memang susah sikit.

Jadi selepas satu ketikan apabila sejumlah tunai dah terkumpul, bolehlah ke bank untuk buat pembayaran kurangkan pokok atau prinsiple pinjaman.

Kena inform bank betul-betul, ingin kurangkan prinsiple pinjaman, dan bukannya buat bayaran untuk pendekkan tempoh pinjaman. Kurangkan prinsple pinjaman adalah lebih baik dari pendekkan tempoh pinjaman.

2. KAEDAH AVALANCHE (RUNTUHAN SALJI)

Melalui kaedah ini, kita senaraikan hutang/pinjaman dengan kadar faedah/kadar keuntungan (islamic loan) dari yang paling kecil kepada yang paling tinggi, kemudian langsaikan hutang dari yang pinjaman paling tinggi faedah/kadar keuntungan yang dikenakan.


Tonton video ni 👇👇👇


Dari video ni, kita lihat runtuhan salji menutupi kawasan yang paling tinggi dan terus menutupi kawasan lebih rendah. Dalam aspek kewangan (kaedah pengurangan hutang), kita kumpul sejumlah wang dan selesaikan dahulu hutang dengan interest/kadar keuntungan paling tinggi.

Kaedah dan stepnya sama seperti Snowball di atas, cuma pemilihan hutang mana yang perlu diselsaikan sahaja berbeza.  

Kaedah dalam keadaan biasa 
1. Senaraikan hutang (kecil ke besar).
2. Kurangkan belanja yang tidak perlu untuk tingkatkan aliran tunai.
3. Bayar minimum semua hutang kecuali yang kita ingin jelaskan.
4. Bayar lebih (sebanyak boleh) hutang paling tinggi kadar faedah.
5. Ulang langkah sehingga hutang-hutang berikutnya selesai

Kaedah dalam keadaan morotarium
Dalam tempoh moratorium ni, seakan langkah 3 kita 'adjust' sedikit!!

1. Senaraikan hutang (kecil ke besar).
2. Kurangkan belanja yang tidak perlu untuk tingkatkan aliran tunai.
3. Tangguh bayar semua hutang (moratorium) kecuali hutang kad kredit atau yang ingin kita jelaskan.
4. Bayar lebih (sebanyak boleh) hutang paling tinggi kadar faedah.
5. Ulang langkah sehingga hutang-hutang berikutnya selesai


CONTOH
Guna contoh di atas, cuma ada ambil maklumat faedah/kadar keuntungan.

Kadar faedah/kadar keuntungan biasanya bagi kad kredit (15-18%), pinjaman peribadi (3.5% - 10%) dan pinjaman kereta dalam (4% - 6%).

Pinjaman rumah, kita letak last sekali sebab amaun dia BESAR dan ia reducing balance.


Jenis 
 Pinjaman 
  Pokok 
(RM)
 Baki Pinjaman 
(RM)
 % Ansuran 
Bulanan
Kad Kredit - 3,80018% 300
Pinjaman Kereta # 70,00015,0004.5%700
Pinjaman Peribadi 1 #30,00010,0004.0%300
Pinjaman Peribadi 2 #50,000 35,0003.8% 500
Pinjaman Rumah #  400,000  350,000 4.5%  2,000
* Bayaran Minima 5% bulan April
# Andaikan semua layak moratorium
Pinjaman rumah 4,5%, biasanya adalah reducing balance.


Prinsip sama seperti dikaedah snowball, cuma kaedah avalanche, kita akan kumpul tunai untuk selesaikan hutang dengan kadar interest paling tinggi berbanding sebelum ni selesaikan hutang paling kecil.

Dalam contoh ni, kita akan selesaikan dulu pinjaman kad kredit (18%), dan diikuti pinjaman kereta dan seterusnya mengikut senarai di atas.

Logiknya adalah untuk mengelak membayar faedah/kadar keuntungan yang tinggi. Lagi tinggi, lagi lama diselesaikan menyebabkan faedah / kadar keuntungan lagi besar kenaikan berbanding pinjaman dengan faedah yang rendah.


PESANAN DAN NOTA

Kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang, mungkin hanya sesuai untuk orang tertentu.

Yang penting buat analisa dahulu, dan rancang dengan bijak.

Sesiapa yang pernah merasa selesai membuat pembayar penuh pinjaman setelah bertahun membayar, pasti tahu kepuasan yang dirasai. 

Didalam melaksanakan kaedah ini, untuk melihat keberkesanannya, pesanan saya 
  1. Gunakan lebihan tunai utk settlekan loan sedia ada.
  2. Settlekan loan dengan kadar interest/keuntungan paling tinggi atau baki paling kecil. 
  3. Ikut kaedah mana lebih sesuai.
  4. Jgn guna lebihan tunai utk belanja lebih dari biasa, atau benda yang tak perlu. Kata lain, ubah gaya hidup supaya lebih berhemah.
  5. Disiplin dlm perbelanjaan
  6. Jgn buat dan membina hutang kredit kad baru
  7. Apabila loan kereta selesai, jgn gatal nak buat loan kereta lain. Tahan sikit nafsu nak tukar kereta.
Nota:
Boleh juga pertimbangkan untuk cepatkan penyelesaian bayaran hutang dengan lebihan tunai sekiranya ambil pilihan 
- pengurangan caruman KWSP kepada 7%
- pengeluaran tunai KWSP RM 500 sebulan.


Semoga berjaya dan jadilah orang yang bebas kewangan (financial freedom)

Dan saya pesan sekali lagi, ini hanyalah pandangan saya sahaja, dan tidak semestinya sesuai untuk semua orang kerana setiap org mempunyai profolio hutang yang berbeza beza. Buat pengiraan sendiri dan rancang dengan bijak.

~Mat-Drat @SayangWang ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

11 comments:

  1. Terima Kasih atas perkongsian. Mcm praktikal, boleh guna ni settlekan loan personal

    ReplyDelete
  2. kalau ada duit lebihan better selesaikan la hutang2 tu tp kalau yg terjejas tgh musim PKP ni bole la guna sebaiknya duit bantuan yg diberikan

    ReplyDelete
  3. wah benda baru saya belajar harini. boleh aplikasikan ni nanti. thank you for sharing!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah buat masa ni Suami atau anak-anak tidak lagi ada bebenan hutang yang di luar kemampuan, takut sebenarnya nak berhutang ni..tapi bagi mereka yang memang memerlukan, harapnya dapat di guna dan di seelsaikan dengan baik..thank for the info..

    ReplyDelete
  5. saya memang buat snowball dari dulu dan alhamdulillah satu persatu loan dapat langsai. and yes akan gunakan monatorium ni untuk langsaikan loan kereta pulak. moga dipermudahkan aamiin

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing. Info yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  7. info menarik dalam merancang kewangan keluarga dan diri. terima kasih atas perkongsian. ramai yang tak tahu pasal benda ni lagi.

    ReplyDelete
  8. thanks sharing info ni. bab kewangan camni saya banyak kena study dan ambil tau lagi

    ReplyDelete
  9. Thanks di atas perkongsian tips pengurusan kewangan. Berguna buat mereka untuk uruskan hutang. Nampak jelas lagi bersuluh cara nak langsaikan.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian, info yang sangat bergunaa. Setakat ni iena bayar semua lagi. iena keluarkan duit kwsp tu. Tapi tak puas hati parking kereta kat opis still kene bayar walaupun bulan 4 and 5 tak masuk opis..rasa sedih sangat..dah la parking Q sentral mahal RM320 satu bulan..terasa jugak la..huhu

    ReplyDelete
  11. Info menarik.... Terima kasih atas perkongsian mengenai hutang.. Stkt ni alhamdulillah xde hutang.. Tp boleh jdkn rujukan jika perlu tahu mengenai ini..

    ReplyDelete