7. Bantuan Khairat Kematian untuk Anggota Bank Rakyat.
Bank Rakyat melalui Yayasan Bank rakyat menawarkan bantuan khairat kematian kepada ahli anggota yang layak. Amaun bantuan adalah berjumlah RM 1,000.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh waris yang menguruskan perbelanjaan pengkebumian dan urusan-urusan lain yang berkaitan.
Kriteria Kelayakan
- Merupakan anggota Bank Rakyat.
- Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.
- Waris yang berhak memohon
- Jika anggota berkahwin-suami / isteri / anak
- Jika anggota tidak berkahwin-ibu / bapa / adik beradik kandung
Dokumen Sokongan
- Satu salinan Sijil Kematian anggota
- Satu salinan kad pengenalan waris
- Satu salinan Surat Nikah, jika dituntut oleh pasangan
- Satu salinan surat beranak waris, jika dituntut oleh anak/adik beradik kandung
- Surat pengesahan daripada Penghulu/Ketua Kampung, jika dituntut oleh ibu/bapa
Prosedure Tuntutan
Tuntutan dan pembayaran dibuat di Cawangan Bank Rakyat. Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan waris.
Untuk maklumat lanjut dan terkini sila ke laman web rasmi Bank Rakyat
mcm mna kalo dah lewat 3bln . lewat 4 hari ðŸ˜
ReplyDeleteKena pergi ke Caw Bank Rakyat utk dapatkan kepastian , atau cuba call hotline bank rakyat, mungkin mereka boleh jawab dgn tepat
ReplyDeleteAda seorang pembaca komen, tapi saya terdelete.
ReplyDeleteKhairat Kematian hanya untuk ahli (mereka yang memegang saham bank rakyat). Bagi akaun simpan an (saving) tiada Khairat kematian
Ayah saya baru sahaja meninggal..dan dia memegang saham bank rakyat ..tp saya nak buat tuntutan utk khairat kematian je tetapi dia minta macam² ..sampai kena buat suratlah utk persetujuan adik beradik semua kalau nak tuntut..
DeleteMungkin utk elak tuntutan oleh waris lain. Rasanya Pihak Bank Rakyat lebih arif utk jawab.
DeleteYg rm3000 tu khairat kematian jenis apa pulak ye? Sebab ada org kata khairat kematian bank rakyat rm3000
ReplyDeleteMaximum 1000 je bagi pemegang kad kredit gold.
DeleteBetul saya dapat 3000 tuntutan khairat untuk ayah
Deletesetakat buka acc bank rakyat RM10 untuk terima BRIM tak layak dapat khairat kematian.
ReplyDeletekhairat kematian hanya untuk ahli Bank Rakyat.
DeleteUntuk akaun simpanan, tiada khairat kematian
Contoh ayah saya bru meninggal dan dia ada saham di bank rakyat betul ke saya untuk menuntut khairat kematian??
ReplyDeleteSalam Takziah.
ReplyDeleteSetahu saya, waris boleh tuntut khairat kemaatian jika si mati ahli bank rakyat
mungkin boleh rujuk dgn Bank Rakyat utk info dan prosedure terkini