Sunday 26 November 2017

Maksud Pelepasan Cukai



Kali ni Mat Drat share sikit mengenai maksud pelepasan cukai. Ada juga yang bertanya mengenai maksud pelepasan cukai susulan perkongsian Mat Drat mengenai senarai pelepasan cukai 2017 tempoh hari. Ada yang keliru antara pelepasan dan rebat, terutama yang pertama kali nak declare income kepada LHDN ataupun pertama kali submit e-filing.

👉👉 Pelepasan Cukai Individu 2017  👈👈


Jika ingin dapatkan maklumat mengenai senarai pelepasan cukai, boleh semak di laman web rasmi LHDNM

Boleh juga singgah di link-link  berikut di mana Mat Drat ada kongsikan sedikit penerangan berkaitan Pelepasan Cukai.





Maksud Pelepasan Cukai

Untuk mudah difahami, bolehlah dikatakan maksud Pelepasan Cukai itu adalah amaun yang dibenarkan untuk tolakan kepada pendapatan yang akan dicukai.

Katakan Encik Mat terima gaji untuk tahun 2017 berjumlah RM 100,000 , maka RM100,000 perlu dilaporkan semasa submit e-filing itu nanti. 

Tetapi En Mat  tidak akan dicukai atas RM100,000 tersebut, tetapi sebaliknya dia dibenarkan tolak amaun itu dengan beberapa Pelepasan Cukai yang dibenarkan.


Antara Pelepasan Cukai untuk 2017:
  • RM 9,000              - Pelepasan Individu
  • RM 4,000              - Pelepasan Pasangan (Tidak mempunyai pendapatan)
  • RM 2,000              - Pelepasan Anak (bawah 18 tahun)
  • RM 6,000 (Terhad) - Pelepasan KWSP / Insuran Nyawa
  • RM 3,000 (Terhad) - Pelepasan Insuran Pendidikan / Perubatan
  • RM 6,000 (Terhad) - Pelepasan SSPN
Untuk tahun 2017 sahaja, terdapat lebih 20 Pelepasan Cukai yang dibenarkan. Untuk senarai penuh, boleh rujuk di link yang Mat Drat share di atas tadi.


Contoh Pelepasan
Bagi kes En Mat, katakan dia layak untuk tuntut pelepasan cukai seperti berikut;

-Pelepasan Diri      RM 9,000 (Automatik layak)
-Pelepasan Isteri   RM 4,000 (Layak kerana isterinya tidak bekerja)
-Pelepasan Anak    RM 4,000 (2 orang anak)
-Pelepasan KWSP RM 6,000 (Terhad RM6,000 shj walaupun caruman dibuat RM11,000)
-Pelepasan SSPN RM 2,500 ( Terhad kpd amaun yang simpanan bersih sahaja)

Jumlah Pelepasan En Mat =  RM 25,500


Contoh Pengiraan Cukai

Pendapatan Gaji 

 RM 100,000    
Tolak : Pelepasan      RM   25,500
Baki   RM   74,500



Maka bagi En Mat, hanya RM 77,500 sahaja yang akan dicukai


*Maksud Terhad 
- Pelepasan tersebut terhad kepada amaun yang dibelanjakan sahaja.

- Macam contoh Pelepasan KWSP En Mat tadi, walau pun jumlah caruman dia adalah berjumlah RM11,000 (11% dari gaji), tetapi dia hanya boleh tuntut pelepasan sehingga RM6,000 sahaja (terhad). Jadi jika dia juga ada mengambik insuran nyawa, amaun pelepasan ini masih terhad RM 6,000 juga.

- Dan lihat juga contoh Pelepasan SSPN En Mat tadi. Walau pun pelepsan ini terhad kepada RM6,000 tetapi En Mat hanya boleh tuntut sehingga RM 2,500 sahaja. Ini kerana jumlah simpanan bersih En Mat kedalam akaun SSPN adalah  RM2,500 untuk tahun tersebut.

Ini dahulu untuk kali ini, nanti Mat Drat share pula mengenai Rebat kerana ada yang masih belum tahu mengenai beza Pelepasan Cukai dan Rebat Cukai.


~Mat Drat~

No comments:

Post a Comment