Saturday 8 October 2016

Beza Kad Kredit dan Kad Debit serta Kad Caj

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apa beza Kad Kredit dan Kad Debit. Mungkin ada yang ingin tahu juga apa itu Kad Caj. Jadi saya ringkaskan serba sedikit mengenai 3 jenis kad ini.

Beza kad kredit dan kad debit card vs debit card
Beza Kredit Kad dan Debit Card / Credit card vs debit card



Kad Kredit


Kad kredit adalah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh pihak institusi kewangan (bank biasanya) kepada anda untuk anda berbelanja mengikut limit yang diberikan tanpa anda menggunakan wang tunai.

Di Malaysia, kad kredit yang biasa ditawarkan oleh pihak bank adalah Master Card dan Visa kerana kedua-dua kad ini diterima secara meluas di seluruh dunia. Ada juga bank yang menawarkan kad kredit American Expess selain Master Card dan Visa.

Kad kredit ini akan ditawarkan kepada anda dengan had limit yang tertentu berdasarkan beberapa kriteria seperti pendapatan anda dan rekod bayaran sebelum ini (jika mempunyai kad kredit lain). Bagi pemohon kad kredit buat pertama kali, biasanya pihak bank akan memberikan kredit limit yang agak rendah - di bawah RM 5,000. Kredit limit ini akan ditambah berdasarkan kemampuan kewangan, rekod perbelanjaan dan rekod pembayaran anda. Biasanya pihak bank akan tawarkan untuk meningkatkan had kredit limit anda selepas beberapa tahun.

Katakan anda diberikan kad kredit dengan limit RM 5,000 maka anda boleh menggunakan kad ini sehingga RM 5,000 walaupun anda tiada wang sebanyak itu. Jika anda hanya menggunakannya untuk membeli sesuatu barangan berharga RM 2,000, b ermakna anda telah menggunakan RM2,000 kemudahan pinjaman. Ini bermakna anda telah berhutang dengan pihak bank sebanyak RM 2,000. 






Bagi yang pertama kali menggunakan kad kredit, proses penggunaan kad kredit adalah seperti berikut :
1. Anda berbelanja sebanyak RM2,000 menggunakan kad kredit. Ada yang hanya perlu 'swipe' sahaja, ada yang perlu tandatangani di slip dan ada juga hanya perlu disentuh sahaja kepada 'reader' - bergantung kepada jenis kad dan jenis transaksi.
2. Penyata bulanan kad kredit akan dikeluarkan - akan menunjukkan anda telah berbelanja sebanyak RM2,000 dan anda perlu menjelaskannya.
3. Anda akan diberikan tempoh tanpa faedah sebelum membuat bayaran. Biasanya 20 - 25 hari bergantung kepada bank. 
4. Jika anda membuat bayaran dalam tempoh yang dinyatakan, maka anda tidak akan dikenakan sebarang caj faedah/caj keuntungan.
5. Jika bayaran tidak dibuat atau tidak dibayar penuh, caj faedah akan dikenakan atas baki yang belum dijelaskan.
6. Di penyata kad kredit, pihak bank juga akan maklumkan 'bayaran minima'yang perlu dibuat jika tidak mahu membayar penuh amaun hutang. Ada bank menawarkan serendah 2.5% - 5% bayaran minima dari baki hutang kad kredit. Untuk kes ini, anda mungkin perlu membuat bayaran minima RM100 (5%).
7. Jika gagal membayar amaun minima, caj tambahan akan dikenakan selain dari caj faedah / caj keuntungan keatas baki hutang.

Peringatan :
1. Caj faedah/caj keuntungan kad kredit adalah tinggi - sehingga 18% setahun
2. Membayar hanya amaun minima akan menyebabkan anda perlu membatar caj faedah / caj keuntungan yang lebih.


Kad kredit mempunyai beberapa kebaikan dan juga beberapa keburukan. Saya akan kongsikan di artikel berikutnya.

Baca di artikel berikutnya untuk maklumat lebih mengenai kad kredit terutama  ciri-ciri yang yang perlu diketahui sebelum memilih sesuatu kad.








Kad Debit


Kad debit pula adalah sejenis kemudahan pembayaran menggunakan kad yang akan mengurangkan / mendebitkan akaun simpanan anda.

Kad debit yang ditawarkan kepada anda akan 'link' terus dengan akaun simpanan anda. Menjadi 'trend' sekarang bank-bank tempatan seakan tidak lagi mengeluarkan kad ATM Bankcard tetapi mengeluarakan kad debit yang juga berfungsi sebagai kad ATM. 

Dengan kad debit ini, anda bukan sahaja boleh mengeluarkan wang di ATM ( Auto Teller Machine), tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk membuat bayaran.

Cuma bezanya, anda membayar dengan wang anda sendiri yang akan ditolak terus dari akaun bank anda ( akaun simpanan atau akaun semasa) dan bukannya membayar secara pinjaman seperti menggunakan kad kredit.

Kebanyakan kita lebih suka berbelanjan menggunakan kad debit kerana dapat mengelak dari terperangkap dengan hutang kad kredit.

Kad debit yang dikeluarkan di Malaysia sama juga seperti kad kredit, iaitu sama ada Master Card atau pun Visa.


Peringatan :
1. Tetapkan had limit maksima transaksi belian menggunakan kad debit anda untuk mengelak berlaku perkara yang tidak di ingini seperti kad dicuri atau hilang. Mereka yang menjumpai atau mencuri kad debit anda, boleh menggunakannya sehingga 'kering' akaun bank anda. 


Sekali lagi saya ingatkan adalah amat perlu kita tetapkan had limit belian harian untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini seperti kes di atas. 

Untuk makluman, Bank Negara Malaysia juga telah mengarahkan semua bank temapatan menggantikan kad kredit / kad debit sedia ada kepada jenis 'Pin n Pay'. Jadi transaksi menggunakan kad debit / kad kredit atau kad caj mulai 2017 memerlukan dimasukkan nombor pin semasa membuat bayaran dan bukannya hanya 'swipe', tandatangan atau sentuh sahaja. Ini langkah penambah baikan. 

Beza Kad Kredit dan Kad Debit / Credit Card vs Debit Card
Contoh Kad Debit 


Kad Caj


Kad caj sebenarnya hampir sama dengan kad kredit cuma yang membezakan kad caj tidak mempunyai limit. 

Apa yang anda belanja menggunakan kad caj, anda perlu membayar sepenuhnya sebelum tarikh yang ditetapkan.

Pihak bank tidak memberikan kemudahan ini kepada semua orang, tetapi akan diberikan berdasarkan kriteria tertentu.... sudah pastinya rekod kewangan menjadi kriteria utama.


Kad caj yang biasa adalah American Express dan Dinner Club. Apa yang saya perhatikan, kedua-dua kad ini tidak diterima secara meluas berbanding Master Card atau Visa.


~ mat-drat~

1 comment:

  1. Kami menawarkan pinjaman pada kadar faedah 2% untuk tujuan perniagaan dan persendirian memohon sekarang bersama nt bertindak kami vi atau e mail(CHOSENLOANFIRM@GMAIL.COM)

    ReplyDelete