Showing posts with label Bank Pembangunan. Show all posts
Showing posts with label Bank Pembangunan. Show all posts

Saturday, 26 June 2021

Pembayaran Dividen KPF2 2020 (Umum 2021)

 

Pembayaran Dividen KPF2 2020 Umum 2021
Menara Felda


KPF2 - Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 telah mengeluarkan notis pembayaran dividen interim bagi tahun berakhir 31 Dec 2020 pada 30 April yang lalu.

Melalui pengumuman tersebut, dinyatakan

1. Dividen dicadangkan adalah sebanyak 9%

2. Pembayaran dividen interim sebanyak 5% pada 1 Mei 2021.

2.  Dividen yang dibayar telah dizakatkan.

3.  Baki dividen 4% akan dibayar selepas diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT-9).

Dividen KPF2 2020 2021
sumber : Facebook KPF2

Kadar dividen yang diumumkan sebanyak 9% merupakan kadar dividen yang sama bagi 3 tahun terakhir berturut-turut.

Ini merupakan dividen yang ke-10 diagihkan kepada ahli koperasi semenjak penubuhannya.

Jika dilihat kepada 5 tahun pertama penubuhannya, dapat dilihat kadar dividen yang diumumkan agak rendah berbanding KPF.

Dan rekod tahun-tahun terakhir ini, dapat dilihat KPF2 bukan sahaja mampu menandingi pembayaran dividen KPF, tetapi sudah 2 tahun (2018 dan 2019) memberikan dividen lebih tinggi. 

Sehingga artikel ini ditulis, KPF masih belum umumkan kadar dividen bagi 2020.


Rekod Dividen KPF 2 :

Berikut adalah rekod pemberian dividen KPF2:

2012 - 1.0%
2013 - 2.5%
2014 - 2.5%
2015 - 5.5%
2016 - 7.0%
2018 - 9.0%
2019 - 9.0%
2020 - 9.0% (cadangan)

rekod dividen kpf2 kpf
sumber : Facebook KPF2

Untuk yang masih belum mengenali KPF2, boleh la layari laman web rasmi mereka di www.kpf2.org

Pendaftaran untuk menjadi anggota KPF2 terbuka kepada sesiapa sahaja, asalkan anda memenuhi kriteria-kriteria berikut :
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Malaysia.
  • Generasi Baru Peneroka FELDA yang bukan pengganti peneroka samada yang tinggal di dalam atau di luar rancangan / Kakitangan FELDA / Anak Kakitangan / Pesara / Anak Pesara.
  • Bukan seorang yang bankrap.
  • Tidak hilang upaya dari segi mental.
  • Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar.
  • Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Selamat Melabur. Sayangi Wang Anda. Gandakan Wang Anda.

~Mat-Drat @ SayangWang~


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

Pembayaran Dividen KPF 2020 (Umum 2021)

 


Pengumuman Pembayaran Dividen KPF 2020 (Diumumkan  2021)


Sehingga artikel ini ditulis, pihak Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) masih belum membuat pengumuman pembayaran mengenai kadar dividen KPF bagi tempoh berakhir 31 Disember 2020.

Jika di imbau tahun sebelum, pengumuman dividen bagi tempoh berakhir 31 Disember 2019 hanya dibuat pada November 2020. 

Kelewatan pengumuman dividen kerana Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-39 (MPAT-39) tidak dapat dijalankan. Walau bagaimana pun,  SKM telah meluluskan permohonan KPF untuk memberikan dividen 7% tanpa pembentangan akaun beraudit di dalam MPAT.

Dividen 2020
Pengumuman di laman web rasmi KPF pada 21 Jun 2021 pula menyatakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-40 (MPAT-40) yang sepatutnya diadakan tidak lewat dari 30 Jun 2021 telah diluluskan penangguhan tarikh akhir oleh SKM kepada 30 September 2021.

KPF juga melalui kenyataan tersebut memberitahu Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-40 (MPAT-40)  akan diadakan apabila kelonggaran mengadakan mesyuarat dan sekatan perjalanan dilonggarkan oleh MKN.

Jadi, kita boleh jangkakan pengumuman pembayaran dividen bagi tahun ini (akaun berakhir 31 Disember 2020) juga akan lewat. 

Walau bagaimana pun, diharap pihak KPF membuat pembayaran dividen interim terlebih dahulu seperti tahun sebelumya.  Pada tahun lepas, ahli telah menerima pembayaran dividen interim sebanyak 4% pada Julai 2020.

xxxxxx

Sejarah Rekod Pembayaran Dividen KPF

Kita imbau sedikit rekod pulangan (dividen) yang dibayar kepada anggota KPF tahun-tahun sebelum ini.

Berikut adalah rekod pemberian dividen KPF:

2011 - 18.0%
2012 - 16.5%
2013 - 15.0%
2014 - 10.0%
2015 - 10.0%
2016 - (tiada maklumat)
2017 - (tiada maklumat)
2018 - 7.0%
2019 - 7.0%
2020 - ?????

Keanggotan KPF - Ingin Menjadi Ahli KPF ?

Untuk yang masih belum mengenali KPF, boleh la layari laman web rasmi mereka di http://www.kpf.my/

Pendaftaran untuk menjadi anggota KPF terbuka kepada sesiapa sahaja, asalkan anda memenuhi kriteria-kriteria berikut :

Ia dibuka kepada
  • peneroka-peneroka FELDA, isteri dan anak-anak;
  • koperasi-koperasi peneroka FELDA yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas atau koperasi menengah;
  • kakitangan FELDA, isteri dan anak-anak; dan
  • koperasi kakitangan FELDA yang berdaftar di bawah Akta.

Selamat Melabur. Sayangi Wang Anda. Gandakan Wang Anda.

~Mat-Drat @ SayangWang~


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

Pembayaran Dividen KPF 2019 ( Umum 2020)

 

Dividen KPF KPF2 2020 2021

Pengumuman Pembayaran Dividen KPF 2019 (Diumumkan  2020)


Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) telah membuat pengumuman pembayaran dividen KPF bagi tempoh berakhi 31 Disember 2019 sebanyak 7%.

Pengumuman pembayaran dividen sebanyak 7% ini dibuat agak lewat iaitu pada November 2020. Kelewatan pengumuman ini (dan pembayaran baki) mungkin disebabkan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-39 (MPAT-39) ditangguhkan kerana pandemic Covid-19. 

KPF telah mencadangkan kepada SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) bagi pembayaran dividen sebanyak 7% tanpa pembentangan akaun beraudit 31 Disember 20219. Dan pada 18 November 2020, SKM telah meluluskan pembayaran dividen sebanyak 7% ini.

Dengan pengumuman ini, ahli mendapat pembayaran baki dividen sebanyak 3% secara berperingkat. Bayaran ini adalah tambahan darai pembayaran 27 Julai lalu, di mana ahli telah menerima pembayaran dividen interim (pendahaluan) sebanyak 4%.

Pasti ramai agak kecewa, termasuk Mat Drat sendiri dengan kadar dividen yang diumumkan ini kerana rasanya rata-rata mengharapkan pulangan tidak kurang dari 10%. 

Kebiasaanya pulangan dividen KPF ini sering dibandingkan dengan dividen Bank Rakyat, yang mana perbezaan tidak terlalu jauh. Pada tempoh yang sama, Bank Rakyat mampu memberikan pulangan sebanyak 14% kepada ahlinya.

Bagi menabah sedikit kekecewaan, pembayarn yang dibuat (baki dividen) agak lewat iaitu sekitar November 2020.

Diharapkan bagi dividen 2020 yang akan diumumkan pada 2021 nanti, tidak akan mengalami kelewatan seperti ini memandangkan pihak KPF sepatutnya sudah bersedia dengan ketidak tentuan PKP (MCO) bagi mengekang penularan covid-19.

Cara Pengiraan Dividen KPF 2019

Dividen akan dikira berasaskan tempoh pegangan syer (saham) dalam tahun 2019 yang dibayar penuh berdasarkan baki minimum setiap bulan dan kekal menjadi ahli anggota Koperasi Permodalan Felda sehingga 31 Disember 2019.

...

Sejarah Rekod Pembayaran Dividen KPF

Kita imbau sedikit rekod pulangan (dividen) yang dibayar kepada anggota KPF tahun-tahun sebelum ini.

Berikut adalah rekod pemberian dividen KPF:

2011 - 18.0%
2012 - 16.5%
2013 - 15.0%
2014 - 10.0%
2015 - 10.0%
2016 - (tiada maklumat)
2017 - (tiada maklumat)
2018 - 7.0%
2019 - 7.0%

Keanggotan KPF - Ingin Menjadi Ahli KPF ?

Untuk yang masih belum mengenali KPF2, boleh la layari laman web rasmi mereka di http://www.kpf.my/

Pendaftaran untuk menjadi anggota KPF terbuka kepada sesiapa sahaja, asalkan anda memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.


Selamat Melabur. Sayangi Wang Anda. Gandakan Wang Anda.

~Mat-Drat @ SayangWang~


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇