Monday 14 May 2018

Majlis Penasihat Kerajaan : Council OF Elders :



Majlis Penasihat Kerajaan : Council OF Elders :
Majlis Penasihat Kerajaan
Sumber : says.com




PRU 14 yang baru berakhir telah menyaksikan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan baru. Dan seperti semua sedia maklum, Tun Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri yang ke-7 sebagaimana yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan sewaktu kempen mereka.

Perlantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada usia hampir 93 tahun menjadikan beliau perdana menteri tertua yang dilantik di dunia. Selepas hampir 15 tahun Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri, kina Tun M kembali memegang jawatan tersebut.

Tidak mengenal penat, Tun M terus menjalankan tugas untuk memastikan Malaysia di landasan yang betul dan memastikaan janji 100 hari Pakatan Harapan dapat ditunaikan. Banyak perkara yang perlu disegerakan seperti mana yang dijanjikan didalam manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU 14 lalu.


Pengumuman Majlis Penasihat - 'The Council Of Elders'

Dalam pengumuman 3 menteri pertama untuk kabinet baru, Tun Mahathir Mohamad turut mengumumkan penubuhan satu Majlis Penasihat. 

Pengumuman penubuhan Majlis Penasihat ini amat menarik perhatian rakyat Malaysia kerana ahli-ahli yang yang dipilih cukup dipercayai kredibiliti dan dikenali oleh rakyat Malaysia. Majlis ini turut disebut sebagai 'The Council of Elders'.

Majlis Penasihat ini di anggotai oleh Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Bekas Presiden merangkap CEO Petronas, Tan Sri Hassan Marican; Tycoon Perniagaan Malaysian, Tan Sri Robert Kuok; Ahli Ekonomi, Prof Jomo Kwame Sundaram.


Pengumuman penubuhan The Council of Elders ini mengingatkan saya dengan 'Council' di dalam filem Lord of The Ring (LOTR) dan juga 'The Council' di dalam filem Avengers.

Peminat LOTR pasti tahu yang Council of Elrond di dalam filem tersebut merupakan satu secret council yang ditubuhkan di Middle -Earth yang mana ia dianggotai oleh wakil dari Men, Elves dan Dwarves. Tugas 'Council' ini akan menentukan apa yang perlu dilakukan untuk One Ring. 

Manakala 'Council' dalam Avengers pula akan memberi 'nasihat' kepada Nick Fury yang mengetuai SHIELD untuk tindakan yang perlu dilakukan di dalam memastikan keselamatan dunia.



Ahli Majlis Penasihat Kerajaan


Ke lima-lima ahli majlis ini merupakan 'orang lama' yang cukup berkaliber di dalam bidang masing-masing dan cukup dikenali bukan sahaja di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa.

Sedikit maklumat dan info mengenai kelima-lima ahli majlis :

TUN DAIM ZAINUDDIN

  • Berusia 80 tahun
  • Bekas menteri kewangan Malaysia (1984 sehingga 1991).
  • Dilantik semula menteri kewangan pada 1999 dan meletakkan jawatan itu pada 2001.
  • Pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara
  • Pernah memegang jawatan Bendahari UMNO dari tahun 1984 sehingga 1999.

TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ
  • Berusia 70 tahun
  • Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (2000 sehingga 2017).
  • Dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi BNM pada tahun 1994
  • Dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia pada tahun 1998
  • Merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama memegang jawatan tersebut

TAN SRI HASSAN MARICAN
  • Berusia 65 tahun
  • Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas
  • Pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Antarabangsa untuk Republik Afrika Selatan
  • Mula menyertai Petronas pada tahun 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan dan menjadi CEO  mulai tahun 1995

PROFESOR JOMO KWAME SUNDARAM
  • Berusia 66 tahun
  • Seorang pakar ekonomi
  • Pernah bertugas sebagai pensyarah dan profesor di Universiti Awam (UKM dan UM), Akademi British, Felo Pelwat di Cambridge (1987-1988, 1991-1992) dan beberapa universiti lain.
  • Pernah menjadi ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara (1989-1991)
  • Pernah menjadi Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pembangunan ekonomi.
  • Telah berkhidmat untuk PBB mulai tahun 2010 dan pelbagai badan antarabangsa.
  • Menulis dan menyunting lebih 100 buku, artikel dan kertas kerja akademi serta rencana mengenai ekonomi, ekonomi pembangunan, dasar ekonimoi sosio ekonomi dan sebagainya.

TAN SRI ROBERT KUOK
  • Berusia 95 tahun
  • Dikenali juga sebagai 'Raja Gula'
  • Merupakan ahli perniagaan terkenal dan merupakan individu terkaya di Malaysia dan kedua terkaya di Asia tenggara mengikut majalan Forbes.
  • Kepentingan perniagaan terdiri dari industri gula, pengilangan tepung, perlombongan, hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan.








Mesyuarat Pertama Majlis Penasihat

Mesyuarat pertama Majlis penasihat terus dilakukan sejurus perlantikan mereka. Jelas Majlis Penasihat ini serius di dalam melaksanakan tugas yang yang telah diamanahkan kepada mereka di mana tidak ada masa berehat kepada mereka.  Tugas yang diberikan kepada mereka adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan pantas - semuanya untuk kepentingan negara.

Mesyuarat pertama yang berlanjutan beberapa jam telah dipengerusikan Tun Daim Zainuddi dan  dihadiri oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Mohd Hassan Marican dan juga Profesor Jomo Kwame Sundaram. Manakala tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok berada di luar negara.



Memetik laporan Bernama, Tun Daim menyatakan mesyuarat akan diadakan setiap hari dan mungkin pada hari-hari tertentu mesyuarat akan diadakan beberapa kali sehari.

Dan laporan Bernama juga menyatakan "Daim berkata majlis itu diberi taklimat dan membincangkan antara lainnya mengenai keadaan ekonomi semasa, hutang negara, ringgit, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta subsidi minyak".

“Ini antara perkara utama. Kami membuat cadangan kepada kerajaan, dan mereka akan membuat keputusan," katanya.

Daim berkata majlis itu akan memanggil UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri), kementerian yang berkaitan dan GLC untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai pelbagai projek mega, dan tadbir urus GLC termasuk Tabung Haji, Mara dan Felda.

“Bagi 1MDB akan terdapat pasukan petugas khas. Saya telah mengenal pasti mereka yang dapat membantu siasatan ke atas 1MDB. Ia akan berada di bawah bidang kuasa majlis yang akan mengemukakan laporan kepada kerajaan," kata Daim.

Daim berkata satu lagi isu penting yang perlu ditangani dengan cepat ialah lebihan penawaran ruang pejabat dan perumahan.

“Satu lagi contoh ialah kos keselamatan bagi sekolah. Ia lebih berharga daripada aset yang mereka awasi,” katanya.


Pada hari pertama mesyuarat Majlis Penasihat ini pelbagai isu telah diambil peduli oleh mereka. Kita sebagai rakyat Malaysia mengharapkan kepakaran mereka mampu memberikan nasihat yang terbaik kepada kerajaan di dalam memastikan Malaysia kembali di landasan yang betul.


~Mat Drat~


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇





No comments:

Post a Comment