Tuesday, 26 April 2016

Bantuan Kematian Yayasan Wilayah Persekutuan - Skim Prihatin 1 Wilayah Persekutuan

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menawarkan skim bantuan kepada mereka yang layak melalui Skim Prihatin 1 Wilayah Persekutuan (SP1WP). Skim yang ditadbir oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga warga Wilayah Persekutuan apabila berlaku kematian. Di bawah skim ini, YWP akan memberi bantuan kepada waris ahli yang telah mendaftar dengan YWP

Jumlah sumbangan Skim Prihatin 1 Wilayah Persekutuan adalah sebanyak RM 2,500

Syarat-syarat kelayakan menjadi ahli YWP

a) Berumur 21 tahun - 75 tahun semasa pendaftaran
b) Berdaftar sebagai pengundi di Wilayah Persekutuan (Melampirkan dokumen semakan daftar pemilih sebagai bukti)
c) Bermastautin / Menetap di Wilayah Persekutuan 
d) Mengemukakan 2 orang penama / waris

Pendaftaran Keahlian YWP

- Borang permohonan dan yuran pembayaran hendaklah dihantarkan ke pejabat YWP
- Jumlah yuran pendaftaran sebanyak RM5.00 sahaja seumur hidup
- Pendaftaran hendaklah dibuat menggunakan borang yang ditetapkan dengan yuran pendaftaran yang ditetapkan. Pendaftaran hendaklah dibuat melalui wakil-wakil yang dilantik oleh YWP.
- Borang Pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :

Pemohon
- 2 keping gambar berukuran passport.
- 1 salinan kad pengenalan yang disahkan.
- Salinan bil elektrik/air/cukai pintu/astro/lain-lain bil utiliti yang disahkan.

Waris
- 2 keping gambar berukuran passport.
- 1 salinan kad pengenalan yang disahkan.




Tuntutan Bantuan Kematian

Hanya salah seorang waris berdaftar sahaja yang boleh membuat tuntutan bagi ahli yang telah meninggal dunia. Waris hendaklah memaklumkan kematian tersebut kepada YWP menerusi wakil yang dilantik dan mengemukakan Borang Tuntutan bersama dokumen-dokumen berikut semasa tuntutan iaitu :

- Sijil Keahlian.
- Salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
- Salinan Permit Penguburan/Pengebumian; atau Sijil Kematian, yang disahkan.
- Borang Tuntutan Kematian ( sila muat turun borang disini )
- Sumbangan akan dibayar hanya kepada seorang waris sahaja (yang membuat tuntutan) daripada senarai dua orang waris yang dinamakan oleh ahli.
- Sumbangan berjumlah RM2,500 akan dibayar terus kepada waris berdaftar yang membuat tuntutan tersebut, dalam tempoh 24 jam selepas menerima Borang Tuntutan yang sempurna.



Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkinisila layari laman web Yayasan Wilayah Persekutuan di SINI 


Nota : Saya cuba hubungi pihak Yayasan untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi dimaklumkan ia tidak lagi dibuka kepada orang awam. Apa pun, boleh hubungi Yayasan untuk maklumat lanjut dan detail.




No comments:

Post a comment