PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA
Sering kita dengan ada baca berita mengenai perebutan harta pusaka, atau pun berlaku kesulitan dalam membahagikan harta pusaka. Atau mungkin juga kita sendiri atau pun ahli keluarga kita yang hadapi pengalaman begitu.
Apabila berlaku masalah, akan wujud kelewatan dalam pengagihan harta pusaka. Ia akan bertambah merugikan apabila harta pusaka dibekukan sehingga tiada seorang pun waris yang dapat manfaat dari harta-harta tersebut.
Satu statistik pernah dikeluarkan di mana dianggarkan harta pusaka muslim di Malaysia bernilai melebih 66 billion yang tidak dapat diagihkan. Adalah satu kerugian kepada kita secara amnya kerana aset yang sebegitu besar tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya..
Rujuk
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2017/07/292113/kerenah-birokrasi-kurang-ilmu-punca-pusaka-rm60b-terbiar
Rujuk
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2017/07/292113/kerenah-birokrasi-kurang-ilmu-punca-pusaka-rm60b-terbiar
Contoh terbesar adalah bagaimana sukarnya pembahagian harta pusaka bagi tanah di Kampung Baru kerana ia sudah memasuki layer ke 3 penerima (waris).
Justeru, Sangat penting sebenarnya kita membuat perancangan harta pusaka kita, bagi memudahkan proses pengurusan harta pusaka selepas kematian kita.
Kegagalan membuat perancangan harta pusaka dengan baik, ia mungkin akan menimbulkan kesulitan (mungkin kesengsaraan) kepada waris yang ditinggalkan.
Kegagalan membuat perancangan harta pusaka dengan baik, ia mungkin akan menimbulkan kesulitan (mungkin kesengsaraan) kepada waris yang ditinggalkan.
1. PERANCANGAN
Perancangan harta sewaktu hidup adalah sangat penting. Ia boleh dilaksanakan dengan membuat wasiat, pemberian hibah, sedeqah, melantik pentadbir harta, melantik pemegang amanah, membuat penama atau pun mengisytiharkan sesuatu harta sebagai harta sepencarian.
Dalam membuat perancangan harta pusaka ini, beberapa perkara perlu diambil tahu dan dititik beratkan, iaitu
Dalam membuat perancangan harta pusaka ini, beberapa perkara perlu diambil tahu dan dititik beratkan, iaitu
- Kenalpasti harta
- Kenalpasti waris yang layak
- Ambil tahu bahagian atau nisbah faraid
- Ambil tahu kaedah pengurusan harta pusaka yang ada (instrument)
2. PENGURUSAN
Pengurusan harta pusaka pula akan berterus selepas kematian dengan pembahagian secara faraid dengan tertakluk juga kepada wasiat jika ada contohnya. Ia merangkumi 3 peringkat
- perolehan kuasa
- pentadbiran dan pengurusan
- pengagihan harta
- perolehan kuasa
- pentadbiran dan pengurusan
- pengagihan harta
KEPENTINGAN PERANCANGAN HARTA PUSAKA
Beberapa kebaikan dari perancangan harta pusaka ;
- Mengelakkan pertelingkahan ahli waris
- Mempercepatkan urusan pembahagian harta pusaka
- Mengelakkan harta pusaka tidak dapat dimanfaatkan - beku
- Memperolehi manfaat terus dari harta peninggalan walau pun kita telah meninggal dunia.
Betapa pentingnya perancangan harta pusaka ini, kita boleh lihat kepada hadis Rasulullah S.A.W.
Pada suatu hari, Rasullullah datang menziarahi sahabat Baginda iaitu Saad Ibn Abi Waqqas yang sedang sakit. Saad memberitahu kepada Rasulullah bahawa dia adalah seorang yang berharta tetapi beliau tidak mempunyai zuriat kecuali seorang anak perempuan.
Beliau meminta izin agar dua pertiga hartanya disedeqahkan, namun Rasullah melarang. Baginda juga tidak membenarkan Saad menyedeqahkan separuh hartanya.
Rasulullah bersabda "Sepertiga ! Sepertiga itu juga banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan zuriatmu dalam keadaan kaya, adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam kemiskinan dan meminta-minta dengan manusia"(Hadis Riwayat Muslim : 1628 )
LANGKAH AWAL PERANCANGAN HARTA PUSAKA
4 langkah yang perlu
- Kenalpasti harta
- Kenalpasti waris yang layak
- Ambil tahu bahagian atau nisbah faraid
- Ambil tahu kaedah pengurusan harta pusaka yang ada (instrument)
1. KENAL PASTI HARTA
Ini langkah pertama, kerana ia akan memudahkan kita dan juga waris kita.Memudahkan KITA kerana kita dapat merancang dan menentukan harta mana yang perlu :
- diHIBAHkan
- diisytiharkan sebagai HARTA SEPENCARIAN
- dilantik dan kemaskini PENAMA
- dilantik PEMEGANG AMANAH
- disediakan WASIAT
- dibahagi mengikut FARAID
Apabila berlaku kematian pula, ia pasti akan Memudahkan WARIS pula. Bayangkan seorang suami yang meninggal dunia, dan tidak memaklumkan (si isteri atau waris) tidak tahu akaun-akaun simpanan, saham-saham yang dimilik. Atau tanah-tanah dan rumah yang dimiliki juga tidak diketahui oleh pasangan.
Jadi, kita perlu senaraikan harta-harta (dan pinjaman kita) :
- Senaraikan harta mengikut kategori berikut kerana dalam tuntutan ke Pejabat Pusaka, akan berdasarkan pecahan ini.
- Setiap harta hendaklah dinyatakan dengan maklumat lengkap.
- Sekiranya tiada wasiat disediakan, perlu dijelaskan juga mana-mana harta yang telah dihibahkan, yang disedeqahkan jika ada. Ini untuk elakkan kesulitan waris kemudian hari.
- Harta Alih jenis baru seperti e-wallet, jangan dilupa untuk dimasukkan didalam seanarai walaupun jumlahnya kecil. Cukup senaraikan jenis akaun, seperti e-wallet TnG, Setel, GrabPay, Lazada Wallet, Boost dan lain-lain.
- Tapi penulis cadangkan, jika berkemapuan tulislah wasiat. Kos penyediaan wasiat di pasaran sekarang di dalam RM 250 - RM350, bergantung kepada syarikat yang menyedaiakan wasiat.
Seperti akaun simpanan, saham dll.
Boleh rujuk entry sebelum ini utk contoh harta alih lain
Harta Tak Alih
Seperti rumah, bangunan, tanah
Surat Kuasa (Letter of Administration)
Nilai harta dengan amaun akan menentukan dari mana Surat Kuasa akan diperolehi untuk mengagihkan harta-harta itu nanti,
- Amanah Raya Berhad : Harta Alih sahaja bersamaan atau kurang RM 600,000
- Pejabat Pusaka Kecil : Harta Alih dan Harta Tidak Alih bersamaan atau kurang RM 2 juta
- Mahkamah Tinggi : Harta Alih dan Harta Tak Alih melebihi RM 2 juta/ Harta Alih sahaja melebih RM 600,000
ii. Senaraikan semua Pinjaman
- Maklumat pinjaman perlu dibekalkan kepada waris kerana ini sangat penting kerana wasiat dan faraid hanya boleh dilaksanakan selepas tanggungan hutang diselesaikan.
- Bukankah setiap kali lepas solat jenazah biasanya waris akan membuat pengemuman seperti berikut :
"Jika simati ada berhutang dengan tuan puan, sila berjumpa dengan waris untuk membuat tuntutan. Jika tuan puan halalkan, pihak waris mengucapkan terima kasih."
- Sebagai Muslim, kita kena ingat bahawa hutang itu adalah wajib dibayar. Amalan akan 'tergantung' jika ada hutang yang tidak dibayar.
- Hutang dengan institusi biasanya ada perlindungan insuran.
iii. Senaraikan semua insuran dan takaful
- Tujuan utama memudahkan dan mengetahu berapa amaun 'perlindungan' kita (coverage), cukup atau tak cukup.
- Tujuan kedua adalah untuk memastikan waris kita tahu insuran/takaful yang kita ada, supaya tidak ada insuran/takaful yang tidak dituntut.
- Antaranya ;
- Insuran Nyawa / Takaful Hayat
- Insuran / Takaful Am
- Insuran / Takaful group
- Bukankah sangat merugikan kepada waris jika insuran/takaful tidak dituntut sedangkan kita membayar premium/sumbangan setiap bulan adalah untuk meringakan bebanan waris kita, terutama pasangan dan anak-anak.
- Perlu ingat, insuran dan takaful ini ada tempoh tuntutan dia dari tarikh kematian. Biasanya 6 bulan.
iv. Buat dan simpan salinan dokumen
- Ini untuk memudahkan waris menguruskan harta pusaka. Ada dokumen, urusan lebih cepat.
- Contonya dokumen berkaitan pemilikan tanah dan rumah, salinan geran dan SPA hendaklah di sertakan sekali. Jika ada pinjaman berkaitan hartanah tersebut, perlu diattachkan juga sekali.
- Lebih baik disediakan dalam 2 salinan kerana ketika waris membuat tuntutan nanti, satu salinan boleh disimpan untuk rujukan.
v. Simpan di tempat selamat
Sembunyikan tapi boleh dijumpai.
Ada orang tidak mahu waris-waris mengetahui harta-hartanya sewaktu dia hidup, jadi simpanlah ditempat yang sukar dilihat.
Ada orang tidak mahu waris-waris mengetahui harta-hartanya sewaktu dia hidup, jadi simpanlah ditempat yang sukar dilihat.
Letak 1 tempat
Apabila berlaku kematian, waris akan lebih mudah menemui dokumen-dokumen jika ia diletakkan sekali berbanding diletakkan dipelbagai tempat.
Lantik peguam atau pemegang wasiat
Jika ada disediakan wasiat, dan tidak mahu wasiat diubahsuai tanpa pengetahuan kiat (ada kes), mungkin boleh dilantik peguam untuk memegang wasiat disamping senarai aset yang kita miliki.
2. KENAL PASTI WARIS YANG LAYAK
Seterusnya kita kenalpasti waris yang layak menerima harta pusaka kita mengikut pembahagian Faraid.
Sebagai panduan asas, berikut adalah mereka adalah waris yang layak menerima harta pusaka. Di dalam hukum faraid, terdapat 5 orang yang tidak dihalangi (disebut juga waris tak terhalang) iaitu;
- Suami / Isteri
- Bapa
- Ibu
- Anak Lelaki
- Anak Perempuan
Selain 5 waris yang tidak dihalang ini terdapat lagi waris-waris lain antaranya Datuk, Nenek, Saudara Lelaki, Saudara Perempuan, cucu dll.
Penting untuk kenal pasti waris kita kerana sekiranya kita meninggal dunia, harta pusaka kita akan di wariskan kepada mereka. Jika tiada hibah, penama, wasiat umpamanya, maka harta-harta akan diagihkan kepada waris yang layak sahaja.
Carta Waris Faraid
Berikut adalah carta waris faraid yang menjukkan mereka yang layak menerima harta pusaka. Walau pun mereka layak, mereka berhak terima atau tidak akan bergantung juga sama ada waris-waris lain masih hidup atau tidak.
Carta Waris Faraid Sumber : notawarisanpusaka.blogspot.com |
i. Waris pihak lelaki - terdapat 15 ahli waris iaitu ;
- Suami
- Anak lelaki
- Cucu lelaki dari anak lelaki
- Bapa
- Datuk
- Saudara lelaki seibu sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Saudara lelaki seibu
- Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
- Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
- Bapa saudara seibu sebapa
- Bapa saudara sebapa
- Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
- Sepupu dari bapa saudara sebapa
- Tuan kepada hamba
- Suami
- Bapa
- Anak lelaki
ii. Waris pihak perempuan - terdapat 10 ahli waris iaitu ;
1. Isteri2. Anak perempuan
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu
5. Nenek sebelah bapa
6. Cucu perempuan dari anak lelaki
7. Saudara perempuan seibu sebapa
8. Saudara perempuan seibu
9. Saudara perempuan sebapa
10. Perempuan yang menjadi tuan kepada hamba sahaya
Jika kesemua ahli waris perempuan diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
1. Isteri
2. Ibu
3. Anak Perempuan
2. Ibu
3. Anak Perempuan
4. Cucu perempuan dari anak lelaki
5. Saudara perempuan seibu sebapa
Manakala jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup pula, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut sahaja:
1. Suami / Isteri
2. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5 ini adalah waris utama seperti yang dah dinyatakan di atas tadi.
Untuk lebih pemahaman untuk mengetahui waris yang layak bagi pengagihan harta faraid, boleh dirujuk kepada pihak perancangan kewangan yang menyediakan khidmat nasihat pengurusan harta pusaka
Mungkin atas sebab-sebab tertentu, kita ingin pihak tertentu hanya dapat sekian amaun sahaja, atau ada pihak yang kita ingin wariskan tetapi didak layak terima (seperti anak angkat). Jadi di sinilah pentingnya WASIAT.
Anak Angkat Bukan Waris
Anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka melalui pembahagian faraid. Walaupun anak angkat itu di'bin'kan kepada nama ayah angkatnya, mengikut hukum faraid, dia tetap tidak layak menerima harta pusaka (mengikut faraid).
Walau bagaimana pun, anak angkat masih boleh memperolehi harta peninggalan ayah/ibu angkatnya melalui
- hibah : pemberian sewaktu hidup kepada anak angkat.
- wasiat : pemberian melalui wasiat, maksimum 1/3 dari jumlah harta.
Bersambung artikel berikutnya, bahagian faraid.
Mat Drat @ SayangWang
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
No comments:
Post a Comment