Saturday 8 October 2016

Jenis Jenis Kad Kredit Di Malaysia

Kad Kredit yang dikeluarkan di Malaysia boleh dipecahkan kepada beberapa kategori. Saya pecahkan kepada 4 kategori pembahagian.

Kad Kredit Konvensional vs Kad Kredit Islamic

Kad kredit konvensional mengenakan caj faedah keatas baki tertunggak yang tidak dijelaskan oleh pemegang kad. 
Manakala kad kredit Islamic pula tidak mengenakan caj faedah tetapi kad kredit yang dikeluarkan mengenakan caj keuntungan berdasarkan prinsip Shariah Bay Al Inah. 

Jadi saya cadangkan pilihlah kad kredit Islamic kerana banyak bank-bank temapatan menawarkan kad kredit Islamic ini (Maybank, CIMB, Bank Islam, Ambank Islamic, BSN, Bank Rakya, HSBC Amanah dan lain-lain)

Harus di ingat : walau pun ia kad kredit Islamic, ia tetap kad kredit yang mampu memberikan keburukan jika tidak digunakan dengan bijak.






Master Card vs Visa

Boleh dikatakan kad kredit yang dikeluarkan di Malaysia adalah sama ada Master Card atau Visa.

Bagi saya sekarang ini tidak banyak beza keduanya kerana kedua-duanya diterima secara meluas sama ada di dalam dan luar negara. Caj faedah / caj kewangan juga tidak berbeza diantara satu sama lain. Pihak bank akan membezakannya dengan memberikan perlabagai keistimewaan bagi setiap jenis kad.

Jadi pilih kad mengikut kesesuaian anda.


Classic Card vs Gold Card vs Platinum Card


Kad kredit yang paling 'rendah' adalah Classic dan diikuti oleh Gold dan yang lebih 'tinggi' adalah Platinum.

Setiap kad mempunya caj yang berbeza dan pastinya kelebihan dan keistimewaannya juga berbeza.


Sebagai contohnya, jika pemegang kad kredit Classic mempunyai had limit maksima sebanyak RM 5,000 , mungkin pemegang kad kredit Gold akan mempunyai kredit limit sehingga RM20,000 atau RM 30,000. Manakala pemegang kad kredit Platinum pastinya mempunyai had limit maksima  yang lebih tinggi.


Jenis Kad Kredit Mengikut Kesesuaian Perbelanjaan Pemegang Kad


Pelbagai jenis kad kredit dikeluarkan oleh pihak bank untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Ada kad yang dikeluarkan khusus dengan memberikan ganjaran atau kelebihan untuk sesuatu jenis perbelanjaan seperti contoh berikut:

a. Kad kredit dengan cash back
Kad kredit ini akan memberikan pulangan tunai bagi setiap amaun yang dibelanjakan menggunakan kad kredit ini. 

b. Kad kredit penerbangan
Kad kredit ini memberikan lebih ganjaran mata kad kredit atau pun mata syarikat penerbangan jika meggunakan kad ini untuk membeli tiket penerbangan. Sesuai untuk mereka yang selalu keluar negara kerana biasnaya kad ini juga menawarkan faedah lain

c. Kad Kredit Petrol
Terdapat juga bank-bank menawarkan kad kredit yang memberikan lebih mata kad kredit atau pun lebih cash back bagi penggunaan kad kredit di stesyen minyak. Ada sesetengah bank bekerja sama dengan syarikat minyak untuk menawarkanlebih ganjaran.

d. Kad Kredit Gedung Membeli Belah
Ada juga kad kredit yang ditawarkan oleh pihak bank dengan memberikan lebih ganjaran jika berbelanja di gedung-gedung membeli belah yang ditetapkan.


Apa pun, sebelum memilih sesuatu kad kredit adalah perlu melihat akan setiap kelebihan dan faedah yang ditawarkan oleh pihak bank. Jadilah pengguna bijak.



~mat-drat~


No comments:

Post a Comment