Sunday 11 October 2020

1 HARTA PUSAKA : Pengenalan - Apa Itu Harta Pusaka


PENGURUSAN HARTA PUSAKA


Kali ni penulis ingin berkongsi mengenai harta pusaka, faraid, hibah dan wasiat.

Penulis cuma berkongsi sedikit info dan ilmu yang diperoleh dari beberapa bengkel dan kursus yang pernah dihadiri, juga dari bacaan bahan-bahan ilmiah, serta pengalaman yang pernah dialami dalam bentuk yang mudah difahami.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada diri penulis sendiri dan juga kepada pembaca.

Jika ada info atau maklumat yang dikongsikan kurang tepat, mohon pembaca dapat memberikan maklum balas sama ada ditinggalkan di ruangan komen atau melalui email.

Sebagai permulaan, penulis sarankan jika pembaca berpeluang menghadiri  mana-mana kelas, kursus atau bengkel mengenai Ilmu Faraid, pergi lah.

Teringat sebuah Hadis yang dikongsi oleh Ustaz Ghazali Ibrahim dalam sebuah bengkel yang penulis sertai...
"Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkan ianya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia (Ilmu Faraid) adalah sebahagian ilmu yang banyak. Tetapi malangnya ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula yang dicabut dari umatku"
(Hadis riwayat Al Hakim, Al Baihaqi dari Abu Hurairah)


HARTA PUSAKA

Secara ringkasnya, apa-apa harta dan kepentingan harta peninggalan si mati adalah harta pusaka si mati. Kadang-kadang orang kita lebih senang menyebut sebagai warisan/harta warisan.

Definasi Harta Pusaka mengikut;
  • Kamus Dewan : harta benda yang ditinggalkan oleh yang telah meninggal dunia
  • Bahasa Arab :  Al Wirth, atau Al Wiratha (warisan mungkin diambil dari perkataan Wiratha ini)
  • Syara' : Harta peninggalan orang yang telah meninggal dunia dan menjadi hak ahli warisnya untuk diagih-agihkan dikalangan mereka yang berhak.

Bagaimana harta pusaka si mati akan diagihkan adalah bergantung kepada perancangan dan persediaan yang telah dibuat oleh simati sama ada atau tidak.

Sebab itu sangatlah penting Perancangan Harta Pusaka ini untuk memudahkan proses pengagihannya. Bagi yang telah mempunyai pengalaman, pasti yahu betapa pentingnya Perancangan Harta Pusaka ini, tidak kira lah secara
- Penamaan
- Hibah
- Wasiat
- Amanah
- Harta Sepencarian

Boleh baca di link ini 👇👇
👉 JENIS-JENIS PERANCANGAN HARTA PUSAKA

Jenis Harta Pusaka

Sebelum pergi lebih mendalam, kita tengok jenis harta pusaka itu dahulu. Ia terbahagi kepada 2 iaitu Harta Alih dan Harta Tidak Alih.

1. Harta Alih
Adalah harta selain tanah dan rumah (bangunan). 
Antaranya :
  1. Wang Tunai
  2. Baki Simpanan bank / Tabung Haji 
  3. KWSP
  4. Unit Amanah  (ASNB seperti ASB,ASN), Public Mutual, CIMB Wealth
  5. Saham (Saham koperasi, saham syarikat) Termasuklah saham Bank Rakyat
  6. Barangan Kemas
  7. Kenderaan 
  8. Pampasan Insuran / Takaful
  9. Pendapatan yang belum diterima (sewa, dividen dll)
  10. Dan seumpamanya


2. Harta Tak Alih
Harta Tak Alih pula adalah harta berupa tanah dan bangunan.


Nota
Jangan lupa, hutang simati juga perlu diambil kira dalam proses pembahagian harta pusaka si mati nanti.

3 cara agihan harta pusaka

Harta pusaka yang perlu diagihkan ini boleh dikategorikan kepada 3:

1. Agih Terus 
- Contoh seperti ternakan (ayam/itik), pakaian, perabot, pinggan mangkuk
- Harta berikut boleh diagihkan terus, biasanya kesepakatan
- Pengalaman penulis, sehari tua selepas kematian bolehlah berkumpul adik beradik dan diagihkan barangan2 seperti di atas.

2. Agih Melalui Penama 
- Contoh harta di bawah kategori ini adalah simpanan/ saham di dalam Tabung Haji, KWSP, Takaful dan Koperasi antara yang membolehkan agihan harta peninggalan memalui penama.
- Nama yang diletakkan sebagai penama hanyalah sebagai wasi/pentadbir harta si mati dan dia/mereka perlu mengagihkan harta mengikut faraid.

- Kini Tabung Haji (TH) telah memperkenalkan kaedah lain selain kaedah penamaan iaitu melalui Hibah Amanah.
- Penulis akan kongsikan lebih lanjut di artikel HIBAH nanti.

- Bagi Takaful pula, sejak beberapa tahun kebelakangan ini penulis perasan telah banyak promosi/ selling point yang diketengahkan oleh ejen takaful mengenai HIBAH. Contohnya plan yang sediakan HIBAH RM500,000 kepada anak/isteri.

ARTIKEL LAIN
👉 HIBAH
👉 HIBAH AMANAH TABUNG HAJI
👉 PENAMA KWSP di BAWAH UMUR 18 TAHUN



3. Agih Melalui Pejabat Pusaka / Amanah Raya Berhad (ARB) / Mahkamah 
- Contoh harta yang akan di agihkan melalui Pejabat Pusaka atau Amanah Raya adalah seperti wang tunai, simpanan bank, saham, kereta, motor, rumah, tanah, pampasan takaful

- Sama ada Harta Pusaka akan diagihkan melalui Pejabat Pusaka Kecil  atau pun melalui Amanah Raya Berhad adalah berantung kepada
  • Nilai harta ( Di bawah 2 juta atau lebih)
  • Wujud Harta Tak Alih atau tidak'
Pembahagian tuntutan harta pusaka boleh dibuat di Pejabat Pusaka Kecil jika
  • Tiada Wasiat ditinggalkan oleh simati
  • Harta pusaka terdiri daripada
    • Harta Tak Alih (Tanah/rumah) sahaja atau ;
    • Harta Tak Alih (Tanah/rumah) dan Harta Alih (bank, tunai, kenderaan, saham, ASB dll) 
  • Nilai harta tidak melebihi RM 2 juta (waktu permohonan dibuat

ARTIKEL LAIN BERKAITAN

👉 PROSEDURE AGIHAN HARTA
👉 AGIHAN MELALUI PEJABAT PUSAKA KECIL
👉 AGIHAN MELALUI AMANAH RAYA BERHAD


Mat Drat @ SayangWang
Sayangi Wang Anda

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

No comments:

Post a Comment