Wednesday, 12 October 2016

Keburukan Kad Kredit

Jika sebelum ini saya share mengenai kebaikan menggunakan kad kredit, kali ini saya menulis pula sedikit mengenai keburukan kad kredit. Secara peribadinya saya lebih kepada pro kredit kad, bagi saya ia lebih banyak mendatangkan kebaikan. 

Walau bagaimana pun, kad kredit yang mempunyai kebaikan ini jika disalah gunakan atau salah penggunaan akan mendatangkan keburukan kepada pemegang kad itu.

Saya senaraikan beberapa keburukan kad kredit

1. Kadar Faedah Tinggi
Kad kredit biasanya mengenakan kadar faedah/kadar keuntungan yang tinggi sehingga 18%. Walau terdapat beberapa bank yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah, secara kasarnya kadar faedah kad kredit yang dikenakan oleh pihak bank masih tinggi.

Selain kadar faedah yang tinggi, kad kredit juga mempunyai beberapa caj lain sepeti penalti lambat bayar dan caj pengeluaran tunai. 

Dengan kadar faedah yang tinggi dan caj-caj lain, sesorang pengguna itu mungkin akan dibebankan dengan hutang kad kredit jika tidak bijak menggunakannya aau tidak bijak mengurus kewangannya.


2. Memupuk sikap berhutang
Berbelanja dengan kad kredit memang seronok kerana sesorang itu boleh membeli sesuatu walau pun dia sebenarnya tiada wang pada waktu itu. Ini sebenarnya memupuk sikap berhutang. Jika tidak dibendung sikap ini dari awal ia akan menjadi tabiat berbelanja lebih. Kad kredit ini jika tidak digunakan dengan bijak dan diguna sesuka hati, pasti akan membebankan pemegangnya suatu hari nanti.





3. Membeli sesuatu yang tidak perlu
Satu kelebihan kad kredit ini adalah boleh membeli tanpa perlu bawa tunai. Jadi bagi mereka yang gagal mengawal nafsu membeli sesuatu, pasti akan terjebak berbelanja ke atas sesuatu yang tidak perlu . Anak-anak muda terutamanya, jika terlalu ingin mengikut 'trend' atau selalu membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain pasti akan memikirkan kad kredit adalah satu penyelesaian untuknya mendapatkan sesuatu barangan walupun dia sebenarnya tidak mampu dan tidak perlu membelinya.


4. Disalah guna oleh orang lain.
Kad kredit berupaya memeningkan kepala si pemiliknya jika kad tersebut disalah gunakan oleh orang lain. Ia boleh terjadi dalam beberapa keadaan.

Jika kad kredit tersebut tercicir atau dicuri, orang yang menjumpai atau mencurinya boleh berbelanja  dengan menggunakan kad kredit selagi pemilik tidak meghubungi bank untuk maklumkan.

Saya pernah tercicir kad kredit di stesyen minyak beberaa tahun lepas sewaktu mengisi petrol diwaktu malam ( bukan tercicir sebenarnya tetapi tidak dipulangkan oleh pekerja). Pagi keesokkannya baru saya perasan yang kad kredit saya telah hilang. Apabila saya hubungi pihak bank, beberapa transaksi kecil telah dilakukan.

Kad kredit juga terdedah kepada pengklonan atau kecurian data. Jadi berhati-hati membuat pembayaran secara online di laman-laman web yang seakan mencuriga
kan. Laman-laman sesawang ini akan mengambil maklumat dan menyimpan maklumat pembayaran kita dan seterusnya menyalah gunakan kad kredit kita.


~mat-drat~


Baca juga artikel saya yang berkaiatan iaitu :


http://www.sayangwang.com/2016/10/kelebihan-kad-kredit.html

No comments:

Post a comment