Sunday 21 August 2016

Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut di Akauntan Negara Malaysia






Kali ni saya kongsikan pengalaman saya membuat tuntutan 'Wang Tidak Dituntut' (WTD) di Pejabat Akauntan Negara baru-baru ini.



Tapi sebelum itu, kalau belum tahu apa itu Wang Tidak Dituntut (WTD) boleh lah baca di artikel saya 

👉👉 Wang Tidak Dituntut

Bila dah baca bolehlah mula recall kot-kot ada Wang Tak Dituntut... kalau rasa ada tu, boleh buat semakan di Pejabat Akauntan Negara.


Ingat:
Semakan hanya boleh dibuat di pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) di Menara Maybank, pejabat ANM negeri atau kaunter bergerak JANM.

JANM tidak melantik mana-mana ejen atau meminta bayaran untuk menguruskan tuntutan Wang Tidak Dituntut.



Pengalaman Saya Menuntut Wang Tidak Dituntut

Saya kongsikan pengalaman saya membuat tuntutan WTD baru-baru ini. 

Pada asalnya saya menemani seorang sahabat untuk menghantar dokumen bagi membuat tuntutan Wang Tidak Dituntut beliau di Pejabat Akauntan Negara Malaysia (ANM) yang terletak di Menara Maybank Kuala Lumpur. 

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel : 03-2056 8000
Faks: 03-2072 5707/ 03-2026 7430


Pejabat ini agak sunyi kerana tidak ramai orang berurusan sewaktu kami tiba. Sewaktu kami berurusan, hanya ada seorang pelanggan yang sedang berurusan di kaunter untuk membuat tuntutan.

Sambil menunggu giliran nama sahabat saya dipanggil oleh petugas kaunter, saya hulurkan Kad Pengenalan kepada salah seorang petugas yang ada untuk membuat semakan.

Semakan dibuat terus oleh petugas dan dimaklumkan saya mempunya wang yang tidak dituntut. 

Kata pegawai itu, 'Encik ada Wang Tidak Dituntut, boleh buat duit raya ni encik". 

Saya tanya kembali, "banyak ke?"

"Tak banyak encik, cuma RM XXX.XX' sambil menghulurkan penyata ringkas yang menunjukkan baki Wang Tidak Dituntut saya.

Apa lagi...senyum je la saya...(duit tiba-tiba jatuh dari tingkat 42 Menara MAYBANK !!! 😃😃)


Saya pun di minta oleh petugas kaunter:

1. Mengisi borang UMA-7 yang agak ringkas dan saya serahkan terus setelah diisi.

2. Kad Pengenalan - Pegawai tolong buatkan salinan (mungkin kerana tiada pelanggan lain) dan disahkan oleh pegawai

3. Dokumen asal -tidak diminta (mungkin kerana duit saya agak kecil jumlahnya)

4. Salinan muka hadapan buku bank untuk dikreditkan pembayaran. 


Ini 4 dokumen Untuk Membuat Tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) - Bagi Individu






Untuk maklumat lanjut atau untuk muat turun borang UMA-7, boleh layari lama web rasmi ANM dengan Klik di sini

Maklumat berkaitan WTD juga diterangkan oleh ANM di pamplet mereka. Klik di sini untuk baca.

Dinyatakan bahawa garis panduan yang diberikan bertujuan membantu pemohon untuk membuat tuntuttan. Walaubagaimana pun, Pendaftar mempunyai kuasa menentukan dokumen yang perlu dikemukakan berdasarkan kebijaksanaan dan budibicara Pendaftar. Pendaftar adalah pihak Akauntan Negara Malaysia.



Oleh kerana saya datang hanya untuk menemani sahabat saya dan tak sangka ada duit di WTD, dah semestinya saya tak bawa buku bank. Tapi bagi mereka yang mempunyai akaun bank di Maybank, tiada masalah jika berurusan di Pejabat ANM di Menara Maybank ini. 


Pegawai bertanya " Encik ada akaun Maybank yang masih aktif?"

"Ada" jawab saya....

Saya diberikan sekeping surat dan diminta terus ke kaunter Maybank di tingkat bawah (ada kaunter khas) untuk mendapatkan pengesahan no akaun bank Maybank. Tak sampai 5 minit, selesai urusan di kaunter Maybank dan saya naik semula ke tingkat 42 untuk kemukakan dokumen (item 4) kepada petugas tadi.


Kemudian saya diberikan satu slip permohonan dan dimaklumkan wang akan dikreditkan terus ke akaun bank saya dalam tempoh terdekat.


Selesai - senang je rupanya proses nak buat tuntutan Wang Tidak Dituntut ini. Untuk memudahkan urusan, seelok-eloknya bawa dokumen yang diperlukan diatas. 



Bagi yang telah membuat semakan dan ingin menghantar dokumen, jika  ingin hantar dokumen melalui pos, seelok-eloknya gunakan perkhidmatan kurier, poslaju atau pos berdaftar untuk mengurangkan risiko dokumen hilang semasa pendaftaran.

Peringatan sekali lagi : Pihak Akauntan Negara Malaysia tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat sebagai ejen dan tidak mengenakan sebarang yuran atau caj perkhidmatan untuk menguruskan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut.


~mat-drat @ SayangWang~



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




46 comments:

  1. Salaam En. Mat Drat; terima kasih atas artikel tentang cara menuntut unclaimed money. Saya dapat surat dari satu syarikat yang memaklumkan saya ada wang tak bertuntut sebanyak RM1,000 lalu menawarkan khidmat menuntut dgn caj 20%. Saya tak yakin dgn makluman tersebut dan buat tak endah sahaja. Namun selepas beberapa bulan, saya teragak pulak search dlm internet tentang hal ini. Artikel anda sangat berguna. Berpandukan artikel anda, saya pergi ke pejabat ANM di Menara Maybank (Tingkat 42)dan sebagaimana cerita anda begitulah pengalaman saya. Sangat mudah dan cepat. Kalau saya bawa buku akaun atau penyata bank tentu lebih pantas lagi. Terus selesai di ANM dalam masa 3 minit sahaja. Saya kena turun ke Maybank, pergi ke kaunter 22. Ambil masa 5 minit tunggu pegawai Maybank keluarkan penyata. Dapat penyata, naik balik ke tingkat 42 dan pegawai ANM kata dalam tempoh sebulan wang akan dikreditkan ke dalam akaun. Untuk makluman siapa2 yang dapat surat dari syarikat nak bagi service menuntut, saya nasihatkan pergilah sendiri. Syarikat XXX kata duit saya RM1,000 tetapi sebenarnya lebih dari itu. Kepada syarikat tersebut, terima kasih ye kerana bagi tau saya ada duit. Kalau tak, saya tak tau pun.

    ReplyDelete
  2. Wasallam... rezeki puan tu ada yang maklumkan puan ada duit tak dituntut yang agak besar dan rezeki puan juga yang puan tak tuntut melalui ejen.

    ReplyDelete
  3. Tq atas perkongsian mat art..

    ReplyDelete
  4. Tq atas perkongsian mat art..

    ReplyDelete
  5. Terbaik Par Art.. moga perkongsian maklumat ini byk memberi manfaat kepada org lain.. Kredit utk anda moga Allah swt jua dpt membalasnya. Jika ada boleh lagi berkongsi maklumat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Pak NJ. Hanya sedikit perkongsian, itu pun secara kebetulan termohon WTD

      Delete
  6. Saya baru saja dihubungi oleh seseorang yang memperkenalkan diri sebagai ejen yang menguruskan wang tidak dituntut ini..syukur saya tak terus setuju sebaliknya terus mencari maklumat atas talian..terima kasih atas maklumat yang dikongsikan..lepas ni boleh sediakan semua yang diperlukan dan terus pergi ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki puan... Ada yg hubungi yg puan ada WTD. Dan rezeki puan juga sbb puan uruskan sendiri.

      Kalau puan hubungi pihak Akauntan Negara melalui telefon dan mereka boleh maklumkan jumlah WTD puan... Nanti puan share imfo ye. Mungkin boleh jadi panduan kepada yg lain

      Delete
  7. Berapa lama proses prosiding wang tak dituntut?saya rasa sudah hampir sebulan saya hantar dokumen pada akauntan negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tuan boleh call terus pejabat akauntan negara di 03-2034 1850 untuk maklumat lanjut status tuan.

      Saya hanya share pengalaman saya.

      Delete
    2. Untuk pengetahuan en rofli, sebarang tuntutan wang yang melibatkan jabatan kerajaan, jangan lah hairan apabila sebarang proses yang dibuat pada hujung tahun . Kebiasaannya setiap hujung tahun bermulanya bulan november sehingga disember atau mungkin sehingga 15 jan tahun berikutnya, jabatan kewangan akan membuat semakan audit bagi tahun berakhir. Dan akaun tersebut akan di tutup untuk proses semakan, tapi sebarang tuntutan akan dimajukan pada tahun berikutnya setelah audit dalaman jabatan kerajaan selesai, en rofli boleh hubungi pihak jab akauntan negara untuk keterangan lebih lanjut.. share pengalaman yg pernah saya lalui...

      Delete
  8. Terima kasih atas panduan tuan, memang bermanafaat

    ReplyDelete
  9. Wife sy pun ada terima panggilan dr syarikat mars coral yg menguruskn WTD.dia bgtau ada rm1000 dan minta isi beberapa dokumen,hntr salinan ic,salinan buku bank.dia kenakan charge 20% atau rm200.blh dpercayai ke?

    ReplyDelete
  10. Wife sy pun ada terima panggilan dr syarikat mars coral yg menguruskn WTD.dia bgtau ada rm1000 dan minta isi beberapa dokumen,hntr salinan ic,salinan buku bank.dia kenakan charge 20% atau rm200.blh dpercayai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn setuju uruskan sendiri atau terus hubungi jab akauntan negara , jhn jd mangsa

      Delete
    2. Harap suhaimica selalu mencarI maklumat berkaitan di laman web agar sebarang kemusykilan dapat di atasi ,,

      Delete
    3. maaf lambat reply, kalau belum uruskan saya cadangkan tuan uruskan sendiri,. Di atas saya ada letakkan alamat website dan nombor talian Akauntan Neegara bahagian WTD. Boleh dapatkan panduan terlebih dahulu sebelum ke pejabat WTD.

      Delete
  11. Saya juga ada menerima panggilan dari agen kompeni yg ingin membantu membuat tuntutan wtd tapi tidak menerangkan cara yg sebenar iaitu kita boleh menguruskan sendiri tanpa mengalami kerugian. Kompeni atau agen meminta saya membayar 20% dari jumlah wang wtd dan charge 6% perkhidmatan, jumlah % yg sy kena charge jadi 26%. Wtd adalah wang kita kenapa perlu beri kepada org, itu hak kita 100% . Mujur saya ada kenalan di kem. Kewangan untuk rujuk perkara ini. Sy pernah menerima wtd sebanyak 2 kali sebelum ini tapi tidak pernah dikenakan charge, tapi kali ke 3 membuatkan sy keliru , mengapa yg saya yg 100 peratus hak saya perlu di beri kpd org lain, Alhamdulillah sy terselamat hasil dr pengalaman sebelum ini. Jadi kepada yg ingin membuat sebarg tuntutan wang , harap rujuklah kepada yg arif , dan jangan jadi mangsa pihak yg cuba mengambil kesempatan atas perkara yg kita tidak pasti...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih krn share artikel pengalaman tuan..sy jg sdg dihubungi oleh sykt yg sama yaitu masrscoral..alhamdulillah, bila dh baca artikel ini, rupanya kta sendiri blh buat semakan & berurusan sendiri..

    Sy nk tnya adakah semasa buat semakan, kta blh tahu dr sykt yg menghantar wang yg x dituntut tsb?

    ReplyDelete
  13. Tq atas info...pada 27.1.2017 saya ada buat tuntutan tp duit belum masuk akaun lg.nk tahu tempoh duit wtd dimasukkan ker akaun kita berapa lama proses....

    ReplyDelete
  14. Kalau cek yang sudah tamat.tempoh macam mana pulak...tq

    ReplyDelete
  15. Saya pun telah mendapat panggilan dari syarikat Rezeki Mahamas SB menyata saya ada WTD sebanyak RM xxxx.xx , saya pun layan panggilannya kemudian pegawai itu kata akan hantar surat kpd saya. Adakah saya masih boleh urus sendiri? Maklumlah mereka kenekan charge 20%..banyak tu..

    ReplyDelete
  16. Salam tuan/puan..xde ke laman web yg boleh kita semak online..

    ReplyDelete
  17. Kalau status bangkrapsi.bolehkah duit dituntut? Dah hampir 14tahun.

    ReplyDelete
  18. baru je no di atas... operator Bad attitude. Bercakap biarla beradap.

    ReplyDelete
  19. Sy dh uruskan wtd pd hujung oktober 2017..kata petugas kaunter anm duit akn masuk dlm akaun selepas 3bulan..itupun paling cepat.. Tp sampai skang masih belum masuk akaun.. Kwn2 yg dh ada pengalaman brape bulan dr date submit dokumen duit masuk ke akaun ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dapat cepat sebab saya tuntut masa belum viral isu ni dahulu. Skrg mungkin sedikit lambat sebab permohonan banyak...mungkin lah...

      Delete
  20. Biasa berapa lama duit itu akn masuk dlm akaun kita ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru lepas telefon JANM Perlis.. depa habaq 3-4 bulan....lama jugak....

      Delete
    2. Saya dpt cepat sbb masa saya mohon dulu, belum viral lagi. Skrg ni permohonan utk diprosesd byk sgt kot

      Delete
  21. Banyaknya wang yang tidak dituntut oleh rakyat. Siakan wang mereka jika sudah lupa dan tidak tuntut balik.

    ReplyDelete
  22. "Dokumen asal" mcm mana ye? If x bawa masa semakan boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu dtg bawa IC je untuk semakan....

      Delete
  23. Saya baru selesai buat semakan dan ada Rmxxxx.xx jd terus buat tuntutan tunggu paling lewat bulan 9 duit akan masuk akaun jika dapat sebelum hari raya bagusnya boleh juga buat duit raya anak buah.. .

    ReplyDelete
  24. Asaalam... Nk tanya kalau acc bank tidak aktif selama 23 tahun, dalam acc ada dlm RM40. boleh dituntut ka

    ReplyDelete
  25. assalam..sy br dpat surat dokumen dr seseorg yg mngaku agen penguruadan wang xdi tunjuk tghri td... dlam ni pown ngatakan ade cas 20%...nasib sy cari dlu serba sikit maklumat dlam ni n tq cik atas penerangan yg di berikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh uruskan sendiri lagi bagus, tak perlu pakai agent

      Delete
  26. sy sudah dpt surat dr bnk utk claim wang si mati.bagaimana ya prosedure?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa lebih baik Cik hubungi Bank tersebut utk step seterusnya

      Delete
  27. Nak dapat seratus peratus dari wang tidak dituntut yang kita berhak dapat, lebih baik kita urus sendiri. Jangan bagi ejen uruskan di mana kita akan rugi besar sebab kebanyakan daripada mereka akan caj 20% atas keseluruhan WTD tu.

    ReplyDelete
  28. Salam saya ad wang x di tuntut..tapi nama acc bnk x tuntut tu nama saya dn atok saya jadi..bole ke saya dtg seorang diri atau bersama atok saya?

    ReplyDelete