Terdetik untuk menulis berkenaan isu 'memakan harta anak yatim' susulan pendedahan salah seorang ahli keluarga mangsa kemalangan DUKE Highway baru-baru ini yang mengatakan anak mangsa kemalangan dinafikan oleh pakcik mereka sendiri dari hak menerima wang sumbangan orang ramai.
Rasanya ramai telah membaca akan pendedahan itu. Saya tidak mahu menulis mengenai kes itu secara khusus, Cuma ingin berkongsi sedikit mengenai larangan memakan harta anak yatim dan peringatan kepada mereka yang menjaga anak-anak yatim dan harta mereka.
Mungkin ramai yang sedia maklum akan larangan memakan harta anak yatim ini dan mungkin ada juga yang tidak pernah mendengar mengenai larangan ini. Dan amat malanglah mereka yang mengetahu akan larangan ini tetapi buat-buat tak peduli akan larangan ini dan memakan harta anak yatim tanpa rasa bersalah.
Saya ni bukan tahu sangat ilmu agama tapi bab larangan memakan harta nak yatim memang saya sedari dari dulu lagi. Sering kali diingatkan melalui ceramah di masjid, di TV mahupun di radio atau melalui pembacaan media bercetak atau secra online.
Larangan dan Amaran Memakan Harta Anak Yatim
Allah SWT berfirman:
ุฅَِّู ุงَّูุฐَِูู َูุฃَُُْูููู ุฃَู
َْูุงَู ุงَْููุชَุงู
َู ุธُْูู
ุงً ุฅَِّูู
َุง َูุฃَُُْูููู ِูู ุจُุทُِِูููู
ْ َูุงุฑุงً َูุณََูุตََْْููู ุณَุนِูุฑุงً
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim dengan cara yang tidak lurus, mereka akan memakan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk kedalam api yang menyala-nyala." (QS an-Nisฤ [4]: 10)
Jelas di sini Allah S.W.T memberi amaran bahawa mereka yang memakan harta anak yatim secara tidak betul akan menerima balasan yang amat pedih di akhirat kelak - di mana mereka dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan disuapkan api kedalam mulut mereka sehingga penuh perut mereka..
Apa pula pesanan nabi kita....
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Hindarilah tujuh hal yang akan membinasakan.”
Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang tujuh hal itu?” Beliau menjawab, “Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah untuk dibunuh kecuali yang dibenarkan, memakan barang hasil riba, memakan harta anak yatim!”
Jelas di dalam ayat AlQurran dan Hadis nabi di atas, di ingatkan akan larangan memakan harta anak yatim.
Memakan harta anak yatim….pasti akan membinasakan si pemakannya!!!
Jadi berhati-hati dalam menguruskan harta mereka.
Menjaga dan Menguruskan Harta Anak Yatim
Allah berfirman:
َูุงุจْุชَُููุงْ ุงَْููุชَุงู
َู ุญَุชََّู ุฅِุฐَุง ุจََูุบُูุงْ ุงَِّูููุงุญَ َูุฅِْู ุขَูุณْุชُู
ู
ُِّْููู
ْ ุฑُุดْุฏุงً َูุงุฏَْูุนُูุงْ ุฅَِِْูููู
ْ ุฃَู
َْูุงَُููู
ْ َููุงَ ุชَุฃَُُْููููุง ุฅِุณْุฑَุงูุงً َูุจِุฏَุงุฑุงً ุฃَู َْููุจَุฑُูุงْ َูู
َู َูุงَู ุบَِّููุงً ََْูููุณْุชَุนِْْูู َูู
َู َูุงَู َِูููุฑุงً ََْูููุฃُْْูู ุจِุงْูู
َุนْุฑُِูู َูุฅِุฐَุง ุฏََูุนْุชُู
ْ ุฅَِِْูููู
ْ ุฃَู
َْูุงَُููู
ْ َูุฃَุดِْูุฏُูุงْ ุนََِْูููู
ْ َََูููู ุจِุงِّููู ุญَุณِูุจุงً
"Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk berkahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah bijak (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barang siapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa yang miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu)."
Dari ayat ini beberapa perkara pokok boleh diambil sebagai panduan bagi mereka yang menguruskan harta anak yatim.
1. Tempoh penjagaan harta
"Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk berkahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah bijak (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya.
Penjaga anak yatim hendaklah menyerahkan harta anak-anak yatim itu kepada mereka apabila mereka telah dewasa ( mampu memelihara dan menguruskan ). Maksudnya si penjaga tidak mempunyai hak mutlak dan bukanlah mempunyai kuasa keatas harta anak-anak yatim sampai bila-bila. Hak mengurus akan terhenti apabila anak-anak yatim telah dewas.
2. Jangan mengambil lebih dari sepatutnya
“Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas sepatutnya dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa”.
Maksudnya sangat jelas di sini supaya penjaga anak yatim tidak mengambil lebih dari sepatutnya... cukuplah sekadar untuk kelangsungan hidup si penjaga di dalam menguruskan anak-anak yatim.
Dan juga diingatkan agar penjaga tidak sekali-kali membelanjakan duit anak yatim itu secara tergesa-gesa atau secara boros sebelum mereka dewasa. Mungkin ada penjaga yang tidak mahu menyerahkan harta anak yatim itu kepada anak yatim jagaan nya apabila mereka dewasa, atau mahu menikmati kemewahan harta anak yatim sebelum menyerahkannay…. jadi dia membelanjakan sewenang-wenangnya harta anak-anak yatim tersebut . Ini juga ditegah oleh Islam.
Larangan ini untuk memastikan harta anak yatim jatuh ketangan yang berhak iaitu anak yatim itu sendiri.
3. Penjaga yang miskin
“Barangsiapa (dari pemelihara anak yatim itu) yang cukup mampu, hendaklah ia menjaga dirinya (dari memakan harta anak yatim yang dipeliharanya) dan siapa yang hidup miskin, boleh memakannya menurut cara yang patut.”
Maksudnya, jika penjaga anak yatim itu adalah seorang yang kurang berkemampuan, dia boleh mengambil harta anak yatim itu sekedar keperluannya saja; mengambil sekadar upah pekerjaannya (menjaga anak-anak yatim). Berpada pada di dalam mengambil harta naka yatim walau dibenarkan. Tapi harus diingat, kelonggaran ini hanya diberikan kepada penjaga yang miskin, itupun mengambil ada hadnya.
Jika penjaga anak yatim itu dari mereka yang mampu maka hindarkanlah diri dari menggunakan harta anak yatim itu.
4. Penyerahan harta kepada anak yatim
"Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka"
Maksudnya apabila anak-anak yatim telah dewasa dan sampai masanya diserahkan semua harta kepada mereka, hendaklah penyerahan harta itu dibuat dihadapan saksi. Oleh kerana disebut 'saksi-saksi', jadi perlukan saksi lebih dari seorang sewaktu peneyrahan dibuat.
Suruhan penyerahan harta dibuat dihadapan saksi adalah jelas untuk menjaga kepentingan penjaga itu sendiri dan juga anak yatim itu dari perkara-perkara berbangkit kemudian hari. Saksi-saksi ini akan berperanan sekiranya ada perkara berbangkit dikemudian hari. Pelbagai perkara boleh berlaku jika bermain dengan duit apatah lagi jika melibatkan jumlah yang besar.
Dan akhir sekali…. Sekadar peringatan dari saya
"Santunilah anak-anak yatim seperti seorang ayah yang pengasih apabila bersama mereka. Kasihanilah mereka yang telah kehilangan tempat bermanja dan bergantung dan janganlah kita mengambil kesempatan ke atas mereka “
Semoga artikel pendek ini menjadi peringatan untuk diri saya dan juga untuk para pembaca sekalian.
~mat-drat~
No comments:
Post a Comment