Friday 25 December 2015

Bantuan Khairat Kematian Peneroka Felda

...sambungan...
8. Bantuan Khairat Kematian Peneroka Felda

Skim ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010 sebagai salah satu aktiviti kebajikan yang disumbangkan oleh FELDA kepada peneroka di tanah rancangan. 

Tujuan skim ini adalah sebagai bantuan menguruskan jenazah dan mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung oleh waris.

Belanja pengurusan jenazah RM3,000 dibayar serta merta oleh Pengurus Rancangan kepada waris.
Permohonan bayaran khairat kematian RM7,000 perlu diuruskan oleh waris dalam tempoh satu minggu dari tarikh kematian menggunakan Borang Tuntutan Khairat Kematian Peneroka yang boleh diperolehi di Pejabat Rancangan.

Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pengurus Rancangan untuk dimajukan kepada Pengurus Besar Wilayah dan kelulusan bayaran oleh Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat FELDA.

Bayaran RM7,000 akan dipertimbangkan kelulusannya oleh FELDA setelah kematian peneroka diperakui oleh Pengurus Rancangan dan disahkan oleh Pengurus Besar Wilayah melalui borang PKKP. 
Ibu Pejabat FELDA akan mengeluarkan surat kelulusan bayaran kepada Pengurus Rancangan untuk dibuat bayaran kepada waris.

sumber : laman web rasmi felda

No comments:

Post a Comment