Saturday 26 June 2021

Pembayaran Dividen KPF 2020 (Umum 2021)

 


Pengumuman Pembayaran Dividen KPF 2020 (Diumumkan  2021)


Sehingga artikel ini ditulis, pihak Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) masih belum membuat pengumuman pembayaran mengenai kadar dividen KPF bagi tempoh berakhir 31 Disember 2020.

Jika di imbau tahun sebelum, pengumuman dividen bagi tempoh berakhir 31 Disember 2019 hanya dibuat pada November 2020. 

Kelewatan pengumuman dividen kerana Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-39 (MPAT-39) tidak dapat dijalankan. Walau bagaimana pun,  SKM telah meluluskan permohonan KPF untuk memberikan dividen 7% tanpa pembentangan akaun beraudit di dalam MPAT.

Dividen 2020
Pengumuman di laman web rasmi KPF pada 21 Jun 2021 pula menyatakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-40 (MPAT-40) yang sepatutnya diadakan tidak lewat dari 30 Jun 2021 telah diluluskan penangguhan tarikh akhir oleh SKM kepada 30 September 2021.

KPF juga melalui kenyataan tersebut memberitahu Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-40 (MPAT-40)  akan diadakan apabila kelonggaran mengadakan mesyuarat dan sekatan perjalanan dilonggarkan oleh MKN.

Jadi, kita boleh jangkakan pengumuman pembayaran dividen bagi tahun ini (akaun berakhir 31 Disember 2020) juga akan lewat. 

Walau bagaimana pun, diharap pihak KPF membuat pembayaran dividen interim terlebih dahulu seperti tahun sebelumya.  Pada tahun lepas, ahli telah menerima pembayaran dividen interim sebanyak 4% pada Julai 2020.

xxxxxx

Sejarah Rekod Pembayaran Dividen KPF

Kita imbau sedikit rekod pulangan (dividen) yang dibayar kepada anggota KPF tahun-tahun sebelum ini.

Berikut adalah rekod pemberian dividen KPF:

2011 - 18.0%
2012 - 16.5%
2013 - 15.0%
2014 - 10.0%
2015 - 10.0%
2016 - (tiada maklumat)
2017 - (tiada maklumat)
2018 - 7.0%
2019 - 7.0%
2020 - ?????

Keanggotan KPF - Ingin Menjadi Ahli KPF ?

Untuk yang masih belum mengenali KPF, boleh la layari laman web rasmi mereka di http://www.kpf.my/

Pendaftaran untuk menjadi anggota KPF terbuka kepada sesiapa sahaja, asalkan anda memenuhi kriteria-kriteria berikut :

Ia dibuka kepada
  • peneroka-peneroka FELDA, isteri dan anak-anak;
  • koperasi-koperasi peneroka FELDA yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas atau koperasi menengah;
  • kakitangan FELDA, isteri dan anak-anak; dan
  • koperasi kakitangan FELDA yang berdaftar di bawah Akta.

Selamat Melabur. Sayangi Wang Anda. Gandakan Wang Anda.

~Mat-Drat @ SayangWang~


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

No comments:

Post a Comment