Thursday 23 February 2017

Dividen KWSP 2016 - Umum 2017



Dividen KWSP bagi tahun 2016 telah diumumkan oleh pihak KWSP pada 18 Februari yang lalu.




Kadar dividen yang dimumkan adalah sebanyak 5.70% dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM37.08 bilion. Walau pun agak rendah berbanding tahun sebelum, tetapi para pencarum terpaksa menerimanya di dalam keadaan ekonomi dan pasaran sekarang yang semakin mencabar.

Tahun sebelum iaitu bagi tahun 2015, KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.40%

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, KWSP gembira kerana berjaya mengatasi 2 sasaran pelaburan KWSP secara konsisten, iaitu untuk mengisytiharkan kadar dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5% setiap tahun dan kadar dividen sebenar melebihi inflasi sekurang-kurangnya 2% bagi purata bergerak 3 tahun.

Semasa tahun tersebut, Samsudin berkata, KWSP berdepan persekitaran pelaburan mencabar berikutan berlakunya peristiwa yang membimbangkan seperti Brexit dan pilihan raya Presiden di Amerika Syarikat.

Sepanjang 2016, KWSP beroperasi dalam suasana pertumbuhan global kurang memberangsangkan, selain berdepan perubahan polisi kewangan oleh ekonomi utama dunia, kejatuhan harga minyak, nilai mata wang domestik yang lemah serta aliran keluar modal tinggi daripada pasaran negara membangun kepada pasaran negara maju dan kepada mata wang lebih selamat, katanya.

Bermula 2017, prestasi KWSP akan dilaporkan mengikut Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi pengumuman prestasi suku tahun dan tahunan.






Sehingga 23 Disember 2016, sebanyak 635,037 ahli bertukar kepada Simpanan Syariah, dengan penggunaan peruntukan sebanyak RM59.03 bilion daripada peruntukan RM100 bilion yang ditawarkan.

Ahli boleh menyemak pengkreditan dividen 2016 melalui penyata KWSP mereka bermula Ahad, 19 Februari 2017, melalui i-Akaun di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

Selain itu, ahli juga boleh mendapatkan penyata KWSP melalui Kios KWSP atau hadir ke mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.




Rekod Pembayaran Dividen KWSP sebelum ini :


  • 2006 - 5.15 %
  • 2007 - 5.80 %
  • 2008 - 4.50 %
  • 2009 - 5.65 %
  • 2010 - 5.80 %
  • 2011 - 6.00 %
  • 2012 - 6.15 %
  • 2013 - 6.35 %
  • 2014 - 6.75 %
  • 2015 - 6.40 %
  • 2016 - 5.70 %




No comments:

Post a Comment