Friday 28 July 2017

RM50 Untuk Pelajar Tahun 1






RM 50 Untuk Anda !!!!



Geran Sepadan RM50 Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i / SSPN-i Plus



Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ramai juga yang masih tidak tahu bahawa kerajaan ada memberikan 'duit RM50' kepada pelajar tahun 1 untuk tahun 2017 ini.

Dalam pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 lalu yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak telah dinyatakan bahawa " 

"geran sepadan disediakan kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i/SSPN-i Plus .

Geran Sepadan RM50 SSPN-i PTPTN



Geran sepadan ni boleh kita anggap sebagai "duit percuma" yang diberikan oleh kerajaan untuk anak-anak kita yang berada di tahun 1 pada 2017 ini. 

Kerajaan bagi insentif, jadi ambillah duit yang kerajaan nak bagi ni walaupun ia hanya RM 50. RM50 pun besar nilainya.

Tetapi untuk layak mendapat RM50 ini, terma dan syarat berikut perlu dipatuhi :

👉 1. Berdaftar di tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan pada 2017.

👉 2. Ibu bapa/penjaga dan murid mestilah warganegara Malaysia. 

👉 3. Insentif ini hanya layak bagi pembukaan akaun atau penambahan deposit yang dibuat daripada 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

👉 4. Ibu bapa/ penjaga perlu membuka akaun SSPN-i / SSPN-i Plus. Insentif ini akan diberikan apabila jumlah deposit mencecah RM50. Simpanan minimum RM50 dalam tahun 2017 diperlukan untuk layak mendapat insentif ini.

👉 5. Bagi yang telah mempunyai akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus, perlu membuat deposit simpanan minimum RM 50 dalam tahun 2017.

👉 6. Untuk akaun SSPN-i Plus,  insentif adalah sebagai simpanan tambahan tanpa ditolak premium takaful.

👉 7.  Seorang murid hanya layak menerima sekali geran sepadan sahaja. 

👉 8. Jika ada 2 jenis akaun, insentif akan dimasukkan ke akaun SSPN-i Plus




Menurut lawan web PTPTN , tambahan maklumat berikut diberikan 

👉 1. Permohonan tidak perlu untuk insentif ini. Ia diberikan secara automatik apabila syarat di atas dipatuhi.

👉 2. Insentif geran sepadan RM50 ini akan diberikan sekali sahaja dan dimasukkan pada bulan berikutnya apabila jumlah deposit telah mencecah RM50.


Akaun SSPN-i / SSPN-i Plus boleh dibuka di mana-mana kaunter/cawangan PTPTN, di bank-bank tertentu dan juga dibuka secara online. 


Untuk membuka akaun SSPN-i Plus secara online tanpa ke mana-mana kaunter boleh klik link ini ðŸ‘‰ðŸ‘‰ BUKA AKAUN SSPN-i Plus ONLINE

~Mat-Drat @SayangWang ~

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




Thursday 27 July 2017

Hukum Pelaburan ASB & ASN



Hukum Pelaburan ASB ASN









Di sini saya berkongsi sedikit mengenai hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional (ASB/ASN) yang dikeluarkan oleh badan-badan tertentu di Malaysia. 

Kita sebagai orang awam kadang-kadang rasa terkeliru apabila sekejap hukumnya dikatakan harus, dan sekejap dikatakan tidak halal. Dan kita juga menjadi keliru apabila wujud perbezaan pandangan diantara Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,  Fatwa Negeri dan Suruhanjaya Sekuriti.



Perkara penting yang perlu kita ambil maklum dalam isu ini ialah perbezaan peranan antara Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan pihak manakah yang diberi autoriti dalam mengeluarkan hukum di Malaysia. 



Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja merupakan badan pengeluar dan penyelaras hukum-hakam dalam apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang bersifat nasional yang melibatkan kepentingan seluruh umat Islam.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan / Fatwa Negeri


Sebelum pergi jauh, kita sebagai orang awam perlu maklum yang kita harus sentiasa hormat kepada pihak yang diamanahkan kerajaan, terutama Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab melantik mufti untuk merungkaikan permasalahan umat mengenai hukum hakam agama. 



Kegagalan menghormati dan mengiktiraf kedudukan pihak lebih berautoriti atau berkelayakan mengeluarkan fatwalah yang menyebabkan umat menjadi celaru kerana terlalu banyak ‘ustaz’ yang sewenang-wenang mengeluarkan hukum halal-haram. 


Keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dengan melihat ruang lingkup yang lebih luas bagi menjaga kepentingan serta maslahah ummah dan juga mengambil kira aspek-aspek lain yang muktabar seperti kepentingan umum, keperluan serta maqasid syar'riyah dan siasah syar'riah. 

Disinilah peranan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berpereranan menyatukan ummah.


Suruhanjaya Sekuriti


Dan kita juga perlu faham akan tugas Suruhanjaya Sekuriti.  

Antara peranan Suruhanjaya Sekuriti adalah untuk membuat keputusan sama ada sesuatu sekuriti itu (kes ini ASN & ASB) diklasifikasikan sebagai patuh syariah atau tidak patuh syariah.

Suruhanjaya Sekuriti antara lainnya menggunakan pendekatan kuantitatif yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan juga tanda aras nisbah kewangan di dalam menentukan sesuatu sekuriti itu status patuh syariah atau tidak. 

Jadi secara ringkasnya,  keputusan yang dibuat adalah berdasarkan garis panduan yang telah mereka tetapkan. 



Berbalik kepada polemik hukum pelaburan di ASB dan ASN ini, seingat saya ia mula dibincangkan dan diperkatakan dalam 10 tahun kebelakangan ini. Saya cuba senaraikan beberapa fatwa atau 'pandangan' yang dikeluarkan oleh pihak atau badan tertentu dalam beberapa tahun lalu. 


Fatwa Majlis Kebangsaan (2008) - Harus

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 2008 telah memutuskan skim pelaburan ASB & ASN serta dividen atau bonus yang diterima pelabur adalah harus.

Dalam muzakarah yang dihadiri Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang turut diwakili mufti-mufti seluruh Malaysia dan individu-individu berkepakaran dalam bidang fekah dan muamalah telah memberikan pandangan "HARUS" atas hujah menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudaratan yang lebih besar.




Suruhanjaya Sekuriti (2009) - Tidak Patuh

Suruhanjaya Sekuriti menerusi surat bertarikh 12 Februari 2009 kepada sebuah bank tempatan, memaklumkan bahawa Majlis Penasihat Syariahnya sudah membuat keputusan bahawa ASN & ASB tidak mematuhi Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti Berkaiatan Pelaburan Unit Amanah Islam. Atau bahasa mudahnya, pelaburan yang tidak patuh syariah.



Menurut fatwa itu lagi skim ASN dan ASB juga tidak diklasifikasikan sebagai dana unit amanah yang patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan yang haram terutamanya dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan riba.

Untuk pengetahuan, di bawah Suruhanjaya Sekuriti terdapat resolusi syariah yang jelas mengenai pelaburan saham syarikat yang terdapat percampuran dalam aktiviti dan operasinya.

Sebagai contoh, sekiranya sebuah konsortium atau syarikat yang perniagaan utamanya patuh syariah seperti konsortium hartanah tetapi anak syarikatnya terlibat dengan aktiviti perjudian, maka pihak Suruhanjaya Sekuriti akan menilai status kewangannya terlebih dahulu.

Sekiranya, pendapatan daripada syarikat judi tersebut kurang daripada 5% berbanding pendapatan keseluruhan syarikat utama, maka kaunter saham syarikat tersebut masih dianggap patuh syariah.

Walau bagaimanapun, dalam kes pelaburan ASB/ASN, dana-dana ini dilaburkan dalam syarikat kewangan konvensional berasaskan riba iaitu Maybank melebihi paras 5% yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.


Fatwa Negeri Selangor (2011)- Tidak Halal

Polemik berkenaan dengan ASB dan ASN timbul dan diperkatakan semula apabila Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan fatwa pada 2011, memutuskan skim pelaburan ASN dan ASB tidak halal kerana bertentangan dengan hukum syarak.

Antara alasan mereka ialah dana-dana ASN dan ASB secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah dan sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.



Fatwa Negeri Selangor (2017)- Harus

Jabatan Mufti Negeri Selangor memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus.

Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3 yang bersidang pada 27 April lalu, menurut satu kenyataan yang dimuat naik jabatan itu di laman webnya pada 15 Mei 2017.

Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata hukum pelaburan itu adalah harus kerana peratusan pelaburan dalam syarikat patuh syaraknya telah melepasi 66% mengikut piawaian Suruhanjaya Sekuriti.

"Pengharusan ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah yang bermaksud 'Hukum Berubah Menurut Perubahan 'Illah (sebab)'," katanya dalam satu surat kepada Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar bertarikh 11 Mei.






~Mat-Drat @SayangWang~


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇







Sumber rujukan:
👉 FAQ Hukum Pelaburan ASN & ASB
👉 Petikan Astro Awani






Tuesday 25 July 2017

Cara Daftar Portal Online myASNB




 

myASNB Portal Online

Mulai 26 Jun 2017 lalu, ASNB telah melaksanakan urusniaga TANPA BUKU bagi semua unit amanahnya ( ASB, ASB2, ASN, ASM, ASW2020, ASG dll).

Selain memperkenalkan urusniaga TANPA BUKU, ASNB juga telah memperkenalkan portal online ASNB yang dikenali sebagai myASNB.  

Sebenarnya dengan pengenalan myASNB Portal Online ini, ia mampu memudahkan para pelabur dan pemegang unit amanahnya untuk 

  • menyemak baki terkini
  • membuat penambahan pelaburan 
  • mendapatkan penyata tahunan.  


Cara mendaftar ke portal online myASNB.


👉 1. Daftar Nombor Telefon Bimbit dan Dapatkan Nombor Ahli 12 digit
✔  Boleh dilakukan di mana-mana  cawangan atau ejen ASNB
Nombor telefon bimbit diperlukan untuk pengesahan TAC (seperti internet banking)
✔  Nombor ahli diperlukan untuk pendaftaran portal (kali pertama)

👉 2. Layari portal myASNB
Layari www.myasnb.com.my dan Klik "Mari Daftar Portal MyASNB Sekarang"

👉 3. Isi butiran peribadi
Isi maklumat peribadi dan pastikan maklumat betul dan tepat.

👉 4. Simpan kata laluan
✔  Selesai!! Dan anda akan diberikan satu kata laluan sementara. 
✔  Salin atau ingat kata laluan ini. 
Log Masuk Kali Pertama dan boleh tukar kata laluan serta boleh mula menyemak baki akaun atau menambah pelaburan.



Jadi yang berkelapangan tu bolehlah ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB ( Maybank, CIMB dan RHB Bank) untuk mendapatkan Nombor Ahli dan mendaftarkan nombor telefon bimbit.

Walau bagai mana pun, saya dimaklumakn portal tersebut masih didalam percubaan buat masa ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya mulai 1 Ogos 2017.


Mat Drat @SayangWang



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




Monday 24 July 2017

Urus Niaga Unit Amanah ASNB TANPA Buku Pelaburan










Kepada para pelabur dan pemegang saham unit amanah ASNB perlu ambil maklum bahawa ASNB akan melaksanakan urusniaga tanpa buku bagi semua unit amanahnya. Ini termasuklan pelabur ASB, ASB2, ASN, ASM, ASW dan unit-unit amanah saham ASNB yang lain.

Mulai 28 Jun 2017, pemegang unit amanah hanya perlu membawa MyKad untuk semua urus niaga termasuk pelaburan tambahan dan juga jualan balik di semua cawangan ASNB dan ejen ASNB. Resit cetakan borang urusniaga akan diberikan bagi setiap transaksi bagi rujukan pemegang unit / pelabur.

Pasti ada yang bertanya.... 
"lepas ni macam mana nak tahu baki akaun dalam Unit Amanah ASNB". 
"apa lah ASNB ni, elok-elok ada buku...taknak pakai buku pula!"

Untuk makluman, sebenarnya jika anda melabur di unit-unit amanah lain selain ASNB anda juga tidak akan mendapat buku pelaburan. Sekadar slip dan resit. Jadi amat penting untuk menyimpan rekod-rekod yang berkaitan untuk rujukan masa hadapan.


myASNB Portal Online
Bagi yang ingin menyemak baki akaun di akaun unit amanah di ASNB, kini ASNB telah memperkenalkan portal my ASNB untuk kemudahan para pelabur.

Sila baca entry berikutnya mengenai cara mendaftar di myASNB Portal online.


~Mat Drat @SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Rekod Pulangan ASB2 Dividen dan Bonus

Rekod Pulangan ASB2 Dividen dan Bonus



Rekod Pulangan ASB2 Dividen dan Bonus


ASB2 merupakan salah satu dana yang menjadi tumpuan pelabur-pelabur bumiputera. Rekod pengagihan ASB yang agak menarik sebelum ini membuatkan para pelabur juga mengharapkan ASB2 mampu memberikan pulangan sama atau sekompetetif ASB.
.
Sedikit info mengenai ASB2 
- unit saham adalah tetap pada RM1 ( sama seperti ASB)
- Pelaburan tambahan minimum adalah 10 unit (RM10)
- Tahun kewangannya berakhir pada 31 Mac, manakala bagi ASB pula adalah pada 31 Disember
- pelaburan boleh dibuat secara tunai atau melalui pengeluaran Skim Pengeluaran KWSP


Rekod Dividen dan Bonus ASB2
Berikut adalah rekod pengagihan pendapatan dan bonus bagi (sen/unit) bagi Amanah Saham Bumiputera 2.


Tahun Kewangan Berakhir
31 Disember
DividenBonusJumlah
20176.50-6.50
20167.05-7.05
20157.500.257.75
2014---


Harus diingat. Prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.


Mat Drat @SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Sunday 23 July 2017

Rekod Dividen ASB dan Bonus

Rekod Dividen ASB



Rekod Pulangan ASB Dividen dan Bonus


Ramai sedia maklum yang ASB mampu memberikan pulangan yang agak kompetetif. Rekod pulangan yang diberikan (dividen dan bonus) bolehlah dikatakan jarang mengecewakan. Tambahan pula pelaburan di unit amanah ASB ini agak kurang risikonya kerana harga unit tidak berubah.

Berikut adalah rekod pengagihan pendapatan dan bonus bagi (sen/unit) bagi Amanah Saham Bumiputera.


Tahun Kewangan Berakhir
31 Disember
Dividen Bonus Jumlah
2017 7.00 0.25 7.25
2016 6.75 0.50 7.25
2015 7.250.507.75
2014 7.501.008.50
2013 7.701.008.70
2012 7.751.158.90
2011 7.651.158.80
2010 7.501.258.75
2009 7.301.258.55
2008 7.001.758.75
2007 8.001.009.00
2006 7.301.258.55
2005 7.251.759.00
2004 7.252.009.25
2003 7.252.009.25
2002 7.002.009.00
2001 7.003.0010.00
2000 9.252.0011.25


Harus diingat. Prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.


Mat Drat @SayangWang


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Wednesday 19 July 2017

Buka Akaun SSPN-i Plus Online

Buka Akaun SSPN-i Plus Online







RM 50 untuk anda !!!

Jika anda inginkan RM 50 yang kerajaan akan beri ini, 
anda hanya perlu pastikan syarat di bawah ini dipenuhi :

✔ Anak berdaftar di tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan pada 2017 
✔ Mempunyai akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus 
✔ Membuat deposit simpanan minimum RM50 dalam tahun 2017
✔ Bagi SSPN-i Plus insentif ini adalah simpanan tambahan tanpa ditolak premium takaful
✔ Seorang murid layak menerima insentif ini sekali sahaja
✔ Jika ada 2 jenis akaun, insentif akan dimasukkan ke akaun SSPN-i Plus


Itu sahaja, anda tidak perlu membuat permohonan kerana PTPTN akan mendepositkan pada bulan berikutnya apabila anda menambah simpanan minima RM 50 ke dalam akaun SSPN-i / SSPN-i Plus.


Apa lagi....  
Buka akaun atau tambah deposit ke dalam akaun anda.

Untuk buka akaun sangat senang sekarang, anda boleh lakukan secara online sahaja.

Untuk buka akaun secara online,  KLIK 
👉👉 BUKA AKAUN SSPN-i Plus ONLINE ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ


Ikut langkah MUDAH yang diberikan 
👉 maklumat akaun 
👉 pilih pakej
👉 maklumat peribadi
👉 kaedah potongan / cara bayaran






Nak tahu keistimewaan produk SSPN-i dan SSPN-i Plus, 
boleh lihat di carta di bawah






Setiap simpanan bernilai RM 50, anda akan layak untuk cabutan bertuah di Cabutan WOW Bulanan yang menawarkan Hadiah Pertama RM 10,000.


Penyertaan adalah automatik dan hanya layak kepada pendeposit yang membuka akaun baharu atau penambahan deposit SSPN-i Plus / SSPN-i kepada pelajar tahun 1 tahun 2017 dalam tempoh promosi (tertakluk kepada terma dan syarat Insentif Khas Geran Sepadan Bajet 2017)







Dan terus lah menyimpan untuk tingkatkan peluang untuk memenangi hadiah lebih besar di cabutan bertuah di Cabutan WOW 20 Tahun PTPTN.

Cabutan WOW 20 Tahun PTPTN ini menawarkan hadiah wang tunai 
melebihi  RM 500,000 yang bakal dimenangi oleh 
lebih 2,500 orang pemenang !!




KLIK 
👉👉 BUKA AKAUN Dan TAMBAH DEPOSIT SSPN-i Plus ONLINE ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ

Mat Drat @ SayangWang

Jika rasa bermanfaat, sila SHARE 👇👇 

RM 50 Untuk Akaun SSPN-i / SSPN-i Plus anak anda







RM 50 Untuk Anda !!!!



Geran Sepadan RM50 Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i / SSPN-i Plus



Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ramai juga yang masih tidak tahu bahawa kerajaan ada memberikan 'duit RM50' kepada pelajar tahun 1 untuk tahun 2017 ini.

Dalam pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 lalu yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak telah dinyatakan bahawa " 

"geran sepadan disediakan kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i/SSPN-i Plus .

Geran Sepadan RM50 SSPN-i PTPTN



Geran sepadan ni boleh kita anggap sebagai "duit percuma" yang diberikan oleh kerajaan untuk anak-anak kita yang berada di tahun 1 pada 2017 ini. 

Kerajaan bagi insentif, jadi ambillah duit yang kerajaan nak bagi ni walaupun ia hanya RM 50. RM50 pun besar nilainya.

Tetapi untuk layak mendapat RM50 ini, terma dan syarat berikut perlu dipatuhi :

👉 1. Berdaftar di tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan pada 2017.

👉 2. Ibu bapa/penjaga dan murid mestilah warganegara Malaysia. 

👉 3. Insentif ini hanya layak bagi pembukaan akaun atau penambahan deposit yang dibuat daripada 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

👉 4. Ibu bapa/ penjaga perlu membuka akaun SSPN-i / SSPN-i Plus. Insentif ini akan diberikan apabila jumlah deposit mencecah RM50. Simpanan minimum RM50 dalam tahun 2017 diperlukan untuk layak mendapat insentif ini.

👉 5. Bagi yang telah mempunyai akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus, perlu membuat deposit simpanan minimum RM 50 dalam tahun 2017.

👉 6. Untuk akaun SSPN-i Plus,  insentif adalah sebagai simpanan tambahan tanpa ditolak premium takaful.

👉 7.  Seorang murid hanya layak menerima sekali geran sepadan sahaja. 

👉 8. Jika ada 2 jenis akaun, insentif akan dimasukkan ke akaun SSPN-i Plus




Menurut lawan web PTPTN , tambahan maklumat berikut diberikan 

👉 1. Permohonan tidak perlu untuk insentif ini. Ia diberikan secara automatik apabila syarat di atas dipatuhi.

👉 2. Insentif geran sepadan RM50 ini akan diberikan sekali sahaja dan dimasukkan pada bulan berikutnya apabila jumlah deposit telah mencecah RM50.


Akaun SSPN-i / SSPN-i Plus boleh dibuka di mana-mana kaunter/cawangan PTPTN, di bank-bank tertentu dan juga dibuka secara online. 


Untuk membuka akaun SSPN-i Plus secara online tanpa ke mana-mana kaunter boleh klik link ini ðŸ‘‰ðŸ‘‰ BUKA AKAUN SSPN-i Plus ONLINE


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Tuesday 18 July 2017

Doa Lunas dan Ringan Beban Hutang

Doa Lunas dan Ringan Beban Hutang

Salah satu amalan yang boleh diamalkan untuk melunaskan hutang. 

Boleh diamalkan doa ini sebelum tidur, InsyaAllah hutang sebesar Bukit Uhud pun akan LUNAS.


Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan :

Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon.

A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.


Artinya:

“Ya Allah, Tuhan yang menguasai langit yang tujuh, Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu. Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Tuhan yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).


Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713).




Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa maksud hutang dalam hadis tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).


Juga dalam hadis di atas diajarkan adab sebelum tidur iaitu berbaring pada sisi kanan.


Semoga kita dapat mengamalkannya dan bermanfaat bagi siapa yang membacanya.