INSTRUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA
Setelah menyenaraikan harta-harta yang 'bakal' menjadi harta pusaka, dan mengenalpasti waris yang layak serta bahagian yang bakal mereka perolehi melalui pembahagian kaedah faraid, mungkin kita boleh melihat instrument lain yang boleh digunakan dalam perancangan harta pusaka.
Semua sedia maklum, faraid adalah satu ketetapan dalam pembahagian harta bagi orang Islam. Ia dinyatakan di dalam Al Qurran di dalam Surah Al Nisa.
Walau bagaimana pun, harta kita boleh juga 'diwariskan' atau dipindah milikkan melalui kaedah lain.

Berikut adalah instrument-instrument lain yang perlu/boleh kita ambil tahu dalam perancangan pengurusan harta pusaka.
Saya kongsikan info ringkas sahaja di sini, untuk detail di link yang saya sertakan bagi setiap perkara.

- Istyihar Harta Sepencarian
- Pemberian Hibah
- Meletakkan Penama yang layak
- Membuat Wasiat (1/3 sahaja kepada bukan waris)
- Melantik Pentadbir Harta / Wasi
- Melantik Pemegang Amanah
Saya kongsikan info ringkas sahaja di sini, untuk detail di link yang saya sertakan bagi setiap perkara.
1. ISTYIHAR HARTA SEPENCARIAN
- Mengisyitiharkan sesuatu aset/harta sebagai harta sepencarian.
- Nilai aset tersebut akan dibahagikan kepada 2 bahagian apabila berlaku kematian.
- 1 bahagian diserahkan kepada pihak lagi satu, 1 bahagian lagi akan dibahagikan mengikut faraid. Jumlah bahagian akan ditentukan oleh pihak mahkamah, kebiasaannya tidak lebih 50%.
- Sangat berguna terutama bagi yang memiliki sebuah rumah dan anak-anak masih kecil (terutama tiada anak lelaki), untuk elak rumah dibahagikan antara penerima faraid yang lain.
Contoh :
- Rumah yang didiami diisytiharkan sebagai harta sepencarian di antara suami dan isteri.
- Apabila berlaku kematian salah seorang (katakan suami meninggal), sebahagian rumah (nilai rumah) akan dibahagikan kepada pihak lagi satu.
- Baki sahaja akan dibahagikan mengikut faraid
👉👉 HARTA SEPENCARIAN
2. PEMBERIAN HIBAH
- Hibah ini merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela sewaktu hidupnya kepada orang lain tanpa sebarang balasan.
- Dalam bahasa mudah adalah pemberian atau hadiah sewaktu seseorang itu masih hidup.
- Hibah Mutlak vs Hibah Bersyarat
Contoh :
i. Hibah Mutlak :
- Semua aset/harta boleh dihibahkan
- Contoh seperti menghibahkan rumah kepada isteri atau anaknya sewaktu masih hidup. Penerima terus mendapat aset yang dihibahkan.
- Biasa digunakan semasa mengisi penama Takaful, dimana kita boleh membuat pilihan penama yang disenaraikan bertindak sebagai penerima hibah atau sebagai wasi (pentadbir).
- Penerima hanya menerima aset (wang pampasan) apabila si pemberi meninggal dunia. Syarat sewaktu pemberian hibah dinyatakan penerima hanya akan menerima selepas berlaku kematian.
👉 HIBAH
👉 HIBAH AMANAH TABUNG HAJI
3. MELANTIK PENAMA YANG LAYAK
- Sesetengah aset/harta memberikan kemudahan kepada pemilik untuk meletakkan senarai Penama diantaranya Syarikat Takaful, KWSP, Koperasi saham dan Tabung Haji
- Tujuan meletakkan penama adalah untuk memudahkan urusan pengeluaran/tuntutan wang selepas berlaku kematian.
- Penama yang menerima wang itu nanti bukanlah penerima mutlak wang tersebut tetapi perlu membahagikan wang tersebut mengikut faraid.
- Justru, amatlah penting meletakkan penama dari mereka yang mampu dan boleh dipercayai di dalam melaksanakan pembahagian harta itu nanti.
- Dalam kes KWSP contohnya, tujuan penamaan membolehkan KWSP melepaskan wang simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir simpanan tersebut dengan segera tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.
- Apabila penama menerima wang KWSP si mati, maka dia perlu membahagikan wang tersebut mengikut faraid.
- Ada kes (banyak kes), si isteri tidak meletakkan nama suami sebagai penama, tetapi meletakkan nama anak-anaknya atau pun ibu bapanya. Jika anak-anak masih kecil, ini akan menyusahkan urusan pengeluaran wang selepas berlaku kematian.
- Senarai penama yang diletakkan beberapa nama dengan peratus yang berbeza, juga tidak menjadikan penerima-penerima tersebut sebagai penerima mutlak. Mereka juga perlu membahagikan mengikut faraid.
- Banyak juga berlaku kes, penerima (sebagai penama) tidak membahagikan harta / wang tersebut mengikut faraid.
👉 PENAMA KWSP
👉👉 PERLANTIKAN WASI (PENTADBIR) DAN PEMEGANG AMANAH
👉👉 PERLANTIKAN ARB SEBAGAI PENTADBIR (WASI)
4. MENULIS WASIAT
- Wasiat bermaksud iqrar yang dibuat sewaktu hidupnya keatas hartanya cara ia disempurnakan selepas kematiannya.
- Menulis wasiat sangat penting kerana ia memberikan faedah dan manfaat di mana perlantikan wasi (pentadbir) melalui dokumen wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.
- Harta yang diwasiatkan hendaklah tidak melebihi 1/3 dri jumlah aset/harta.
- Di dalam Surat/Dokumen Wasiat boleh dinyatakan
- perlantikan wasi (pentadbir)
- perlantikan pemegang amanah
- menyatakan harta tertentu yang diwasiatkan
- Contohnya di dalam wasiat yang ditulis, di mana seseorang itu mempunyai anak-anak yang masih kecil, perlantikan (wasi) penjaga yang dipercayai melalui wasiat sedikit sebanyak akan menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur sekiranya berlaku kematian.
👉👉 PENULISAN WASIAT
👉👉 PERLANTIKAN ARB SEBAGAI PENTADBIR (WASI)
5. FARAID
- Menurut syarak, Faraid adalah pembahagian harta seseorang Islam yang telah meninggal dunia sama da beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannnya.
- Harta pusaka akan dibahagikan kepada ahli warisnya selepas ditolak kos pengurusan jenazah, hutang dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
- Saya telah kongsikan sebelum ini secara ringkas mengenai wasiat
- 👉👉 Waris Faraid
- 👉👉 Nisbah Faraid
- Perkongsian lanjut di link berikut dengan beberapa senario dan contoh berbeza.
Bersambung di artikel berikutnya.
Mat Drat @ SayangWang
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
No comments:
Post a Comment